logo
Gambar-gambar kemeriahan IFTAR OGKL 2017

Logo OGKL

Logo OGKL

Sunday, 29 December 2013

Pencapaian OGKL 2013



Berikut Program serta Rekod &
Pencapaian OGKL sepanjang tahun 2013.

Perkara / Program             Tarikh                Penyertaan     Pencapaian / Catatan 
Ekspedisi G.Besar Hantu - G. Hantu 
Jelebu,N. Sembilan
12 - 13 Januari 2013 
Buka kembali rentis G. Hantu dari permatang G. Besar Hantu. 
Berjaya ke G. Besar Hantu = 
Berjaya ke G. Hantu = 
Mt. Fansipan,
VIETNAM
23-28 Januari 201310 orgGunung Tertinggi di Vietnam.
Semua berjaya dalam ekspedisi 2H1M
Bonus ke Halong Bay
G. Hijau,
Taiping Perak
2-3 Febuari 2013

G.Berembun (Wrays) - G. Hantu
Ringlet, Cameroon Highland
8 - 10 Febuari 2013
Gunung yang 'rare'.
Bkt Rasa @ Bkt 2 Ringgit
Rawang, Selangor
23 Febuari 2013

Mesyuarat Agung Tahunan ke-17 10 Mac 2013

G. Nuang via Janda Baik
Pahang/Selangor
23 Mac 2013

Eksplorasi Gua Batu Maloi & G. Tampin
N. Sembilan
6-7 April 2013

Ekspedisi G. Siku - G. Swettenham, CH 20-21 Apr 2013

Ekspedisi G. Merapi - G.Singgalang - G. Talang,
Sumatera, INDONESIA
30 Apr - 5 Mei 2013

Ekspedisi Mt Shue, Mt Qilai-Mt Qilai North, Mt Datun, TAIWAN 4-10 Jun 2013 14 org Mt Qilai disebut 'most dengerous trail in Taiwan'. OGKL merupakan kumpulan pertama dari Malaysia yang mendaki gunung ini.
6 Orang yg tidak mendaki Mt Shue mendaki di Toroko Gorge, Mt Hualin
Ekspedisi G. Kenderung - G. Kerunai 15-16 Jun 2013
Buka rentis baru ke G. Kerunai. Tiada rekod pendakian ke gunung ini sebelumnya.
IFTAR 1434H 20 Julai 2013
Gotong-royong OGKL. Kehadiran 109 orang.
Ekspedisi Merdeka Raya @ G. Bah Gading
Bidor, Perak
31 Ogos - 1 Sept 2013

Menjejak G. Lebah - G. Lebah Timur,
Raub, Pahang
14-16 Sept 2013 8 Org Recce G. Lebah melalui Raub. Tidak berjaya. Berjaya ke puncak 1438m di Banjaran Titiwangsa.
Ekspedisi G. Gajah Terom,
Kuala Berang, Terengganu
5-6 Okt 2013

20 Thn Kembara Alam OGKL 26 Okt2013
Sambutan 20 thn OGKL bertempat di Hotel Crown Princess, PJ
Ekspedisi Air Terjun Lata Chelir - G. Lebah Timur
Raub, Pahang
1-3 Nov 2013 14 Org Recce ke G. Lebah Timur. BERJAYA.
Bowling Suka-suka OGKL 23 Nov 2013 26 Org
Ekspedisi G. Chamah - G. Ulu Sepat
dari Gua Musang ke Grik
10 Mac 2013 19 Org

Penglibatan OGKL / Ahli OGKL 2013


Perkara                Tarikh                Pencapaian / Catatan 
KE7B Everest Felda 2013 Training
Endurance Test 02
Trans G. Hantu - G. Berembun(Wrays)
19-21 Jan 2013 Buka rentis baru, OGKL sebagai Navigator & krew sokongan.
KE7B Everest Felda 2013 Expedition 1 Apr - 1 Jun 2013 Penglibatan ahli OGKL:-
Zainudin Lot sbg Jurulatih
Afif Che Embi & Ramli Majid sebagai Krew Sokongan
Aliff Abdullah sebagai Ketua Medic
Mohamad Zahid Hashim, Krew dari anak Felda
KE7B Greenland 2014 Training
Endurance Test 01
Trans Slim (G. Liang EW-
G. Tumang Batak - G. Chodong Geliting)
5-8 Okt 2013 Buka rentis baru menghubungkan G. Tumang Batak ke G. Chodong Geliting.
OGKL sebagai Krew Sokongan
ROFEST 2013 21 Dis 2013 OGKL diberi Anugerah Khas Kembara Negara 2013 kategori Pertubuhan Rekreasi
Ahli OGKL - Rohana Man menerima Anugerah Kembara Negara 2013 kategori Individu Wanita Rekreasi Gunung


Monday, 16 December 2013

Pencapaian OGKL Luar Negara

Happy 20th birthday to OGKL from the highest point on earth! 
10@10@20yrs - Zainuddin Lot, Pendaki Everest dan juga Penasihat OGKL!
Once we starts, we never stop! 

Berikut Program serta Rekod & Pencapaian OGKL di luar negara.

Senarai Program yang dijalankan OGKL.

Perkara / Program           Tahun          PenyertaanPencapaian / Catatan 
Ekspedisi G. Kerinci  Jambi, INDONESIA200324 orgEkspedisi 3 Negara: Indonesia - Malaysia - Singapura

Ekspedisi G.Marapi - G.Singgalang  Sumatera Barat, INDONESIA

200420 org
Kallapatar - EBC

NEPAL
200512 org
Usahasama dengan Kelab Rekreasi Utusan Malaysia (KRUM). 
Menerima sebahagian 'fund' dari KBS.
Ekspedisi G.Daik
Riau, INDONESIA
200623 org
Ekspedisi G.Rinjani - G.Agung
Lombok-Bali, INDONESIA
200728 org
Ekspedisi G.Bromo - G.Semeru - G.Arjuna - G. Walirang (BSAW)
Jawa Timur, INDONESIA
200828 org
Trans Aceh - Medan
G. Burni Telong, G. Sibayak, G. Sinabung
Aceh - Sumatera Utara, INDONESIA
200926 orgGunung Burni Telong, Aceh antara gunung yang jarang didaki.
Ekspedisi Mt  Arayat-Mt.Pinatubo-Mt.Makulot, Mt. Makiling 
FILIPINA
201025 orgPendakian ke puncak tertinggi Mt. Arayat, Trekking ke kawah Mt. Pinatubo. Pendakian ke Rokky Peak, Mt. Makulot. Trans di Mt. Makiling.
Ekspedisi Taiwan Snow Mt, TAIWAN20118 orgPendakian ke ShueShan/Taiwan Show Mt, gunung ke-2 tertinggi di Taiwan dan Mt Qising, gunung tertinggi di Taipei.
Ekspedisi G. Kerinci - Danau G. Tujuh 
Faisall & team, Gunung Online
Jambi, INDONESIA
201222 orgOGKL sebagai Organiser & Crew
Pelanggan 17 pax
Crew OGKL 5 org
Ekspedisi 2M1L (G.Merapi-G.Merbabu-G.Lawu), Jawa, INDONESIA201213 org
Ekspedisi Mt Kociousko, NSW, AUSTRALIA201221 org21 Berjaya ke puncak Mt Kociousko 2888m, puncak tertinggi di Benua Australia (Bass).
Pendakian ke Mt Paddington & One Step Hill (highest point) di Blue Mountain National Park
Mt. Fansipan,
VIETNAM
201310 orgGunung Tertinggi di Vietnam.
Semua berjaya dalam ekspedisi 2H1M
Bonus ke Halong Bay
Ekspedisi G. Marapi, G. Singgalang, G. Talang, Sumatera, INDONESIA
2013
8 org

Ekspedisi Mt Shue, Mt Qilai-Mt Qilai North, Mt Datun
TAIWAN
2013
14 org
Mt Qilai disebut 'most dangerous trail in Taiwan'. OGKL merupakan kumpulan pendaki pertama dari Malaysia yang mendaki gunung ini. 6 pendaki yang tidak ke Mt Shue menaki di Toroko Gorge, Mt Hualin.

Penglibatan OGKL diluar negara.

Perkara               Tahun             Pencapaian / Catatan 
Ekspedisi Mt Kociousko, Australia
7 Summit
Muqarrabin Mokhtarrudin
 2010 4 pendaki OGKL sebagai pendaki pengiring misi Qobin dalam 7 Summit. Program anjuran KE7B
Ekspedisi Mt Elbrus, Rusia
7 Summit
Muqarrabin Mokhtarrudin
 20115 pendaki OGKL sebagai pendaki pengiring misi Qobin dalam 7 Summit. Program anjuran K37B. 2 orang pendaki OGKL berjaya jejak puncak Elbrus.
KE7B Everest Felda 2013 Expedition 2013 Penglibatan ahli OGKL:- Zainudin Lot sbg Jurulatih Afif Che Embi & Ramli Majid sebagai Krew Sokongan Aliff Abdullah sebagai Ketua Medic Mohamad Zahid Hashim, Krew dari anak Felda



Saturday, 30 November 2013

Rekod Pendakian OGKL

XPDC Extream Gerah-Bieh-Bilah-Belatoh




Senarai gunung dan rekod pendakian OGKL

GUNUNG               Tahun Pendakian    
G. Kinabalu2011
G. Trusmadi2011
G. Tambuyukon
G. Mulu
G. Murut
G. Tahan2012,2004,2003,
G. Korbu2010,2006,2003,2002
G. Yong Belar2009,2006,2003,2002
G. Gayong2010,2006,2003,2002
G. Chamah2013,2010,2005
G. Yong Yap2009,2003
G. Ulu Sepat2013,2010,2005
G. Batu Putih2002
G. Irau2009
G. Benom2011,2009,2002
G. Gerah2010
G. Tumang Batak2009
G. Berembun
Puncak 6852'2006,2003,2002
G. Bilah2010
G. Berembun (Wrays)2013
G. Bieh2010
G. Belatok2010
G. Junction2009,2006,2003,2002
G. Gedung
G. Berinchang
G. Tangga
G. Hantu, CH2013
G. Bubu2011
G. Swettenham2013
G. Shoid
G. Ulu Kercau
G. Liang Timur2009,2003,2002
G. Liang Barat2009,2003,2002
G. Berhid2010
G. Challi (Pondok)2006
G. Siku2013
G. Tok Nenek2011
G. Anak Reng2011
G. Bintang
G. Noring Timur2011
G. Beremban
G. Basor2012
G. Bintang Utara2012
G. Bintang Timur2012
G. Semangkok
G. Cantek2012,2009
G. Centuk2012,2009
G. Suku2009
G. Tiga Negeri2006
G. Besar
G. Warpu2011,2010
G. Chabang
G. Jasar
G. Rajah2009,2003
G. Yellow2011
G. Ulu Semangkok
G. Bubu, K. Kangsar2012
G. Bubu W, K. Kangsar2012
G. Bah Gading2013,2002
G. Pass2011
G. Perdah
G. Ulu Jerneh2010
G. Tera2012
G. Rabong2011,2005
G. Lebah
G. Tapis2009,2003
G. Ayam2012,2010
G. Nuang2013,2003
G. Lebah2010
G. Besar Hantu2013
G. Lebah Timur2013
Pine Tree Hill
G. Hijau2013
G. Bunga Buah
G. Setong2012
G. Che Tahir2010
G. Gagau2005
G. Menyelit2010
G. Inas
G. Saji2012
G. Hitam2009
G. Hantu2013
G. Perlis2012,2005
G. Ledang
G. Panggang Paku
G. Bujang Melaka2011
G. Kenderong2013,2004
G. Jerai
G. Kerunai2013
G. Gajah Terom2013
G. Telapa Burok2012
G. Peninjau2012
G. Berembun, N92012,2005
G. Kub2010
G. Beirut
G. Baha
G. Tebu2012
G. Besar
G. Tiong2012
G. Semangkuk2011,2003
G. Gap2011
G. Berembun, Terengganu 2011
G. Belumut2009
G. Chabang Tiga
G. Angsi
G. Tampin2013
G. Muntahak2011
G. Cemendong2009
G. Datok2003
G. Lambak
G. Senyum2011
G. Banang
G. Arong

Senarai pendakian terdahulu masih dalam proses kemaskini.


Thursday, 14 November 2013

XPDC Gunung Rinjani & Gunung Baru Jari, Lombok Indonesia



Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera,



JOM mendaki di volcano - Gunung Rinjani (3726m) dan Gunung Baru Jari (2363m).
3D3N


Bila : 19 - 23 Jun 2014.
Dimana : Lombok, Indonesia
Gred : A+ (menurut penilaian kelab OGKL)
Bilangan Peserta: 16 org
Tarikh Tutup : Sebaik sahaja penyertaan penuh!
Bayaran: RM580 (ahli) RM640 (Bukan Ahli) ** RUJUK KEPADA REBET DI BAWAH

Kos meliputi makanan semasa ekspedisi, penginapan, guide, group porter, permit masuk, sijil, alatan perkhemahan, pengangkutan semasa program kumpulan, groups first aid kit, serta pengurusan (hanya ground arrangement).

*Kos tidak termasuk tiket penerbangan, personal porter, makan-minum personal porter, city site-seeing, shopping, makan semasa diluar ekspedisi serta perkara yang berada diluar jadual kumpulan.

BERMINAT? APA YANG PERLU DILAKUKAN??
Makluman serta komitmen peserta:

- Kepada yang berminat, sila hubungi dan maklumkan ke urusetia program di bawah. Pengambilan peserta berdasarkan pertimbangan kelab.

- Bayaran deposit RM300 diperlukan selewat-lewatnya 30 JANUARI 2014. Bayaran selebihnya boleh dijelaskan pada bulan-bulan berikutnya tetapi perlu melangsaikan bayaran penuh tidak lewat dari 5 MEI 2014.

- Tiket penerbangan perlu dibeli sendiri setelah penyertaan anda mendapat kelulusan urusetia OGKL.

BERLEPAS:: AK308 AirAsia 19 Jun 2014
PULANG:: AK309 AirAsia 23 Jun 2014

**

REBET:
Buat 11 peserta pertama yang menjelaskan deposit sebelum 30 Januari 2014 dan membayar penuh sebelum 5 Mei 2014 akan diberi rebet sebanyak RM50.
**

AHLI : Kadar bayaran AHLI hanya layak untuk ahli OGKL sebelum 31 Januari 2014 dan menjelaskan yuran ahli 2014.

Pendakian bergantung pada keadaan semasa. Pihak Kelab tidak bertanggungjawab atas penutupan kawasan mendaki.

Urusan pendaftaran boleh terus menghubungi urusetia program berikut:

Hadri: 012-9183949  = FB Hadri Aswad Salim
Ajib : 012-942.3732  = FB Arejib Kenya
AJ : 012-6863831 = FB Jay Hamid


Bayaran deposit/penuh boleh dibank-in kedalam akaun
Maybank : 164548076369 Muhammad Haziq Bin Yahya.
Sila buat pengesahan tempat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang bayaran.
Simpan Slip pembayaran sebagai bukti pembayaran untuk pengesahan.

Salam Rekreasi.

XPDC Gunung Chamah - Ulu Sepat


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Program penutup tahun 2013 dalam kalendar OGKL. Mahu menyahut cabaran musim tengkujuh di G. Chamah (7,210’) dan G. Ulu Sepat (7,089’) ? Butiran seperti di bawah:

GRED: A+ (mengikut penilaian OGKL)
Tarikh : 20hb Dis 2013(malam) - 25hb Dis 2013
Bayaran : RM 300 (ahli) RM 320 (bukan ahli)
Deposit : RM 150 - tidak akan dipulangkan sekiranya berlaku pembatalan atau menarik diri 3 hari sebelum tarikh xpdc.
Jumlah peserta: 22 orang - pengesahan tempat berdasarkan deposit atau bayaran penuh yang diterima terlebih dahulu.
Tarikh tutup : 13hb Disember 2013 atau cukup 22 orang.(mana yang terdahulu)

#Kos meliputi transport KL-Gua Musang dan Pos Trojan-Grik-KL, 4WD, pengangkutan bot, insurans, guide, permit, ration semasa xpdc, groups first aid kit, sijil, peralatan dapur & perkhemahan.

*Semua peserta diminta berkumpul di Stesen Sentral Kuala Lumpur pada jam 7.00pm.

*Semua peserta diminta untuk mengosongkan sedikit ruang dalam beg masing-masing utk ration yang diberi oleh Kelab.

*Semua peserta diminta untuk membawa sekurang-kurangnya 1.5 liter bekas air untuk kegunaan memasak.

*Sediakan bag daypack.

*Sekiranya anda berminat sila berhubung dengan AJK kami dengan segera!Hanya AJK yang dibawah ini sahaja supaya senang untuk memantau pendaftaran.

Razman : 017-3149540::  FB Razman Arsad

Bayaran deposit atau penuh boleh dibank-in kan ke dalam akaun Maybank : 114339035686 Razman Bin Arsad.Sila buat pengesahan tempat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang bayaran.

*Perjalanan program tertakluk kepada keadaan semasa.


Salam rekreasi

Suka-suka boling bersama OGKL



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Kelab ORANG GUNUNG KUALA LUMPUR ingin mengisi hujung minggu anda dengan aktiviti sukan boling. Dengan ini ingin mempelawa ahli OGKL serta rakan rekreasi OGKL yang berkelapangan untuk memeriahkan aktiviti ini. Sesuai untuk para pendaki yang tengah OFF di musim hujan sepanjang hari ini...:)

Permainan adalah berkonsep pertandingan kecil-kecilan antara pasukan, yang mana satu pasukan akan diwakili 5 orang peserta. Jumlah had pasukan adalah sebanyak 6 pasukan.

Permainan akan dijalankan sebanyak 3 pusingan dan pasukan yang memperolehi jumlah mata tertinggi daripada setiap ahli akan menjadi juara.

YURAN : RM25 per pax

TARIKH : 23 NOVEMBER 2013


LOKASI : Ampang Superbowl Flamingo
3/F, Commercial Complex
2 Jalan Ulu Kelang
Taman Tasik Ampang
68000 Ampang
Malaysia

MAP

WAKTU: 4.00pm (Sila Datang awal untuk tujuan
pengurusan)

* Yuran meliputi permainan boling sebanyak 3 pusingan, hadiah

*Sekiranya anda berminat sila berhubung dengan AJK kami dengan segera!Hanya AJK yang dibawah ini sahaja supaya senang untuk memantau pendaftaran.


Arejib : 012-9423732 

FB arejib kenya

Diharap kehadiran anda dapat memeriahkan lagi aktiviti santai di hujung minggu ini... 

Terima Kasih

Salam rekreasi

info Gunung Padang Temambong

Gunung Padang Temambong 
Ketinggian : 2300 kaki(701 meter)

Takah Pemong, Sg Lemakoh
Gunung ini terletak dalam kawasan Taman Negara Endau-Rompin. Ada 2 laluan untuk mendaki gunung ini: Pertama, melalui Laluan Sungai Marong yang terletak dalam Taman Negara Endau-Rompin. Bagaimanapun laluan ini tidak berapa popular kerana treknya agak kabur kerana tidak di upgred oleh pihak Taman Negara. Kedua, Laluan Sungai Lemakoh. Laluan ini terletak diluar Taman Negara dan dijaga oleh Jabatan Hutan dan Tok Batin Kampong Peta.


Air Terjun Takah Temambong

























Pada ekspedisi saya mendaki Gunung Padang Temambong tahun 2003, saya telah mengikut laluan yang ke-2. Untuk mendaki gunung ini mesti mengambil guide Orang Asli Kampong Peta dengan menghubungi Tok Batin Kampong Peta iaitu Batin Sangka Bin Chuka. Ini kerana tidak ada trek yang betul-betul terang untuk sampai ke kaki gunung.  Untuk sampai ke kaki gunung pendaki terpaksa melalui jalan balak lama yang penuh semak samun dan resam tebal.



Penulis di Puncak Gunung




Disediakan / Photo:

Noh B Hj Ismail
Pembantu Hidupan Liar
Taman Negara Johor Pulau Kukup
Kukup, Pontian, Johor

2008



info Gunung Chabang Tiga


Gunung Chabang Tiga 
Ketinggian : 3244 kaki
Puncak ke-2 dan G.Pukin (tengah) foto dari Puncak G. Chabang Tiga

Gunung setinggi 3244 kaki ini terletak dalam Daerah Segamat, Johor. Untuk pergi ke gunung ini pendaki perlu pergi ke Pekan Labis dahulu, kemudian masuk ke Pekan Air Panas. Dari Pekan Air Panas terus ke Kampong Kepoh. Dari situ pendaki perlu melalui jalan tanah merah masuk ke dusun buah-buahan hingga ke kawasan hutan. Kemudian melalui jalan balak lama yang penuh dengan resam.

Penulis pernah mendaki gunung ini pada tahun 1989 dahulu. Sekarang jalan yang penulis lalu telah jarang dimasuki orang, penulis percaya jalan balak yang penulis lalu dulu telah dipenuhi resam tebal atau terputus akibat hakisan.

Dari jalan balak lama yang keseluruhannya banyak mendaki bukit yang curam, pendaki akan sampai di kawasan sungai kecil. Sungai tersebut bernama Sungai Tenang Kudung. Sungai itu memang pelik kerana seolah-olah kudung, sekejap kita akan jumpa sungai tersebut mengalir, kemudian hilang, apabila kita naik ke atas lagi kita akan jumpa lagi sungai tersebut. Sebenarnya Sungai itu mengalir ke dalam tanah. Di sebelah hulu sungai itu terdapat air terjun kecil, anda boleh berkhemah di situ.
Dahulu terdapat trek yang agak terang dari arah Sungai Tenang Kudung terus ke Hulu Sungai Selai dan trek tersebut boleh sampai hingga ke hulu Sungai Endau. Trek tersebut akan melalui permatang gunung hingga ketinggian 2500 kaki. Di atas puncak permatang pendaki akan menjumpai trek yang bersimpang. Pendaki masuk simpang arah utara. Terus ikut arah Utara sehigga sampai satu lagi puncak permatang pada ketinggian 2800 kaki. Dari situ ke puncak Gunung Cabang Tiga mengambil masa 45 minit.

Turun dari puncak permatang ke bawah dimana terdapat kawasan yang agak landai .Dahulu penulis pernah berkhemah disini pada hari pertama pendakian. Sebelum sampai ke puncak satu lereng bukit yang agak curam setinggi lebih 400 kaki perlu didaki.

Puncak Gunung 
Puncak Gunung Cabang Tiga ini agak kecil dan sempit. Tidak ada kawasan untuk berkhemah. Dari puncak pendaki boleh melihat pemandangan saujana mata memandang, di sebelah timur Kawasan Hutan Taman Negara Endau-Rompin, sebelah Utara pendaki dapat melihat Puncak Gunung Besar, Gunung Pukin dan Puncak ke-2 Gunung Cabang Tiga. Arah Barat pendaki boleh melihat pemandangan yang luas hingga ke Gunung Ledang. Di atas puncak terdapat pokok-pokok renik, Paku –pakis Dipteris conjungata dan pokok Rhododendron sp. berbunga putih.
Sekarang Gunung Cabang Tiga boleh di daki dari hulu Sungai Segamat. Dari situ pendaki boleh sampai ke puncak ke-2 dan ke-3, Gunung Cabang Tiga. Penulis belum pernah lagi mendaki ikut laluan tersebut. Selain dari itu laluan tersebut boleh sampai ke Puncak Gunung Besar dan Gunung Pukin.
Disediakan / Photo:

Noh B Hj Ismail
Pembantu Hidupan Liar
Taman Negara Johor Pulau Kukup
Kukup, Pontian, Johor

2008

info Gunung Tapis


Gunung Tapis

Salah satu gunung popular di negeri Pahang dengan ketinggian 4960 kaki dari paras laut. Gunung yang terletak di Sg. Lembing ini menjadi kebanggaan masyarakat setempat. Keindahan flora terutama pepohon bonsai di atas gunung ini amat dikagumi.

Pendaki yang hendak mendaki, perlu datang ke Pekan Sg. Lembing. Di Sg. Lembing pendaki boleh mendapatkan bekalan makanan dari pasar/kedai makan atau kedai runcit. Pendaki juga boleh mendapatkan khidmat lori atau pacuan 4 roda untuk masuk ke tengah hutan.

Bermula dari Sg. Lembing ke starting point G. Tapis perjalanan dengan lori mengambil masa kira-kira 45 minit menyusuri laluan batu kerikil dan laluan tanah merah serta sungai yang perlu dilintas.

Mula RIver Crossing
Starting Point Kebiasaannya bermula dari tepi sungai besar, pendaki perlu menyeberang sungai kemudian terus berjalan menyusuri laluan balak tinggal. Bagi mereka yang memiliki 4WD hardcore masih boleh terus menaiki kenderaan.

Kem 2Starting Point ke Kem 2 kira-kira 3 - 4 jam. Kem 2 berada bersebelahan sungai dengan berjeram kecil. Didapati lubuk ikan tengas di sini 1 - 2 kilo boleh dikail sambil berehat makan tengahari / malam. Kem site ini agak beragas. Kumpulan pendaki yang sederhana besar boleh bermalam disini, 30 - 40 orang boleh muat di kem ini. * Tanah yang terhakis boleh mengecilkan saiz kem site.

Kem 33 - 5 Jam perjalanan dari kem 2. Bermula laluan di dalam hutan dari kem 2 ke kem 3 bentuk muka bumi banyak yang mendaki dari menuruni. Kem 3 berada di satu kawasan lembah. Sumber air dari sungai kecil yang dingin dan jernih bersebelahan kem site mudah sekali bagi pendaki yang bermalam dikem ini. Kem ini agak besar dan boleh memuatkan kumpulan pendaki 70 - 90 orang.

Puncak Gunung
Puncak Gunung 
Dari kem3 ke puncak mengambil masa 5 - 7 jam pendakian. 1 jam sebelum puncak ada simpang ke sumber air terakhir, bagi pendaki yang berkeupayaan boleh menuruni lurah untuk mendapatkan sumber air dan kembali ke simpang asal. Makin hampir ke puncak gunung pendaki akan melintasi kawasan pohon bonsai. Puncak gunung ditandakan dengan beirout atau stesen trigonometri. Keadaan beirout ini agak uzur dan sudah terduduk ke bumi.

Taman Bonsai10 minit dari puncak gunung. Satu kawasan penuh dengan bonsai-bonsai paras kaki dan pinggang. Antara tempat wajib dilawati bagi pendaki gunung tapis terutama mereka yang berjaya ke puncak.

Air Terjun Pelangi (ATP)
Air terjun ini dimanakan Air Terjun Pelangi kerana diwaktu pagi akan muncul pelangi di percikan air terjun ini. Waktu yang biasa ada pelangi sekitar jam 9pagi ke 11 pagi bergantung pada cuaca. Kolam dibawah air terjun ini ada pelbagai peringkat kedalaman. Dari paras betis hingga melepasi paras kepala. Arus  di kolam agak tenang, air pula begitu dingin walaupun diwaktu tengahari.

Perizinan 
Balai Polis Sg. Lembing & Jabatan Hutan Negeri Pahang
       Taman Bonsai

Disediakan:
Apip Embi

Photo:
Apip Embi
Kemaskini 2010


Wednesday, 13 November 2013

Gunung Datok


Gunung Datuk / Datok

Gunung di daerah Rembau ini merupakan satu destinasi pelancongan, baik gunung mahupun jeram di kaki gunung ini. Terletak di Hutan Lipur Gunung Datuk, Kota, Rembau. Perjalanan untuk ke sini kira-kira 21 km dari Pekan Rembau dan 15 km dari Pekan Tampin.


Gunung ini hanya setinggi lebih kurang 2000 kaki sahaja, ketinggian 2900 kaki itu adalah ketinggian G. Rembau. Sebenarnya dalam peta topo, G.Datok tidak ditulis. Hanya perkataan 'keramat' sahaja ditulis pada ketinggian 2000 kaki. G. Datok merupakan puncak permatang yang menganjur dari G. Rembau. 
Mula dari Tugu Keris Hutan Lipur, pendaki perlu turun ke jeram dan trail bermula dari seberang sungai. Satu jambatan dibina bagi memudahkan pendaki menyeberang sungai. Kecerunan trail hingga ke pondok pertama kebanyakannya hampir 90 darjah. Tali disediakan bagi memudah pendaki berpaut semasa pendakian.
Dari pondok pertama kecerunan trail agak berkurangan dan adakalanya landai. Menghampiri puncak trail cerun trail makin menegak. Talian komunikasi boleh diterima disepanjang trail hingga ke puncak.

Tapak Khemah
Tapak khemah di puncak gunung sebesar kira-kira sebuah gelanggang bola tampar. Pendaki masih boleh berkhemah disekitar tapak utama perkhemahan berdekatan batuan dan ada juga yang bermalam di gua. Punca air bersih boleh dicapai dengan turun ke lembah dengan perjalanan turun selama 20 ke 45 minit. Ada alur air mengalir di sini.



Tapak kaki
Puncak Gunung Datok
Dari kemsite ke puncak cuma beberapa minit. Pendaki perlu memanjat tangga besi yang disediakan. Keadaan puncak terdiri dari bongkah-bongkah batu besar. Pendaki boleh bersantai di puncak dengan panorama perkampungan serta landasan keretapi selain Selat Melaka saujana mata memandang. Di puncak gunung ini juga terdapat kesan tapak kaki diatas batuan yang dikatakan tapak kaki Hang Tuah.

Puncak Gunung Datuk
Perizinan
Balai Polis Kota
Bayaran Masuk RM3.00 seorang dibayar pada Koperasi JKKK di Balai Utama Hutan Lipur.

Apip Embi
Kemaskini 2008

info Gunung Arong


Gunung Arong

Gunung ini adalah gunung ke-3 terendah didalam Negeri Johor, setinggi 898 kaki. Gunung yang paling rendah ialah Gunung Soga (820 Kaki), Ke-2 ialah Gunung Gaung (870 Kaki). Gunung Arong terletak di Tanjung Resang, Mersing. Oleh kerana ia adalah mercutanda tertinggi di kawasan Tanjung Resang bukit ini dipanggil gunung. Untuk mendaki gunung ini mudah saja pendaki boleh dapatkan jurupandu arah dari beberapa Resort yang terdapat disekitar Tanjung Resang antaranya Jentayu Chalet, Tanjung Resang Indah Chalet dan Teluk Gorek Resort. Gunung ini jelas kelihatan dari semua kawasan Tanjung Resang.

Untuk sampai ke kaki gunung pendaki akan melalui jalan kampung seterusnya masuk ke kawasan dusun hingga sampai ke sebuah air terjun kecil. Kawasan air terjun ini telah dinaik taraf oleh Jabatan Perhutanan dimana 2 buah empangan telah dibina untuk mengepung air menjadi kolam mandi. Juga disediakan kemudahan seperti tandas.
Pemandangan dari puncak
Trek untuk mendaki gunung bermula tidak jauh dari kolam air terjun yang pertama. Trek agak terlindung dan tidak jelas permulaannya, bagaimanapun setelah memasuki hutan barulah trek menjadi semakin jelas dan terang.

Permulaan pendakian agak curam kira-kira 15 minit, kemudian trek menjadi agak landai dan mudah didaki. Terdapat batu-batu kuarzt berbagai bentuk di sepanjang trek. Hanya terdapat satu dua tempat sahaja yang agak curam dan apabila hampir ke puncak pokok-pokok tumbuh semakin rapat dan terdapat banyak pokok orkid tumbuh atas tanah dan batu.

Di atas puncak terdapat tanah lapang dan ditengahnya terdapat berop (Besi penanda puncak gunung). Pemandangan tidak berapa jelas dari puncak kerana terhalang oleh pokok yang agak tinggi.

Jika pendaki hendak melihat pemandangan yang jelas anda boleh meminta guide membawa anda turun mengikut trek arah ke laut. Trek tersebut akan menuruni cerun bukit yang curam dan kemudian melalui permatang gunung yang agak landai hingga tiba ke view point. Di kawasan View point pendaki akan dapat melihat pemandangan yang tidak terhalang dimana anda akan dapat melihat Laut Cina Selatan yang luas, pulau-pulau termasuk Pulau Tioman, Tg.Resang dan pantai-pantai di kawasan itu.
Penulis dan keluarga di puncak gunung
Perjalanan turun mengikut trek laut agak jauh lebih 2 kali ganda dari semasa mendaki. Penulis tidak mengikut trek tersebut kerana kesuntukan masa.

Untuk menuju ke Gunung Arong, pendaki perlu melalui Jalan Mersing-Endau, Kira-kira 20 minit dari Mersing sebelum Hutan Lipur Gunung Arong, terdapat simpang sebelah kiri  menuju ke Tg.Resang, Penyabong. Masuk ke simpang itu dan jaraknya 7km untuk sampai ke Pantai Tg.Resang. Terdapat 2 buah Resort sepanjang pantai itu dan pendaki boleh menginap di mana-mana resort yang disukai.

Disediakan / Photo:

Noh B Hj Ismail
Pembantu Hidupan Liar
Taman Negara Johor Pulau Kukup
Kukup, Pontian, Johor

Kemaskini 2010



info Gunung Muntahak


Gunung Muntahak
Ketinggian : 2080 kaki / 634m

Gunung Muntahak
Gunung ini terletak dalam Daerah Kota Tinggi, Johor. Air Terjun Kota Tinggi yang terkenal itu berpunca dari gunung ini, dimana Sungai Pelepah Kanan yang membentuk air terjun tersebut mengalir turun  dari Gunung Muntahak. Sebenarnya tidak terdapat trek khusus untuk mendaki ke puncak gunung ini. Kami terima 2 info dan 2 trail dari 2 pendaki tempatan.

Tambahan satu lagi trail dari Selatan / Pelepah Trail laluan Noh dan pasukannya pada 2010.

Trail-trail G. Muntahak
Laluan Barat / Noh Trail
Laluan Tenggara / Johan Trail
Laluan Selatan / Pelepah Trail


Laluan Barat / Noh Trail

Laluan Awal 
Untuk ke gunung itu anda boleh melalui Jalan Kluang – Kota Tinggi. Selepas 1 km dari Petri Jaya, terdapat satu simpang jalan yang tidak berturap disebelah kiri jalan besar. Seterusnya anda masuk ke jalan itu. Jalan tersebut biasa dilalui oleh lori-lori pasir dan lori pengangkut buah kelapa sawit. Jalannya tidak berapa rata dan berlubang-lubang. Untuk sampai ke kaki Gunung Muntahak jaraknya kira-kira 7 km. Dari tempat meletak kenderaan di pinggir hutan anda terpaksa berjalan kaki selama setengah jam meredah paya, bekas lombong lama dan semak resam dan benteng pasir yang ditumbuhi pokok orkid buluh dan periuk kera. Apabila anda telah sampai di kawasan sungai berjeram bermakna anda telah sampai ke kaki gunung.
Air Terjun Sg Tengkil
Air terjun 10 tingkat
Ulu Sungai Tengkil yang mengalir turun dari Gunung Muntahak mewujudkan air terjun 10 tingkat. Terdapat trek di sebelah kiri air terjun yang telah penulis buat. Trek tersebut akan membawa pendaki hingga ke tingkat ke-7 air terjun. Pemandangan air terjun di tingkat ini paling cantik sekali. Air terjun yang setinggi kira-kira 30 meter turun menegak melalui permukaan seakan dinding dengan kecuraman 90 darjah. Terdapat kolam semulajadi yang berair jernih dan sejuk di bawahnya, sesuai untuk mandi-manda.
Ke Puncak Gunung Muntahak 
Pendakian ke puncak Gunung Muntahak bermula dari tingkat ke-7 air terjun. Ikut sebelah kiri air terjun, trek agak curam dan penuh dengan resam. Trek akan menjadi semakin landai apabila pendaki sampai di ketinggian 1700 kaki aml. Pendaki perlu mendaki 2 puncak permatang sebelum tiba di puncak sebenar.

Puncak permatang yang pertama setinggi 1900 kaki, dari sini pendaki boleh melihat pemandangan di sebelah utara di satu kawasan lereng bukit yang telah runtuh. Puncak permatang yang ke-2 setinggi 2000 kaki. Dari sini ke puncak sebenar hanya kira-kira 15 minit sahaja, dimana pendaki akan menuruni lurah kemudian mendaki semula puncak yang tertinggi.

Laluan Tenggara / Johan Trail

Laluan Awal 
Dari starting point sampai ke kawasan permatang ada tanda-tanda yang dibuat oleh Jabatan Ukur, memudahkan trek dilalui tanpa perlu menebas banyak, dalam 15-20 minit, ada waterpoint (mini waterfall) di kiri trek yang boleh diagak melalui bunyi air yang agak kuat. di trek menuju turun ke waterpoint memang kawasan agak sesuai untuk take 5. selepas berehat (layan pacak dalam 15 minit tadi), perjalanan diteruskan sampai ke persimpangan (simpang 3) . ke kanan menuju ke kawasan hutan simpan dan lombong, ke kiri menuju ke puncak.

Peringkat ke-2Mula mendaki sedikit sampai ke level hutan sekunder yang agak usang dan nature. mungkin sebab lama tidak dikunjungi manusia. perlu diingat, ini kawasan binatang terutama harimau, babi hutan, tapir dan kijang berdasarkan jejak dan najis yang ada. Uniknya trek ke puncak agak luas untuk 3 orang sekali berjalan bersaingan walaupun keadaan nampak nature dan tidak terusik. Tiada kesan pencemaran atau kerosakkan yang serius akibat kemasukkan manusia. Trek juga dihiasi dengan pokok resam, rotan kecil dan beberapa spesis flora berwarna-warni. pokok daun lebar, tanduk rusa, sarang burung dan orkid putih menyegarkan pemandangan. Terdapat beberapa kawasan rata tapi kurang sesuai untuk tapak khemah sebab ada kubang binatang (babi hutan) merosakkan suasana.

Kawasan puncak yang lapang dan beresam
Peringkat ke-3
Selepas sejam 20 minit perjalanan, pendaki akan sampai ke kawasan permatang. Mula memasuki hutan pergunungan, kelihatan spesis buluh halus dan periuk kera di tepi trek dan sekali sekala pokok tumbang akibat tiupan ribut merentangi jalan. walaubagaimanapun suhu tidaklah sejuk seperti yang dijangka walaupun di ketinggian 1500 kaki dpl. mungkin kawasan sekeliling sudah diteroka membuatkan suhu biasa sahaja. perjalanan berbaki 40minit ke 1 jam untuk sampai ke puncak ketika kedaan trek mula menegak perlahan-lahan. akar-akar mula menjadi sebahagian dari trek. dari trek kering bertukar menjadi trek bertanah gambut dan lembab sampailah ke puncak.
Keseluruhan masa ialah dalam 2 jam - 2 1/2 jam untuk naik (masa buka trek, dalam 4 jam). turun cuma 1 jam 1/2 sampai di pintu rimba.




Sumber air terakhir

Sumber Air Terakhir Dari pintu masuk ke puncak, berjalan terus melepasi kawasan tapak khemah ke depan dan ambil laluan kanan sedikit menuju ke bawah. kami ada membuat marking untuk ke waterpoint. dalam 7-8 minit menurun, ada anak panah di sebatang pokok balak besar (di tengah trek) menunjukkan arah ke kanan. terus turun mengikut bunyi air dalam 5-6 minit ke bawah. dari trek, memang bunyi air tak jelas jadi perlu menurun mengikut marking yang ada. waterpoint sangat jernih dan ada kolam kecil (diameter 1 meter) yang boleh diletak botol 1.5 liter tanpa masalah.





Laluan Selatan / Pelepah Trail
Trek baru bermula dari tingkat pertama Air Terjun Sungai Pelepah Kiri (CP1). Trek bermula dari sebelah kanan Sungai Pelepah Kiri berhampiran tapak khemah, air terjun tingkat pertama terletak hanya 2-3 minit dari tapak khemah. Permulaan trek agak semak dengan pokok resam. Bearing adalah 350 darjah. Trek agak landai pada 100 meter pertama dan lama- kelamaan menjadi curam.

Pada ketinggian 500 kaki di atas paras laut (dpl) trek menjadi landai semula, disini pendaki akan melalui jalan balak lama sehingga sampai ke puncak bukit setinggi 750 kaki dpl(CP2). Puncak bukit agak lapang tapi penuh dengan resam. Dari sini pendaki akan melalui permatang bukit yang agak landai dan semakin curam hingga tiba puncak permatang setinggi 900 kaki dpl(CP3).

Trek kemudian mengikut arah Utara hingga tiba di puncak bukit setinggi 1150 kaki dpl(CP4). Dari sini pendaki perlu ikut arah Barat menuruni puncak bukit yang agak landai. Di sini pendaki dapat melihat Puncak Gunung Muntahak yang terletak di arah Utara. Pendaki perlu menuruni bukit mengikut arah Utara untuk menuju ke basecamp Sungai Pelepah Kanan (CP5) (hulu sungai ini merupakan punca Air Terjun Kota Tinggi).

Laluan ke basecamp ini paling mencabar sekali kerana kepadatan pokok yang tumpat, penuh dengan rotan hingga memaksa kami turun mengikut anak sungai kecil. Bagaimanapun laluan mengikut sungai lebih jauh kerana keadaan sungai yang berliku-liku dan terdapat banyak pokok tumbang dan pokok rotan menghalang laluan.

Kemudian pendaki akan menempuh satu kawasan paya yang berselut sebelum sampai di tepi Sungai Pelepah Kanan. Tidak terdapat air terjun atau jeram di sungai ini kerana kedudukan di kawasan yang agak rata, lebih menarik terdapat banyak pokok pandan air tumbuh subur didalam sungai. Basecamp (CP5) terletak disebelah kiri sungai. Ketinggian kawasan ini lebih kurang 650 kaki diatas paras laut (dpl). Terdapat pantai berpasir disini yang boleh didirikan khemah. 
Dari basecamp ikut arah timur lebih kurang 50 meter, disini terdapat sebatang sungai kecil yang penuh dengan pokok pandan air bercantum dengan Sungai Pelepah Kanan. Pendaki perlu menyeberang sungai kecil ini dan naik ke atas tebing sungai. Trek ke puncak Gunung Muntahak bermula dari atas tebing tersebut menghala kearah Utara.

Laluan agak landai pada mulanya dan sederhana curam apabila ketinggian melebihi 750 kaki  dpl. Trek masih mengikut arah Utara sepanjang laluan agak semak dengan anak pokok kayu, bertam dan rotan. Trek menjadi semakin curam apabila ketinggian mencecah 1250 kaki dpl. Terus mendaki mengikut bearing Utara sehingga sampai di atas permatang gunung  pada ketinggian 1500 kaki.

Diatas permatang ini terdapat trek yang cukup terang dan luas. Dari sini untuk ke puncak gunung hanya memakan masa selama 30 minit sahaja. Ikut  trek menghala arah Barat. Laluan pada mulanya agak landai dan semakin curam pada ketinggian 1750 kaki dpl. Apabila tiba di paras 2000 kaki (dpl) trek menjadi landai semula dan terus berjalan menghala arah Barat.

Apabila pendaki sampai di sebuah kawasan lapang tapi dikelilingi  pokok-pokok yang agak tinggi melebihi 15 meter dan terdapat semak resam dan pokok tepus..itu tandanya pendaki telah sampai di puncak Gunung Muntahak  setinggi 2080 kaki.


Puncak GunungMuntahak

Resam & Pokok Pulai di puncak pada tahun 90an
   



















Puncak Gunung Muntahak ditanda dengan beirut, Sumber 2008, beirut telah pun rebah tapi sisa tiang beirut masih ada di puncak gunung. Puncak gunung ini merupakan sempadan 3 mukim iaitu Mukim Ulu Sungai Johor - Mukim Ulu Sungai Sedili Besar - Mukim Kota Tinggi.

Di puncak, boleh memuatkan hampir 60 orang sekaligus. rata dan tidak berakar. cuma perlu menebas pokok resam dan semak untuk meluaskan tapak khemah.

Kawasan disini yang tiada pencemaran jadi tikus atau agas memang tiada. kalau ada agas, berhati-hati sebab menunjukkan kehadiran harimau atau babi hutan. pacat juga tidak kelihatan pada 3 trip ke sini. mungkin ada cuma tidak sebanyak tempat lain.

Pemandang sekeliling juga tidak dapat dilihat kerana dihalang oleh pokok kayu yang tumbuh melebihi 5 meter.

Tiang Beirut yang dijumpai







OGKL di puncak 2011 mengikut Laluan Tenggara
Sumber / Photo:

1-Noh B Hj Ismail
Pembantu Hidupan Liar
Taman Negara Johor Pulau Kukup
Kukup, Pontian, Johor
2008

2-Johan(John) Lennon / Dewajiwa
Jan 2008


Kemaskini: Jan 2011