logo

OGKL di Bagan Lalang

Santai-santai bersama keluarga

OGKL di Bagan Lalang

Santai-santai bersama keluarga

OGKL di Bagan Lalang

Santai-santai bersama keluarga

OGKL di Bagan Lalang

Santai-santai bersama keluarga

OGKL di Bagan Lalang

Santai-santai bersama keluarga

Logo OGKL

Logo OGKL

Saturday, 23 February 2013

L02: Trans Titiwangsa

Ekspedisi Trans Titiwangsa


Banjaran Titiwangsa

Gunung Korbu , Gunung Gayong dan Gunung Yong Belar merupakan antara gunung utama yang membentuk banjaran titiwangsa . Gunung – gunung ini mempunyai ketinggian melebihi 7000 kaki merupakan antara gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia .Kelab ogkl telah menganjurkan satu ekspedisi merentasi banjaran ini untuk merasai cabarannya yang di kategorikan oleh kebanyakan trekkers sebagai kategori “Hardcore “ . Seramai 25 orang peserta yang menyertai ekspedisi .

23 . 05 . 2002 . ( Hari khamis ) KL- Intake Ulu Kinta Perak

Lebih kurang jam 9.30 malam semua peserta berkumpul di Dataran Merdeka untuk menaiki bas yang telah dichartered khas oleh Kelab OGKL .Hujan yang turun pada malam ini telah menyebabkan kelewatan beberapa peserta untuk tiba disini .Tepat pada jam 11.00 malam bas kami mula bergerak meninggalkan Kuala Lumpur untuk ke Intake ,Ulu Kinta Perak .

24 . 05 .2002 . ( Hari Jumaat ) Intake – Kem Kijang

Lebih Kurang jam 2.15 pagi kami pun tiba di Ulu Kinta ( Intake ). Disini peserta telah diberikan ration untuk 5 hari .(Ada yang muncung panjang kerana terpaksa memiikul bebanan ration yang tentunya berat!!!).Malam (pagi) ni peserta hanya berjalan lebih kurang 15 minit untuk sampai ke tapak perkhemahan .Jam 3.30 pagi barulah kami dapat melelapkan mata .

Lebih kurang jam 6.45 pagi setelah menunaikan solat subuh urusetia–urusetia bertugas sudah mulai sibuk memasak sarapan iaitu Nasi Putih berlaukkan Sambal Tumis Ikan Bilis dan bekalan makan tengaharinya ialah Sandwich Tuna . 

Setelah selesai melakukan senaman ringan yang diketuai oleh En. Alan yang semestinya meriah kami memulakan pejalanan jam 10.00 pagi yang di dahului oleh En.Bullet dan dikuti oleh peserta – peserta lain. Tiba di Pondok terakhir kami take 5 sekejap. Abang Rashid menggambil kesempatan untuk menghadiahkan badge Kelab OGKL kepada kami . 

Hampir satu jam berjalan kami tiba ke satu kem site pada jam 12.00 tengahari. Disini kami mengambil kesempatan untuk makan tengahari yang telah di bekalkan. Hampir setelah setengah jam kami berehat disini kami pun menyambung perjalanan dan sampai di Kem Seroja hampir jam 4.00 petang dan kumpulan yang terakhir sampai 45 minit kemudian. 

Di sini para urusetia membincangkan samada meneruskan perjalanan ke Kem Kijang atau bermalam saja disini. Setelah kata putus dibuat kami pun meneruskan perjalanan ke Kem Kijang untuk memudahkan pendakian untuk keesokan harinya. Lebih kurang jam 6.30 petang kumpulan hadapan telah tiba di Kem kijang .

Semua peserta mengambil peluang mandi di anak sungai disitu tetapi airnya tersangat sejuk. Urusetia bertungkus-lumus mendirikan Dewan Makan dan Kemah Dapur untuk penyediaan makan malam kami. Peserta yang terakhir sampai jam 8.00 malam setelah tidur sekejap ditrek kata mereka. 

Setelah selesai mandi dengan kesejukan airnya yang terasa hingga ke tulang, kami pun makan malam dengan begitu berselera sekali yang disediakan oleh Kak Aishah dan Fazid yang merupakan chef utama kami untuk ekspedisi kali ini. Menu malam itu ialah Nasi putih dengan lauknya Rendang Daging bersama masak Lemak Kobis . Jam 11.00 malam semua peserta di kerah tidur .(Kem site banyak agas ,tidur tatak nyenyak )

25 . 05 .2002 ( Hari sabtu ) Korbu – Kem Kijang – Gunung Korbu

Seawal jam 6.30 pagi kebanyakan peserta telah bangun untuk solat subuh dan kelihatan begitu bersemangat untuk mendaki puncak Korbu pada hari ini .Pada pagi ini chef Kak Aishah dan Fazid menyediakan sarapan Nasi Goreng Kampung dan Teh Tarik kaw-kaw . Mereka juga membekalkan kami Roti Egg Banjo berserta Daging untuk santapan tengahari kami. 

Selesai semua bersarapan dan berkemas seperti biasa kami akan melakukan senaman ringan untuk memanas badan sebelum memulakan perjalanan .Senaman pada pagi ini dipimpin oleh En. Leman( Black Hawk Down). Lebih kurang jam 10.00 pagi kami memulakan perjalanan dan sampai di last “Water Point “ pada pukul 12.00 tengahari, di sini kami mengambil kesempatan untuk makan tengahari sambil mengambil air 3 botol seorang (1.5 liter ) untuk kegunaan di puncak dan perjalanan hari esok .Haversack yang berat dengan ration dan diisi pula dengan air terasa begitu membebankan ditambah pula trek yang terpacak amat mencabar fizikal dan mental kami. 

Setelah melalui pelbagai cabaran dan rintangan akhirnya kumpulan hadapan telah tiba di puncak Korbu pada pukul 4.40 petang dan peserta terakhir sampai jam 6.10 petang dan kami mengambil keputusan untuk bermalam di sini sahaja memandangkan perjalanan ke Gunung Gayong amat merbahaya sekiranya trekking di malam hari.

Di puncak Korbu ada juga group lain yang datang dari arah Kampug Suluh. Pada malam ini, chef kami menyediakan hidangan yang lazat sekali iaitu Nasi Beriani berlaukkan Ayam Masak Merah dan Jelatah Timun-Nenas ,ditambah lagi dengan keropok papadom yang ranggup .Malam yang indah di puncak Korbu diterangi oleh bulan mengambang penuh dan keadaan cuaca yang baik, membantu kami tidur dengan nyenyaknya tidak seperti malam--malam sebelumnya.

26 . 05 .2002 (Hari Ahad ) Gunung Korbu –Gunung Gayong – 6852 –Kem H20

Pagi di puncak Korbu terasa begitu dingin sekali membuatkan kami sangat liat untuk keluar dari dalam kepompong “ sleeping bag “.Walau bagaimanapun kami terpaksa juga bangun untuk meneruskan perjalanan seterusnya ke H20 .

Pagi ini kami bersarapan Roti Nan Tandori dan cicah Kuah Kari Dagingdan kentang yang sungguh menyelerakan .Perjalanan hari ini merupakan perjalanan paling jauh yang akan kami tempohi .Selesai sessi photografi kami memulakan perjalanan pada hari ini pada pukul jam 10.00 pagi dan sampai di simpang Gayong jam 11.45 pagi dan setelah berehat lama disitu kami meyambung semula perjalanan pada pukul 2.15 petang setelah berkumpul semula dengan semua peserta belakang dan bergambar di puncak Gayong.

Perjalanan seterusnya begitu memenatkan untuk menyampaikan ke puncak 6852.Akhirnya berjaya juga kami tiba di di puncak 6852 pada jam 5.30 petang . Kesejukan di campsite 6852 membuatkan kami terasa lapar ,sementara menunggu peserta dibelakang tiba kami mengambil kesempatan untuk mengalas perut kami dengan makanan yang telah dibawa (kudapan ). 

Lebih kurang jam 6.15 petang kami menyambung semula perjalanan dan sampai disungai jam 8.30 malam .Perlajanan ini terasa begitu menyiksakan kerana terpaksa berjalan dalam kepekatan malam sambil melalui trek yang hancur menyebabkan kami kehilangan arah buat seketika .Ketika di sungai itu ada juga peserta yang mula menunjukkan kebosanan apabila kami tidak dapat mengesan trek laluan untuk ke campsite H20 , akhirnya Abang Osman dapat juga mengesan trek dan mengarahkan peserta untuk mengikuti terk tersebut . Abang Osman ,Bullet dan Adlan telah tercari-cari kedudukan campsite H20 yang sebenar dan kembali memberitahu peserta yang sedang mengalas perut, dan akhirnya kami sampai dicampsite jam 11.00 malam. 

Disini kami mengambil kesempatan untuk mandi-manda didalam kedinginan malam dan kesejukkan air sungainya yang menyusuk ke setiap lobang roma . Malam itu kami makan Nasi berlaukkan Ikan Bilis Masak Berlada dan Soup Ayam berserta Kentang . Kami masuk tidur hampir jam 3.00 pagi dengan sang agas sebagai teman tidur .

27 . 05 . 2002 (Hari Isnin ) Kem H20 – Gunung Yong Belar

Pagi ini nampaknya semua peserta agak liat sikit untuk bangun awal pagi mungkin keletihan disebabkan “overtime “semalam .En. Bullet memberitahu kepada peserta , perjalanan pada hari ini akan memakan masa hampir 8 jam untuk sampai ke puncak Yong Belar .

Perjalanan hari ini dimulakan pada pukul 10.30 pagi setelah selesai senaman ringan dan bacaan doa dilakukan .Perjalanan hari ini yang lebih kepada pendakian tidak mematahkan semangat peserta , walaupun ada yang telah merasai kesakitan .Hampir jam 4.00 petang kami sampai di water point dimana sebelum itu kami telah berehat hampir satu jam disatu kawasan runtuhan yang menampakkan pemandangan yang cantik ,jarak antara tempat kami berehat dan water point tak sampai satu minit perjalanan .Alangkah bagus jika kami meneruskan perjalanan dan berehat di water point .

Di water point kami berehat lagi sehingga jam jam 5.30 petang sambil menunggu kesemua peserta tiba ,disini kami mengambil kesempatan untuk mengisi air seorang 3 botol lagi (1.5 ltr) untuk memasak makanan. Ada peserta yang memasak ration emergengy iaitu maggi disitu .

Kami menyambung semula perjalananan kami dan sampai ke puncak Yong Belar jam 6.10 petang dan peserta terakhir sampai jam 6.45 petang .Hari ini semua peserta berjalan agak laju memandangkan kesemuanya tak nak overtime lagi .Terpancar keceriaan pada wajah setiap para peserta di atas puncak sambil menikmati pemandangan matahari jatuh di sebelah barat yang sungguh indah , jarang sekali dapat melihat matahari terbenam dari atas puncak Yong Belar .Selalunya puncaknya berkabus .

28 . 05 . 2002 (hari selasa ) Gunung Yong Belar- Kem TNB Blue Valley , Cameron .

Hari terakhir untuk trekking didalam ekspedisi pada kali ini. Nampaknya semua dah tak sabar untuk menamatkannya .Kami mengambil kesempatan untuk mengambil gambar di atas puncak untuk Yong Belar untuk dibuat kenangan sebelum turun. Lebih kurang jam 11.00 pagi perjalanan dimulakan dan sampai di Kem Tudung Periuk jam 2.00 petang. 

Selesai berehat dan mengisi perut kami dengan BeeHoon Tomyam kami pun menyambung semula perjalanan pada jam 3.30 petang dan sampai di Kem TNB pada jam 6.00 petang dan kumpulan terakhir sampai jam 7.15 petang ,malam ini terasa sungguh selesa dan indah sekali mengenangkan esok sudah tak perlu untuk berjalan lagi.Sambil berkongsi-kongsi pengalaman yang telah dilalui ,ada yang manis ,pahit ,lucu dan sebagainya .

Kami berkongsi-kongsi pengalaman masing-masing dalam acara post-mortem yang sengaja diadakan untuk menilai ekspedisi kali untuk memperbaiki ekspedisi yang akan datang. Peserta juga saling meminta maaf diantara mereka diatas segala kesilapan disepanjang 5 hari trekking yang sudah pastinya kami sudah seperti adik-beradik walaupun hanya didalam 5 hari ini.

29 .05 .02 (hari Rabu ) Kem TNB Blue Vallley – Brincang - KL

Pagi ini adalah hari terakhir ekspedisi kami dan 4wd yang akan membawa kami ke Kg Raja akan datang jam 9.30 pagi .Seperti yang dijanjikan , jam 11.00 pagi ,bas yang dichartered khas untuk mangambil kami pun tiba. Didalam perjalanan pulang kami mengambil kesempatan untuk membeli sayur-sayuran segar di Cameron Highland ini dan kami tiba di KL jam 9.30 malam .Selesailah ekspedisi kami untuk kali ini dan jumpa lagi di lain ekspedisi .

Catitan: Carga Bulletinios Amigios Banderios

Friday, 22 February 2013

L02: Gunung Murut

Ekspedisi G. Murut


(30 Mei hingga 4 Jun 2002) 
Zaleha bte Haji Abu Samah 

Gunung Murud ketinggiannya 7,950 kaki adalah gunung tertinggi di Sarawak. Terletak berhampiran 3 kawasan negeri Sarawak/Sabah/Kalimantan. Kawasan permulaan mendaki ialah di Ba Kelalan. Gunung ini tidak popular seperti Gunung Mulu dan ia dianggap oleh penganut agama Kristian Khatolik sebagai Ibu Gunung Tuhan di mana setiap tahun pada pertengahan bulan Julai akan diadakan upacara sembahyang dan berdoa dari base camp Gereja Haleluya dan di puncak kawasan Gunung Murud. 

30.5.2002 
Dari KL ke Kota Kinabalu. Tiba di Kota Kinabalu cuba dapatkan flight ke Ba Kelalan tetapi tiada penerbangan ia hanya beroperasi pada hari Ahad. Alternatif seterusnya naik teksi dari KK ke Sipitang kemudian ke Lawas. Setibanya di Lawas seluruh penduduk Lawas sedang merayakan pesta Lambawan seperti Pesta hari Gawai. Tiada transport masuk ke Bakelalan terpaksa bermalam di bandar Lawas.

31.5.2002
Pagi berlepas dengan Hilux ke Bakelalan mengambil masa 6-7 jam perjalanan tanah merah.Di sepanjang perjalanan hujan turun jadi jalan licin dan menyukarkan hilux bergerak laju so driver dengan kepakarannya memainkan steering bagi memastikan semua penumpang selamat sampai ke destinasinya.

Tiba lewat petang di Ba Kelalan dan menginap di Apple Lodge milik Encik Tagal.Beliau uruskan guide untuk perjalanan treking esok hari.Bilik penginapan di Apple Lodge kosnya 1 malam RM30.00 terdapat dalam 1 bilik itu 2 buah katil bujang .Ramai tetamu lain juga di sini antaranya Encik Idris dari Bintulu bersama seorang sahabatnya dari German baru tiba dari Bareo selepas pergi memburu di hutan. Daphna dan Febrix dari France akan treking esok hari dari Ba kelalan ke Bareo. 

Satu keluarga Cina seramai 4 orang dari Sibu Sarawak sedang bercuti melihat sekitar bandar Ba Kelalan dan mereka bercadang untuk datang sekali lagi untuk mendaki Gunung Murud.1.6.2002Memulakan treking seawal jam 7.00 pagi dengan harapan untuk tiba awal di base camp gereja Haleluya tempat penginapan.

Permulaan trek adalah laluan biasa mendaki kawasan hutan yang mengambil masa 3 jam.Selepas keluar kawasan hutan terpaksa menempuh laluan trek balak yang terbuka basah dan tanahnya yang licin dan ini amat menyukarkan pergerakan.Bayangkan setiap kali kaki memijak tanah maka 1 kg berat tanah merah melekat di kasut.Sepanjang langkahan ini yang kami tempohi. 

Sepanjang trek balak yang hancur ni itulah yang kami hadapi.Terdapat lori balak dengan muatan kayu dan jentolak`caterpillar' bertugas memaksa kami berhati-hati melalui kawasan ini.Trek balak ini sungguh membosankan sebab ia amat curam serta berkelok-kelok dan asyik mendaki sahaja tak ada kawasan selamat untuk berehat .

Setelah melepasi trek balak selama 41/2jam terpaksa menempuh trek hutan pula di mana terpaksa mendaki dengan berpautkan pada akar kayu dan bongol-bonggol batu bila mendaki.Treknya seperti nak mendaki G Korbu bila tiba di puncak.Di trek ini terdapat kayu balak ditarah serta ditakuk menjadi tangga seperti di rumah orang Sarawak.Walau bagaimanapun disebabkan hari hujan tangga kayu ni menjadi licin dan menyukarkan pergerakan untuk mendaki.Terdapat banyak tangga seperti ini di trek ini.Jambatan kayu balak juga banyak merentangi laluan ini.

Pendakian ini mengambil masa juga dan bila tiba di puncak trek terdapat jambatan kayu terbentang panjang.Kalau kita ke Gua Kelam Perlis terdapat jambatan papan dibina bagi laluan orangramai dan jambatan di hutan Sarawak ni lebih kurang serupa jambatan tersebut tetapi lebih lebar lagi.Trek jambatan papan kayu ini mengambil masa perjalanan selama 2 jam lebih .Ia dibina bagi tujuan memudahkan trekkers melalui trek ini yang berpaya dan air asyik bertakung di laluan ini. Walaupun jambatan papan ini baru 2 bulan dibina tetapi ada yang sudah reput dan ada yang terkopak ditimpa pokok besar yang tumbang. 

Memandangkan hujan turun dengan lebat pergerakan kami menjadi lambat .Kami meneruskan treking hingga tiba di gereja Haleluya jam 9.30 malam dalam hujan dan ribut dan angin kencang serta tangan dan kaki naik kebas oleh kesejukan.Di base camp ini ada 10 orang trekkers dari KL yang tiba awal dari saya.

2.6.2002
Memulakan treking bersama grup trekkers KL seramai 5 orang. Mereka hanya trek sampai di Taman Kebun Batu.Kesemua trekkers tersebut datang ke kawasan ini untuk upacara sembahyang dan berdoa. Terdapat penduduk kawasan Bakelalan ini yang beragama kristian khatolik yang ikut serta bertapa di atas bonggol batu besar di Taman Kebun Batu ini. 

Memandangkan semalaman hujan turun dengan lebat trek menjadi becak dan air banyak bertakung. Apa lagi redah juga dan kaki asyik terperosok dalam selut. Trek hari ini banyak melalui trek air terjun.Terdapat juga penduduk Bakelalan memburu di kawasan ini dan membawa pulang kijang. Terdapat 3 ekor anjing pemburu tersebut ikut saya hingga ke puncak Gunung Murud. Tiba di puncak Gunung Murud cuaca tidak mengizinkan untuk mengabadikan panorama yang cantik sebab ia berkabus.

Jika dilihat dari bawah ,kelihatan puncak Gunung Murud sentiasa dilitupi oleh kabus dan awan.Kawasan puncak Gunung Murud amat luas untuk didirikan tapak perkhemahan dan boleh menampung sehingga lebih 60 orang. Sekiranya ahli OGKL bercadang ke sini kelak tak perlu berebut kawasan ia amat luas dan selesa sekali. Jika cuaca panas di sebelah pagi di atas puncak Gunung Murud boleh kelihatan Kalimantan,Brunei; Gunung Mulu dan Batu Lawi. Tetapi disebabkan sekarang musim hujan dan kawasan Kalimantan pula berjerubu maka panorama yang indah tidak dapat dirakamkan.

Trek turun ke base camp gereja Haleluya mengambil masa sebab hujan turun di tengah perjalanan ke Taman Kebun Batu.Kabus sangat tebal dan menyukarkan penglihatan mencari trek.Setiba di base camp hujan masih turun lagi tapi renyai-renyai sahaja.3.6.2002Jam 7.30 pagi memulakan perjalanan turun bersama grup 10 orang trekkers dari KL. Di dalam kumpulan ini terdapat 3 orang kanak-kanak dan yang kecil berumur 4 tahun. Salah seorang guide mengendong anak ini turun dan yang dua orang lagi berjalan.Guide yang membawa anak kecil ni ialah menantu kepada Pangiran Sakai iaitu Murang Tadam. pemilik Apple Lodge di Ba Kelalan .

Kami sempat singgah di satu kawasan rehat syarikat balak dan berkenalan dengan pekerja di situ.Terdapat salah seorang pekerja itu berasal dari Sulawesi Indonesia. Kami dihidangkan biskut dan teh panas sambil berbual-bual tentang trek yang kami baru tempohi. Mereka sanggup untuk menumpangkan kami menaiki jentolak `caterpillars' hingga ke akhir laluan trek balak. Apa lagi berseri-serilah setiap wajah bila dapat tumpang caterpillars pekerja syarikat balak ni. Guidepun sama naik caterpillar bersengayut dan memanjat bumbung kenderaan ini.Sekurang-kurangnya selamat dari mengharungi laluan balak yang amat membosankan.

Tiba di Apple Lodge jam 4.30petang.Tiada hilux untuk keluar ke Lawas terpaksa menginap 1 malam di Apple Lodge. Anak Encik Tagal iaitu Pangiran Sakai menyambut ketibaan kami di Apple Lodge. Beliau menyatakan bahawa pendaki akan diberi sijil jika berjaya mendaki Gunung Murud. Sijil itu akan beliau serahkan esok hari sebelum bertolak ke Lawas.

4.6.2002
Bersiap seawal jam 7.00 pagi untuk ke Lawas.Tiada hilux yang akan keluar ke Lawas. Sementara menunggu penumpang hilux yang lain saya duduk berehat di kawasan taman Apple Lodge. Di taman ini ada kantin yang menyediakan minuman. Sambil menikmati minuman pagi saya didatangi seorang perempuan `mat salleh' memperkenalkan dirinya sebagai Emily berasal dari Canada. Dia tiba malam semalam jam 10.00 ketika itu saya dah masuk berehat untuk tidur. Dia menceritakan kenderaan yang beliau naiki tersangkut dan terpaksa menunggu bantuan kenderaan lain untuk ditarik keluar hilux tersebut. 

Peristiwa tersebut membuat beliau cemas dan bimbang di sepanjang perjalanan kerana hujan turun dengan lebat dan pemandangan berkabus dan menyukarkan penglihatan. Sambil berbual mesra dengan beliau, Emily meminta bantuan saya bagaimana untuk mendapatkan kebenaran untuk treking ke Bareo memandangkan hari itu cuti dan balai polis tutup sempena Pesta Gawai. Beliau akan treking ke Bareo seorang diri berpandukan peta lakar yang diberi oleh sahabat beliau yang pernah treking ke sana. 

Di Ba Kelalan selain balai polis ada juga terdapat markas askar tentera udara di seberang lapangan terbang Ba Kelalan. Saya nasihatkan beliau untuk ke markas tersebut untuk dapatkan kebenaran memandangkan markas tersebut masih dibuka. Di kantin ini selain saya dan Emily terdapat 6 orang askar yang sedang duduk minum. Dengan ramah mereka memperkenalkan diri masing-masing bahawa mereka sedang mengadakan operasi di sempadan Kalimantan dan Bakelan selama 2 bulan. Di antara mereka ada yang berasal dari Kelantan ,Terengganu,Negeri Sembilan dan Selangor. 

Selepas minum Emily terus menuju ke markas tersebut dan bergerak menuju Bareo.Saya pula masih menunggu sehingga jam 9.30 pagi baru ada penumpang dan hilux pun bergerak menuju ke Lawas. Di perjalanan menuju ke Kampong Semadoh Ayeh sebuah lori tersangkut dan menghadang perjalanan kami. Semua penumpang terpaksa turun memberi bantuan. Pemandu lori tersebut terkial-kial seorang diri menguruskan lorinya. Hasil dari bantuan penduduk dan penumpang hilux, lori tersebut dapat dialihkan agar tidak mengganggu laluan kenderaan lain. Semangat tolong menolong memang terserlah di kalangan orang Sarawak ini. Akibat dari hujan lebat yang turun semalam telah menyebabkan tanah menjadi lembut dan tayar lori ini telah terbenam . 

Selepas itu kami meneruskan perjalanan.Tiba di Lawas jam 4.30 petang terpaksa mendapatkan teksi untuk ke airport Kota Kinabalu.Jam 8.15 malam dari KK ke KL dan tiba dengan selamat di lapangan terbang Subang jam 10.30malam.


L02: Konvoi Raya

Konvoi Raya OGKL 2002

Setelah dua minggu hari raya aidilfitri di sambut oleh umat islam dan telah menjadi lazimnya masyarakat di malaysia membuat rumah terbuka untuk menjemput rakan – rakan dan saudara –mara mereka ke rumah untuk menjamu selera. Maka dengan ini kelab ogkl mengambil kesempatan, membuat satu program tahunan yang dinamakan Konvoi Hari Raya. Konvoi tahun ini sungguh amat menggalakkan kerana ramai ahli turut menyertai kami berbanding tahun – tahun sebelumnya.

Konvoi tahun ini menjadikan rumah abg rashid dan kak aishah tempat berkumpul sebelum meneruskan ke rumah- rumah yang lain. banyak makanan yang telah disediakan oleh kak aishah seperti bihun goreng,nasi goreng kampung, nasi impit beserta kuah kacang, rendang ayam dan sagu gula melaka sebagai pencuci mulut. Lebih kurang jam 10 pagi semuanya dah sampai dan dengan tidak membuang masa lagi kami pun terus ke meja hidangan untuk makan tanpa disuruh oleh tuan rumah. Selesai makan dan berbual – bual, konvoi kami pun meminta diri untuk ke rumah seterusnya diikuti tuan rumah sekeluarga.

Rumah bekas presiden dan setiausaha kelab ogkl yang terletak di cheras perdana menjadi kunjungan kedua konvoi kali ini. Kamil, Izza dan anknya Hakim sudah menunggu di muka pintu untuk menyambut kedatangan konvoi kami. Hidngan yang telah tersedia di atas meja terus saja dijamah apabila tuan rumah sudah menjemput untuk tidak melambatkan lagi perjalanan konvoi kami. Sedang asyik menonton astro dan menjamah makanan, datang pulak si Rosma dan Mas untuk turut menyertai kami. Konvoi kami meneruskan lagi untuk rumah yang ketiga di cheras baru iaitu rumah Leman. Menu kali ini leman dan keluarga telah menyediakan Kue Teow goreng,mee goreng dan beberpa jenis kuih – muih. Kedatangan konvoi kami sebanyak lapan buah kereta telah menyebabkan kesesakan parking di kawasan rumah leman walau bagaimanapun ia dapat di atasi. Kami terus mengisi ruang perut kami dengan makanan yang disediakan. Sambil makan dan berbual – bual,Illa,ajk kebajikan kelab telah membuat kutipan duit untuk perkahwinan azhar dan cikgu sahar.

Rumah pengantin azhar dan cikgu sahar yang terletak di keramat AU2,menjdi kunjungan keempat untuk konvoi kami . Azhar dan cikgu sahar merupakan salah satu pasangan yang telah ditemukan jodoh di dalam kelab. Beliau juga merupakan bekas ajk kelab. Kunjungan konvoi kami ke persandingan beliau telah memeriahkan lagi majlis,setelah makan lauk pengantin dan bergambar kenang – kenangan ,kami terpaksa mengundur diri untuk ke rumah seterusnya, seabelum kami beredar kelab telah memberi, hadiah sumbangan dari rakan – rakan. Destinasi kami masih lagi di keramat tapi AU5,rumah Bullet. Di sini semua masih lagi dalam keadaan kekenyangan jadi beliau hanya menyediakan air the `o’ panas sebagai basahan tekak,di sini konvoi mengambil kesempatan untk menunaikan solat zuhur dan membuang khazanah di dalam perut.

Rumah zaki yang berada di pasar keramat menjadi destinasi seterusnya, menu keropok lekor yang di goreng oleh emak beliau memang sesuai untuk santapan minum petang kami. Di sini konvoi kami mula berkurangan apabila beberpa orang tidak dapat terus menyertai kami kerana ada urusan masing – masing. Di rumah zaki kami tidak boleh berada lama memandangkan banyak lagi rumah yang hendak di kunjungi. Konvoi kami bergerak ke pulapol,di mana rumah mas berada di dalam kawasannya. Sebelum masuk ke kawasan pulapol setiap pemandu terpaksa meninggalkan kad pengenalan di bilik pengawal. .(leceh betul.!!). Di rumah mas kami hanya makan kuih – kuih raya kerana ibubapa beliau tiada di rumah lagi pun kami masih lagi kekenyangan. Disni kami mengambil kesempatan untuk menunaikan solat asar. semasa hendak pulang,ibubapa beliau pun tiba sempatlah kami berkenal – kenalan dengan mereka.

Konvoi bergerak ke subang jaya untuk ke rumah naib presiden kami,Cik fazidah. Di rumah beliau ,emaknya sedang masak untuk hidangan makan malam kami.Menu sotong berlada,ayam masak lomak dan sayur goreng kobis campur cendawan, sungguh menyelerakan. Rumah ini merupakan konvoi terakhir kami untuk kali ini, sedang asyik menjamu selera dan berbual – bual kami tidak menyedari jam hampir 10 malam dan konvoi kami pun bersurai setelah bersalam – salaman dan bergambar. Selesai semua acara ada diantara kami mengambil kesempatan untuk bermain bowling di summit usj dan kami semua bersurai keti jam menunjukkan hampir jam 3 pagi.

Sekian sahaja untuk konvoi kali ini dan kelab mengucapkan terima kasih kepada merekayang telah meluangkan masa untuk menjayakan program kali ini. Di samping itu juga kita dapat merpatkan lagi ukhkuwah sesama kita,semoga kita akan berjumpa lagi di lain masa.

Peserta : abg rashid, kak aisha, nurdiyana, nadiah, nabila, mat nor (nestle ), zambri (grafix ), fauziah (bookworm ), Leman (blur ), Fazid, izza dan kamil serta anak, fizza dan anak, fadzli (mitsui ), abboy dan erin, zaki, adlan, rosma, mas, fakhrul , johari dan shima serta anak,Illa dan muin,kak nani dan anak, bullet dan azharios de sauza.

Thursday, 21 February 2013

L02: OGKL Bersama Artis Mami Jarum

Kacau Dodol OGKL Bersama Artis "Mami Jarum"
Tarikh: Ahad , 24.11 .2002, 10 pagi
Tempat: Kediaman En. Zeq , Kg Cheras baru .

ahli ogkl yg hadir :-

abg asyed, leman, rambo, kak leha, kak esah, huslan, adenan, yap, ablullah, abboy, fazli, fiza dan sayer (kalu tak sebut tu mintak maap je lah..)

artis yg hadir :-

waheeda (artis MIG, sungguh menarik )
kump. nasyid Nirwana (artis MIG) 
kump Purple (artis MIG) 
rita rudaini (pelakon mami jarum, pergh...) 
ezad exost (pelakon mami jarum ) 
norlia ramli (pelakon mami jarum ) 
Cico (pelakon mami jarum ) 
zana (hantu dlm citer mistik...) 
lepas tu adalah lagi aku tak kenal ngan diaorg .

majlis kacau dodol start pukul 10 pagi,mulakan ngan satu kawah lepas tu pukul 12 baru start lagi satu kawah ....puhh..bopoluh den. artis dtg dalam pukul 3 ptg tapi aku ngan abboy dtg kat kul 4 pm .(yg

tadi tu aku kira reka citer jer lah...,dengar dari mulut org jer ) time aku dtg tu tinggal satu kawah jer..artis yg dtg punyerlah ramai, pengayuh ada dua jer yg lain tunjuk muka keliling kawah jer..la .ptg tu hujan dah berhenti ,suasana cantik...sejuk jer.., aku, abboy, leman, fahmi dan rambo gi lah jln kaki ke pasar juadah kat situ..tengah cantik punyer usyar kueh...last2 ujan punyerlah lebat giler...berlari nak berteduh kat kedai tepi tu...tunggu punyer tunggu kat masuk maghrib ujan tak gak berhenti ..apalagi berlarilah sampai umah zeq..umang ..ai, dah lah basah ponek lak tu.. Tengok si rita ngan zana tengah ambik hidang utk buka posa..ha..time bokak posa yg best nak citer nie..,waheeda dan ezad dah balik ngan pr masing2 .Waheeda cakap mak dia dari johor ada dtg dan ezad aku tak tanyer lak..,masa nak bokak posa aku makan adab2 ngan rita dan zana, satu hidang lagi..budak2 lain asyik gelak tengok aku ,aku pon tak tau apasal...rita tukang baca doa ..aku aminkan jer lah..(tak tau lah baca doa apa..pelan giler)

Time makan nie..aku makan sikit jer (bukan nak control )sbb ayam diaorg dah belasah peghabis ...kat dpn aku tinggal kuih2 ngan kuah sayur labu..dah lah sayur labu aku tak makan ,habih nak makan ngan aper...(tapi dapat makan ngan rita pun dah kenyang )Joyah aku tengok bukan main pulun lagi...semua dia bedal...,seb baik zana perasan aku tak der lauk ,dia tulun ambikkan lauk kat hidang hujung (baik jer..awek nie ...pakai baju koyak kat bahu lagi...cam iklan Dove ). Lepas habis boka posa rita dan zana tolong kemas pinggan aku dan hidang utk dihantaq ke dapoq ...baguslah diaorg ringan tulang..takder nak malu2...diaorg dah tolong aku berehat lah...

Lebih kurag jam 8 mlm mereka pun beredar dan berangkat pulang . Ingat nak ambik gambaq ngan diorag ..last aboy cakap kamera rosak..potong betul..tapi rita cakap kat sayer kalu ader masa dia nak join gi camping..tapi air terjun je lah..dah habis kat umah zek kitaorg sambung lak kat tmn saga..masuk umah

jer ..terkujat!!! di buat nyer..umah dah kaler baru....kat umah nie buat ape lagi..sambung makan balik la...org dah cakap kak esah tak yah susah2 tapi di nak masak gak...terpaksalah kitaorg makan .. Citer2 punyer citer raya omputih nie (krismas ..lah )ajk gi gunung ayam la plak..dah habis citer apa tu 10th kingdom (lbh kurang la..tu ) baru la kita org balik...habis citer....ngantuk ..zzzzz.

e_lan



Wednesday, 20 February 2013

L02: Meneroka Gua Gelap

Lapuran Ringkas Meneroka Gua

Tarikh : 30hb June 2002
Tempat : Gua Gelap ( Dark Caves ) di Sebelah Temple Batu Caves , Selangor
Masa : 09:00 – 13:30 
Peserta : 12 Orang

Nama peserta : 
1. Terence Yap
2. Abg. Rashid
3. Azhari ( Bulat )
4. Kak Leha
5. Rohayati
6. Calvin Yap
7. Lam Wen Man
8. Kuok Yee Kheng
9. Yap Yoke Foong
10. Siew Wan Choi
11. Alan Tan ( CC Tan)
12. Anak Saudara Hjh Zakeha ( Sori le..tak ingat nama)

Jam 9.00 
Lepas Sarapan nasi Lemak kat Taman Samudra , bergegas ke Temple Batu. Caves. 
Jalan nak masuk dah di tutup , kena masuk ikut pintu lain. Dah lama tak pegi ke sini. Maklumlah kuil orang , kalau saja-saja nak pergi tu , tak pegi la kot. Kalau pegi pun mesti ada hal , kalau tak takkan masuk . Kena pasang niat betul-betul kalau nak kesana.
Sampai kat sana nampak Si Bulat kat bawah satu Pokok sedang menulis resit. Katanya semua dah datang .Ada yang warming –up nak cuba naik tangga yang terpacak tu. Ada yang pergi minum dan ada yang pergi toilet. Jumpa Yap kat situ.

Jam 9.15
Bila semua dah berkumpul , berkenal-kenal dengan peserta dan Mr Rajan dari MNS Selangor terus mendaki tangga . Tak taulah berapa anak tangga yang ada. Sebelum tu kami kena melintasi satu tempat upacara kaum Hindu Kat situ.Tak tau uacara apa tapi semestinya keagamaan. Sebelum sampai kat Gua temple tu, Nampak satu opening gua sebelah kiri tapi berpagar dan berkunci. Mr Rajan terus kesitu. Ooo baru tahu , Dark Caves rupanya kat sini. Kuncinya di pegang Oleh MNS sahaja. Tidak terdapat sebarang tokong atau kuil didalamnya.

Jam 10.00
Sessi Taklimat oleh Mr Rajan dan di bantu oleh assistance dia Mr.Jaya.
Tak ingat semuanya tapi ingat gua itu ditemuai pada tahun 1800an lagi . Tentang columns dan gour pools , The Jellyfish dan squid formation daripada speleotherm ,stalactites , stalagmite , caves curtain , flow stone, caves pearls dan scallop –scallop yang mengambil ribuan tahun untuk pemprosessannya dll .Dulu guano banyak terdapat kat sana tapi ketika zaman cina datang melombong di kawasan itu, habis di koreknya tahi itu untuk baja tananam sayur mereka. Binatang yang terdapat kat situ termasuklah lipas gua , kala jengking, ular gua, kelawar dll.Selesai taklimat bla..bla.. kami bersiap terus ke dalam gua itu.

Jam 10.30
Setiap 5 minit Mr rajan berhenti menerangkan bagaimana terjadinya formasi-formasi yang terdapat dalam perjalanan tu. 
Banyak gak gua dalam tu..kesemuanya ada 5 main chamber. Sampai hujung laluan gua tu, Mr Rajan suruh semua peserta tutup mata dan tutup torch light. Kemudian dalam 3 saat kemudiannya mata dibuka …Mak aii.. gelap habis .Tak nampak apa-apa pun .Gigi putih Mr Rajan & Jaya pun tak nampak…Terasa macam dalam kubor lak pulak. Berpeluhlah ketiak mengenangkan duduk dalam kubor nanti. Lepas tu Mr. Rajan suruh kami diam sejenak. Suasana hening tu..hanya kedengaran bunyi titisan air jatuh entah dari mana ? sunyi-sepi sungguh. Terasa macam aku sedang bermimpi dalam tidur. Angin sepoi-sepoi macam air-con memang menandakan ada passage yang ada opening dari arah lain. Orang Zaman batu agaknya macam ini lah agaknya. Pakai obor je. Mr Rajan berhenti lagi.Dia suruh padam semua lampu, kemudian hanya dia sorang saja menyuluh kat satu stalactite ayng berada di atas kepalanya. Bila disuluh , cahaya torch-lightnya tembus keluar. Pelik jugak bila kita tengok stalatites tu tebalnya 2-3 inchilah jugak tetapi cahaya boleh tembus. Ianya adalah jenis macam crystal . Tengok macam batu biasa .

Jam 11.30 
Berpatah balik ke Opening Gua yang tengah tadi. Letak beg apa semua.Ada seekor ular gua kelihatan di situ. Mr Rajan beritahu bahawa Kami adalah kumpulan yang bertuah kerana jarang-jarang sekali boleh melihat racer snake . Binatang ini hampir pupus . Ular itu sebenarnya injured mungkin jatuh dari atas gua kebawah. Bila jatuh kena pulak batu dibawahnya yang keras. Mr Rajan memberikan taklimat selanjutnya mengenai laluan seterusnya yang semestinya makin sempit. Selesai taklimat terus ke muka Gua Gelap . Saya pulak dipilih masuk dulu selepas Mr Jaya. Mr Jaya yang gadang pun boleh masuk …awak pun masuklah . Macam tikusla pulak , janji dapat lepas kepala , luruskan badan , terus bolos. Macam ulat nangkalah pulak pergerakan badan. Terkial-kial nak adjust kepala , bahu, punggung dan sbgnya. Nasib baik tiga lubang ini aje yang terpaksa jadi ulat, kalau tidak mampos. Nak lepas 14 orang kat situ je dah hampir 1 jam. Masuk dalam sikit baru leh nyangkong then boleh berdiri sikit , lelama boleh jalan elok dah. Jalan lagi kedepan mak aii ! ke turun kebawah lah pulak . Abseiling pakai tali ! tapi Mr Rajan tak bagi. Kena turun mengelongsor sorang-sorang. Situ aje dah setengah jam. Bayangkanlah kalau 20-30 org mahu sampai ke petang. Lepas melepasi halangan itu memusing pulaklah..corner baik punya. Terdapat chamber yang besar kat sini tetapi terpaksa mendakila pulak . Treknya licin , terpaksa sorang-sorang naik. Alan pulak yang jadi strong man . Sorang-sorang ditariknya .Sampai last Man Mr Rajan , Alan membiarkan saj Mr Rajan terkial-kial tak dapat naik. Katanya kasutnya licin , baru beli semalam. Bebudak lain habis kutuk Si Alan. Alan selamba je jawab” Ini orang biasa dah…tak yah tolong ..dia tau naik sendiri “. Jalan lagi nengok-nengok gua dilaluan itu. Lama jugaklah.

Jam 12.45

Sampai kami dihujung kelihatan cahaya dari arah depan. Sebelum itu jumpa pulak kolam air yang airnya sangat jerneh. Kena lalu tepi , ikut tebing batu. Suspen jugak , tu..tup..,keluar plak naga dari tengah air tu. atau mummy ke…. Ngeri gak. 
Mendaki sikit dah sampai ke tepi Opening Gua tengah dah. Rupanya kami dah sampai kat tempat letakkan beg tadi.

Jam 13.00
Dah Keluar dah kat starting point.
Baju semua dah kuyup. Ambil gambar apa semua…Bu-Bye ngan Mr Rajan & Mr Jaya. Turun ke parking. Bu-bye ngan member lain lalu chow sin.
Itulah sedikit ringakas dari kami. Kalau nak ikut ….lain kali jangan tetakut …..
ikut je..baru tau !!!

Foto Hiasan

Monday, 18 February 2013

L02: Ekspedisi G. Bunga Buah

Ekspedisi G.Bunga Buah

Tempat: Gunung Bunga Buah, Genting Highland, Pahang
Tarikh : 11-12/5/2002 
Peserta : 28 orang
Seramai 28 org peserta telah menyertai XPDC pendakian Gunung Bunga Buah di Genting Highland pd 11-12 Mei 2002.Objektif utama XPDC ini ialah utk melatih peserta yg akan ke KK dan TranTitiwangsa tidak lama lagi.

11 Mei 2002

Berkumpul di Pekeliling pada pukul 4.30pm.Rations diagihkan kepada semua peserta.Pd jam 5.10pm peserta semua naik bas Genting dan pukul 5.30pm bas bertolak ke Goh Tong Jaya.Lebih kurang jam 6.30pm sampai di Hotel Seri Malaysia.Peserta bersolat di sini.

Ada sedikit masalah kerana pengawal keselamatan tidak membenarkan kami naik atas alas an kawasan persendirian.Selepas slow talk kita pun dibenarkan naik.Siapa yg berani nak larang OGKL…Nak ke saman!!..Lebih kurang jam 8pm Deeno memberi sedikit taklimat.Kemudian buat Warming Up session.Tepat jam 8.45pm XPDC bergerak

Dlm pukul 10.15pm kumpulan pertama sampai ke check point 1 di simpang permulaan trek.Group terakhir sampai lebih kurang pukul 10.30pm.Makan mlm disitu. Tepat jam 11.00pm XPDC bergerak ke puncak G B Buah.Pada masa ini Deeno menjadi leader dan Abg Rashid menjadi sweaper.Shahir pula jadi tukang baling kertas.

XPDC bergerak perlahan kerana berhati hati.Setelah berjalan lebih kurang 2 jam, Deeno mengambil keputusan utk menunggu group belakang memandagkan tertinggal jauh.Selepas itu XPDC di ketuai oleh Faizal.Lebih kurang pukul 1.30am group pertama sampai di puncak batu…Sessi ambil gambar pun dijalankan.

XPDC bergerak terus ke puncak.Sebelum sampai puncak semasa take 5,perut Uncle cram.Abboy pun menjadi penyelamat dgn memberi bantuan.Kemuadian perjalanan diteruskan dan group sampai puncak pd jam 2.30am.Group terakhir sampai pukul 3.00am…Selepas itu Fly pun dinaikkan,Khemah didirikan dan lebih kurang jam 4.30am aku pun tidur..Lepas tu aku tak tahu aper berlaku..

12 Mei 2002

Jam 7 kiter org bangun…tapi ada lagi yg masih tidur kerana terlalu penat..Abg Rashid,Deeno,Kak Aishah,Kak Leha,Kak Fazit dan kuncu-kuncunya menyediakan sarapan..Menu pagi tu nasi goring kampung kau kau..Sedap tuh..Sampai ade yang tapau.

Kemudian setelah semua dah makan Fly dan Khemah diturunkan.Setelah siap kemas sessi ambil gambar.Waktu ni Bulat kena mandi dgn air pepsi oleh Deeno..
Happening giler…Habis tuh sessi perkenalan dijalankan..Yelah sbb masa naik tak sempat nak berkenalan…Lebih kurang jam 10am XPDC pun turun.Masa turun semua peserta jalan leisure…nak relax relax..Sampai kat puncak batu ambil gambar lagi..Puas la semua model model..

Lebih kurang jam 2pm group pertama sampai kat Hotel Sri Malaysia dan group terakhir jam 3.30pm…Kemudian semua mandi dan bersiap-siap..Sebelum balik semua makan kat restoran mamak dulu..Jam 5pm bas pun sampai dan bertolak ke Pekeliling.Dlm jam 6pm sampai di Pekeliling…Semua barang kelab dipulangkan..Dan aper lagi balik lah…Alhamdulillah semua OK


Saturday, 16 February 2013

L02: Hari Keluarga OGKL 2002

HARI KELUARGA OGKL 2002
Tempat: Fraser Hill, Pahang

Hari Keluarga OGKL Kali Ke – 2 kali ini diadakan di Puncak Inn , Fraser Hill pada 26 – 27 Oktober 2002. Pemilihan Frazer Hill dipersetujui sebulat suara oleh AJK kelab setelah mengambil kira pandangan daripada ahli – ahli kelab dan setelah beberapa pemerhatian dijalankan terhadap beberapa lokasi dan ditempat lain beberapa bulan sebelum itu. Dua minggu sebelum berlansungnya majlis ini Abg Rashid , Bulat , Kak Aishah dan Fakhrul telah pun naik ke Fraser Hill bagi menguruskan segala urusan penginapan , makanan dan pengurusan dewan . Ini adalah untuk melancarkan perjalanan majlis agar tidak ada sebarang gangguan fizikal mahupun teknikal .

Kali ini kesemua peserta yang terlibat ditempatkan di Hotel Puncak Inn dan dikehendaki mendaftar seawal pukul 3.00 ptg ke 5.00 ptg di meja pendaftaran. Para peserta juga telah diingatkan mengenai waktu untuk naik dan turun kenderaan di pintu sehala yang lebih dikenali sebagai GAP. Untuk menyenangkan urusan pendaftaran sebuah meja pendaftaran telah di buka seawal jam 2.00 ptg oleh AJK bertugas iaitu Kak Aishah, Ir Fazidah, Fakhrul dan Illa yang bertugas bagi melicinkan urusan penempatan para peserta, pembahagian kunci bilik, pembahagian pasukan untuk sukaneka, pembahagian ‘door gift’ dan yang paling menarik peraduan meneka kacang dalam botol. Kesemua peserta dibekalkan seorang satu beg Adidas yang diisikan Bulletin kelab , Doorgift dll . Para AJK kelab yang terlibat telah berada di Bukit Fraser seawal jam 11.00 pagi lagi di Puncak Inn.

Segala urusan pengangkutan pula kali ini dikendalikan oleh Terence Yap yang mengunakan sistem ‘car pool’ dan membantu semua para peserta yang tidak mempunyai kenderaan agar dapat turut serta di dalam majlis ini. Abg Rashid seperti biasa akan mengawal segala urusan dan pentadbiran majlis agar berjalan mengikut jadual manakala saya dan Bulat dipertanggungjawapkan di dalam hal-hal berkaitan dengan persiapan dan perhiasan dewan, permainan dan kawalan perhubungan dengan mengunakan walkie-talkie diantara para AJK . Perasaan ceria dan seronok terpancar dari wajah-wajah rakan-rakan serta keluarga mereka masing-masing . Peluang ini amat baik bagi kami dan mereka untuk menghabiskan masa bersama-sama sambil mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan yang tidak lokek memberikan bantuan sepanjang aktiviti hari keluarga berlangsung.Tulang kederat mereka yang ringan banyak membantu kami untuk menjayakan persiapan ini . Tema pakaian untuk majlis makan malam hari itu ialah Merah dan Hitam. Para peserta yang akan memasuki Dewan Utama diwajibkan memakai pakaian berwarna merah atau hitam ataupun campuran merah dan hitam.

Setelah selesai semua urusan pendaftaran , peserta bebas melakukan sebarang aktiviti kerana acara utama iaitu Majlis Makan Malam hanya akan menyusul jam 8.30 malam nanti yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti yang mampu mencelikkan mata setiap individu yang terlibat. Saat yang dinanti-nantikan sudah tiba apabila peserta beserta keluarga masing-masing mengambil tempat didalam dewan. Kehadiran para peserta ke dewan pada malam tu dipenuhi dengan kelibat pakaian yang berwarna merah dan hitam. Berbagai-bagai jenis dan fesyen diperagakan . Yang memakai pakaian ala-ala nenek kebayan pun ada . Majlis dimulakan dengan keletah dan celoteh Zeq selaku pengerusi majlis dan dirasmikan oleh penasihat kelab iaitu Hjh Zaleha setelah Ketua Kelab iaitu Abang Adenan Hj Sidek selesai memberikan ucapan alu-alauannya . Acara seterusnya ..apalagi ..” Makan “ . Wajah-wajah kelaparan kelihatan diwajah-mereka , maklumlah yang kena memandu segala selekoh-selekoh untuk menyampaikan ke Bukit Fraser ini bukannya senang . Mungkin ada yang terkena “ mabuk corner “ tentu penat dan lapar . Menu pada malam itu pun istimewa sampaikan ada yang merasakan nasi sepinggan tidak cukup untuk memenuhi ruang perut . Makanan malam itu sungguh special dengan lauk ayam goreng , udang galah , ikan bawal , sayur goreng , cendawan , sambal tempoyak , ulam-ulaman dll. Bukan main berselera kami makan malam tu. Makan malam tu memang puas hati ! no komen!. Yum..yumm . Sungguh berdisiplin rakan-rakan OGKL kita semua...siap beratur panjang . Pasal makan ini rakan-rakan kita memang bersopan santun . Boleh dipuji semuanya.

DJ bertugas, Abboy & The Geng sentiasa memastikan sepanjang majlis makan berlansung terdengar alunan music instrumental yang sayup – sayup di telinga dan kadang-kala berselang seli dengan lagu rancak bagi memeriahkan lagi acara pada malam itu..

Perjalanan majlis diteruskan dengan majlis penyampaian sijil bagi peserta-peserta yang terlibat di dalam setiap ekspedisi bagi tahun 2002 . Sijil Special iaitu sijil G7 diberikan kepada rakan-rakan kita yang sudahpun berjaya mendaki ketujuh-tujuh gunung di Semenanjung Malaysia yang ketinggiannya mencapai 7,000 kaki keatas .Pemenang sijil peserta yang paling aktif mengikuti program kelab bagi tahun 2002 dimenangi oleh Alan dan Abboy manakala Uncle Yusof diberikan hadiah istimewa bagi peserta paling veteran. Pertandingan teka kacang dimenangi oleh Cik Mas Eliza dan pemenang bagi pertandingan pakaian tema majlis pada malam itu dimenangi oleh saudara Zaini yang berpakaian Arab Al-Tarbusshi bagi kategori lelaki manakala bagi kategori wanita di menangi oleh Kak Aishah dengan pakian merah Hitam yang menaraik .Tahniah! tahniah!.

Selain itu acara lucky draw dijalankan berselang seli dengan acara permainan . Acara ini mendapat perhatian ramai dan mendapat sambutan yang menggalakkan. Semua yang hadir kelihatan menghayati keseronokan dan bergembira walaupun hari sudah hampir masuk ke tengah malam. Banyak acara permaianan yang dijalankan seperti memakaikan sepersalinan pada partner , acara kerusi dan music serta limbo rock dll . Kali ini hadiah hampers banyak dimenangi oleh pengantin baru Jep dan Rosnah Puchong .Kami berhenti seketika untuk berehat dan dihidangkan dengan kuih-muih dan minuman teh tarik dan kopi yang akan cepat sejuk kerana cuaca malam itu menyusuh ketulang. Hari keluarga kali ini membawa beberapa kelainan berbanding yang pertama dulu antaranya ialah cabutan lucky dip yang memastikan setiap peserta mendapat hadiah jika nombornya tidak dipanggil semasa lucky draw . Dengan sokongan daripada penaja-penaja yang menggalakkan serta sumbangan dari individu – individu persendirian dan syarikat –syarikat swasta banyak menjayakan sambutan Hari Keluarga kami pada kali ini

Acara diteruskan dengan persembahan slaid daripada peserta veteran kita,Uncle Yusoff. Slaid yang ditayangkan memaparkan gambar – gambar semasa Uncle Yusoff pergi ke Gunung Kerinci,Indonesia , Transpex Transtitiwangsa yang melalui gunung Korbu, Gunung Gayong dan gunung Yong Belar .Menarik sekali permandangan dan pengalaman yang beliau lalui sepanjang perjalanan itu . Namun,bagi yang keletihan terus masuk ke bilik masing-masing menyimpan tenaga untuk aktiviti esok yang tidak kurang hebat juga. Para urusetia majlis masih lagi sibuk mengemas apa yang patut dan berbincang persiapan untuk aktiviti esoknya. Terima kasih kepada mereka yang banyak mengorbankan masa dan tenaga demi untuk meraikan kita semua . Ada juga yang melayan perasaan sendiri dan ada juga yang melayan rentak muzik yang dimainkan oleh kumpulan Linkin Park…..Malam itu Soib yang dari Sungai Petani kedah sempat naik ke Bukit Fraser bersama Midah dari kelang . Dua pagi baru kami masuk tidur.

Hari ahad bertandang lagi ,cuma pada kali ini pabila bangun mata terasa amat berat untuk dibuka kerana cuaca sejuk yang menyelubungi suasana Fraser Hills .Ada peserta yang awal -awal lagi sudah bangun dan menikmati keindahan panorama pagi di Fraser Hills.Ada juga yang berjogging pagi tu kerana tak tahan sejuk Kami bersarapan nasi lemak berlauk pagi ni .Perghh sodap betul !Kami berkumpul semula di dalam dewan pagi tu untuk aktiviti permainan seterusnya yang telah disediakan oleh para urusetia. Semua peserta akan dikerah mengambil bahagian tak kira umur.Yang nenek-nenek pun sporting sungguh . Mereka dibahagikan kepada 4 pasukan untuk acara sukaneka ini . Kumpulan di bahagikan mengikut warna hijau, biru, kuning dan merah. Terdapat 4 permainan sukaneka yang dijadikan pertandingan diantara kumpulan mereka Acara ini telah dimenangi oleh kumpulan hijau walaupun terdapat bantahan hebat di atas kemenangan mereka . Namun keputusan para panel adalah muktamad . Kumpulan biru dan kuning terpaksa bertarung didalam 1 lagi game kerana mempunyai jumlah mata yang sama banyak. Bermacam ragam dan karenah yang dapat dilihat sepanjang sukaneka berlansung, ada yang tak puas hati dengan pengadil, ada yang seronok sendiri terlonjak-lonjak dan macam-macam lagi….yang penting semua kelihatan gembira dan enjoy kerana aktiviti dapat diraikan bersama-sama keluarga . Sesudah kederat dikerah untuk sukaneka, para peserta lagi sekali dihidangkan dengan minuman pagi yang menyelerakan .

Aktiviti bebas diberikan pada semua untuk mengisi masa terluang bersama keluarga tercinta.Ada yang pergi ke air terjun Jeriau berjalan kaki kerana sangkakan tempat tersebut tidak jauh dari tempat penginapan. Namun,setelah berjalan barulah diketahui bahawa perjalanan masih jauh,nasib baiklah ada rakan-rakan yang baik hati yang menumpangkan mereka untuk pergi ke air terjun dan menghantar kembali untuk makan tengahari yang telah disediakan di hotel .Selesai makan tengahari urusetia memberitahu tentang agenda seterusnya. Pada sesiapa yang ingin ‘ check out ‘ diminta memberikan kunci kepada meja pendaftaran yang telah dibuka semula.

Kesimpulannya,walaupun keletihan namun kegembiraan yang di kecapi bersama-sama keluarga dan rakan-rakan rekreasi mengatasi segalanya. Ketika berangkat pulang meninggalkan Fraser Hills, hati sayu mengenangkan kenangan yang begitu manis ketika berada di sana . Ianya tetap terpahat di ingatan dan tersimpan kemas di dalam lipatan kenangan para urusetia dan peserta.

Sekian,wassalam

Laporan disediakan oleh Fahmi dan Ila

Hari keluarga kali ini membawa beberapa kelainan berbanding yang pertama dulu antaranya ialah cabutan lucky dip yang memastikan setiap peserta mendapat hadiah jika nombornya tidak dipanggil semasa lucky draw selain Sokongan daripada penaja – penaja juga amat menggalakkan tahun ini dengan penyertaan dari individu – individu persendirian dan syarikat – syarikat.



Tuesday, 12 February 2013

L02: Ekspedisi Bah Gading

Ekspedisi Gunung Bah Gading

KETINGGIAN : 5318 KAKI
URUSETIA : 4 ORANG
PESERTA : 14 ORANG

KETUA XPDC:
AISHAH KALIL - Lead

URUSETIA:
YAP WAI LUEN - Sweeper
FAZIDAH AHMAD - Marshall
ABDUL RASHID - Sweeper

Urusetia demam:
Dominic De Rozario (Kesian Kau Dom)

PESERTA:
ABG OSMAN - Proton
ERIC D’ROZARIO – Wet Land
AH MENG - ABM
MAT AKHIR @ ROLAND
ABBOY - Aprillia
ADLAN - USPD
SULAIMAN – Black Hawk Down
MAT NOOR - Nestle
ALAN – Kung Fu Instructor
JAAFAR – Nature Guide
MICHELLE - Peugout
ILLA - PMM
ZALINA – Md Noor
MASKAMAH - Ipoh

Peserta Tarik Diri:
Mazlan Keluang ( interbiu naik pangkat)
Nornita ( Baru accident )
WID ( jadi guarantor )

Seramai lebih kurang 18 orang peserta daripada Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur telah menyertai XPDC mendaki Gunung Bah Gading Di Bidor Perak.

JUMAAT 1/2/02 Lebih kurang pukul 7 ptg, Mat Noor, Zalina, Roland, Adlan dan Leman sudah berada di rumah saya sementara menunggukan van datang menjemput pada pukul 8 mlm. Setelah bas datang dan setelah siap memunggah segala beg, rations dan peralatan, kami mula bertolak ke Restoren Teratai, Dayabumi untuk menjemput lapan lagi peserta yang menunggu di sana. Pada pukul 9 mlm kami tiba di Dayabumi dan mengarahkan kesemua peserta agar memunggahkan beg mereka ke dalam van. Kepada mereka-mereka yang belum makan malam, kami arahkan mereka berbuat demikian kerana kita di jangka tiba di Bidor pada pukul 11 mlm dan tidak akan berhenti di mana-mana untuk makan.

Lebih kurang pukul 9.20 mlm van yang membawa kami bergerak meninggalkan perkarangan Dayabumi untuk menuju ke Destinasi seterusnya. Pergh….Jangan marah sebab kami naik Van Mercedes lagi. Alamat bertambah manja la bebudak OGKL ni dan jika ada XPDC akan datang tentu mereka tak rela nak naik Public Transport lagi.

Apabila kami tiba di Bidor lebih kurang pukul 11 mlm, seorang peserta iaitu Maskamah sudahpun berada di situ dan menunggu kedatangan kami. Dua tahun kami tak bertemu dengannya semenjak dia berpindah ke Ipoh dan Alhamdulillah XPDC kali ini dia dapat turut serta. Beberapa minit kemudian Encik Alai yang akan menjadi jurupandu kami untuk XPDC kali ini pun tiba bersama 2 buah pacuan 4 roda. Sementara menunggu Abg Osman Proton dan Illa tiba ada peserta yang mengambil kesempatan untuk menukar baju kerana kami di fahamkan bahawa kami akan melalui trek balak nanti.

Lebih kurang pukul 12.15 mlm, jip yang kami naiki bergerak meninggalkan Pekan Bidor untuk menuju ke destinasi seterusnya iaitu Pos Gedong di mana di situ adalah salah satu penempatan orang asli.

Kami tiba di Pos Gedong lebih kurang pukul 1.15 pagi dan kami arahkan agar peserta ke sebuah sekolah yang terdapat di situ untuk tidur. Masing-masing mula mencari tempat untuk melelapkan mata kerana esok kami terpaksa bekerja keras untuk sampai ke Kem site seterusnya.

Enak-enak tidur terjaga pula di dini hari kerana dengkuran peserta yang bersilih ganti dan dengan tiupan angin yang semestinya bukan sepoi-sepoi bahasa yang mencengkam hingga ke tulang. Pergh…..tolong…. sejuk giler ni, macamana nak tidur dengan sejuknya dan dengan dengkuran demi dengkurannya. Esok nak kena jalan jauh dan sendiri mau ingat esok lebih kurang sepuluh buah anak sungai terpaksa di redah dan saya berharap agar saya tidak pewai esok kerana tak cukup tidur.

SABTU 2/2/02 Pukul 6.45 pagi saya dan Fazid di kejutkan oleh Abg Rashid untuk solat dan juga menyiapkan sarapan pagi untuk peserta. Menu kami pagi itu ialah nasi dan rendang daging dan Pack Lunchnya ialah Sandwich Tuna. Alhamdulillah kesemua peserta wanitanya ringan tulang jadi tak ada masaalahlah bagi kami untuk menyediakan makan tengah hari kerana mereka ingin menolong kami membuatnya.

Apabila semuanya telah bersedia, seperti biasa kami minta En Alan untuk mengadakan sesi regangan otot. Sedikit taklimat di berikan oleh Guide Alai iaitu jurupandu kami mengenai perjalanan hari ini dan bacaan doa selamat di bacakan oleh Abg Rashid. Lebih kurang pukul 9 pagi kami mula meninggalkan perkarangan sekolah untuk meneruskan cabaran untuk hari ini.

Baru beberapa minit trekking, apabila tiba di sungai yang pertama , seorang peserta iaitu Eric telah tergelincir dan jatuh ke dalam sungai. Dengan baju, dengan beg dan dengan dia-dia sekali basah, Kesian dia, baru mukaddimah trekking dah lencun tapi alhamdulillah dia tidak mengalami apa kecederaan.

Lepas sebuah sungai ke sebuah sungai kami harungi dan nampaknya terdapat jurang yang jauh di antara fast train dan slow train. Kami di fahamkan bahawa Eric kerap jatuh kerana kasut yang digunakan kurang sesuai kerana batu di situ tersangatlah licin.

Ketika menuju ke arah sungai yang terakhir yang juga merupakan last water point, jeng….jeng….jeng….cuba teka apa yang kami jumpa. Durian. Durian yang paling sedap yang pernah kami rasa. Seorang peserta iaitu Uncle Meng mengeluarkan karung dan mula mengisi beberapa biji durian untuk di makan di tepi sungai. UKK katanya. Apabila di tanya pada Guide Alai siapa yang empunya durian jawapnya sesiapa yang jumpa dialah yang punya dan bukan Ahmad Albab yang punya.

Sesudah makan tengahari siap dengan pencuci mulutnya iaitu durian kami pun meneruskan pendakian tepat pukul 1.30 t/hari. Menurut kata Guide Alai trek selepas ini mencanak aje naiknya. Hari-hari makan pengat sendiri mau ingat la kan. Maak aii… bogheknya beg. Apa taknya kena pikul air 3 botol seorang untuk di bawa ke kem site. Jangan ada yang ngelat, kang kita tak bagi makan kang. Abang Osman dan Abg Rashid….seperti biasa membawa air lebih dari yang disarankan. Itulah sebabnya kita orang saaaayang sangat kat mereka berdua ni. Tapi kawan-kawan yang lain tak kurang juga hebatnya dalam bab-bab memikul air ni.

Kul berapa nak sampai ni. Nafas dah semput dah. Bahu pun dah terasa juga. Kaki jangan ceritala. Tapi saya mempunyai alasan yang kukuh kenapa saya pewai. Sebab malam tadi tak cukup tidur. Macamana saya boleh terjebak sekali lagi ke Bah Gading ni saya pun tak tahu. Betulla kata orang, bahawa Melayu ni mudah lupa. Padahal lepas naik buat pertama kalinya memang dah tobat tak nak naik lagi tapi…..lain pula jadinya.

Setelah berhempas pulas melawan trek KFC tadi, akhirnya pada pukul 4.30 ptg kami pun sampai ke kem site. Alhamdulillah….legaaa.. Tapi ingat, baru kem sitenya aje dek non belum puncaknya lagi. Ha… esok jawapla. Dengar-dengar ada yang pewai hingga menitiskan air mata. Tapi dengan semangat dan dengan dorongan kawan-kawan akhirnya dia berjaya juga sampai ke kem site.

Setelah membersihkan badan saya dan Fazid mula menyingsing kain…..oppps…sori menyingsing lengan untuk memulakan tugas memasak untuk makan malam. Menu kami malam itu nasi, ayam masak merah, sayur padprik dan keropok. Lebih kurang pukul 8.30 mlm kawasan kem site tu tetiba je sunyi. Rilekla… bukannya apa, sebab semuanya sedang menikmati makan malam yang menyelerakan setelah bekerja kuat siang tadi.

Selesai makan, sesi suai kenal pun di adakan. Seperti biasa untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi di antara satu sama lain. Ada juga peserta yang meluahkan perasaan mengatakan bahawa trek ini adalah trek sekolah menengah dan bukan trek sekolah tadika (Untuk menggambarkan betapa teruknya trek yang di naiki tadi). Selesai sesi suai kenal dan setelah sedikit taklimat tentang perjalanan esok di berikan oleh Abg Rashid, kami arahkan agar semua peserta tidur awal supaya esok boleh bangun awal dengan semangat untuk meneruskan perjuangan menawan Puncak Bah Gading.

AHAD 3/2/02 Seperti biasa 6.45 pagi terpaksa di kejutkan oleh Abg Rashid. Kalau tidak alamatnye terlajaklah Subuh. Inipun dah ala-ala Subuh Gajah dah ni. Jangan biasa amalkannya dek non tak elok. Saya dan Fazid seperti biasa menjalankan tugas yang di amanahkan untuk menyediakan sarapan pagi. Menu kami pagi itu iaitu ialah roti arab cicah kuah kari dan teh tarik.

Selesai bersarapan dan setelah mengemaskan semua barang dan menurunkan kemah kamipun bersiap-sedia untuk memulakan cabaran ke Puncak. Alhamdulillah nampaknya cuaca hari ini terang dan kami berharap ianya akan memudahkan perjalanan kami nanti.

Pukul 9.00 pagi cabaran pun bermula. Somput nafas di bueknya. Apo taknye pepagi lagi dah bagi Good Morning baik punye. Alasan saya kali ini ialah kerana saya terlebih makan roti arab dan terlebih minum teh. Baaanyaaakla awak punya alasan ye. Walau macamanapun saya sempat juga memotong beberapa orang kawan. Kawan baik saya… siapa lagi kalau tidak si Fazid tu dah lesap entah ke mana. Sampai hati dia tinggalkan saya. Saya ada juga menunggu kawan-kawan yang kat belakang tapi bila lagi 10 minit nak sampai, apabila saya panggil tak ada sahutan. Alamak jauh ke mereka tertinggal. Saya ambil keputusan untuk tunggu yang lainnya di satu tempat yang tersangatle cantiknya dan tersangatle cosynya dan tersangatle sejuknya. Silap-silap hari bulan bole terlelap kat sini dengan angin-angin yang sepoi-sepoi bahasa. Dah 10 minit tunggu nampaknya “I have to walk alone to the top of the mountain” le jawapnya. Fulamak…madah berhelah la pulak.

Alhamdulillah, saya sampai di puncak lebih kurang pukul 10.00 pagi. Alamak apasal la saya tak tunggu lama sikit di tempat yang cosy-mosy tu tadi, sebab kat atas ni punyalah panas sebab tak ada pokok besar yang dapat menaungi kami, yang ada Cuma Bearout aje.

Kengkawan yang lain ada yang dah berposing maut tapi sementara menunggu grup belakang tiba mereka menghabiskan masa dengan menjadi hamster. Apalagi… sesi makan kuaci le. Ingatkan perempuan aje yang minat makan kuaci rupa-rupanyanya lelakipun sama. Sesama le kita jadi hamster ye.

Grup belakang tiba pada pukul 10.15 pagi. Pada pukul 11.00 pagi iaitu setelah selesai sesi bergambar dan sesi membasahkan baju ngan air root beer maka kamipun mula meninggalkan puncak Bah Gading dengan seribu kenangan.

Kami tiba semula di Kem site pada pukul 11.35 pagi. Sementara menunggukan kawan-kawan yang lambat kami mengemaskinikan lagi barang-barang kami dan juga menjerang air untuk dibuat teh.

Lebih kurang pukul 12.00 t/hari kamipun memulakan perjalanan turun. Kami mengambil keputusan untuk berjumpa di tepi sungai yang ke 4 untuk makan tengah hari. Pada mereka yang memakai kasut adibus, trek turun tidak menjadi masaalah bagi mereka tapi.. bagi mereka yang tidak memakainya alamatnya terpaksa berhati-hatilah kerana nampaknya mereka kerap sangat tergelincir dan tergolek.

Saya, Fazid, Adlan, Roland, Uncle Meng dan Guide Alai sampai di sungai yang di janjikan tepat pukul 1.30 t/hari. Kami memulakan tugas memasak untuk makan t/hari. Menu kami t/hari itu ialah mee hoon soto. Uncle Meng sempat lagi pungut Durian untuk 2nd round.

Yang lain-lainnya mula sampai kecuali Eric, Jaafar, Mat Noor, Zalina dan Abg Rashid. Sementara menunggu mereka, kengkawan yang lain tak melepaskan peluang untuk bermandi-manda. Airnya yang hijau, sejuk bagai memanggil-manggil agar kami menerjunkan diri ke dalam nya.

Tak lama kemudian Eric dan Jaafar tiba. Kesian Eric rupa-rupanya dia cedera. Mungkin ada yang tak kena dengan lututnya kerana ianya mula membengkak. Tapi dia kata dia masih boleh berjalan lagi kerana dia tak merasa sakit. Terima kasih kepada Jaafar kerana membantu dan mengaver dia.

Sehingga kami selesai mandi dan makan Mat Noor, Zalina dan Abg Rashid masih juga tak sampai. Pada pukul 4.30 ptg kami terpaksa membuat keputusan drastic dengan meninggalkan Yap untuk menunggu mereka. Keputusan ini di ambil kerana grup awal terpaksa keluar dahulu agar van yang di janjikan menunggu di Bidor pada pukul 6.00 ptg. tidak meninggalkan kami. Itupun kami rasa tidak sempat kerana kami di jangka tiba ke penempatan orang asli di Pos Gedong lebih kurang pada pukul 5.30, Sementara membersihkan diri mungkin lebih kurang pukul 6.30 ptg baru kami boleh bergerak meninggalkan Pos Gedong. Belum di ambil kira perjalanan dari Pos Gedong ke Bidor yang mengambil masa lebih kurang 1 hingga 1 1/2 jam. Alamak… pukul berapa agaknya kami nak sampai ni. Kami berdoa agar Van itu tidak pergi meninggalkan kami.

Jip pertama yang membawa lebih kurang 10 orang berlepas ke Bidor pada pukul 7.00 mlm. Di tengah perjalanan kami cuba sedaya upaya untuk menelefon pemandu van tersebut supaya menunggu sehingga kami datang tapi, apakan daya tidak ada liputan. Peluh sejuk mula menyimbah dan di otak saya mula berputar ligat bagaimanakah cara yang terbaik untuk kami balik ke Kuala Lumpur jika van tersebut betul-betul meninggalkan kami.

Masuk aje ke kawasan pekan , at last saya dapat juga mengontek pemandu van tersebut dan mengatakan kami berada lagi lima minit dari tempat mereka berada. Alhamdulillah, katanya jika kami lewat 5 minit tentu kami sudah di tinggalkan. Memang patut pun kalau kena tinggal. 3 jam lewat tu bang, sendiri mau ingat la kan. Kalau van lain sah-sah dah kena tinggal tu. Nasib baikle kawan.

Ketika kami sedang makan di KFC lebih kurang pukul 9.30 mlm van ke dua pun sampai dengan semuanya berada di dalam keadaan selamat. Setelah semuanya selesai makan lebih kurang pada pukul 10.00 mlm kami mula bergerak meninggalkan Pekan Bidor untuk menuju ke Kuala Lumpur. Kami di Kuala Lumpur lebih kurang pukul 11.30 dengan selamatnya.

UKK : Untuk Kengkawan 



CATATAN PERJALANAN : KAISHA

Wednesday, 6 February 2013

L02: Gunung Batu Putih

Ekspedisi Gunung Batu Putih

Tempat : Gunung Batu Putih, Kuala Woh, Tapah, Perak.
Guide : Encik Zainudin Lot
Ajk-ajk : 6 Orang
Peserta : 13 Orang

Ketua Ekpedisi :
1. Terence Yap Wei Luen (Sweeper)

Nama Ajk-ajk : 
2. Mohd. Azhari B. Ahmad (Lead)
3. Noor Azila Jaffar (Lead) 
4. Abd. Rashid B. Abd Rahman (Marshall)
5. Aishah Bt. Kalil (Marshall)
6. Fakhrul Anuar B. Ahmad Zabidi (Sweeper)

Nama Peserta : 
1. Ab. Faizal Ali B. Ab. Bari (Abboy)
2. Ahmad Zamri (Rambo)
3. Alan Tan Choi Cheng ( Si Kentang)
4. Ezani (Muar)
5. Huslan B.Husain (TH)
6. Johari B. Abdul Razak (Jo Hunter) 
7. Mat Akhir Mat Saad (Roland)
8. Mohd. Rohaizal (Kecik) 
9. Norwidawati Bt. Basiri (Kluang) 
10. Shamsul (P.Banker)
11. Sulaiman B. Hj. Shamsuddin (B.H.D)
12. Tan Boon Lee (Hatch) 
13. Teng Choon Han (Montrail Big Foot)

Peserta tarik diri : 
1. Adlan Haris Fazillah
2. Michelle Gan Eng Lian
3. Mohd. Zaini B. Kadir


23 August 2002 (Jumaat)

9.00 pm – 9.30pm

Briefing di Restoran Teratai, 9.00pm. Oleh kerana malam itu hujan, hanya beberapa orang peserta sahaja yang dapat hadir iaitu Shamsul, Huslan, Kecik dan Choo Han . Saya memberi sikit taklimat yang ringkas dan kemudian Abg. Rashid mengingatkan peserta mengenai tempat berkumpul, masa, tarikh dll . Kak Aishah dan Dom turut hadir pada malam itu.

26 August 2002 (Selasa)

6.15 pm - 9.00pm

Selepas balik dari kerja, Abg.Rashid, Kak.Aishah, Bullet, Fahkrul dan Ila pergi ke Giant Supermarket, Taman Dagang untuk membeli ration . Saya, Dom dan Fazid menyusul kemudian ke Taman Saga , Ampang untuk menolong mereka packing ration-taion tersebut.


29 August 2002 (Khamis)

8.30 pm

Masa berkumpul di Restoran Teratai ialah 9.00pm tetapi saya kena pergi awal untuk mengutip baki yuran dan menjual t-shirt ekspedisi .

Tidak lama kemudian, peserta-peserta pun sampai seorang demi seorang . Fazid dan Fahmi juga datang untuk menolong saya.

9.40 pm

Bus tiba di depan Wisma Persekutuan kerana Abg.Rashid, Kak.Aishah, Fakhrul dan Bullet sudah turun ke Teratai untuk menyambut kami ke bus. Sekali lagi sessi taklimat , memperkenalkan urusetia kelab dan pemandu arah ( guide) diperkenalkan.

Tinggal seorang lagi urusetia dan sesorang peserta belum sampai-sampai lagi. Kami menunggu mereka sehingga jam 10.20 pm baru kami dapat berlepas ke Kuala Woh, Tapah, Perak.

11.00 am

Kami sampai R&R Rawang, berhenti 20 minit untuk rehat. Jam 11.20 pm kami teruskan perjalanan. Jam 12.30 kami sampai di Hutan Lipur Kuala Woh. Perjalanan dari luar masuk ke Kuala Woh berlenggang-lengkok. Alamak! hujan gerimis pulak turun . Selepas memesan kepada pemandu bus untuk mengambil kami pada masa dan tarikh yang dijanjikan kami pun pergi ke tempat Kem site . Fakhrul mengagihkan bekalan ration, tent kepada semua peserta. Kemudian, kami pun bergerak ke shuttle air panas dan bermalam di situ. Masa: 1.15am.

30 August 2002 (Jumaat)

6.30 am

Orang–orang yang bertanggungjawab kena bangun awal iaitu semua ajk-ajk sedang sibuk masak nasi , masak air & packing untuk makan lunch. Peserta-peserta pula , tidur-lah dulu ! buat apa bangun awal-awal

8.00 am

Kami bersarapan pagi tu iaitu nasi lemak yang sedap. Kali ini sambal lain-oh, Ila…..…punya adik yang masak, masih boleh tahan-lah. Selepas semua sudah bersedia , senaman streching dijalankan . Alan Tan menjadi instructor pagi tu , biasa-lah. Deeno bagi taklimat perjalanan , katanya lebihkurang 7km dari sini ke dalam dam. Semua kena jalan kaki, “Jika boleh, tahan tumpang kereta, jangan malu-malu !!’’ nasihat daripada Deeno. Masa: 9.00 gerak.

11.00 am

“ Ja…..uh……..”seperti Yong Yap Guide orang asli punya motto. Kami masih belum sampai destinasi lagi. Take 5 makan buah asam yang apa namanya – Buah Tampoi? Semua nampak bosan, perjalanan memang jauh, UP & DOWN, cuaca panas….habislah!. Geraklah, tunggu apa lagi!. 11.30 pm sudah sampai dekat dam. 12.00 tengah hari kami mula trekking………….yahoo.

12.00 noon

Pada mulanya, semua trek di sebelah kiri sungai. Sepanjang trek, kami dapat view yang memang cantik terutamanya small waterfall yang berada di sebelah kanan. Shamsul asyik tangkap gambar sahaja, macam pro pula tapi……... Saya dengan Fakhrul ikut peserta belakang. Semua peserta pun nampak trekking laju kerana sweeper tidak dapat sweeeeeeep-lah.

1.30pm

Sampai 1st sungai besar, semuanya nampak diam sahaja, ada yang sedang relax, ada yang sedang makan, ada yang cuci kasut, ada yang sedang lelap ………..Cuaca memang panas.

2.30 pm

Semua berada di tepi anak sungai (Last water checkpoint) sedang menikmati lunch roti capati makan dengan sambal sardin sambil berborak-borak dan ada yang mandi pulak! . Selepas ini, trek yang kaw-kaw punya !! sedang menunggu kami semua, anak biri-biri makan pengat , sendiri mau ingat-lah.

3.45pm

Tiba-tiba angin kuat bertiup , langit sudah gelap. Inilah mungkin petanda hujan akan turun . Pada masa ini saya, Abg.Rashid, Kak Aishah, Fakhrul & Ms Tan trekking bersama-sama. Tidak lama kemudian, hujan pun turun. Sekejap sahaja, kami pun jumpa semua peserta di satu kawasan . Hujan masih turun dengan lebatnya, sekurang-kurangnya 20 minit kami berhenti di situ.

4.05pm

Hujan sudah renyai-renyai, kami pun cepat-cepat nak gerak sebab tak tahan sejuk dan kaki boleh senang dapat cramp. Tidak sampai setengah jam, kaki Kak Aishah sudah start nak cramp teruk. Saya ingat nak terus trek ke Bt.Kak dulu minta pertolongan tetapi saya pun slow juga. Tapi akhirnya jumpa Fakhrul,Abg.Rashid dan Kak.Aishah pula. THANKS GOD, Kak Aishah pun sudah power. Hujan pun sudah berhenti.

7.00pm

Baru sampai Gua, Deeno sedang tunggu kami berempat. Kami berempat turun ke Gua ambil air, kami jumpa gang lain - 4 orang sahaja yang bermalam di bawah Batu Besar, tempat inilah dikenalkan Gua. Turun lagi, ada satu Batu Besar, kami angkat air dekat bawah batu besar. Keadaan di situ memang gelap kerana dilindungi oleh batu besar, tengok jam sudah hampir 7.00pm.

7.40pm

Mula trekking ke Batu Kak. NIGHT TREKKING memang tidak boleh laju, sebelum pijak kena suluh dulu . Trek sini memang teruk, darjah 70-80 ,masak-lah. Semasa kami sampai trek yang bahaya (sebelah adalah juram), semua orang trek perlahan-lahan dan berhati-hati. Hanya beberapa batang kayu sahaja yang berikat letak di atas tanah. Selepas itu, kena panjat-panjat, merangkak kerana dapat banyak akar-akar pokok yang besar . Trek agak licin dan berlumpur selepas hujan.

8.45pm

Apabila sampai ke cabang, kiri ke Batu Kak campsite, kanan ke Gunung Batu Kak. Kami belok ke kiri, Batu Kak campsite untuk bermalam. Group didepan yang sudah lama sampai dulu sudahpun memasang khemah dan fly –sheet , kebanyakan peserta sedang berehat dan ada yang terlelap. Hanya ajk-ajk sedang sibuk memasak dan dibantu oleh beberapa peserta. Rehat sebentar, kami pun tukar baju dan berada di bawah fly relax - TUNGGU MAKAN. Kak Aishah nampak lega sikit malam itu kerana Ila dan Bullet yang jadi CHEF memasak. Mereka sampai awal, 7.00pm. Selepas siap masak, semua makan bersama-sama. Sessi sesuai-kenal ditangguhkan ke esok. Deeno bagi sikit taklimat untuk perjalanan esok , kami tidur awal kerana semua pun dah kepenatan dan kena bangun awal esok.

31 August 2002 (Sabtu)

8.15am

Saya dan Ila pack lunch, butter dengan 4 biji bun-my favourite. Pagi tu Buleat, Abg Rashid dan Kak Aishah pula yang masak, Sulaiman rajin pulak kali ini masak air, buat teh.

9.00 am

Bersarapan pagi, packing dan bersiap-siap, turunkan fly, khemah-khemah dan lain-lain.

10.30am

Mula trek ke peak, short day. Sebelum itu, kami buat strectching lagi-Alan Kentang jadi instructor, sungguh fun . Hari ini punya trek senang dan pendek berbanding semalam.

12.00pm

Sampai ke last water checkpoint, semua turun angkat air, mandi, rendam & makan lunch. Waterfall yang dekat bawah itu cantik dan unik. Ia tidak seperti waterfall yang biasa, airnya mengalir dari atas batu besar, permukaan atas batu besar itu rata menyebabkan air mengalir ke bawah, ketinggiannya ada 1 tingkat. Airnya sejuk dan jernih.

2.45pm

Sudah sampai puncak, cuaca jun tetapi panas. Khemah-khemah, fly, ground sudah siap dipasang oleh group yang didepan , mereka tiba jam 2.petang . Masa untuk bersantai !. Ada yang lelap, borak-borak, tengok sekeliling punya view dll. Puncak Gunung Batu Putih memang besar tetapi melintang. Itulah sebab orang asli panggil puncak ini gunung lintang manakala kami panggil puncak gunung Batu Putih. Selepas beborak-borak dengan Ms Tan, saya masuk ke bawah fly relax. Sulaiman masak satu periuk besar kopi untuk semua orang, habislah air yang dipikul oleh Abg. Rashid dengan bersusah –payah.

5.30pm

Start masak, semua ajk bekerjasama. Kak Aishah dengan Abg. Rashid & Bullet masak Nasi Tomato, Ila potong sayur, Fakhrul potong nenas, saya masak keropok, Sulaiman masak air juga. Kemudian semua pergi ke bearout Apa lagi ! kilat-kilat-lah (Ambil gambar).

7.00pm

Dinner time. Seperti biasa, semua makan bersama-sama di bawah fly. Selepas itu, saya mulakan sessi sesuai-kenal dulu, 1 by 1 sehingga semua peserta dan ajk habis memperkenalkan diri sendiri. Malam itu, semua nampak ceria kerana sudah conquered Gunung Batu Putih..

11.00pm

HAR INI MERDEKA-oh……… HAPPY BIRTHDAY MALAYSIA ……..

Tidur…….z z zz zzz zzzz z z z

01 Sept 2002 (Ahad)

8.30am

Masak time. Seperti biasa semua ajk tolong,-menolong, berkerjasama masak.

9.00am

Bersarapan pagi. Siap packing dan turunkan semua khemah & fly.

10.00am

Strat trekking to Camp site –Batu Kak. Selalunya trek turun memang laju berbanding naik.

12.00 noon

Sudah sampai Batu Kak. Kami turun sikit lagi nak mendaki ke Gunung Kak. Pemandangan di atas Gunung Kak cantik juga tetapi trek sangat bahaya. Mula-mulanya kena panjat tangga yang hanya diperbuat daripada beberapa batang dahan sahaja, kemudian dekat Gunung Kak it perlu mendaki ke atas batu besar Itulah puncak Gunung Batu Kak.

12.15 noon

Teruskan perjalanan turun ke luar, treknya agak bosan kerana masa mendaki naik, naik sahaja tetapi sekarang asyik turun sahaja. Trek yang dekat buluh dan pokok bertam memang bahaya, daun buluh yang licin, batang pokok bertam yang berduri. Kami kena berhati-hati di jalan raya.

2.30pm

Sekarang baru lunch hour kerana target kami nak sampai last 2nd water checkpoint baru makan. Semua makan Tom Yam Mihun Sup sekali. Relax sekejap, 3.15pm kena gerak , kalau tak nak sampai keluar lewat malam.

6.45pm

Akhirnya, kami last group pun sampai ke dam, Kampung Orang Asli. Ada yang sudah terus trek ke luar, ada yang duduk tunggu last group sampai baru bergerak. Aduhai……kena trek keluar pulak !. Kaki Abboy dah melecet, dia berjalan dengan Sham belakang sekali. Nasib baik bantuan orang asli dan peserta kami, bus terus masuk ke dalam kampung ini menyenangkan hati kami. Selepas itu, semua yang muka kepenatan naik ke atas bus dan menuju ke Hutan Lipur Kuala Woh untuk mandi .

7.15pm

Semua pergi hot spring sana mandi kerbau. Bau busuk-lah,bau ketiak-lah semua hilang.

8.00pm

Naik bus bertolak ke R&R Tapah untuk dinner. Lelap time………

9.30pm

Sampai destinasi. Semua turun dan makan di R&R ikut nafsu sendiri.

10.15pm

Balik ke Kuala Lumpur.

12.30pm

Sampai ke Kuala Lumpur.. Bersurai.



Prepared by: terence yap