logo

Logo OGKL

Logo OGKL

Friday, 1 February 2013

L02: Air Terjun Langganan


Peserta: Abg. Rashid, Pon (Saiful), & Apip.

0905 : Melapor diri di pejabat Rumah Rehat Poring kemudian meneruskan perjalanan melalui Jambatan Gantung Sg. Mamut, seterusnya kawasan mandi air panas poring. Jarak perjalanan 3.3km mengikut Kipungit Trail..

0910 : Sampai di Taman Botani kira-kira 5 minit perjalanan. Meneruskan perjalanan. Laluan disini agak landai sedikit.

0920 : Tiba ke Air Terjun Kipungit. Terserempak dengan Deeno dan Faizal tengah ambil gambar. Melintas jeram dan meneruskan perjalanan. Nampak Sign-Board ke Air Terjun Langanan 90 min. Laluan banyak mendaki .

0935 : Melintasi pintu Gua Kelawar, Laluan mendaki, trek zig-zag agak landai. Seterusnya laluan di permatang dan lereng bukit. melintasi satu lagi jeram. Trek landai Cuma sesekali mendaki sedikit. Keadaan trek yang lembab habitat pacat species kuning, hijau, merah dan hitam. Sibuk menengok jari-jari kaki karana kami hanya bersandal .Takut-takut dah gemuk Sang Pancat.

1010 : Tiba di satu air terjun dan mendaki ke kaki Air Terjun Langanan.

1012 : Tiba di kaki Air Terjun Langanan. Ketinggian air terjun kira-kira 120m tinggi.. Sessi fotografi dan penghayatan alam. Minum air Coke , kemudian berpatah balik. Singgah di Gua Kelawar, Air Terjun Kipungit, Taman Botani.

1130 : Tiba di kolam air panas Poring. Nak penuhkan kolam ambil masa sikit.Kena adjust dengan air sejuk. Kalau tidak, salin kulit nanti !. Berendam dalam kolam air panas.

1205 : Melapor diri kembali di pejabat Rumah Rehat Poring. Peserta lain dah siap masuk Van.Tak sabar nak beli sayur di Pekan Kundasang.

Komen: Keindahan Air Terjun Langanan dapat dirakamkan dengan foto tapi keseronokan berada di kaki air terjun hanya dapat dirasa oleh mereka yang pergi. Pada sesiapa yang berkesempatan ke Poring , singgahlah ke Air Terjun Langanan, pasti puas.



-Apip-

0 comments:

Post a Comment