logo

Logo OGKL

Logo OGKL

Tuesday, 12 February 2013

L02: Ekspedisi Bah Gading

Ekspedisi Gunung Bah Gading

KETINGGIAN : 5318 KAKI
URUSETIA : 4 ORANG
PESERTA : 14 ORANG

KETUA XPDC:
AISHAH KALIL - Lead

URUSETIA:
YAP WAI LUEN - Sweeper
FAZIDAH AHMAD - Marshall
ABDUL RASHID - Sweeper

Urusetia demam:
Dominic De Rozario (Kesian Kau Dom)

PESERTA:
ABG OSMAN - Proton
ERIC D’ROZARIO – Wet Land
AH MENG - ABM
MAT AKHIR @ ROLAND
ABBOY - Aprillia
ADLAN - USPD
SULAIMAN – Black Hawk Down
MAT NOOR - Nestle
ALAN – Kung Fu Instructor
JAAFAR – Nature Guide
MICHELLE - Peugout
ILLA - PMM
ZALINA – Md Noor
MASKAMAH - Ipoh

Peserta Tarik Diri:
Mazlan Keluang ( interbiu naik pangkat)
Nornita ( Baru accident )
WID ( jadi guarantor )

Seramai lebih kurang 18 orang peserta daripada Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur telah menyertai XPDC mendaki Gunung Bah Gading Di Bidor Perak.

JUMAAT 1/2/02 Lebih kurang pukul 7 ptg, Mat Noor, Zalina, Roland, Adlan dan Leman sudah berada di rumah saya sementara menunggukan van datang menjemput pada pukul 8 mlm. Setelah bas datang dan setelah siap memunggah segala beg, rations dan peralatan, kami mula bertolak ke Restoren Teratai, Dayabumi untuk menjemput lapan lagi peserta yang menunggu di sana. Pada pukul 9 mlm kami tiba di Dayabumi dan mengarahkan kesemua peserta agar memunggahkan beg mereka ke dalam van. Kepada mereka-mereka yang belum makan malam, kami arahkan mereka berbuat demikian kerana kita di jangka tiba di Bidor pada pukul 11 mlm dan tidak akan berhenti di mana-mana untuk makan.

Lebih kurang pukul 9.20 mlm van yang membawa kami bergerak meninggalkan perkarangan Dayabumi untuk menuju ke Destinasi seterusnya. Pergh….Jangan marah sebab kami naik Van Mercedes lagi. Alamat bertambah manja la bebudak OGKL ni dan jika ada XPDC akan datang tentu mereka tak rela nak naik Public Transport lagi.

Apabila kami tiba di Bidor lebih kurang pukul 11 mlm, seorang peserta iaitu Maskamah sudahpun berada di situ dan menunggu kedatangan kami. Dua tahun kami tak bertemu dengannya semenjak dia berpindah ke Ipoh dan Alhamdulillah XPDC kali ini dia dapat turut serta. Beberapa minit kemudian Encik Alai yang akan menjadi jurupandu kami untuk XPDC kali ini pun tiba bersama 2 buah pacuan 4 roda. Sementara menunggu Abg Osman Proton dan Illa tiba ada peserta yang mengambil kesempatan untuk menukar baju kerana kami di fahamkan bahawa kami akan melalui trek balak nanti.

Lebih kurang pukul 12.15 mlm, jip yang kami naiki bergerak meninggalkan Pekan Bidor untuk menuju ke destinasi seterusnya iaitu Pos Gedong di mana di situ adalah salah satu penempatan orang asli.

Kami tiba di Pos Gedong lebih kurang pukul 1.15 pagi dan kami arahkan agar peserta ke sebuah sekolah yang terdapat di situ untuk tidur. Masing-masing mula mencari tempat untuk melelapkan mata kerana esok kami terpaksa bekerja keras untuk sampai ke Kem site seterusnya.

Enak-enak tidur terjaga pula di dini hari kerana dengkuran peserta yang bersilih ganti dan dengan tiupan angin yang semestinya bukan sepoi-sepoi bahasa yang mencengkam hingga ke tulang. Pergh…..tolong…. sejuk giler ni, macamana nak tidur dengan sejuknya dan dengan dengkuran demi dengkurannya. Esok nak kena jalan jauh dan sendiri mau ingat esok lebih kurang sepuluh buah anak sungai terpaksa di redah dan saya berharap agar saya tidak pewai esok kerana tak cukup tidur.

SABTU 2/2/02 Pukul 6.45 pagi saya dan Fazid di kejutkan oleh Abg Rashid untuk solat dan juga menyiapkan sarapan pagi untuk peserta. Menu kami pagi itu ialah nasi dan rendang daging dan Pack Lunchnya ialah Sandwich Tuna. Alhamdulillah kesemua peserta wanitanya ringan tulang jadi tak ada masaalahlah bagi kami untuk menyediakan makan tengah hari kerana mereka ingin menolong kami membuatnya.

Apabila semuanya telah bersedia, seperti biasa kami minta En Alan untuk mengadakan sesi regangan otot. Sedikit taklimat di berikan oleh Guide Alai iaitu jurupandu kami mengenai perjalanan hari ini dan bacaan doa selamat di bacakan oleh Abg Rashid. Lebih kurang pukul 9 pagi kami mula meninggalkan perkarangan sekolah untuk meneruskan cabaran untuk hari ini.

Baru beberapa minit trekking, apabila tiba di sungai yang pertama , seorang peserta iaitu Eric telah tergelincir dan jatuh ke dalam sungai. Dengan baju, dengan beg dan dengan dia-dia sekali basah, Kesian dia, baru mukaddimah trekking dah lencun tapi alhamdulillah dia tidak mengalami apa kecederaan.

Lepas sebuah sungai ke sebuah sungai kami harungi dan nampaknya terdapat jurang yang jauh di antara fast train dan slow train. Kami di fahamkan bahawa Eric kerap jatuh kerana kasut yang digunakan kurang sesuai kerana batu di situ tersangatlah licin.

Ketika menuju ke arah sungai yang terakhir yang juga merupakan last water point, jeng….jeng….jeng….cuba teka apa yang kami jumpa. Durian. Durian yang paling sedap yang pernah kami rasa. Seorang peserta iaitu Uncle Meng mengeluarkan karung dan mula mengisi beberapa biji durian untuk di makan di tepi sungai. UKK katanya. Apabila di tanya pada Guide Alai siapa yang empunya durian jawapnya sesiapa yang jumpa dialah yang punya dan bukan Ahmad Albab yang punya.

Sesudah makan tengahari siap dengan pencuci mulutnya iaitu durian kami pun meneruskan pendakian tepat pukul 1.30 t/hari. Menurut kata Guide Alai trek selepas ini mencanak aje naiknya. Hari-hari makan pengat sendiri mau ingat la kan. Maak aii… bogheknya beg. Apa taknya kena pikul air 3 botol seorang untuk di bawa ke kem site. Jangan ada yang ngelat, kang kita tak bagi makan kang. Abang Osman dan Abg Rashid….seperti biasa membawa air lebih dari yang disarankan. Itulah sebabnya kita orang saaaayang sangat kat mereka berdua ni. Tapi kawan-kawan yang lain tak kurang juga hebatnya dalam bab-bab memikul air ni.

Kul berapa nak sampai ni. Nafas dah semput dah. Bahu pun dah terasa juga. Kaki jangan ceritala. Tapi saya mempunyai alasan yang kukuh kenapa saya pewai. Sebab malam tadi tak cukup tidur. Macamana saya boleh terjebak sekali lagi ke Bah Gading ni saya pun tak tahu. Betulla kata orang, bahawa Melayu ni mudah lupa. Padahal lepas naik buat pertama kalinya memang dah tobat tak nak naik lagi tapi…..lain pula jadinya.

Setelah berhempas pulas melawan trek KFC tadi, akhirnya pada pukul 4.30 ptg kami pun sampai ke kem site. Alhamdulillah….legaaa.. Tapi ingat, baru kem sitenya aje dek non belum puncaknya lagi. Ha… esok jawapla. Dengar-dengar ada yang pewai hingga menitiskan air mata. Tapi dengan semangat dan dengan dorongan kawan-kawan akhirnya dia berjaya juga sampai ke kem site.

Setelah membersihkan badan saya dan Fazid mula menyingsing kain…..oppps…sori menyingsing lengan untuk memulakan tugas memasak untuk makan malam. Menu kami malam itu nasi, ayam masak merah, sayur padprik dan keropok. Lebih kurang pukul 8.30 mlm kawasan kem site tu tetiba je sunyi. Rilekla… bukannya apa, sebab semuanya sedang menikmati makan malam yang menyelerakan setelah bekerja kuat siang tadi.

Selesai makan, sesi suai kenal pun di adakan. Seperti biasa untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi di antara satu sama lain. Ada juga peserta yang meluahkan perasaan mengatakan bahawa trek ini adalah trek sekolah menengah dan bukan trek sekolah tadika (Untuk menggambarkan betapa teruknya trek yang di naiki tadi). Selesai sesi suai kenal dan setelah sedikit taklimat tentang perjalanan esok di berikan oleh Abg Rashid, kami arahkan agar semua peserta tidur awal supaya esok boleh bangun awal dengan semangat untuk meneruskan perjuangan menawan Puncak Bah Gading.

AHAD 3/2/02 Seperti biasa 6.45 pagi terpaksa di kejutkan oleh Abg Rashid. Kalau tidak alamatnye terlajaklah Subuh. Inipun dah ala-ala Subuh Gajah dah ni. Jangan biasa amalkannya dek non tak elok. Saya dan Fazid seperti biasa menjalankan tugas yang di amanahkan untuk menyediakan sarapan pagi. Menu kami pagi itu iaitu ialah roti arab cicah kuah kari dan teh tarik.

Selesai bersarapan dan setelah mengemaskan semua barang dan menurunkan kemah kamipun bersiap-sedia untuk memulakan cabaran ke Puncak. Alhamdulillah nampaknya cuaca hari ini terang dan kami berharap ianya akan memudahkan perjalanan kami nanti.

Pukul 9.00 pagi cabaran pun bermula. Somput nafas di bueknya. Apo taknye pepagi lagi dah bagi Good Morning baik punye. Alasan saya kali ini ialah kerana saya terlebih makan roti arab dan terlebih minum teh. Baaanyaaakla awak punya alasan ye. Walau macamanapun saya sempat juga memotong beberapa orang kawan. Kawan baik saya… siapa lagi kalau tidak si Fazid tu dah lesap entah ke mana. Sampai hati dia tinggalkan saya. Saya ada juga menunggu kawan-kawan yang kat belakang tapi bila lagi 10 minit nak sampai, apabila saya panggil tak ada sahutan. Alamak jauh ke mereka tertinggal. Saya ambil keputusan untuk tunggu yang lainnya di satu tempat yang tersangatle cantiknya dan tersangatle cosynya dan tersangatle sejuknya. Silap-silap hari bulan bole terlelap kat sini dengan angin-angin yang sepoi-sepoi bahasa. Dah 10 minit tunggu nampaknya “I have to walk alone to the top of the mountain” le jawapnya. Fulamak…madah berhelah la pulak.

Alhamdulillah, saya sampai di puncak lebih kurang pukul 10.00 pagi. Alamak apasal la saya tak tunggu lama sikit di tempat yang cosy-mosy tu tadi, sebab kat atas ni punyalah panas sebab tak ada pokok besar yang dapat menaungi kami, yang ada Cuma Bearout aje.

Kengkawan yang lain ada yang dah berposing maut tapi sementara menunggu grup belakang tiba mereka menghabiskan masa dengan menjadi hamster. Apalagi… sesi makan kuaci le. Ingatkan perempuan aje yang minat makan kuaci rupa-rupanyanya lelakipun sama. Sesama le kita jadi hamster ye.

Grup belakang tiba pada pukul 10.15 pagi. Pada pukul 11.00 pagi iaitu setelah selesai sesi bergambar dan sesi membasahkan baju ngan air root beer maka kamipun mula meninggalkan puncak Bah Gading dengan seribu kenangan.

Kami tiba semula di Kem site pada pukul 11.35 pagi. Sementara menunggukan kawan-kawan yang lambat kami mengemaskinikan lagi barang-barang kami dan juga menjerang air untuk dibuat teh.

Lebih kurang pukul 12.00 t/hari kamipun memulakan perjalanan turun. Kami mengambil keputusan untuk berjumpa di tepi sungai yang ke 4 untuk makan tengah hari. Pada mereka yang memakai kasut adibus, trek turun tidak menjadi masaalah bagi mereka tapi.. bagi mereka yang tidak memakainya alamatnya terpaksa berhati-hatilah kerana nampaknya mereka kerap sangat tergelincir dan tergolek.

Saya, Fazid, Adlan, Roland, Uncle Meng dan Guide Alai sampai di sungai yang di janjikan tepat pukul 1.30 t/hari. Kami memulakan tugas memasak untuk makan t/hari. Menu kami t/hari itu ialah mee hoon soto. Uncle Meng sempat lagi pungut Durian untuk 2nd round.

Yang lain-lainnya mula sampai kecuali Eric, Jaafar, Mat Noor, Zalina dan Abg Rashid. Sementara menunggu mereka, kengkawan yang lain tak melepaskan peluang untuk bermandi-manda. Airnya yang hijau, sejuk bagai memanggil-manggil agar kami menerjunkan diri ke dalam nya.

Tak lama kemudian Eric dan Jaafar tiba. Kesian Eric rupa-rupanya dia cedera. Mungkin ada yang tak kena dengan lututnya kerana ianya mula membengkak. Tapi dia kata dia masih boleh berjalan lagi kerana dia tak merasa sakit. Terima kasih kepada Jaafar kerana membantu dan mengaver dia.

Sehingga kami selesai mandi dan makan Mat Noor, Zalina dan Abg Rashid masih juga tak sampai. Pada pukul 4.30 ptg kami terpaksa membuat keputusan drastic dengan meninggalkan Yap untuk menunggu mereka. Keputusan ini di ambil kerana grup awal terpaksa keluar dahulu agar van yang di janjikan menunggu di Bidor pada pukul 6.00 ptg. tidak meninggalkan kami. Itupun kami rasa tidak sempat kerana kami di jangka tiba ke penempatan orang asli di Pos Gedong lebih kurang pada pukul 5.30, Sementara membersihkan diri mungkin lebih kurang pukul 6.30 ptg baru kami boleh bergerak meninggalkan Pos Gedong. Belum di ambil kira perjalanan dari Pos Gedong ke Bidor yang mengambil masa lebih kurang 1 hingga 1 1/2 jam. Alamak… pukul berapa agaknya kami nak sampai ni. Kami berdoa agar Van itu tidak pergi meninggalkan kami.

Jip pertama yang membawa lebih kurang 10 orang berlepas ke Bidor pada pukul 7.00 mlm. Di tengah perjalanan kami cuba sedaya upaya untuk menelefon pemandu van tersebut supaya menunggu sehingga kami datang tapi, apakan daya tidak ada liputan. Peluh sejuk mula menyimbah dan di otak saya mula berputar ligat bagaimanakah cara yang terbaik untuk kami balik ke Kuala Lumpur jika van tersebut betul-betul meninggalkan kami.

Masuk aje ke kawasan pekan , at last saya dapat juga mengontek pemandu van tersebut dan mengatakan kami berada lagi lima minit dari tempat mereka berada. Alhamdulillah, katanya jika kami lewat 5 minit tentu kami sudah di tinggalkan. Memang patut pun kalau kena tinggal. 3 jam lewat tu bang, sendiri mau ingat la kan. Kalau van lain sah-sah dah kena tinggal tu. Nasib baikle kawan.

Ketika kami sedang makan di KFC lebih kurang pukul 9.30 mlm van ke dua pun sampai dengan semuanya berada di dalam keadaan selamat. Setelah semuanya selesai makan lebih kurang pada pukul 10.00 mlm kami mula bergerak meninggalkan Pekan Bidor untuk menuju ke Kuala Lumpur. Kami di Kuala Lumpur lebih kurang pukul 11.30 dengan selamatnya.

UKK : Untuk Kengkawan 



CATATAN PERJALANAN : KAISHA

0 comments:

Post a Comment