logo

Logo OGKL

Logo OGKL

Friday, 22 February 2013

L02: Gunung Murut

Ekspedisi G. Murut


(30 Mei hingga 4 Jun 2002) 
Zaleha bte Haji Abu Samah 

Gunung Murud ketinggiannya 7,950 kaki adalah gunung tertinggi di Sarawak. Terletak berhampiran 3 kawasan negeri Sarawak/Sabah/Kalimantan. Kawasan permulaan mendaki ialah di Ba Kelalan. Gunung ini tidak popular seperti Gunung Mulu dan ia dianggap oleh penganut agama Kristian Khatolik sebagai Ibu Gunung Tuhan di mana setiap tahun pada pertengahan bulan Julai akan diadakan upacara sembahyang dan berdoa dari base camp Gereja Haleluya dan di puncak kawasan Gunung Murud. 

30.5.2002 
Dari KL ke Kota Kinabalu. Tiba di Kota Kinabalu cuba dapatkan flight ke Ba Kelalan tetapi tiada penerbangan ia hanya beroperasi pada hari Ahad. Alternatif seterusnya naik teksi dari KK ke Sipitang kemudian ke Lawas. Setibanya di Lawas seluruh penduduk Lawas sedang merayakan pesta Lambawan seperti Pesta hari Gawai. Tiada transport masuk ke Bakelalan terpaksa bermalam di bandar Lawas.

31.5.2002
Pagi berlepas dengan Hilux ke Bakelalan mengambil masa 6-7 jam perjalanan tanah merah.Di sepanjang perjalanan hujan turun jadi jalan licin dan menyukarkan hilux bergerak laju so driver dengan kepakarannya memainkan steering bagi memastikan semua penumpang selamat sampai ke destinasinya.

Tiba lewat petang di Ba Kelalan dan menginap di Apple Lodge milik Encik Tagal.Beliau uruskan guide untuk perjalanan treking esok hari.Bilik penginapan di Apple Lodge kosnya 1 malam RM30.00 terdapat dalam 1 bilik itu 2 buah katil bujang .Ramai tetamu lain juga di sini antaranya Encik Idris dari Bintulu bersama seorang sahabatnya dari German baru tiba dari Bareo selepas pergi memburu di hutan. Daphna dan Febrix dari France akan treking esok hari dari Ba kelalan ke Bareo. 

Satu keluarga Cina seramai 4 orang dari Sibu Sarawak sedang bercuti melihat sekitar bandar Ba Kelalan dan mereka bercadang untuk datang sekali lagi untuk mendaki Gunung Murud.1.6.2002Memulakan treking seawal jam 7.00 pagi dengan harapan untuk tiba awal di base camp gereja Haleluya tempat penginapan.

Permulaan trek adalah laluan biasa mendaki kawasan hutan yang mengambil masa 3 jam.Selepas keluar kawasan hutan terpaksa menempuh laluan trek balak yang terbuka basah dan tanahnya yang licin dan ini amat menyukarkan pergerakan.Bayangkan setiap kali kaki memijak tanah maka 1 kg berat tanah merah melekat di kasut.Sepanjang langkahan ini yang kami tempohi. 

Sepanjang trek balak yang hancur ni itulah yang kami hadapi.Terdapat lori balak dengan muatan kayu dan jentolak`caterpillar' bertugas memaksa kami berhati-hati melalui kawasan ini.Trek balak ini sungguh membosankan sebab ia amat curam serta berkelok-kelok dan asyik mendaki sahaja tak ada kawasan selamat untuk berehat .

Setelah melepasi trek balak selama 41/2jam terpaksa menempuh trek hutan pula di mana terpaksa mendaki dengan berpautkan pada akar kayu dan bongol-bonggol batu bila mendaki.Treknya seperti nak mendaki G Korbu bila tiba di puncak.Di trek ini terdapat kayu balak ditarah serta ditakuk menjadi tangga seperti di rumah orang Sarawak.Walau bagaimanapun disebabkan hari hujan tangga kayu ni menjadi licin dan menyukarkan pergerakan untuk mendaki.Terdapat banyak tangga seperti ini di trek ini.Jambatan kayu balak juga banyak merentangi laluan ini.

Pendakian ini mengambil masa juga dan bila tiba di puncak trek terdapat jambatan kayu terbentang panjang.Kalau kita ke Gua Kelam Perlis terdapat jambatan papan dibina bagi laluan orangramai dan jambatan di hutan Sarawak ni lebih kurang serupa jambatan tersebut tetapi lebih lebar lagi.Trek jambatan papan kayu ini mengambil masa perjalanan selama 2 jam lebih .Ia dibina bagi tujuan memudahkan trekkers melalui trek ini yang berpaya dan air asyik bertakung di laluan ini. Walaupun jambatan papan ini baru 2 bulan dibina tetapi ada yang sudah reput dan ada yang terkopak ditimpa pokok besar yang tumbang. 

Memandangkan hujan turun dengan lebat pergerakan kami menjadi lambat .Kami meneruskan treking hingga tiba di gereja Haleluya jam 9.30 malam dalam hujan dan ribut dan angin kencang serta tangan dan kaki naik kebas oleh kesejukan.Di base camp ini ada 10 orang trekkers dari KL yang tiba awal dari saya.

2.6.2002
Memulakan treking bersama grup trekkers KL seramai 5 orang. Mereka hanya trek sampai di Taman Kebun Batu.Kesemua trekkers tersebut datang ke kawasan ini untuk upacara sembahyang dan berdoa. Terdapat penduduk kawasan Bakelalan ini yang beragama kristian khatolik yang ikut serta bertapa di atas bonggol batu besar di Taman Kebun Batu ini. 

Memandangkan semalaman hujan turun dengan lebat trek menjadi becak dan air banyak bertakung. Apa lagi redah juga dan kaki asyik terperosok dalam selut. Trek hari ini banyak melalui trek air terjun.Terdapat juga penduduk Bakelalan memburu di kawasan ini dan membawa pulang kijang. Terdapat 3 ekor anjing pemburu tersebut ikut saya hingga ke puncak Gunung Murud. Tiba di puncak Gunung Murud cuaca tidak mengizinkan untuk mengabadikan panorama yang cantik sebab ia berkabus.

Jika dilihat dari bawah ,kelihatan puncak Gunung Murud sentiasa dilitupi oleh kabus dan awan.Kawasan puncak Gunung Murud amat luas untuk didirikan tapak perkhemahan dan boleh menampung sehingga lebih 60 orang. Sekiranya ahli OGKL bercadang ke sini kelak tak perlu berebut kawasan ia amat luas dan selesa sekali. Jika cuaca panas di sebelah pagi di atas puncak Gunung Murud boleh kelihatan Kalimantan,Brunei; Gunung Mulu dan Batu Lawi. Tetapi disebabkan sekarang musim hujan dan kawasan Kalimantan pula berjerubu maka panorama yang indah tidak dapat dirakamkan.

Trek turun ke base camp gereja Haleluya mengambil masa sebab hujan turun di tengah perjalanan ke Taman Kebun Batu.Kabus sangat tebal dan menyukarkan penglihatan mencari trek.Setiba di base camp hujan masih turun lagi tapi renyai-renyai sahaja.3.6.2002Jam 7.30 pagi memulakan perjalanan turun bersama grup 10 orang trekkers dari KL. Di dalam kumpulan ini terdapat 3 orang kanak-kanak dan yang kecil berumur 4 tahun. Salah seorang guide mengendong anak ini turun dan yang dua orang lagi berjalan.Guide yang membawa anak kecil ni ialah menantu kepada Pangiran Sakai iaitu Murang Tadam. pemilik Apple Lodge di Ba Kelalan .

Kami sempat singgah di satu kawasan rehat syarikat balak dan berkenalan dengan pekerja di situ.Terdapat salah seorang pekerja itu berasal dari Sulawesi Indonesia. Kami dihidangkan biskut dan teh panas sambil berbual-bual tentang trek yang kami baru tempohi. Mereka sanggup untuk menumpangkan kami menaiki jentolak `caterpillars' hingga ke akhir laluan trek balak. Apa lagi berseri-serilah setiap wajah bila dapat tumpang caterpillars pekerja syarikat balak ni. Guidepun sama naik caterpillar bersengayut dan memanjat bumbung kenderaan ini.Sekurang-kurangnya selamat dari mengharungi laluan balak yang amat membosankan.

Tiba di Apple Lodge jam 4.30petang.Tiada hilux untuk keluar ke Lawas terpaksa menginap 1 malam di Apple Lodge. Anak Encik Tagal iaitu Pangiran Sakai menyambut ketibaan kami di Apple Lodge. Beliau menyatakan bahawa pendaki akan diberi sijil jika berjaya mendaki Gunung Murud. Sijil itu akan beliau serahkan esok hari sebelum bertolak ke Lawas.

4.6.2002
Bersiap seawal jam 7.00 pagi untuk ke Lawas.Tiada hilux yang akan keluar ke Lawas. Sementara menunggu penumpang hilux yang lain saya duduk berehat di kawasan taman Apple Lodge. Di taman ini ada kantin yang menyediakan minuman. Sambil menikmati minuman pagi saya didatangi seorang perempuan `mat salleh' memperkenalkan dirinya sebagai Emily berasal dari Canada. Dia tiba malam semalam jam 10.00 ketika itu saya dah masuk berehat untuk tidur. Dia menceritakan kenderaan yang beliau naiki tersangkut dan terpaksa menunggu bantuan kenderaan lain untuk ditarik keluar hilux tersebut. 

Peristiwa tersebut membuat beliau cemas dan bimbang di sepanjang perjalanan kerana hujan turun dengan lebat dan pemandangan berkabus dan menyukarkan penglihatan. Sambil berbual mesra dengan beliau, Emily meminta bantuan saya bagaimana untuk mendapatkan kebenaran untuk treking ke Bareo memandangkan hari itu cuti dan balai polis tutup sempena Pesta Gawai. Beliau akan treking ke Bareo seorang diri berpandukan peta lakar yang diberi oleh sahabat beliau yang pernah treking ke sana. 

Di Ba Kelalan selain balai polis ada juga terdapat markas askar tentera udara di seberang lapangan terbang Ba Kelalan. Saya nasihatkan beliau untuk ke markas tersebut untuk dapatkan kebenaran memandangkan markas tersebut masih dibuka. Di kantin ini selain saya dan Emily terdapat 6 orang askar yang sedang duduk minum. Dengan ramah mereka memperkenalkan diri masing-masing bahawa mereka sedang mengadakan operasi di sempadan Kalimantan dan Bakelan selama 2 bulan. Di antara mereka ada yang berasal dari Kelantan ,Terengganu,Negeri Sembilan dan Selangor. 

Selepas minum Emily terus menuju ke markas tersebut dan bergerak menuju Bareo.Saya pula masih menunggu sehingga jam 9.30 pagi baru ada penumpang dan hilux pun bergerak menuju ke Lawas. Di perjalanan menuju ke Kampong Semadoh Ayeh sebuah lori tersangkut dan menghadang perjalanan kami. Semua penumpang terpaksa turun memberi bantuan. Pemandu lori tersebut terkial-kial seorang diri menguruskan lorinya. Hasil dari bantuan penduduk dan penumpang hilux, lori tersebut dapat dialihkan agar tidak mengganggu laluan kenderaan lain. Semangat tolong menolong memang terserlah di kalangan orang Sarawak ini. Akibat dari hujan lebat yang turun semalam telah menyebabkan tanah menjadi lembut dan tayar lori ini telah terbenam . 

Selepas itu kami meneruskan perjalanan.Tiba di Lawas jam 4.30 petang terpaksa mendapatkan teksi untuk ke airport Kota Kinabalu.Jam 8.15 malam dari KK ke KL dan tiba dengan selamat di lapangan terbang Subang jam 10.30malam.


0 comments:

Post a Comment