logo

Logo OGKL

Logo OGKL

Saturday, 2 February 2013

L02: Gunung Tapis

Ekspedisi G. Tapis

Tarikh : 1 - 4/3/2002
Tempat: Gunung Tapis, Pahang

Sabtu - 01.03.2003 –

8.00 PM - Semua peserta yg menyertai xpdc ke g. tapis berkumpul depan bangunan MayBank...ramai gak yg kawan2 yg tak pergi turut ada di situ...

8.30 PM - mula menaiki bas transnasional kl- kuantan.....kami pun membabai-babaikan tangan ngan kengkawan yg tinggal...tengok muka diorang pun cam sedih jer....

Ahad - 02.03.2003

1-45 AM - kami tiba di stesen bas kuantan...mula lah cari tempat utk melelapkan mata...cari punyer cari abg rashid cakap ada pot baik punyer..tepi stadium kuantan..kami pun pasang la.. ground ,baru je letak kepala ...kena gigit nyamuk la pulak..buka nyer satu das..berdas-das....satu gerombolan sekali dtg...ingat aku sorang jer yg rasa...rupa nyer sumer tak boleh tidur...,yap ,han & mitchel tidur kat hotel depan stadium tu...yg kita org ni bersilat la spnjg mlm..dah pagi ,letih & penat nak bersilat pegi lak minum kat restoran yg berhampiraan..

6.30 AM - solaat subuh kat surau terminal bas .
7.15 AM -sarapan pagi nasi lemak ngan tapau roti teloq...
8.15 AM -ambik teksi utk ke stesen bas lama
8.30 AM -menaiki bas utk ke sg. lembing....
9.30 am - sampai di sg. lembing ..bebudak pun mula la merayau kat area sini,..gi pasar tengok org jual katak ..dan ada yg gi beli makanan utk tapau mkn tgh hari....lepas tu.....suruh org lain la sambung ..aku dah ngantuk giler nie..babai....zzzzz

Sambungan ...oleh Kak Aishah

Kak Leha... kami sumer khabar baik. Cuma biasa le betis ngan peha tu sakit sikit. Trek balak yang Kak Leha katakan itu masih ada. dan masih menanti mangsa-mangsa yang bakal menyerah diri nanti....

Kamu ni kan Bull Tau titon jer.. Dapat rehat satu hari pun ngantuk lagi. Baik le... akak tolong sambungkan sampai mana yang bole. XPDC yang Akak lakarkan di dalam buku sebagai XPDC yang Akak insyaallah kalau bole tak nak pegi lagi.

Lepas bebudak dah tapau sumer, dengan menaiki dua buah 4 wheel kami pun meneruskan perjalanan kami untuk ke Kem 2. Kekonon nak tido le dalam 4 wheel, tapi apakan daya..Goyangannya agak hebat mengalahkan gempa bumi. Sampai di tepi sungai besar tu (Kak Leha tau kot) 4 wheel tu berenti. Dia kata sampai takat ni jer dia bole antar sebab orang asli kata pokok banyak tumbang. Giler ke apa? Jauh lagi nak ke Kem 2 tu. Sib baik Michelle ayat pepower ngan uncle tu.. kalau tidak...emm masak nak menapak dengan panasnya..ngan ngantuknya...ngan..

Dengan perasaan yang sebal uncle tu pun meneruskan perjalanan. Sampai tengah sungai 4 wheel 
stuck. Saja jer uncle ni... dia tak masuk gear 4 wheel memang le stuck... Macam le orang tak tahu..
Jalan lagi... sampai satu tahap yang memang dia tak bole nak jalan dia berenti. Dia kata sampai sini
jer... tak jauh dah. U jalan 15 minit mesti sampai kem 2.. Biar betul uncle ni... dia naik 4 wheel mmg le 15 minit. Kita yang nak menapak ni....

Sambil tukar baju trekking, ada juga bebudak yang mengalas perut ngan bekalan yang di bawa.
Setelah siap, maka dengan di iringi terikan panas matahari yang membara kami pun memulakan langkahan kami. 15 minit dah jalan, tak sampai... 30 minit jalan pun tak sampai. Sah-sah le dah kena kencing ni..1 jam baru le nampak Kem 2 tu iaitu simpang untuk naik ke Tapis. 

Setelah bebudak mengisi botol air memasing kami jalan lagi. Kali ini naik trek yang ala-ala Nuang
tapi bezanya Nuang di naungi pokok tapi yang ini tidak. Sampai satu simpang di mana kami akan mula
masuk trek hutan kami berhenti. Akak, Nita dan beberapa orang yang tak makan tadi mula mencari2
bekalan. Baru terasa lapar... Sambil makan, di minda bermain-main persoalan. Trek macam mana ler 
yang bakal menunggu kami nanti?

Sambung nanti yek.....Tunggu

----------------------------------------------------
Sambungan ke 2

Hi!... Kita jumpa lagi...

Lepas makan..kami mula melangkah masuk ke trek utan. Trek yang menunggu kami ala-ala trek balak yang canak tapi alhamdulillah tak panas. Itu yang penting. Pergh...tinggi tu. Untuk menjaga mental... jangan pandang atas.. kalau tidak.. sure tension giler sebab nampak kengkawan yg jalan kat depan tu. Penat memang penat sampaikan masa take five ada kawan kita tu cakap "Kalau ku tahu...." Tu yang hairan tu padahal dia pernah masuk dulu tapi dia tak cakap apa-apa pun pasal trek yang teruk ni. Memang betul lah kata orang bahawa "Melayu mudah lupa". Lepas ni mungkin dia dah ingat dan tobat tak nak naik lagi Gg Tapis ni lagi.

Lepas take five, Fazli cakap, "lepas ni treknya ok jer Kaisha". OK apa.. KO adalah. "Trek apa ni Fazli
tak der yang turun sumernya asyik naik jer". Kalau ada turun pun tak rasa. Pejam mata jap dah nak
kena naik balik. Sampai kat satu kem site tepi sungai tu hujan mula turun. Walau pun hujan turun
tapi bebudak tetap mengerjakan solat. Walaupun guide kata kat atas tu ada last water point tapi..
ada bebudak yang pikul sebotol dua air dari sini. Ialah manalah tahu.........

Mulakan kembali perjalanan di mana trek seterusnya naik, naik dan terus naik. Masa ni jam menunjukkan
pukul 5 lebih kot. Pesan ngan guide dan bebudak depan... iaitu Zack, Bull, Al, Joe dan Fazli... sapa bole shoot...shoot la dulu. Pasang fly dan masak nasi. Guide kata dari last water point perjalanan akan mengambil masa <> 3 jam. Alamak!!! kul brape nak sampai ni. Kali ni Nita merasa la trek malam ye.

Sampai kat CP9 (Kem Permatang) nampak longgokan sampah di situ. Hati tertanya-tanya kat mana
last water point ni. Jerit kat bebudak depan katanya depan lagi. Abang Asyeed tanya mana air? 
Ntah... depa kata depan lagi. Tapi... Abg Asyeed rasa dah terlepas ni. Berenti kerna menghormati
waktu maghrib. Masa ni yg di belakang... Akak, Nita, Nazri dan Kicot ( masing2 mengaku tunang 
CT), Michelle, Uncle, Yap dan Abg Asyeed sekelompok. 

Lepas maghrib kami gerak kembali di mana masa ni Akak, Kicot, Nazri dan Nita berpecah ngan grup belakang. "Tak pe la Nita kita jalan le pelan-pelan." Waktu pun dah hampir gelap ni. Toleh lagi sekali Kicot dan Nazri tak der la pulak. Laungkan... sayup jer kat belakang.

Hari dah gelap, trek masih canak lagi. Rasanya macam jalan atas pucuk jer ni. View langsung tak de.
Kabus sekeliling tapi cuaca panas. Camana tu...Laung bebudak depan tak der jawapan. Badan pun dah 
ala-ala tak lalat tapi mental dan semangat masih kuat lagi dan itu membuatkan kami terus berjalan. 

Laung lagi sekali baru dengar sahutan dari Azhar dan Yasser. Mereka take 5 dan kami pun tumpang sekaki. Tanya mereka, "ada ambil air tak"? Mereka jawap terlepas. Mereka terlepas, kami terlepas harap-harap grup depan jangan le terlepas. Kalau grup depan yang ada guide pun terlepas emm.... memang nak kena potong gaji le Si Zack ni.

Tunggu Kicot dan Nazri dan kami mendaki perlahan-lahan hingga ke Kem Bonsai. Ingatkan puncak. Masa ni dah nak dekat pukul 9 malam kot. Jumpa ngan Joe tengah lepak. "Mana puncaknya Joe". "Depan sikit lagi Kaisha tapi kalau Kaisha nak jalan, jom saya teman". 

Jalan nak dekat 10 minit la juga baru la sampai puncak. Alhamdulillah syukur. Soalan pertama yang saya
tanya, ialah "ada ambil air tak". Nak tau apa mereka jawap "Terlepas". Memang nak kena loyong Si Zack ni

Sambung lagi......

----------------------------------

Hi... Kita jumpa lagi. Akak nak sambung lagi kisah Tapis tapi..kalau korang tak mahu baca akak nak sambung juga....

Tunggu Abg Asyid yang sweep peserta belakang sampai. Pastu tanya kekalau ada peserta yang pikul air. Alhamdulillah, lepas di kumpul, lepas jugalah, untuk masak nasi & air untuk malam ini juga masak nasi (nasi goreng tapau ), kari dan air esok. Oleh kerana dah lambat, kerah Al dan Bull masak nasi, akak dan Fazli siang sayur. Kerja reramai maka cepatlah siapnya.

Lepas makan sumer kerah bebudak tidur. Kalau tak kerahpun memang sumernya dah nak lentok. Akak malam tu malang sungguh sebab dapat tempat yang bila tidur asyik melurut ke bawah dan di bawah pinggang ada tunggul. Sekejap-sekejap terjaga pasal dengkuran orang yang kepenatan yang bersahutan. Tapi.. malam ni ada xtra dengkuran yang baru 1st time akak dengar. Dalam resah gelisah dan tidak keselesaan tu akhirnya terlelap gak akak sampai pagi.

ISNIN - 3/4/03

Kejut bebudak bangun solat. Suruh Bulat cepat sikit sebab dia selalu kontrak bakar roti Nan dan kali ini dia di bantu oleh Joe.Tu sebab skang dia pun dah jadi macam "Bai Roti Nan". Siapkan bahan untuk Nasi Goreng Kg. di mana Abg Asyeed yang akan menggorengnya di bantu oleh Fazli. Kalu lagi sekali naik Gng. bebudak sumer dah mahir masak... bolehlah akak retire.. sebab buat teh tarik Lafuma pun dah lulus ngalahkan teh tarik mamak.

Siap breakfast dan lepas packing... apalagi posing time. Berat-berat pikul kamera takkan tak nak
posing lak kan. Ada lak satu pumpkin tu nak pergi ke Pakaian Beragam kononya, tapi tersesat ke Gng Tapis plak. Lepas penat posing apalagi ... tak reti-reti nak turun. Ni.. dah pukul 10 lebih dah ni.. Janji
ngan uncle 4 wheel tu pukul 1 datang jemput. Maaaacam le bole??? Nasib le uncle, kalau lambat..
tunggu jela kat situ sampai berjanggut.

Sampai masa nak turun pun view masih tak buka lagi. Malang sungguh trip kali ni, sunset tak nampak, sunrise tak nampak view pun tak nampak. Yang nampak trek balak yang panas tu aje. Macam nak suruh pegi lagi jer. Tengokle... kalau akak dah lupa trek dia macamana. Cakap awal-awal macam dah taknak pegi lagi. Tapi....

Layan trek turun ngan Nita. Singgah jap kat Bonsai amek gambar kenangan. Turun sikit jumpa longgokan
sampah semalam tu di mana di situ ler rupanya punca air terakhir. Di pokok ada di tanda "W" tapi dah 
terkopak. Patutle bebudak terlepas. Betul la di CP 9 (Kem Permatang). Kena turun ke bawah sikit kalau nak amek air. Kalau sekadar nak amek air untuk turun, amek kat sungai lagi bagus. Lagi pun sebotol 100plus masih tersimpan dalam beg. Cukup le . Trek lepas ni turun, turun dan terus turun. 
Booorriiiingnya. Kalau ada Fazid ni mesti dia ajak main kejar-kejar. Cepat sikit sampai bawah. Sampai
sungai jumpa bebudak tiga orang iaitu Fazli, Zack dan Joe yang turun dulu tu . Diaorang pun rupanya baru jer sampai. Layankan air sungai ngan Tang sedap gak. Dah lama kat sungai tu, tunggu bebudak belakang taaak gak sesampai. Masa nak gerak tu barula Kicot ngan Yasser muncul.

Pesan ngan diaorang jangan berendam lelama nanti cramp. Cheh..cheh..cheh.. pandai nak nasihat
orang tapi diri sendiri tu, 1st day dah cramp. Jalan lebih kurang 10minit sampai kat kem site yang 
dia orang solat hari pertama tu. Dari situ treknya naik jer. Tanya kat Nita, "Ari tu kita ada lalu ke kat
sini. Tak perasan pun. Dia orang salah jalan kot". 

Sampai atas, pergh...legaa... Sebab dah tahu lepas ni turun, turun dan turun lagi. Nampak bebudak tiga 
orang di depan. Biarlah diaorang jalan dulu lagipun diaorang dah ditugaskan untuk ke tempat uncle 4
wheel to tunggu. Lelambat sangat kang di tinggal dek uncle tu haa... baru padan muka nak menapak all the way keluar. 

Sampai kat trek balak, kami 10 atau 15 minit jer dari budak depan. Budak belakang tak nampak batang hidung. Sampai tetengah jalan yang ada batu kerikil cecantik tu cakap ngan Nita "I nak berenti sini jap la" Campak beg, buka kasut baring kat tetengah trek tu sambil makan kacang dan melihat awan di langit berarak. Best gak baring atas batu ni. Lagi best dari tido di puncak yang ada tunggul tu. Dalam melayan awan di langit, terlelap gak akak di situ. Nasib baik tak di ngap dek Maybank. Tapak dia bole tahan gak banyak nya. Terjaga... tanya Nita "Berapa minit dah kat sini". Nita jawap " adala 20 minit". "20 minit!!!! " Nape bebudak belakang ni tak muncul-muncul lagi.

Teruskan pejalanan dan lebih kurang 15 minit sampai kat tempat 4 wheel tu tunggu. "Kaisha nape lambat? Rasanya tadi 15 minit jer belakang kita ". Tanya Fazli risau. Sori le dik tertido kat tengah jalan tadi he...he...he..

Sambil menunggu bebudak belakang tiba akak pun mengeluarkan nasi goreng yang dibekalkan sorang sebungkus. Best gak makan nasi tepi sungai kongsi ngan ikan.

Lepas berapa minit ek..? 30 atau 45 minit? Muncul Kicot ngan Yasser. Tak lama pastu Azhar diikuti oleh Han, Nazri, Beberapa minit kemudian Al muncul. Hai! Al.. Tak penah-penah trekking bawa kayu. Apahal!! "Tak bole jadi le Kaisha. Aku dengar memacam bunyi tadi. Aku sorang jer. Aku dengar pokok kat tepi tu bergoyang-goyang, aku pun cari kayu ler siap nyanyi lagi Kak." Emm...patut ler pun. 

Dah lama sangat menunggu.. nak dekat pukul 5 dah ni, kerah Fazli, Z dan Al pergi rescue orang belakang.
"Tak dapat pikul orang pikulkan bag jer oklah". Pesan saya. Tak berapa minit dia orang pergi, muncul Bull, Michelle dan Yap diikut oleh Uncle dan Abg. Rashid. Alhamdulillah semuanya selamat sampai.

Uncle 4 wheel tu pun nampaknya dah restless. 4 jam tunggu tu.. sindri mau ingat la. Kali ni 4 wheel macam sardin. Apa taknya... semalam 4 wheelnya dua... ari ni satu. Mana ngan bagnya lagi... 4 wheel bergerak menuju ke destinasi seterusnya, iaitu kem site tepi sungai untuk ke Air terjun Pelangi esoknya.
Lepas bebudak set kan khemah dan kami naikkan fly , ajak Nita ngan Michelle pegi mandi. Kena cepat sikit sebab jap lagi gelap dan lagipun nampaknya bebudak pun dah lapar.

Dah siap, teruskan tugas ngan memasak nasi tomato di bantu oleh Abg Asyeed dan Fazli, Nita dan Azhar buat jelatah, Bull dan Joe goreng papadom dan saya masak kuah kurma. 

Dah siap sumernya... apalagi... makan time!!!! Alhamdulillah... seronok tengok bebudak tu makan. Abis licin dan tak membazir. "Kaisha... sambal masak merah ni power le... sedap ooooo...". "Han... kalau tak tahan sambal tu bagi pada Al". Sebab tengok Han dah kepedasan tahap maximum. "Tak bole Kak... sedap ni.. minta tambah nasi lagi..bole???" Dalam peluh dah memercik pun masih nak tambah lagi... Emmm...ontahla....

Abis makan, lepas bebudak sumer mengangkut segala periuk dan pinggan mangkuk untuk di cuci di sungai, apalagi!!!! luruskan pinggang time. Sambil berbual-bual kita minum air mata kucing plak. Malam ni plak bahang semacam jer. Ramai bebudak yang amek keputusan untuk tidur di luar sambil di naungi oleh bintang-bintang di langit. Kul 4 pagi, yang tidur kat luar bertempiaran lari sebaaaab... angkat kain di jemuran... hujan dah turun...

SELASA - 4/3/03

Esoknya, bangun pagi untuk siapkan breakfast. Pagi tu kami makan nasi lemak dan roti cicah sambal juga bersama teh tarik. Lepas makan tanya Z " Z.. jauh tak water fall tu. Kalau jauh akak x nak pegi lah ". Pegilah Kak. 15 minit campur 15 minit.. haa... lebih kurang 1/2 jam jer. Rugi tak pegi". Si Z ni punya congak bukan bole percaya sangat. Pegi jugalah. Kang tinggal sensorang pepehal nanti susah pulak. Nak pakai siper ke kasut? Nak pakai track ke tights? Emmm.... buat macam nak mendaki juga le. Si Nita pakai siper jepun jer. 

Jalan sikit jer dah nak kena lintas sungai. Sib baik ujan tak berapa lebat semalam.. kalau tidak... sure tak leh nak lintas ni. Lepas tu... jalan melalui anak sungai. Best gak. Si Z ni mesti dia tak berapa ingat jalan ni. Cara dia tu macam main belasah jer. Dah lebih 1/2 jam tak gak sesampai. Tetiba... Z!!!! Nape trek ni canak lak ni? Tadi kata tak yah mendaki. Dah naik tetinggi, kena turun lak. "BIar betul Z". "Betul la Kaisha .. dah nampak batu dah tu.

Meniti dari batu ke batu. Nasib baik pakai kasut. Tinggal kan Z, Nita, Uncle ngan Fazli. Joe ngan Yasser dah hilang dari pandangan. Bebudak lain di belakang... biar Z jelah yang tunggu. Naik, naik dan terus naik. Semangat tu datang bila dah nampak punca water fall tu. Naik lagi, nampak pemandangan waterfall tu lagi setengah. Naik lagi.. sampai jer kat kaki water fall tu, lopong mulut. Subhanallah!!! Cantiknya!!!!. Cantik sungguh permandangan di situ dengan kolamnya yang tenang. Macam lukisan. Inilah salah satu khazanah alam ciptaan Allah S.W.T yang maha esa dan ianya merupakan hadiah yang terbaik buat kami kerana susah payah kami sepanjang XPDC ini.

Water fall ini bukanlah water fall yang deras airnya bila sampai ke bawah akan menjadi lubuk. Tidak!!!
Airnya tak lah kuat tapi macam shower dalam bilik air kita tu. Dia terjun dari atas tapi bila sampai bawah dia akan berpecah macam hujan. Kalau kita berada di bawah tempat jatuhnya air itu bila di sinari matahari maka akan terbitlah pelangi disana sini. Itu sebab lah water fall ini di beri nama Air Terjun Pelangi. Cantik!!!! memang cantik.

Bebudak lain sumer naik sorang demi sorang. Bagi semangat kat Uncle, yang ala-ala nak pewai tu suruh cepat sikit. Bila sampai atas sumer tak terkata apa. Sumer lopong. Hilang penat berjalan selama satu jam tadi. Apalagi... sumer nya (kecuali saya) terjun ke dalam kolam nya yang besar dan tenang itu. Sungguh seronok mereka mandi bagai kanak-kanak mendapat air, dan bagaikan hilang semua masaalah.

Tempat lain saya tak tahu, tapi... bagi saya waterfall ini unik sekali. Tak leh nak discribe.... kena pegi baru tahu. Mungkin insyaallah akak akan buat lagi. 

Dah mandi, dah minum dah makan dah posing, tibalah masa untuk balik. Ada yang tak nak keluar dari kolam tu. Kena panggil beberapa kali baru le nak gerak. Sumernya cakap next time nak datang lagi. Ialah...ialah.. itu next time....next time punya hal. Sekarang cepat sikit, nanti uncle tu bising lagi. Apa taknya? Asyik kena tunggu jer. Mana bole jadi?

Sampai kat Kem site ngan Joe, tengok uncle tu dah tunggu. Sib baik dia bawa kawan.. kalau tak, mesti dia boring. Lepas bebudak bilas badan dan tukar pakaian dan selepas kami pack beg dan kemaskan kem site tu , kami pun meninggalkan tempat itu dengan seribu kenangan.

Sampai di pekan Sg Lembing, bebudak sumer serbu kedai makan. Cari air yang paling sejuk dan paling enak dalam dunia. Pesan ngan bebudak, kalau nak explore pekan tu bole tapi... pukul 3 suku sumer kena kumpul kat situ semula.

Alhamdulillah.. abis jer makan, bas pun lalu. Nampak bas lalu tapi macam blur jer tak reti nak tahan. Bas tu lak laju semacam jer. Sib baik Abg Asyeed bertindak pantas. Dia jerit kekuat dan bas yang laju menggila tu terpaksa berhenti mengejut. Kalau tidak... sure kena tunggu lagi 1 jam.

Sampai Bandar Kuantan lebih kurang kul 4 petang. Emm.. ada masa lagi 2 jam setengah untuk naik bas ke KL. Perut sumer dah lapar balik gara-gara naik bas ala-ala F1 tu. Sebenornya kaki bebudak ni sumer dah tak betul. Jalan dah macam ketam. Tapi oleh kerana kat bandar ni ramai aweks, jadi sumer nak maintain macho ler konon. Nak gelak bila tengok diaorang nak panjat tangga di Bas Station tu. Terkedek-kedek macam penguin. Apa nak buat... dah ini yang kamu cari...maka... inilah yang kamu da/pat.

Habiskan masa di bus station dengan makan, minum baca suratkhabar (dah tiga hari tak tahu berita terkini) dan ada yang melelapkan mata. Boriiingnya. 

Naik bas Transnasional kul 6.30 ptg. Bas gerak jer, apalagi... tido ler jawapnya. Dalam masa nak hanyut tu dengar suara Al sayup-sayup jer berborak. Dah dah ler tu Al... tak penat ker?

Sampai KL lebih kurang pukul 11.00 malam. Bergerak ke Menara Maybank, kerana Fakhrul menunggu kami di sana. Hai...Hai..Bye...Bye dan meminta maaf ngan kengkawan jika ada berlaku kesilapan sepanjang XPDC berlangsung. Kami bersurai di situ... dan insyaallah bertemu di lain XPDC.

Sekian.

Foto hiasan


Catatan Perjalanan
Kaisha Agassi

0 comments:

Post a Comment