logo
Gambar-gambar kemeriahan XPDC Trans Titi Selatan

Logo OGKL

Logo OGKL

Wednesday, 22 May 2013

L05: Ekspedisi Mendaki Gunung Rajah

Ekspedisi Mendaki Gunung Rajah

PESERTA :
Yassir - ketua ekspedisi
Ieda - penolong ketua
Juzrixaldo - ajk
Ina - ajk
Bob - ajk sokongan
Maskamah - ajk sokongan
Nana
Jumat
Kechik
Uncle Appa
Hazarudin 
Faizul
nik
Masyitah
Zeni G (adik keni G)
Khairul


Pada 21hb Mei 2005, sepertimana yang dijanjikan kami dikehendaki berkumpul di restoran teratai jam 9.00am untuk menikmati sarapan pagi dan mendengar taklimat ringkas dari ketua ekspedisi. Setelah semua peserta berada di teratai, kami memulakan perjalanan menuju ke kuarters hkl, bagi membolehkan kak mas meninggalkan keretanya sambil menunggu nik (punjut) yang akan menyertai ekspedisi ini pada saat akhir. Kedatangan nik dan punjutnya ke kuaters hkl disambut ngan hujan renyai2.


Kami pun meneruskan perjalanan menuju ke pro jet taman melati, disitu setiap kereta yang membawa peserta mengambil bahagian utk mengisi minyak manakala pemandu serta penumpang mengambil giliran membuang air.

Jam 11.35am kami meneruskan perjalanan menuju ke bentung. Lebih kurang jam 12.30tgh kami tiba di bentung. Sementara menunggu yassir dan ieda membuat laporan kat balai polis bentung, rakan2 yang lain menikmati makan tengahari. Makanan kat sini pun buleh tahan gak harga dia…. Sambil makan kami jugak mendengar hujah serta kajian yang dikeluarkan oleh nik.

Jam 1.15 kami terus memasuki perkarangan masjid utk menunaikan solat zohor seterusnya menyalin pakaian dan pengagihan ration dijalankan. Kami dikejutkan dengan menyangkakan yang nik akan mengeluarkan haversack dari punjut tersebut. Tekaan kami salah, kerana didalam punjut tersebut hanya ada pakaian dan peralatan lain, ditambah ngan ration utk dibawa naik kepuncak nanti. Biar betul…

2.30pm dari masjid bentung kami terus ke air terjun chamang.
2.47pm kami tiba di tempat letak kereta air terjun chamang. Kelihatan pengunjung dan jugak kumpulan askar yang akan menyertai 'kembaraduga' berkumpul kat kawasan tersebut. Air terjun chamang agak keruh, dan diberitahu oleh petugas air besar dan hujan lebat pada sebelah pagi. 

Kami tidak menunggu lama dikhuatiri tidak dibenarkan mendaki oleh pihak tentera, jam 3.02pm kami pun memulakan pendakian ke Air Terjun Nanding. Para peserta dilepaskan dalam satu kumpulan diketuai oleh ina dan diakhiri dengan yassir. Kami mendaki anak bukit belakang pejabat renjer melalui jalan pintas utk memendekan perjalanan, trek agak mencanak. 

3.17pm kami berehat setelah melepasi anak bukit tersebut dan sessi regangan otot dilakukan, dan majlis sebulat suara melantik nik sebagai ketua jurulatih. Apa la dah nak tercabut lutut baru nak wat senaman regangan. 

3.30pm kami sambung semula pendakian melalui kawasan air terjun. Dengan keadaan trek yang agak terbuka peserta mengambil bahagian didalam acara kejar mengejar, dan jelas kelihatan kumpulan pertama disertai oleh ina terus mendahului dan meninggalkan kumpulan kedua. Ternyata gelaran raja bukit milik ina dan diakui oleh pencabar terdekat uncle appa. Manakala kumpulan kedua, pendakian diselangi dengan 'rawat dan rehat' kerana terdapat masalah teknikal pada sesetengah peserta. Apapun sepanjang pendakian kami dihiburkan dengan nyanyian dari stesen nik dot fm, tanpa tau letih dan penat terus menyanyi dan menyanyi. 

Setelah melalui trek yang panjang jam 7.11pm kami melintasi sungai besar. Seterusnya berehat, mengeluarkan lampu suluh dan menghormati waktu maghrib. 

7.37pm kami sambung semula trekking menuju ke air terjun nanding. Setelah mendaki dan menuruni tali serta meredah kepayahan dan kepenatan dalam kepekatan malam akhirnya kami tiba di air terjun nanding jam 9.05pm. selesai peserta wanita mandi kami seterusnya mengambil giliran utk merasai kesejukan air terjun nanding. Dia punya sejuk memang tak hingat… sempat la aku terjun utk sekali dua, pas tu terus naik dan lap. 

Acara makan malam diadakan jam 10.45pm. menu makan malam nasi tomato, ayam goreng, papadom dan tea o limau. Terima kasih kepada mereka yang diketuai oleh kak mas didalam menyediakan nasi tomato. 

Selesai makan dan membasuh pinggan mangkuk kami menyediakan diri utk berehat seterusnya tidur. Kerana pesanan dari pihak penaja bahawa 'perjuangan belum selesai'. 

Pada hari kedua iaitu ahad kami bangun dan kelihatan ajk sibuk menyediakan roti nan dan daging cincang. Kat sini kami juga diajar oleh jumat cara menyiang ikan bilis menggunakan pisau. 
8.40am kami menikmati sarapan roti nan dan tea tarik (tidak syak lagi pilihan kita sejak dulu). 11.06am kami dari air terjun nanding memulakan pendakian ke puncak gunung rajah. Trek dari air terjun ke puncak kelihatan agak mencanak. 

Jam 12.30tgh kami tiba di anak sungai terakhir sebelum ke last water point (LWP). Kami mengambil air utk kegunaan ditrek dan makan tgh. 
1.30pm kami tiba dikawasan balak tumbang dan bersedia utk menikmati makanan tgh iaitu bihun yang dibekalkan pagi tadi. Kumpulan pertama mengekalkan tradisi dengan terus meninggalkan kami, cuma semasa sampai kelihatan jumat, nana, kecik masih ada. Dan tidak lama kendian mereka juga meninggalkan kami utk terus menikmati bihun dalam keadaan hujan sedikit renyai. 

1.52pm kami meneruskan kembali pendakian. Nak rehat lama pun tak best badan dah sejuk… jam 4.15pm kami sampai kat last water point. Kat sini kami sempat berbual dengan rakan dari MMA. Dalam pada dok berbual sorang mamat tu rupanya dari panasonic gak. Cuma dia dari panasonic trading dan aku tukang pasang ekon. 

4.40pm teruskan ke puncak, nak sampai awal agar tak ketinggalan utk melihat keindahan matahari terbenam. Dalam pendakian aku mengambil tempat yassir menjadi orang terakhir disamping sweeper comel (bob). Ketrampilan bob selaku sweeper terbukti dengan dorongan dan semangat yang beliau berikan kepada rakan dari mma (faizal) yang sesaiz dengannya. Aku pun turut terbabit lepak bersama ngan diaorang nih. abg faizal tu bagi tau 'biar lambat asal selamat dan ingatlah orang tersayang'. Dalam pada kami mendaki dan terus mendaki yassir datang dan memberitahu yang puncak tak jauh dari sini. Dan dengan rela hati beliau menawarkan utk memikul beg bob. Selepas itu aku dan yassir meminta izin utk pergi terlebih dahulu dan membiarkan bob bersama temannya utk terus mendaki di belakang. 

Alhamdulillah jam 6.15pm aku sampai gak kat puncak bersama syitah, zeni (g) dan mereka yang lain. Kelihatan kru dapur sibuk menyediakan menu utk hidangan makan malam. Kami diberitahu kumpulan pertama tiba jam lebih kurang 3.30pm. Sebaik sahaja aku meletakan beg kat kawasan perkhemahan, mereka memberitahu yang puncak kat atas tu sikit, diaorang suruh naik atas dan tengok view dari sana. Kami tak lepaskan peluang utk naik dan merasai kedinginan angin kat atas puncak. Dan tak lupa bersyukur kepadaNYA serta sedekahkan al-fatihah kepada rakan2 kita yang telah 'pergi' semasa berkhemah pada tahun lepas. 


Kami menikmatii makan malam dalam kul 8.30pm. dan seperti kita sedia maklum ogkl dan menu best2 tak dapat dipisahkan. Selesai menikmati makan malam, sessi suaikenal dan cyberborak diadakan. Dengan adanya sessi suaikenal maka segala persoalan dapatlah terjawab. Sessi suaikenal berlangsung agak lama, dan ternyata syita dan G menarik perhatian wartawan dengan mengaju soalan dari pelbagai sudut. Selain dari kerancakan berbual, kami juga dihiburkan dengan lagu tema yang berkumandang dari henpon jus. lagu pilihan utk trip ni tak lain dan tak bukan 'angkat talipon, talipon taliban' nyanyian apek. 

Jam aku menunjukan 12.10am, air pun dah abis, mulut pun dah letih kunyah kuaci so ieda tanpa segan silu dan konfidennya menutup majlis suaikenal malam tu.

Jam 06.30am aku membangunkan diri sementara menantikan terbitnya sinar mentari. Tak lama pas tu aku naik kat puncak dan menyaksikan keindahan alam ciptaanNYA. Dan masa nie jugak sessi bergambar turut diadakan. Selesai bergambar kelihatan ajk sibuk menyediakan menu utk sarapan pagi. Dan pagi ni kami dihidangkan dengan nasi lemak. Kepantasan jumat menyiang ikan bilis menggunakan pisau memang tidak dapat ditandingi oleh peserta lain. Disamping menikmati hidangan nasi lemak, kebanyakan peserta menunjukan kebolehan menghafal lagu tema, dan tak terkecuali uncle appa. 

Setelah siap mengemas dan memasukan lebihan ration kedalam beg, tiba masanya utk sessi bergambar berkumpulan. Biarpun tanpa kehadiran tripod, kreativiti dengan meletakan kamera kat atas haversack, membolehkan semua peserta dapat bergambar dengan jayanya. 

Jam 10.30am kami bergerak menuruni puncak rajah. Perjalanan turun dari puncak agak perlahan kerana keadaan trek yang becak dan sedikit lunyai. Sepanjang perjalanan turun, peserta juga bergilir2 mengambil bahagian dalam aksi terjelepok, kerana trek yang licin. Namun nik berjaya mencuri perhatian peserta dengan aksi 'tersungkurnya penyu ngan cengkerangnya'. Aksi beliau juga membuatkan kak mas yang berada kat belakang sedikit cemas. Apapun keluarnya nik dari semak dengan keadaan ketawa meredakan kerisauan kak mas. 'kau ok nik?' tanya kak mas. 

Kelajuan yang tak terbatas semasa menuruni puncak rajah membuatkan zul tak perasan kita telah lewati kawasan punca air yang terakhir. Selesai melalui trek tali, perjalanan turun ke air terjun nanding diiringi ngan jenaka dan gelak tawa. Dan tak terkecuali semasa kami menuruni puncak rajah, kami berselisih dengan peserta tentera yang mengambil bahagian didalam acara 'kembaraduga'. Setibanya kami kat air terjun nanding jam 2.15pm terdapat kumpulan tentera yang sedang menikmati makan tengahari. Dan kesempatan ini kami amik utk bergambar dan beraksi bersama senjata yang diaorang bawak. (nak tengok gambar datanglah ke teratai pada hari jumaat jam 9.00pm). mereka juga memberikan kepada kami ration yang mereka bawak. Manakala ieda membalas pemberian ration tersebut dengan menghadiahkan kat abang2 askar tu dengan 'loli pop' serta jajan2 lain yang sewaktu dengannya.

3.40pm kami meninggalkan air terjun nanding dan trekking ke air terjun chamang. Menuruni trek yang lunyai perlulah dilakukan dengan berhati2. Kerana selain dari kami, trek ni juga laluan peserta kembaraduga. Jam 5.10pm kami melepasi sungai seterusnya trekking hingga ke luar. Selepas sungai ni kami treking, treking dan terus treking. Hinggalah kat satu kawasan lapang G memohon utk take 5. Kat sini jugak yasir menceritakan pengalaman jumat mendaki gunung bunga buah sengsorang. Biarpun jumat menawarkan utk menceritakan pada malam tadi, ianya mendapat bantahan dari pengerusi majlis iaitu ieda. Aiii, lamanya take 5, kira2 nak bukak 'fly' kat sini ker? Menyambung kembali perjalanan dengan harapan kami tiba dengan kadar segera. Semakin laju kaki dihayun semakin lama rasanya utk sampai ke air terjun chamang. Biarpun deruan air terjun banyakali kedengaran. Akhirnya dalam kegelapan dan kepenatan, kami tiba kat kawasan perkelahan air terjun chamang, diiringi ngan tepukan dan 'mexican wave' dari peserta terdahulu. Dan tak lupa jugak terima kasih kat abang askar yang membenarkan kami menikmati neskepe o. kami jugak bersalaman dan mengucapkan tahniah diantara satu sama yang lain. Pas tu dalam dok sibuk aku munggah beg utk dapatkan persalinan, abg2 askar sibuk dok tanya pasal 'kelab' kat aku…. Nak tak nak aku jawab gak la, biarpun utk pengetahuan korang inilah pengalaman pertama aku mendaki bersama kelab 'orang gunung kuala lumpur'. 

Selesai mandi dan mengenakan pakaian yang sesuai kami meninggalkan air terjun chamang dan ke balai polis bentung utk memberitahu kepulangan kami dan seterusnya ke warung makan berhampiran. Aku jugak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan berbanyak terima kasih kepada seluruh warga kerja dan peserta yang menyertai ekspedisi ini. Kerjasama dan semangat kumpulan yang korang tunjukan haruslah diteruskan. Apapun aku memohon maaf sekiranya terdapat salah dan silap baik secara langsung, tak langsung, rakaman maupun tertunda. Sesungguhnya kelemahan itu dari aku, dan yang baik datangnya dari ALLAH S.W.T.
Hingga berjumpa lagi.

- hanya Tukang Taip,
Khairul Annuar

0 comments:

Post a Comment