logo
Gambar-gambar kemeriahan IFTAR OGKL 2017

Logo OGKL

Logo OGKL

Thursday, 25 July 2013

L07: Ekspedisi G. Rinjani - G. Agung :: Part I

Ekspedisi G. Rinjani - G. Agung (Indonesia)

Salam Semua,
Seperti yang dijanjikan..bahagian pertama xpdc Rinjani-Agung sebagai bahan bacaan untuk warga ogkl & xkresma yang belum berpeluang kesana. Juga untuk bacaan rakan-rakan yang selalu mengulor...hehehe

-deeno-

"Bukan nama yang kami cari. bukan juga sakit yang kami ingini hanya sekadar menjayakan hobi...juga sebagai meluaskan pandangan & interaksi". Seperti mantra yang selalu di alunkan di tempat kerja aku;

IMPOSSIBLE IS JUST A BIG WORD THROWN AROUND BY SMALL MEN WHO FIND IT EASIER TO LIVE IN THE WORLD THEY'VE BEEN GIVEN THAN TO EXPLORE THE POWER THEY HAVE TO CHANGE IT. IMPOSSIBLE IS NOT A FACT. IT'S AN OPINION. IMPOSSIBLE IS NOT A DECLARATION. IT'S A DARE. IMPOSSIBLE IS POTENTIAL. IMPOSSIBLE IS TEMPORARY. 

IMPOSSIBLE IS NOTHING.

Bersandar kepada mantra, hobi serta keinginan untuk meneroka ketempat-tempat yang mencabar dan indah, aku telah meminta pertolongan dari Arey & Paei untuk mengatur trip untuk Kelab Orang Gunung KL (OGKL) ke Bali. Tujuannya serampang dua mata; mendaki Gn Rinjani di Lombok & Gn Agung di Bali. Sementelah Arey & Paei telahpun berpengalaman mendakinya tahun lepas.Bunyinya pun dah agak menakutkan turun satu gunung dan naik gunung lain? Mesti tough punya ni hehehe..takpe kita cuba plan dan cari orang dulu setelah finalize costing dan sebagainya terus sahaja diwar-warkan melalui mailinglist & website OGKL.

Bila Airasia membuat promosi 1juta seat percuma, aku tak lepaskan peluang, terus call member-member yang lain untuk booking tiket tujuan ke Denpasar, Bali. Ramai yang terkejut sebab bila dihitung sampai 9hari akan berada di Bali.Lama tu. Setidak-tidaknya cuti tahunan pasti lebur 5-6hari.Namun keinginan mengatasi segalanya..Baik punya racun; keluar 1st list, Deeno, Paei, Arey, Kak Nita, Abg Murdafi, Hussin Lempoyang, Yap, Fakhrul. Racun punya racun makin lama makin bertambah; Hairul & Fairos Maybank pun masuk jerat jugak..Kemudian Azmin, diikuti Bulat & Lin, Jus & Ina, Uncle Appa, Sifu. Minggu berganti minggu, jerat makin mengena, kali ni giliran PakLie & Fizah, Eddie Oh, Zuhara@Gaban, Amir, Arry, Mia, Faizul serta 3 orang kawan baru; Rudy, Din & Yob Rashid (SKF Team). Selepas xpdc Gn Tangga, mangsa terbaru masuk dalam senarai; Fahmi & Fazid..Hahaha.Stop! Cukup 30orang. Ramai ramai sangat nanti tak cukup pulak porter kat sana.. J

Memasuki bulan Mac kami mula mengadakan sessi latihan bertempat di Tasik Kelana Jaya. Kehadiran agak kurang memberangsangkan.Namun yang pasti semua faham tanggungjawab & keperluan diri. Yang tak turun ke latihan pasti punya sebab kukuh. Rata-ratanya mendaki gunung sekitar Selangor & Johor.Alhamdulillah semasa final briefing pada 22hb April semuanya nampak yakin dan bersedia. Cayalah beb! Kita jumpa di LCCT petang 26hb April nanti ok! Masa ni tempat Salina yang dah berbadan dua digantikan dengan Ramli Proton, dan Ijok punya pasal, Fahmi & Fazid terpaksa tarik diri walaupun berat hati..takpe geng tahun-tahun depan kita buat lagi k! Yang penting dapat pampasan. Seramai 28org sah, confirm, pasti ke Bali.

26hb April 2007

Jam 1.45pm aku dapat call dari Fahmi memaklumkan flight ke Denpasar delayed ke jam 7.30pm.Aduss awal-awal dah delayed ni.Seolah-olah badi OT dah mula mengekori trip ni hehehe. Bila dah tau begitu, aku pun sengaja melambat-lambatkan perjalanan aku. Almaklumlah, nak tinggal anak dan isteri, kena la drive slow..dapat la lepak lama sikit dengan diaorang. Sampai di LCCT dah ramai yang menunggu; Uncle Yusof, Shobrie, Atuk,Pon&Isteri, Jumat & Tunang, Azizan, serta rakan-rakan lain.Tak lupa juga saudara mara yang menghantar.Memang meriah petang tu di LCCT.Selesai mengagihkan baju xpdc serta menimbang bagasi masing-masing aku terus ke kedai depan tu teman isteri pekena laksa.Sedap jugak tapi rasanya kurang sikit dari laksa Shack.

Sekitar jam 5.30pm barulah kaunter Denpasar di buka. Kutip passport dan terus buat check-in berkumpulan. Yang best bila sampai beg yang terakhir kepunyaan Hussain dah over limit. Nak tak nak terpaksa pikul haversack naik flight. Masa sibuk-sibuk ni lah kami ramai-ramai keliling Hussain dan tambahkan tekanan pada dia. Sampai mengigil-gigil mamat tu..hahaha. Barang-barang terpaksa diagih-agihkan agar beg muat untuk diletakkan dalam ruang penyimpanan diatas. Pisau serta barangan larangan lain terpaksa Hussain tinggalkan dengan berat hati.hehehe

Sebagai langkah meredakan tekanan & kemarahan penumpang kerana flight delayed, pihak Airasia berbesar hati menyediakan beefburger McD & air mineral percuma. Jadilah, asal jangan takde langsung. Masa ni badan Hussain masih lagi mengigil..hahaha

Cukup masa naik flight cari port best dan terus layan zzzzzzzzz.tau-tau dah dekat nak sampai Denpasar.Langsung tak terasa perjalanan selama 2jam 45minit tu. Sampai di airport, teman-teman pendaki di Bali telahpun berada disana. Selesai urusan bagasi & imigresen terus saja menuju ke arah van yang setia menunggu sejak awal lagi. Mulanya hanya 3buah, memandangkan beg saja dah bole memuatkan sebiji van kami terpaksa menambah sebuah lagi van. Destinasi malam ini; Bali - Padang Bai (jeti feri ke Pulau Lombok).

27hb April 2007

Kami sampai di Padang Bai sekitar jam 12am. Setelah selesai menurunkan bagasi dari van terus sahaja menuju ke jeti. Masa ni slang aku & Arey dah mula bertukar ke slang Indon..Dimana bumi dipijak disitu langit kita junjung..hehehe. Tengok jadual perjalanan feri paling awal 12.30am. Cantikkk Untuk makluman feri di sini beroperasi selama 24jam sehari. Cuma bila waktu puncak perjalanan feri lebih kerap. Bukan hanya ke Lombok tetapi juga kepulau-pulau lain seperti Banyuwangi, Sumbawa dan Flores. Kami di tahan oleh pengawal pelabuhan, mungkin terkejut dengan kehadiran kami seramai lebih kurang 30orang waktu dinihari.Namun setelah ditunjukkan surat sokongan dari kedutaan Indonesia di Malaysia dengan senang hati mereka menerima kehadiran kami.

Feri ke Lombok ni sama saja seperti feri yang terdapat di Pulau Pinang. Besar dan boleh memuatkan kereta, lori dan sebagainya. Yang penting ongkosnya mau ada dong. Selesai urusan tiket, kami pun terus menuju ke feri untuk mengharungi perjalanan yang panjang 5jam! Sebelum feri berangkat sempat jugak Paei & Arey menapaukan makanan untuk sahur para peserta..:). Aku; selepas aje selesai solat jamak takhir dengan kawan-kawan lain terus mencari port untuk beristrirehat..terus layan zzzzzzzzzz nasib baik tak mimpi goreng pisang Lombok! Hahaha

Jam 6.30am, kalau di Ijok, waktu ni penduduk dah mula bersiap untuk pergi mengundi.Mungkin Fahmi pun dah bangun waktu-waktu begini sebagai menunaikan tuntutan kerja. :) Tapi, kami baru saja memasuki perairan Lombok..Jam 6.15am Paei kejutkan kami untuk solat Subuh.Naya betul, memang Subuh gajah. Dah terang benderang baru dikejutkan. Terkocoh-kocoh kami menunaikan kewajipan pagi tu. Pada yang tak tahu, waktu di Bali & Lombok tiada bezanya dengan waktu di Malaysia.Cuma di sana cepat cerah & cepat gelap. Berbeza dengan di Surabaya & Jakarta yang lebih awal 1 jam dari waktu Malaysia.

Sekitar jam 7am feri berlabuh dengan selamat di jeti Lombok. Disana rakan-rakan pendaki yang bakal menjadi guide kami telahpun menunggu; Irfan Besar, Ika, Irfan Kecik, Tartak, Idi serta Nita telah pun menunggu disana. Selesai pindahkan barang ke dalam bas terus kami menuju ke rumah Yus untuk meletakkan barang-barang yang ingin kami tinggalkan. Ketika ini 2-3 orang peserta yang jealous dengan rakan-rakan yang sejak awal memesan gaiters untuk ke Rinjani tak melepaskan peluang untuk mengorder sama. Hasilnya; perjalanan delayed 1-2jam kerana rakan yang kekedai menunggu sehingga toko outdoor dibuka..:). Lagi best bila gaiters yang dicari dah kehabisan stok.Dah la buang masa menunggu, barang pulak takde. Wakenabeb! Hehehe

Jam 9.30am barulah kami meneruskan perjalanan ke Sembalun. Dijangkakan perjalanan akan mengambil masa sekitar 2jam.Sedang asyik layan tidur, tiba-tiba bas berhenti.Dah la lama, aircond tak sejuk, dekat area masjid pulak tu.Ingatkan nak tunggu solat Jumaat dulu, rupa-rupanya tunggu angkutan van untuk membawa kami ke Semabalun kerana bas yang besar tu tak mampu mengharungi perjalanan bukit yang curam ke Sembalun-Lawang. Setelah bertukar angkutan kami meneruskan perjalanan dan sampai di Pos Pendakian Gn Rinjani sekitar jam 1.30pm. 

Pemandangan di sekitar Sembalun memang menarik kerana ianya terletak di kawasan lembah yang di pagari gunung-ganang. Masyarakat disini kebanyakannya terdiri dari petani yang mengusahakan tanaman padi, sayuran serta memelihara lembu. Disini kami solat, serta melakukan persiapan untuk pendakian. Trip kali ni memang trip santai, hampir 15orang porter kami gunakan. Lima orang porter untuk kumpulan selebihnya porter peribadi untuk peserta-peserta yang kurang upaya.:) (bukan OKU, tapi kurang upaya nak pikul barang).

Setelah selesai sedikit regangan, taklimat dari guide (Kang Irfan Besar) serta doa tepat jam 2.30pm kami memulakan perjalanan ke Kem 1. Menurut guide perjalanan jauh tetapi hanya sedikit menanjak (nanjek).Kami berjalan slow & steady, tapi kepala aku dah terbayangkan habuan OT malam tu nampaknya memang tak boleh sampai Kem 3 @ Pelawangan la hari ni. 

Perjalanan di lereng gunung memang mengasikkan. Terasa berjalan di kawasan savannah! Dalam hati nasib baik start trekking belah petang..kalau tidak masakkk.. Setelah 2jam berjalan barulah kami sampai di sebatang sungai yang tiada air.Namun menurut guide sekitanya hujan lebat di gunung, aliran airnya memang besar. Kat sini ramai yang dah mula mengeluh panas dan asyik bertanya; jauh lagi ke Camp 1?? Hehehe.Masa ni gerabak belakang yang terdiri dari Sifu, Din serta Rudy langsung tak nampak bayang jauhnya Kira-kira 45minit dari situ barulah kami bertemu Pos 1..memang boleh tahan jauhnya.

Lepas take 5 terus saja menuju ke Pos Tengengean yang terletak setengah jam perjalanan. Masa ni hari dah mula gelap dan masing-masing dah keluarkan headlamp.Mulanya ada rancangan untuk bermalam disitu, tapi macam biasalah, lawan tetap lawan. Macamana pun kalau orang belakang ok, perjalanan mesti terus ke Pos 2. Bila di hubungi melalui walkie talkie, gerabak belakang semuaya ok, cuma bergerak perlahan.Dalam perjalanan ke Pos 2, kami di bantu oleh cahaya bulan yang bersinar terang seolah merestui kerja lebih masa kami..:)

Dari samar-samar senja saya melihat lembaga yang asyik membongkok..Aduh la, sapa pulak la ni. detik hati aku. Sampai je dekat dia baru perasan rupanya Pak Husin Lempoyang Ko kenapa Hussain? Teruk benar nampaknya tanya aku.. Aduh bang, penat betul la..entah berapa kali rukuk dah..sujud je belum lagi..dah nak mintak nyawa dah ni.. jawabnya.Hahaha..come on Hussain dah dekat dah pelan-pelan kayuh!!! Jerit aku

Dalam pukul 8pm kebanyakan peserta telahpun sampai di Pos 2.. suhu sejuk tapi semua masih tak berani nak buka tenda kerana kata putus belum dibuat samada teruskan perjalanan atau bermalam.Sementara menunggu gerabak yang belakang, AJK dengan bantuan peserta-peserta yang menggunakan porter bergotong royong memasak makan malam.Menu malam ni rendang daging, sayur campur & ikan masin. 

Sekitar jam 9++pm barulah semua peserta sampai. Memandangkan gaji pokok yang dah tinggi, aku pun tidak berhasrat untuk menggandakan OT untuk malam tu. Bila saja pengumuman di buat untuk bermalam disitu terus sahaja semua bersorak seolah-olah menang loteri!! Hahaha. Malam tu masing-masing tidur awal.Nak kumpul tenaga kerana esok cabaran besar mengharungi trek canak @ nanjek @ bukit penyiksaan/penyesalan!!

28hb April 2007

Dah bangun-bangun! Jangan ada lagi yang nak tidur..move! move! macam biasalah alarm hidup bila dah terjaga memang tak bagi chance punya..hehehe. Habis semua guide-guide dan porter kena kerah bangun. Selesai sarapan meehoon goreng, teh O, hasil tangan Rudy semua dah bersedia nak menghadapi bukit penyiksaan pagi tu. Cuaca memang cantik, view memang tak boleh lawan laa marvelous!

Jam 8am semua dah on trek InsyaAllah kalau start awal sure sampai pun awal. Lepas satu bukit ke satu bukit, tak juga sampai-sampai ke puncak. Dah la tu treknya open habis. Dari jauh jelas kelihatan rakan-rakan yng didepan tengah menjawab nanjek-nanjek masa ni sapa yang tak kuat mental memang bole jem..:) Masa ni aku dok layan trek sambil borak-borak dengan kuda veteran (Abg Murdafi). Macam-macam kami bualkan, dari cerita-cerita masa dulu-dulu sampailah ke plan-plan yang terkini.Isinya sama saja : Mendaki sampai lebam! 

Dari trek yang mencanak ni dah mula kelihatan puncak Rinjani di sebelah kiri kami. Jalan sikit berhenti, begitulah keadaannya sampai 3jam. Sebelum sampai di permatang simpang ke Pelawangan kami bertemu dengan ramai penduduk tempatan yang baru turun dari Danau Segara Anak melaksanakan ritual agama mereka disana. Bukan sahaja pemuda-pemuda porter yang ganteng tetapi juga makcik yang berbaju kebaya! Dalam hati aku kalau makcik ni bole, aku pasti boleh hehehe.

Kumpulan yang didepan sampai sekitar jam 12pm. Kiranya sekitar 4jam jugak mendaki bukit penyiksaan ni.Memang azabbbb Disini view memang cantik.Dikiri kanan kami jurang, serta jelas kelihatan Danau Segara Anak serta puncak Rinjani yang dilindungi kabus & awan.Kalau takde kabus pasti lagi cunn.

Kumpulan yang pertama sampai mula bergotong royong dengan para porter untuk memasang khemah. Istimewanya kali ini OGKL telah pun membeli 5biji khemah Coleman yang baru.Jadi kami kumpulan pertama yang merasmikan khemah ni sepertimana trip Marapi-Singgalang 2 tahun lepas. Kata orang dalam khemah memang bau kedai lagi..

Sementara menunggu yang lain kami mula memasak untuk makan tengahari.Aku baru sampai terus jer bermalas-malas..cari port baik bawah pokok cemara tunggal & terus terlelap. Di Pos permatang ni cuaca memang panas, masing-masing mula keluar spek yang pelbagai warna. Tapi yang paling mengancam semestinya spek mata Mia. Terus saja kami panggil dia sebagai artis?hehehe. Apapun artis memang maintain cool..cakap tak banyak..takde tanda-tanda penat..asyik tersengih jer.. Mungkin masih malu lagi kot.

Punca air di Pos 3 ini terletak kira-kira 5minit perjalanan menurun lembah sebelah kiri permatang. Juraian airnya turun dr lumut-lumut yang bergantungan di dinding batu. Airnya tak begitu besar namun lumayan untuk mandi ala-ala Pocahontas (ni menurut kata-kata kaum hawa la ni..). Sejuk tak terkira, sampai kebas-kebas badan.Pada yang tak berhati-hati awas! Disini terdapat banyak pokok Jelatang Gajah yang mana kalau terkena kulit ibarat tusukan jarum. Aku sendiri akibat tak hati hati turut terkena libasan dahan kecil Jelatang ini begitu juga 2-3 rakan yang lain termasuk Abg Dafi & Faizul Memang menusuk & gatal.

Di Pos Pelawangan ini juga peserta kena hati-hati kerana ada banyak spesies kera yang dipanggil oleh penduduk tempatan sebagai Kera Abu Berekor Panjang @ Godek (Long Tailed Grey Maraque) yang sering mencuri makanan disekitar kawasan khemah.Awas! Badannya yang tegap dan berbulu tebal agak menggerunkan & kera ini memang berani menyelongkar khemah sekiranya tidak ditutup rapat.

Selesai mandi & mengambil air kami ramai-rami menyaksikan keindahan sunset di Danau Segara Anak yang terletak jauh dibawah sana dilatari pemandangan Gn Agung dari kejauhan. Memang asyik sungguh! Yang mana ada kamera tak henti-henti meng klik! kamera masing-masing.Pada yang tiada tumpang bergaya aja dong! J Ketika ini jugak rakan-rakan lain seperti Paei, Rudy, Arry, Gaban dan lain-lain.Malam ni kena makan awal sebab jam 2am dah nak mendaki ke puncak Rinjani!

Lewat petang itu juga terdapat 2 kumpulan pendaki mat saleh tiba di Pos 3 untuk sama-sama menakluki Gn Rinjani. Malam ni aku sekali lagi tidur sekhemah dengan kawan-kawan yang telah lama menunjangi OGKL; Bulat & Fakhrul. Mulanya memang agak risau jugak nak satu khemah dengan Bulat memandangkan sistem subwoofernya yang menakutkan waktu tidur.Hahaha. Malam tu jugak Yob Rudy turut serta dalam khemah aku.Borak punya borak rupanya memang kami datang dari daerah & sekolah yang sama.cuma aku jauh lebih muda dari dia laa. J Tengah leka berborak baru terperasan subwoofer tak berbunyi malam tu; rupa-rupanya Bulat & Fakhrul dok pasang telinga dengar cerita aku & Yob Rudy..hantu betoi korang! Hahaha. Mata tak bole nak lelap laaa kata Bulat. Akhirnya kami terlena jugak..

29hb April 2007

Kira-kira jam 1.45am aku mula dengar Paei bangun mengejutkan semua orang utk bersiap mendaki ke puncak. Menu dinihari tu berupa roti Gardenia cicah kari.Karinya memang sedap tak hingat walaupun pedas. Yob Rashid & Yob Rudy awal-awal lagi dah memaklumkan untuk tidak turut serta ke puncak kerana menghadapi masalah untuk bangun pagi.Katannya sampai di Pos Pelawangan pun dah seribu rahmat untuk mereka. Cuma doa dikirimkan agar kawan-kawan lain berjaya ke puncak.

2.30am semua 24org peserta telah pun berbaris untuk memulakan perjalanan. Selesai berdoa, kami terus saja bergerak diketuai oleh guide Idi. Hampir satu jam berjalan barulah kami sampai di permatang Gn Rinjani. Menurut guide perjalanan akan mengambil masa diantara 3-4 jam bergantung kepada kelajuan. Dari ketinggian 2000++meter, kami perlu naik sekitar 1000++meter lagi untuk ke puncak 

Selepas saja permatang aku & Uncle Appa terus saja bukak langkah cucuk guide. Lagi laju kami cucuk angin lagi laju guide tu berjalan. Bila pandang belakang sayup-sayup kelihatan cahaya torchlight yang bersusun satu barisan. Ketika ini aku asyik menyuluh ke belakang sekadar nak menambahkan tekanan kepada rakan-rakan yang dibelakang. Target aku; nak tengok sunrise!

Kira-kira beberapa ratus meter dari puncak aku tengok ada cahaya headlamp yang makin lama makin hampir, dah dekat baru perasan rupa-rupanya Pak Arey yang bergaya dengan google Rudy Project pun turut mengejar Sunrise. Hinggalah di sekitar tanjakan yang terakhir kami dipotong oleh seorang pendaki mat saleh dari Republik Chech. Laju sungguh, sampai tak terkejar yob! Bila guide mula duduk dan beri laluan, aku & Uncle Appa terus saja mulakan langkah juara untuk kepuncak.

Hehehe..Syukur setelah penat mendaki aku sampai di puncak tepat jam 5.50am. Alhamdulillah sempat juga menunaikan kewajipan pada Allah di puncak Rinjani. Tak lama selepas itu Uncle Appa & Arey juga sampai di puncak. Pemandangan ufuk subuh menakjubkan, Arey dengan kamera mahalnya memetik tak henti-henti. Aku yang hanya menggunakan kamera digital cikai ni tangkap aje la mana yang terlintas dan cantik pada mata aku

Sorang demi sorang sampai di puncak, semuanya dengan muka tak cukup oksigen. Kategori wanita dimenangi oleh Mia si Artis. Diikuti oleh Kak Nita, Gaban dan Arry. Yang dua lagi; Lin & Fid macam biasalah ikut gerabak yang belakang. Setelah ramai berkumpul kami terus saja bergambar kumpulan dengan banner kebanggaan! Tak lupa juga meraikan kejayaan dengan, air kemenangan pengganti kepada istilah,air sedap. Hehehe.

Dari puncak aku lihat ramai lagi kawan-kawan yang masih degil melawan tanjakan Gn Rinjani. Dalam hati berkira-kira mungkin ada rakan-rakan yang berpatah balik,namun telahan aku meleset apabila peserta yang terakhir sampai tepat jam 8.30am. Kalau tak silap Paklie, Fid serta pendaki paling bergaya; Hairul Maybank! Hehehe. Ketika ini semua dah mula turun ke bawah, aku saja yang masih degil mahu memastikan semua 26org peserta sampai ke puncak Rinjani. Bagi aku satu kemenangan apabila semua peserta yang degil ini sampai ke puncak. Ibarat kata-kata semangat yang selalu aku berikan pada kawan-kawan lain kesakitan & kepenatan itu bersifat sementara, namun kejayaan dan kepuasan itu akan kekal selamanya..

Setelah 15minit peserta yang terakhir sampai aku mengarahkan semua untuk turun segera ke Pos 3 memandangkan kabut serta angin kuat yang akan bermula sekitar jam 9-10am.Adalah merbahaya sekiranya masih ada yang berada dipuncak sekiranya cuaca bertukar buruk. Dari puncak aku terus saja melayan trek menurun seolah-olah bermain ski atas salji. Memang enjoy menyusuri trek menurun ni, sedar-sedar aku sampai di Pos 3 setelah 1jam bermain ski atas permukaan berbatu.



Porter yang tidak naik keatas telahpun menyediakan kopi untuk kami.Sedap dan nikmatnya kopi Lombok! Sementara menunggu yang lain tiba aku mula mengarahkan rakan-rakan lain untuk membuka tenda kerana kami akan terus saja menuruni trek ke Danau Segara Anak. Yob Rashid & Rudy yang tidak ke puncak telah pun ke danau bersama porter serta guide yang lain.

Jam 1.30pm kami mula menuruni Pos Pelawangan menuju ke Danau Segara Anak.Perjalanan akan mengambil masa kira-kira 4jam. Treknya terlalu curam dan merbahaya. Dalam perjalanan kami turut ditunjukkan oleh guide lokasi para pendaki yang tewas (7orang) pada awal bulan April yang lalu. Masih kelihatan tinggalan baju, kain mahupun seluar mereka sekitar kawasan mereka ditemui.Nauzubillah! Moga perjalanan kami selamat dan terhindar dari malapetaka dan bala bencana doa aku dalam hati. Melalui jalur ke Danau Segara Anak, kami melewati pemandangan yang sangat indah dan sukar diterjemahkan dengan kata-kata.Kami seolah-olah masuk ke iklan satu jenama rokok yang berlokasi ditanah tinggi (kalau tak silap iklan rokok Salem). Memang cantik dan masing-masing terpana seketika! Hanya ucapan Subhanallah,cantiknya terluncur dari mulut aku. Tiga jam setengah berselang semua selamat sampai ke Danau Segara Anak.

Aku perhatikan beberapa porter dan juga penduduk tempatan yang sibuk memancing ikan. Juga sekumpulan kawan-kawan yang sibuk membakar hasill tangkapan.Manis tu ikan fresh. Kebanyakan ikan yang ditangkap terdiri dari spesies kap rumput atau dalam istilah tempatan ikan karper. Selesai mandi-manda di kolam air panas (aik kalak hot spring)& air terjun danau yg terletak kira-kira 10 minit dari campsite, aku dan paei mula menangkap ikan dengan Rp untuk makan malam. Syukur ada 6 ekor karper besar-besar rezeki untuk kami yang mahu dijual oleh sang pengail..Berapa Rp?? Murah jer memang berbaloi dengan duit yang di belanjakan..hehehe



Porter yang turut sama mengikut aku & Paei, dengan selambanya menggunakan kukunya untuk membuang sisik karper. Dahsyat sungguh! Tak pernah aku jumpa orang buang sisik ikan dengan hanya mencakar-cakar gunakan kuku! Ngeri jer bila tengok cara diaorang siang ikan tu.

Ikan tu kami hanya goreng biasa sahaja. Taruk garam terus goreng atas dapur kayu. Memang mencabar mengoreng atas dapur kayu ni, apai kena pandai jaga.Kalau tak alamat berjam la baru nak masak.Tapi, sedapnya karper goreng MasyaAllah! Selesai menikmati makan malam aku menugaskan Bulat, Fairos, Hussain serta Hairul untuk menyediakan sarapan serta pack lunch untuk perjalanan keesokkan harinya yang dikatakan sekitar 6jam untuk ke Pos Senaru. Walau pun berperang dengan perasaan sejuk, amanah tetap dilaksanakan untuk semua peserta.:)

Malam tu jugak aku tidur di bawah fly, menemankan kawan lama Abg Dafi & Sifu.Yang tak sedapnya dah la sejuk bangat, anjing yang 2-3 ekor kat danau tu asyik berkelahi je waktu tengah malam. Lena aku memang terganggu malam tu,risau anjing tu melompat bawah fly tempat aku tidur. Naya woo!! Team yang memasak selesai tugasan sekitar jam 1.30am. Bravo!

30hb Mei 2007

Hari ni aku excited sangat nak back to civilisation. Dah masuk 5 hari menatap wajah yang sama, menghidu bau yang sama, menanggung sakit yang sama (otot peha & betis dah mula keras). Jam 5.30am aku dah mula kejutkan kawan-kawan, Uncle Appa yang bangun awal ala-ala nak pergi meniaga telur pun dah pandai kejutkan kawan-kawan lain dengan mengetuk botol. Tapi macam biasa la, dah kerja keras 2-3hari sebelumnya memang rasa malas sangat nak bangun. Tengok sarapan & pack lunch siap lega la sikit cuma air untuk minum pagi aje yang masih tak cukup. Habis semua porter aku gegarkan. Kelam kabut semua ambol botol dan cari torch light pergi ambik air.hahaha. Mungkin teruja dengan jeritan Pak ada sms pak! Dibaca pak!; PAK ADA SMS DIBACA PAK!!! hahaha. Apa yang aku tak bole lupa bila semua peserta terus duduk tegak dalam sleeping bag bila aku nak buat pemeriksaan khemah ke khemah! Hahaha..Lukenabeb!

Selesai makan dan sessi bergambar berlatarbelakangkan Gn Baru Jari serta Danau Segara Anak, kami meneruskan perjalanan pulang melalui trek Senaru. Trek Senaru ini merupakan laluan alternatif untuk pendaki mendaki ke Gn Rinjani. Buat permulaan kami terpaksa berjalan dilereng danau sebelum mula mendaki dinding kawah gunung tersebut. Kalau bukan sebab nak keluar, rasa macam tak upaya nak melangkah bila melihat kayu tanda KM 12, KM11, KM10 dan seterusnya. J. Setelah melewati Batu Ceper, serta batu capek ya yakni hampir 3jam mendaki barulah aku sampai ke puncak Pelawangan Senaru (Pelawangan 1 Crater Rim-2641Mtr).Sebelum itu sempat jugak kami menikmati Raspberry Rinjani yang terdapat ditepi trek.Sedapnya!!! Pemandangan dari sini memang cantik dengan kita boleh melihat keseluruhan Danau Segara Anak serta Gn Baru Jari. Dari sini kami memandang kebawah dan melihat rakan-rakan lain yang masih?menanjek ibarat semut. Hemm..jawablah korang..sapa suruh ikut..hehehe

Dari sini perjalanan hanya menurun saja tanpa ada nanjek-nanjek. Ramli yang memang membela 5ekor kuda dalam badannya terus saja berlari menuruni Pelawangan Senaru mengejar rakan-rakan yang didepan; Paklie,Fid, Uncle Appa, Gaban. Itu semua hikmah menggunakan porter jangan sayang duit, sayang badan..hehehe. Aku masih setia mengikut kaum hawa yang terdiri dari Kak Nita, Arry dan Lin serta Porter Arry. Porter lain semua dah laju kedepan.

Kira-kira setengah jam menurun aku menerima panggilan W/T dari Arey memberitahu beberapa peserta telah tersasar dari laluan. Antaranya Yap, Bulat, Fakhrul, Hussain serta Faizul. Mereka tersasar ke trek kiri yang membawa mereka mengelilingi danau. Mujurlah Arey yang berada dibelakang menyedari tentang ini, kalau tidak pasti lebih jauh Bulat & The Geng bersiar-siar haritu. J.Menurut ceritanya bila sampai di batu yang bertanda pangkah, dan simpang naik ke Pelawangan Senaru, Yap memilih untuk ikut trek yang sebelah kiri, katanya mana-mana pun sama saja maaa. Akibatnya habis semua nyasar..hahaha. Syukur semuanya berjaya kembali kelaluan asal. Moralnya, lain kali jangan trekking jauh-jauh sangat beb! Hehehe..kena konsisten..Lin mula-mula gelabah jugak bila husbandnya tersasar. Aku kata takpe, ramai lagi guide dan peserta dibelakang.. Bulat kan pandai baca trek.

Melewati Kem3 (Mondokon Lolak -2000M) serta Kem 2 (Montong Satas -1500M) menandakan kami semakin hampir dengan Pintu Rimba.Di Kem 3 kami berjumpa dengan pendaki luar dan sempat berborak-borak serta bertukar cerita tentang keindahan Puncak Rinjani.Sepanjang perjalanan juga kami mengenali berbagai pokok tempatan yang telah diletak label antaranya: Ketapang, Klokos, Bunut, Kasol dan lain-lain lagi. Sebatang pokok yang menjadi perhatian semua pastinya pokok "Bunut Kengkang" yang tertulis Jangan kuliti aku, aku ingin hidup menurut ceritanya pokok itu yang mempunyai 3 cabang di bawah merupakan pintu masuk ke dunia lain (ghaib) serta kulitnya jika ditakik/dikuliti akan membuatkan si penakik berkahwin lagi. Sejauhmana kebenarannya wallahualam. Tapi yang pasti ada diantara kita yang cuba menguliti pokok itu tanpa sedar untuk menunaikan sesuatu hajat terpendam.Siapa?? Aku pun tak tahu hehehe.

Aku sampai di Pintu Rimba jam 3pm. Boleh dikatakan laju menurut kata porter dan guide. Disini ada sebuah kedai kecil yang menjual makanan ringan untuk para pelawat yang kesana. Aku tak melepaskan peluang untuk menghilangkan dahaga dengan air kemenangan; bukan 1, tapi 2 botol!  Thanks Paei atas kemudahan kredit yang disediakan.

Berehat sebentar kami meneruskan perjalanan melalui denai kampung ke Rinjani Trek Centre yg terletak pada ketinggian 601M. Syukur kami kembali ke civilisation! Sementara menunggu yang lain kami sempat membeli souvenir yang dijual di Trek Centre seperti baju, key chain serta batch Rinjani. Harganya memang lumayan pak!

Selesai membayar upah untuk porter, kami terus ke restoran yang terletak sekitar 1KM dari Rinjani Trek Center untuk menjamu selera. Masing-masing dah nampak lesu, tapi masih bersemangat untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai! Ketika ini macam-macam cerita dibualkan.Kelakar, sedih, marah, tension etc..

Gerabak yang terakhir sampai ke Pintu Rimba sekitar 7pm dimana hari telah pun gelap. Walaupun kali ini aku berjaya mengelakkan badi OT, namun salah seorang rakan badi transtitiwangsa, si Faizul masih tak berupaya meloloskan diri. Dia bukan berseorangan tapi turut ditemani jejaka idaman Malaya; Pak Hussain Lempoyang!

Selesai menunggu semua, sekitar jam 9pm angkutan yang kami sewa sampai untuk membawa kami pulang ke Mataram. Masuk saja dalam bas semua layan blues; almaklumlah perut dah kenyang diisi nasi campur di restoran. Kami sampai di Hotel Arum Jaya sekitar 12am++ dan terus bermalam disana.Kepada yang mahukan privacy boleh saja pilih bilik yang diingini dan bayar sendiri, pada yang tak kisah mana-mana aja om asal boleh tidur..Hehehe.

Pagi itu sebelum tidur kami sempat melayan slideshow gambar-gambar yang dirakamkan Arey melalui laptop Mbak Nita. Memang rasa macam tak percaya kami baru melepasi cabaran getir Gn Rinjani!!

*tunggu sambungan Ceritera XPDC Gn Rinjani-Gn Agung :Part II tak lama lagi...:)

  - deeno -

0 comments:

Post a Comment