logo
Gambar-gambar kemeriahan IFTAR OGKL 2017

Logo OGKL

Logo OGKL

Tuesday, 23 July 2013

L07: Ekspedisi G. Tangga versi Nina

Gunung Tangga (16-19 Februari 2007) 

16 Februari 2007 
Peserta yang akan menyertai ekspedisi mendaki Gunung Tangga telah diminta oleh pihak urusetia OGKL agar berkumpul di restoran Teratai sekitar jam 10.30 malam. Setibanya saya disana, kelihatan masih ramai yang belum hadir kerana masalah kesesakan jalan raya sedang melanda ibukota Kuala Lumpur sempena cuti Tahun Baru Cina. Sesetengah peserta dan ahli OGKL berada di restoran Yusof Zakir (YZ) untuk mengisi perut dan sambil2 tu kami menunggu kedatangan Pak Presiden selaku Ketua Ekspedisi kali ini. Pada malam tersebut, saudara Azizan a.k.a PakcikKayo telah sudi untuk mensponsor kami untuk makan dan minum di restoran tersebut sempena menyambut hari kelaharan beliau yang ke-29 pada 13 Februari 2007. Tunggu punya tunggu, perut pun dah naik buncit asyik minum je (maklumle ada orang yang payungkan.. bantai sampai lebam ahh ehhee..) tak muncul juga dan akhirnyer kami menerima khabar berita yang mengatakan dia on the way, jalan jem. Pak Presiden pun muncul dalam pukul 12.30 pagi. Kami terus berjemaah menuju ke Teratai tempat asal berkumpul. Kelihatan ramai peserta dan penyeri suasana sudah menunggu kedatangan kami. Taklimat ringkas diberi oleh Abg Deeno dan kemudiannyer Pa`am orang silap otak mengedarkan limau kepada para peserta. 

17 Februari 2007 

Setelah selesai mengagihkan barangan ration dan peralatan yg hendak dibawa, kami pun di arahkan ke kereta masing-masing dan bersiap sedia untuk bergerak ke destinasi yg dituju. Sebanyak 7 buah kereta digunakan utk xpdc kali ini. Konvoi dikepalai oleh kereta Pa`am dan Abg Deeno sekeluarga. Aku bergandingan bahu dengan Kura2@baby menaiki kereta Jus dan isterinya, Ina. Pada awalnya kami diarahkan agar berjumpa dan menjemput sorang lagi peserta di R&R Rawang akan tetapi hajat itu terpaksa dibatalkan kerana jalan jem tak hengat punyer. R&R Rawang pun yarabbi banyak betul kereta. Jus menelepon geng2 lain supaya meneruskan perjalanan dan berjumpa di R&R Tapah tapi tak jadi jugak sebab penuh, jalan pulak takyah cerita lah jem gegiler. Kedengaran Mat2 motor asyik meng"hon" je, eii kasik panas ini hati saje tau, mentang2lah dia boleh main cilok2, berlagak ceeesss!! 

Akhirnyer keputusan bersama dibuat untuk terus "shoot" dan berjumpa di Tol Simpang Pulai. Perjalanan mengambil masa tak tau berapa lama yang pasti MEMANG cukup lama sebab mata aku dah ngantok, tak perasan sampai mana cuma sesekali tu terdengar dengkuran si kura2 dan juga suara2 sumbang Jus menyanyi sengsorang. Alahaii kesiannyer dia.. aku pun turut nyanyi sengsama.. suara kejap ada kejap tadak.. pepaham je la ekk mana pegi suara tu ehheee.. Ina pulak udah sangap, lelap terus, maklumle dia udah letih bertungkus lumus menyiapkan segala barang2 persiapan untuk trip kali ini. 

Konvoi kami berhenti di selepas tol Simpang Pulai sekitar jam 4 pagi. Masing2 sibuk melepaskan hajat dan sesi melegakan kepala otak bersama2 dengan Pa`am ehehehee.. Kemudian perjalanan kami diteruskan menuju ke Kg Pasir Raja dan tiba di Surau Kg Raja dalam pukul 6.30 pagi. Selesai menunaikan Solat Subuh, aku terus mengambil kain batik yang kelihatan tergantung untuk dijadikan selimut. Baru je nak lelapkan mata tiba2 terdengar satu suara yang amat dikenali memanggil- manggil namaku.. "Nina.. ninaa.." Alahaii Ina.. Aku terus bingkas bangun dan menuju ke arahnyer dan terus memulakan jeritan mencari barang-barang untuk menu sarapan pagi iaitu Sandwich Sardin hmm nyummieeee.. Sesambil tu Ina, Lin & Support Crew; Kak Fazid sedang menyediakan makanan sebagai bekalan tengahari nanti. Setelah selesai mengagih-agihkan makanan kepada peserta, aku mengambil kesempatan untuk menukar pakaian tradisi panjat gunung aku. Sejuknyer yarabbi Tuhan saje yang tau. 

Taklimat ringkas diberi oleh Abg Mudafi (Otai lama OGKL) dan juga Abg Deeno berkenaan dengan perjalanan panjatan kali ini. Kami bergerak menggunakan kereta untuk sampai ke kampung orang asli Pos Brooke. Keadaan cuaca yang mendung, hujan renyai-renyai serta berkabus menyebabkan perjalanan kami menjadi perlahan kerana jalan raya yang licin. Kami parking kereta di untuk ke rumah guide kami iaitu Pak Hasyan & Ahsui. Hujan semakin lebat, kami meneruskan perjalanan dari jalan raya besar kemudian masuk di persimpangan kampong orang asli. Kedatangan kami disambut meriah oleh penduduk di situ (meriah kah? Ehehee) Sempat jugak Azizan mem'fotogedik'kan orang2 asli di situ. Sementara menunggu Pak Hasyan & Ahsui, kami membuat sedikit senaman gedik2 untuk regangan otot yang diterajui oleh Sobrie. Pada masa ini, hujan sudah mula reda sedikit. 

Selepas sesi suai kenal secara rambang bersama dengan Pak Guide, kami meneruskan perjalanan menuju ke sungai. Ketika itu jam menunjukkan pukul 11.30 pagi. Baru 5 minit berjalan tiba2 perjalanan kami terhenti dek arus sungai yang deras. Bantuan Pa`am amat dihargai. Abg Deeno pun turut serta membantu dan menghulurkan tangan kepada semua peserta tak kira lelaki atau perempuan (ahakss..). Kami berjaya melintasi sungai pertama yang deras. Seterusnyer pacaaaakk huhuhuuu.. Kaki aku dah menggegel, maklumla kan, teman ni gayat eheheee.. Nasib baiklah saat mencanak tu kejap je kalau tidak mau pecah mantel dibuatnyer! Tup tuup keluar kat trek balak. Alahaiii, layankan aje lah! Sesambil tu dapat jugak melihat suasana perkampungan orang asli. 

Sesekali terdengar jugak sayup2 suara sumbangan mereka menyanyikan lagu yang tidak dapat kami tangkap apakah tajuk lagunyer itu tapi takpe, terhibur juga hati yang kecut ini. Kami melalui 2 jambatan buluh dan setelah sejam setengah perjananan kami berhenti rehat bagi menarik nafas yang sudah semput2 ayam di satu kawasan lapang. 10 minit take 5 Abg Deeno dah jerit suruh jalan, masing2 angkat haversack dengan penuh semangat. Sebelum tu sempat jugak la kami ber"fotogedik". Setelah setengah jam perjalanan melintasi 2 sungai kami tiba di last water point. Di sini kami mengambil kesempatan mengisi air pada botol masing2 dan berehat makan tengahari serta menunaikan solat Zuhur. 

Aku mendekati Pak Hasyan dan bertanya "Berapa lama lagi nak sampai puncak yea?" Pak Hasyan menjawab "Hmm dalam pukul 8 malam syampai la kita di puncak". Erkk glup! Biar betiikk huhuhuuuu!!! Aku menghilangkan rasa gelisah di hati dengan memerhatikan satu air terjun yang berhampiran serta tersorok sedikit yang ketinggiannya sekitar 50 meter. Sejam kemudian kami meneruskan langkah. Cuaca yang mendung dan kadang kala hujan renyai2 itu cukup membuatkan kami TEGAR untuk tidak berehat lama. 

Kami melintasi satu jambatan kayu yang sudah retak menati belah. Sampai je giliran Syamil.. "prakkk gedebukkk.." Ehh kayu balak patah dan Syamil terjatuh! Alhamdulillah mujur tiada sebarang kecederaan kerana haversack telah menyelamatkan dirinyer daripada terkena batu. Dalam 20 minit perjalanan, aku terdengar suara ahsui yang berkata "Haa.. jalannyer macam ni la syampai ke puncak". Aku dongak.. hati aku terus menjerit "Omak aiii biar betik!! Pacak dan pacaakkk, huhuhuu..". Masa ni Abg Fahmi dah surrender suruh kami jalan dulu. Tanpa berpikir panjang, aku terus melangkah dengan penuh semangat (penuh kah?? Eheheeee). Naik canak pacak naik canak dan pacaaaakk. Aiiyaaaaaarkk!! Masa ni hati aku dah berkata macam2.. bzz ziungg aku tune semula otak supaya jangan mantel. Sabar, langkah slow2. 

Take 5 takyah cerita la, banyak kali, tak sampai 15 langkah dah take 5. Apa kes? Huhuhuuuu.. Ini bukan pecah mantel tau, tapi satu percubaan untuk mengawal nafas serta langkah supaya tak penat (cehh alasaaann!). Terima kasih pada sobrie sebab rajin memerhatikan langkah aku serta memberikan sokongan padu tanpa mengira penat lelah dia. Lama2 tu aku suruh dia jalan dulu takyah tunggu sebab aku udah kehilangan 0.5 daripada 5 suara atau dalam erti kata lain "mintak nyawa". Ada satu tempat tu kita boleh tengok view dan dari sini aku berkata pada Ina, "Eh Ina, dah dekat lah! Tu ha puncaknyer kot!?" Sambil memuncongkan mulut pada arah yang diperkatakan. Ina mengiya pun tidak menidakkan pun tidak. Senyap seribu bahasa. Ok paham dah.. tengah layan mantel la tuh! Takpe nasib kita serupa.. tulah sape suruh cari penyakit kan?? Hambik ko habuan! 

Selepas puas layan pacaaaaaakk tak hengat, kami dapat juga merehatkan kaki serta tune mantel ketika melalui jalan santai ditepian permatang. Dalam pukul 5 petang hujan mula turun dengan lebatnyer. Ina yang pada awalnyer nak jadi sweeper telah berada di sisi aku. Laju sungguh minah ni berjalan. Di tinggalkan suaminyer, Jus di tengah2 trek, ishkk ishkkk!!! Sukasuki dia ja! Eheheeee.. Walaupun jalan kali ni banyak yang turun naik turun naik tapi aku tetap merasakan keletihan tahap lampu otromen dah jadi merah. Jalan yang santai pun aku dah tak larat nak angkat kaki. Asyik nak berenti je. Tapi saat yang paling paaaaaling menguji kekuatan mantel aku ialah ketika berenti dalam hujan lebat dalam pukul 7.30 malam bagi menghormati waktu solat Maghrib. Sejuknyer yarabbi, Tuhan saje yang tau, sehingga ke tulang. Lutut kiri dan kanan udah mau berlaga, gigi plak dah terketap ketap. Pakaian dah basah tak hengat tahap perah boleh dapat sebaldi penuh. Akibat kesejukkan yang teramat, aku tak sanggup nak berpeluk tubuh. Aku cuma mampu menegangkan tangan serta berpegangan jari kiri dan kanan. Masa ni aku mengambil kesempatan menumpang kasih poncho Ina. Hilang sikit rasa sejuk tu.. terima kasih Ina! Hang la sahabat aku dunia dan akhirat ehehheee.. 

Selepas 15 minit berehat, kami meneruskan perjalanan yang tidak diketahui entah bila nak sampai puncak. Masa ni mantel aku udah pecah bersepai-sepai. Begitu juga Ina. Kebetulan pulak Pak Ahsui tak bawak headlamp, maka aku dengan penuh rasa prihatin terus menghulurkan headlamp pada dia. Aku dengan Ina hanya mengharapkan lampu suluhan dari Kak Seri & Abg Mudafi. Kaki masuk lobang, terselit kat celah2 balak, tangan calar balar dek pokok duri yang tak geti bahasa semuanyer dirembat lekat selagi boleh serta trek yang asyik mencanak je membuatkan aku semakin mantel. 

Masa ni aku dah terpikir "Kenapalah aku boleh terjebak naik gunung ni?, Eii duduk rumah baring2 sambil tengok tv cerita Kungfu Hustle kan best!, Ehh tarik selimut ni pun layaaann.." Ehh jangan.. Aku cuba tune mantel supaya tidak berpeleseran entah kemana. Aku berikan kata2 semangat pada diri sendiri dengan berkata "Sabar Nina.. sampai atas nanti ok lah.. alahh macam panjat gunung2 sebelum ni, masa kat trek je tak larat tapi bila dah sampai puncak hilang semua keletihan tu apabila melihat keindahan alam semulajadi ciptaan Tuhan. Aku meneruskan langkah dengan berbekalkan sedikit semangat yang hampir pulih. Dalam pukul 9 malam kami take 5 lagi di satu kawasan yang lapang. Di sini juga kami hampir2 mendirikan khemah, tapi setelah mendengar kata-kata Ahsui "syetengah jam lagi syampai la..". Hooyeeeeeehhh.. hatiku menjerit kegembiraan. 

Tapi aku kehampaan. Setelah penat mendaki stok canak & pacak ehh tiba2 pulak turun menjunam. Ehh chop!!?? Apa kes ni? Entah2 dah salah jalan kot??! Tapi Ahsui meneruskan perjalanan tanpa sebarang komen. Masa ni segala ayat dah terkeluar dari mulut aku & Ina. Kami beristiqfar sengsama setiap kali melangkah balak atau kaki termasuk dalam lobang. Lama kelamaan mantel aku semakin menjunam sehingga PH0.1 sampai tahap merangkak lah! Balak yang rendah takleh lepas pun aku gagahkan diri untuk merangkak dan tetap kata boleh lepas. Aku dah tak peduli orang nak kata apa. Masa nak melangkah satu balak besar, aku sempat menoleh pada Ina dan ketika itu dalam kesamaran cahaya malam aku dapat melihat Ina mengangkat kakinyer menggunakan tangan! (Can u imagine that??) Uikkk!! Apa kes?? Wooo udah pecah mantel tahap otromen lampu merah jugak kah?? Huhuhuuu.. 

Langkah tetap diteruskan, perjalanan harus diteruskan. Nak berhenti pun kena pikir seploh kali, sanggup ke nak mengalami kesejukkan tahap beku tu?? Adakalanyer Kak Seri berhenti lama menyuluh lampu, aku ingatkan dia nak mencari semangat yang telah hilang tetapi silap! Rupanyer dia terlelap daaaaa ishkk ishkk sempat lagi tuh! Sebenarnyer aku dan Ina pun mengalami benda yang sama.. ngantok giler! Jalan jalan dan jalaaannn.. layankan ajek! Aku dapat agak sah itulah puncak yang bakal kami tawan. Sebab daripada tadi lagi kami tuju tang tengah cuma yang mantelnyer asyik turun dan naik sehingga menyebabkan puncak kelihatan sayup2 je. Lumut2 pun dah semakin tebal. Ini bermakna kami sudah semakin hampir tapi.. kenapa pokoknyer masih tinggi2?? Huhuhuuu? Kebiasaanyer kalau dah nak sampai puncak, kita akan dapat melihat pokok2 bonsai tapi ini tidak.. uhh tolooooongggg dengarlah jeritan batinku ini.. aku udah pewaiii! 

Ahsui bagitau 15 minit lagi akan sampai puncak. Tapi sebelum nak sampai tu, kami terpaksa menempuh satu trek stok rock climbing punyer. Adooooii hai.. gayat nyah!! Dengan bantuan Kak Seri serta Ina, aku berjaya memaut serta mengangkang laluan itu dengan jayanyer. Tak lama kemudian aku terdengar suara Amat & Ain berkata "weii puncak weii.. sikit lagi.." Akhirnyer puncak berjaya ditawan!! Alhamdulillah kami (Ahsui, Abg Mudafi, Amat, Sobrie, Taha, Kak Seri, Ain, Ina & Aku) selamat tiba tepat pukul 10.30 malam.Yes yesssslah!! Puncak tak berapa luas. Takde Beirut cuma yang ada hanya batu tanda dan kelihatan juga Plat peringatan daripada Kasih Hutan Kita (KHK). Amat & Sobrie sibuk memasang fly manakala Abg Mudafi memasak air. Kami yang perempuan ni mengambil kesempatan untuk menukar pakaian yang kebasahan akibat hujan berpanjangan. Alhamdulillah juga kami tiba di puncak hujan dah reda. View tak berapa clear ditambah pulak dengan mantel yang masih under treatment eheheeee.. Lalang tinggi2. 

Selesai mengemas, aku ingat nak masak lah. Keluarkan segala barang2 yang ada tapi.. macam mana nak masak?? Periuk belanga takde, beras pun takde, yang ada hanya ayam & gula sahaja huhuhuuuuuuuuuu.. Nasib badaann. Kami layan teh mangga panas perrghh memang layaaann.. hilang sikit rasa sejuk. Masing2 layan teh cicah biskot. Hmm syedap jugak! Eheheeeee.. Tak lama lepas tu dalam pukul 11.30 malam, group yang diketuai oleh Pa`am silap otak tiba. Dan wahh tak sangka.. Zana & Maiza warga OGKL yang baru belajar menceburi bidang panjat memanjat gunung ni telah berjaya sampai. Tabik spring kat mereka. Semangat kuat tu.. Tahniah beb! 

Dalam keadaan kecoh2 tu, tiba2 aku teringat stok ruski yang aku bawak. Apalagas dengan cergasnyer aku keluarkan dan masak. Kasik sikit pada Ahsui dan yang lainnyer kami berjemaah makan pusing satu bulatan. Masa ni jelas kelihatan semangat persahabatan yang cukup kuat antara satu sama lain. Aku seronok melihat keadaan begini. Aku sengih sengsorang. Ina dah memejamkan matanyer. Aku tau dia keletihan yang amat, maklumle member dah lama tak panjat gunung semenjak kahwin kan, mau tak lemau beb! Eheheee.. 

Pada masa ni sempat jugak la Pa`am memberi teka teki teka tekuk nyer. Semuanyer kami berjaya bagi jawapan. Pa`am tak mampu nak buat sesi silap otak ini kerana otaknyer pun telah disilapkan, hambik ko habuan eheheeeee.. Bila masing2 dah keletihan, kami membetulkan posisi bagi memuatkan semua orang. Ada di antaranyer terpaksa berkongsi kasih sleeping beg kerana kebasahan. Aku cari port nak tidur. Huhuhuu penuh. Mana nak landing neh?? Tup tupp ternampak satu ruang di antara barang2 dapur dan juga Ina. Aku pun apalagas cergas landing situ lah! Nak kata selesa tu idakle tapi apa nak buat kan.. mau selesa?? Balik umah laaaa.. Hajat di hati nak layan main daun terup tapi mata takleh nak ditahan lagi. Letak je kepala aku dah terasa berada di awing-awangan. Tiada lagi kedengaran suara2 mereka. Sah semua dah belayar entah kemana. Dan akhirnyer aku pun turut zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz? 

18 Februari 2007 (Ahad) 

"Hoi bangun banguuuuuuunn.. semua bangun. Ini apa ni? Apa yang korang kejar sangat nak sampai puncak sampai sanggup tinggalkan kawan2 lain? Ini ke yang di katakan semangat setiawakan?? Bla bla bla dan blaaaaaaaaaa.." Suara Abg Deeno telah mengejutkan kami semua. Tengok jam henpon pukul 3.30 pagi. Tanpa sebarang bantahan, masing2 bangun, duduk dan terus buat kerja potong sayur. Ada jugak terdengar suara2 sumbang Amat meng'offer' meggie untuk Abg Deeno. Ekekekeeeee lawak lawak.. Tak pepasal Amat kena jadi kambing hitam dan Abg Mudafi jadi gembala.. sukasuki Pa`am je bagi gelaran. Kak Seri pulak cari bawang tak jumpa2. 3 4 kali selongkar tapi tak jumpa jugak. Seingat aku, semuanyer dah disusun, memang bawang ada. Bila Abg Deeno turun, ehh tup tuup terus jumpa bawang. Cehhh apada Kak Seri ni.. musti gelabah ekk? Kuat sungguh aura Abg Deeno ketika itu sampaikan bawang merah bawang putih pun menyorokkan diri ehehhee.. Aku terus memotong bawang dicelah2 pokok. Menu malam yang dibawa ke pagi ialah ayam masak kicap halia, sayur campur. Ina mengambil tempat sebagai chef trip kali ini. Masing2 memberikan kerjasama yang cemerlang. Sekejap je dah siap. 

Kedatangan mereka yang lain kami sambut dengan air teh panas dan biskot kering. Tahniah untuk kura2@baby@apis kerana berjaya sampai ke puncak. Tabik spring kat ko beb! Sape kata kegemukkan adalah salah satu masalah untuk join aktiviti sebegini?? Kini terbukti semua anggapan itu tidak benar belaka. Yang penting adalah semangat, minat serta AZAM yang kuat. Kami di fahamkan, Abg Fahmi, Abg Zaini, Abg Rashid, Fadzil dan Pak Hasyan mendirikan khemah di kemsait pertama (lebih kurang 3 jam perjalanan) dan mereka akan naik pada keesokan paginyer. Siap makan, beramah mesra lebih kurang, terus layan tidur. Susun posisi tidur untuk memberikan ruang kepada kawan2 yang baru tiba dan Alhamdulillah muat. Aku tengok Abg Deeno dah menjadi sebahagian daripada warga DIGI (jaket kaler kuning), tidur dicelah2 pokok, dah tak mengira selesa ke idak, asal boleh lelap sudah. Tengok jam dah pukul 5.30 pagi. Apa?? 5.30 pagi?? Huhuhuuu.. nak kena tidur neh, esok pagi tenaga diperlukan untuk turun pulak. 

Sedar2 je dah pukul 7.30 pagi. Abg Mudafi tanpa disuruh-suruh terus memasak meehon. Haii trauma malam tadi tak hilang lagi ke? Aku sengih sengsorang sambil mengelap segala pinggan2, mestin2, cawan2 yang kotor untuk diberikan kepada mereka bagi menikmati sarapan pagi. Kawan2 perempuan yang lain turut serta melakukan tugas tanpa disuruh. Bagus diorang ni.. sesuai untuk dijadikan menantu. Menu pagi ini, Meehon goreng dan juga nasik goreng. Menu tengahari, roti pita + nasi goreng lebihan. Semua siap dimasak. Tiba2 aku terasa macam ada sesuatu yang tak lengkap je. Pikir punya pikir.. "Ehh terlupa nak ambik gambar pemandangan lah!!" Detik hatiku. Aku bingkas bangun dan menjalankan tugas yang diluar dari suruhan. Terima kasih kepada paparazzi Azizan kerana sudi menjadi mentorku ketika itu. Hasilnyer bolehlah dikatakan memuaskan, maklumle aku ni baru belajar nak jadi mamarazi tanpa batasan. 

Tak lama selepas itu, kedengaran suara para pendaki yang baru naik. Kami menyambut kedatangan mereka dengan tepukkan semangat sambil menjerit "Cayalaaahh.. selamat datang.." Aku terus pergi tukar pakaian trekking semalam. Uhhh sejuk giler aaaaaahhh!!! Selesai menjamu sarapan pagi, sesi wajib iaitu sesi ber'fotogedik' pun diteruskan. Terserlah kepuasan di wajah masing2. OT ke shif malam ke kami tak kisah janji selamat tiba puncak. Bunga Pakma tidak ditemui. Mengikut kata guide, bunga pakma ketika ini sudah kering, layu menanti gugur. Hmmm takde rezeki nak tengok. Takpe, kepuasan setelah berpenat lelah sampai pecah bersepai mantel telah dicapai ketika berada di puncak gunung tangga. InsyaAllah kalau sudah hilang rasa calar balar ditangan dan juga di mantel serta telah melupakan trek gunung tangga, aku akan datang semula ke sini (sanggup kah??). 

Jam menunjukkan pukul 10.30 pagi. Kami bergerak turun sedikit demi sedikit. Kepala lutut aku dah terasa getarnyer. Penyakit gayat sudah marii.. Kegayatan aku terserlah ketika melalui trek ala2 rock climbing tu dan berbekalkan semangat serta sokongan kawan2, aku berjaya juga turun.. yeslah!! Agas mengiringi langkah kami. Aku menjadi tidak selesa. Bak kata Azizan "Agas ni duk merempit kat telinga aku je.. duk prengg preeenngg dan ada jugak yang kamikaze terus seludup masuk tanpa kebenaran dalam lubang hidung dan juga telinga. Lubang hidung?? Hmmm.. setakat itu, lubang hidungku yang menjadi pujaan ramai terselamat daripada keganasan kamikaze agas, cuma mulut dan muka aje yang kena serang. Kak Seri memberikan ubat sapu bagi mengelakkan gangguan serangga sebegini tapi hampeh tak makan saman jugak! Sah agas ni memang spesis degil macam gembala dan juga kambing hitam tu eheheee.. Terpaksa ambik daun besar untuk dijadikan kipas bagi menghalang serangan agas. Kami berhenti untuk menikmati makanan tengahari di kemsait "Fahmi". Layan air syedap, borak2 gelakkan orang itu orang ini. Pukul 2.30 petang aku meneruskan perjalanan. Masa ni dan aku dah terasa seperti nak "yayak". Hmm takleh jadik ni, udah berada dihujung tanduk. Aku pun mengambil keputusan bergerak secara pantas. Habis semua orang yang dijumpai aku kasik "hon" kecemasan. Lama kelamaan aku keletihan. Trek semakin lunyai. Stok asah bontot beb! Alaaahaii.. Terus terbantut hajat murniku itu. Perjalanan diteruskan. 

Tepat jam 4 petang aku bersama2 dengan zana, maiza, kak seri, pa`am tiba di last water point. Kami mengambil masa untuk berehat menikmati kesejukkan air. Hajat di hati nak terjun tapi terpaksa aku simpan disebabkan airnyer sejuk tahap air dalam peti ais lah! Aktiviti rendam2 kaki je la sambil membasuh stoking & kasut yang sudah dipenuhi lumpur. Kami mejadi pembajak yang berjaya pada hari ini ehehee.. 4.30 petang aku meneruskan langkah. Tak sabar rasanyer nak sampai bawah. Lutut dah semakin longgar. Semasa melalui trek balak, kami terserempak dengan sekumpulan anak2 gadis orang asli. Kami difahamkan mereka hendak pergi ke pasar malam yang di adakan di perkampungan orang asli berdekatan iaitu di kawasan rumah pak hasyan. Pergghh selamber je mereka ni meredah hutan & air yang agak deras. Kagum aku bila melihat 2 orang kanak2 ribena lebih kurang berumur 5/6 tahun dengan penuh selamba menuruni bukit dan meredah sungai. Ahh dioarang boleh, takkan kita tak boleh kan?? Lepak2 layan air sat, abg deeno & pa`am telah bersiap sedia membuka t'shirt untuk memulakan penerjunan mereka. Eii tak sanggup teman, syejuk lah!! 

Dari kejauahan sudah kedengaran lagu alunan dari pasar malam berhampiran. Aku, maiza dan yanti berlegar2 melihat pasar malam itu. Sempat la jugak melayan goreng pisang rangup. Borak punya borak sampai lupa diri.. aku keseorangan. Maiza dan yanti dah bergerak dulu. Aku pun melangkah slow2 menuju ke pos brooke. Ketika melayan blues di jalan raya, abg polis memberikan satu hon yang cukup kuat dan menjerit "Nak tumpang ke?". Aku sengih je dan memberikan isyarat tak mengapa. Cehh jual mahal!! Kaki sudah terasa sengal. Selekoh pos brooke semakin hampir, langkahku semakin laju, tak sabar nak mandi wehhh. Ehh tiba2 je saf menghon aku dari belakang dan mengajak aku pergi ke perkampungan orang asli tu sebab tak jumpa laki dia katanyer. 

Orang asli situ sudah tipu sama dia lah! Kesian ko saf.. eheheee. Tak pepasal aku jadik mangsa kena patah balik ishk ishkk. Rugi aku berjalan kaki tadi tauu. Sambil tunggu turn mandi, aku berborak dengan kak? orang asli yang bertanggungjawab menjaga balai orang ramai di situ. Seronok berborak dengannyer sebab bahasa yang digunakan sama seperti bahasa kita. Kemudian aku difahamkan kemsait di Jabatan Perhutanan telah penuh, dan kami sebulat suara bersetuju untuk menyewa sebuah rumah dengan harga RM5 sekepala. Kira orait la tu.. lagi best lepak kat rumah, dapat jugak melepaskan rasa kerinduan pada rumah. 

Kemeriahan semakin terasa.. Support crew pun ada. Terima kasih kepada makcik kantin (saf), makcik cashier (kak fazed), makcik sehelai sepinggang (wife pa`am.. apa nama dia ekk?) dan juga makcik kecoh sekampung + stok makanan tambahan (kak eryn) kerana tanpa mereka kami tak dapat nak berehat dari memasak. Terima kasih kawan2. Masa ni dapat dilihat cara jalan masing2 dah lari dari biasa. Kengkang daaaaaa ekekkeeeeee.. itulah penangan gunung tangga. Sempat jugak aku bukak "kedai urut mengurut" dalam bilik perempuan eheheeeeee.. 

Selesai makan, sesi suai kenai dimulakan. Masing2 mengambil port yang selesa. Macam2 cerita yang ada. Sesi silap otak tidak perlu di adakan ini kerana melihatkan otak peserta + ajk yang sudah pun disilapkan tanpa perlu kerja keras dari prof silap otak, pa`am. Walaupun kedengaran suara anak2 support crew menangis pada malam yang meriah itu kami tetap tidur dengan penuh selesa. Itu bukanlah satu gangguan mantel yang begitu teruk. 

Kisah2 lawak yang tak diceritakan:- Bulat pecah mantel bersama-sama suaranyer yang hilang bersepai di tengah trek. Sepasang suami isteri + abg amir menukar pakaian untuk tidur di tengah trek dan kemudiannyer telah di jerit oleh abg deeno dan memaksa mereka menukar pakaian basah bagi meneruskan perjalanan menuju ke puncak. Ini kerana periuk belanga ada pada mereka. Kami pecah mantel apabila pak hasyan menjawab setiap persoalan berapa lama lagi nak sampai puncak dengan jawapan 1/2 jam memanjang huhuhuu.. mantel mantel!! Kes isteri meninggakan suami di tengah2 trek ahakss..! Kes orang silap otak tertinggal pakaian isteri dan anak membuatkan mereka sehelai sepinggang ketika tiba di Cameron highland. KBA telah menjadi perhatian setiap orang yang memandangnyer dipam minyak brinchang hanya kerana kesan calar balar di kedua2 belah tangannyer. Di antara perbualan yang aku ingat:- Gadis pam minyak: "Ehh abg kenapa tangan ni?" KBA: "Entahla, abg pun tak pasti kenapa.." Gadis2 disitu kehairanan.. tiba2 KBA jawab: "Abg terkena gangguan kat atas tu la.." Mereka ditinggalkan dalam keadaan terpinga-pinga. Eeheheeeeeeeee ganas la lu beb! 

Berpegang pada kata2 abg deeno "Gunung gunung jugak, kawan kawen jangan dilupakan", dari brinchang kami terus bergerak ke sungkai untuk menghadiri majlis perkahwinan paeisan & eita. Alhamdulillah semua selamat tiba dan pengantin pun telah selamat didera oleh kami.. mintak lauk pauk ekekeeeeee.. nasib la ek! 

Pukul 6.30 petang kami berpecah dan meneruskan perjalanan menuju ke destinasi masing2. Aku tiba di rumah pada pukul 9.05 malam. Terima kasih kepada Jus dan Ina kerana sudi menumpang kasihkan diriku yang begitu berharga ini serta menghantar aku sehingga depan pintu pagar rumah. Toche toche? 

Pada pendapat aku, trip kali ini memang cukup mencabar dari segi mantel dan fizikal. Walaupun mantel telah bersepai tapi kami berjaya menawan puncak gunung tangga yang sememangnyer TANGGA turun naik turun naik. Trip ini jugaklah yang mencipta sejarah paling meriah dengan keluarga yang membawa anak2 mereka. Dah macam family day la pulak eheheeee.. Pada mereka yang nak memanjat gunung tangga ini dinasihatkan supaya memastikan anda mempunyai AZAM dan mantel yang cukup kuat. Tapi aku rasa kalau otai2 yang pergi takde masalah la.. tapi.. jangan pandang "enteng" pada mana2 gunung yang kurang dikenali atau dijelajahi seperti tangga ni. Disebabkan pandangan "enteng" itulah ramai yang pecah mantel. Tak kira la guide ke otai ke hape ke semua kasik pukul sama rasa dan sama rata ekekekeeeeeeee.. Tahniah pada syamil pelopos generasi baru yang berumur 14 tahun kerana telah berjaya menawan gunung tangga bersama-sama ayah kesayangannyer abg zaini resaksa. Otai lama abg mudafi pun mengagumkan aku, walaupun umur sudah menjangkau ke angka 50 tapi masih lagi gagah serta menurut perintah abg deeno yang menyuruhnyer menjadi sweeper bagi menebus kesalahannyer menjadi pengembala kambing hitam eheheeee.. Sehingga kini kebas di ibu jari kaki kiri dan kanan masih terasa. Itulah hadiah dari gunung tangga yang tidak mungkin dilupakan.

Nina sepai


0 comments:

Post a Comment