logo
Gambar-gambar kemeriahan XPDC Trans Titi Selatan

Logo OGKL

Logo OGKL

Sunday, 29 September 2013

L09: Fiesta@15

Seulas Pinang
Assalamualaikum WBT & Salam Sejehtera!



Alhamdulillah fiesta@15 telah pun melabuhkan tirainya semalam dengan penuh kemeriahan & warna warni!Dengan kehadiran seramai 102orang dewasa serta hampir 30orang kanak-kanak, menjadikan acara ini sebagai yang paling besar sejak penubuhan ogkl 15tahun lepas!

Crew mengucapkan setinggi penghargaan diatas sokongan semua yang menjadikan fiesta@15 ini satu kenyataan. Special thanks to all crew&marshall bertugas yg bertungkus lumus merancang, mengatur,menyusun, serta memainkan peranan penting bagi memastikan kelancaran fiesta@15 ini.Juga kepada penaja-penaja hadiah samada individu mahupun organisasi.

Bermula dengan treasure hunt & sukaneka di sebelah siang terus diikuti dengan pelbagai costume yang menarik ketika berlangsungnya BBQ dinner.Semuanya sempoi & sporting..memang terangkat!! :)

Acara OGKL Amazing Factor pada pagi ahad juga tak kurang hebatnya dengan menyaksikan ramai warga ogkl yang hebat(?)kecundang bila terpaksa memakan makanan yang pelik.:)Outdoor Quest di sekitar kawasan hotel telah menjadi penutup kepada sambutan 15tahun OGKL!

Kepada semua, anda telahpun menjadi pemenang bilamana anda hadir ke PD ini tanpa mengambilkira kekalahan dalam games yang disertai.Memetik kata-kata Pierre de Fr├ędy, Baron de Coubertin iaitu pengasas kepada Sukan Olimpik Moden, "Kemenangan & kekalahan itu tidak begitu penting..yang paling penting adalah penyertaan" Kepada yang menang tahniah, kepada yang kurang bernasib baik cuba lagi tahun depan. Bagi pihak OGKL, crew menyusun sepuluh jari diatas sebarang kelemahan dan kesilapan dalam menganjurkan Fiesta@15 ini.

Salam Rekreasi,

crew@ogkl.com.my

Komen sikit ... 
memang happening OGKL fiesta@15 di PD ni. ...thank you very much jugak pada para peserta yg memang the bomb....gamat casa rochado dibuatnya. ... jangan tak caya ...kami dari no 5 ke numero UNO.... [nornita_abdul_manaf]

ANyway thanx to all, memang happening, memang pening, semua the Best !!![ahad]

happening n enjooyyyy.....[nisa]

Treasure Hunt 
Pengalaman lebih kurang 300KM dari Shah Alam ke Port Dickson melalui jalan negeri singgah di Jugra, Kota Lukut dan berakhit di Casa Rachado. Tugasan-tugasan yang diberi di beberapa checkpoint serta tulip-tulip untuk diselesaikan menguji fizikal & mental peserta-peserta.

Fiesta Costume 
Kemunculan watak-watak dalam animasi, karikatur mahupun watak filem fiksyen StarWars bukan saja mengemparkan suasana Malam Majlis Sejiwa Berdansa OGKL, pelawat-pelawat lain yang turut berada di Casa Rachado turut tak melepaskan peluang bergambar dengan watak-watak animasi pilihan masing-masing.

Aktiviti Kolam 
Waktu senggang yang ada. bukan saja anak-anak seronok di kolam renang. ahli-ahli OGKL juga tak lepaskan peluang menggunakan kemudahan yang telah disediakan. Sempat pula main polo air.

Sukaneka 
Sukan apa ni! yang penting ada semangat kesukanan serta kreativiti dalam bersaing.

Sumbangan & tajaan 
Kemeriahan susasana Fiesta@15 bertambah meriah dengan pelbagai sumbangan & tajaan dari Goodies item, hadiah Treasure Hunt khas barangan adidas, hamper sukaneka, hadiah cabutan bertuah serta hadiah pakaian kostume khas dari H&I Design Creative. Semua yang hadir pulang dengan hadiah. Antara penaja hadiah, Adidas, Eiger Malaysia, Lafuma, Starbuck, TheStar Publications, ACP Megazines Pte Ltd. Tak lupa juga barangan sumbangan orang perseorangan. Semuanya menyerikan Fiesta@15.


CEO fiesta@15 
Izza Safinaz Ibrahim inilah orang besar Fiesta@15. Tak banyak komen yang didengari dari ceo program ini tapi banyak komitmen yang dikeluarkan untuk menjaya dan memastikan Fiesta@15 digerak dengan jayanya. Bekas setiausaha OGKL ini walaupun kini sibuk sebagai editor majalah cosmopolitan kepercayaan yang diberi meneraju program kelab amat dilaksanakan dengan penuh komited dari pemilihan tempat, tema, persediaan fiesta, penajaan serta pengisian aktiviti hingga fiesta@15 melabuhkan tirainya.



0 comments:

Post a Comment