logo
Gambar-gambar kemeriahan IFTAR OGKL 2017

Logo OGKL

Logo OGKL

Wednesday, 13 November 2013

Gunung Datok


Gunung Datuk / Datok

Gunung di daerah Rembau ini merupakan satu destinasi pelancongan, baik gunung mahupun jeram di kaki gunung ini. Terletak di Hutan Lipur Gunung Datuk, Kota, Rembau. Perjalanan untuk ke sini kira-kira 21 km dari Pekan Rembau dan 15 km dari Pekan Tampin.


Gunung ini hanya setinggi lebih kurang 2000 kaki sahaja, ketinggian 2900 kaki itu adalah ketinggian G. Rembau. Sebenarnya dalam peta topo, G.Datok tidak ditulis. Hanya perkataan 'keramat' sahaja ditulis pada ketinggian 2000 kaki. G. Datok merupakan puncak permatang yang menganjur dari G. Rembau. 
Mula dari Tugu Keris Hutan Lipur, pendaki perlu turun ke jeram dan trail bermula dari seberang sungai. Satu jambatan dibina bagi memudahkan pendaki menyeberang sungai. Kecerunan trail hingga ke pondok pertama kebanyakannya hampir 90 darjah. Tali disediakan bagi memudah pendaki berpaut semasa pendakian.
Dari pondok pertama kecerunan trail agak berkurangan dan adakalanya landai. Menghampiri puncak trail cerun trail makin menegak. Talian komunikasi boleh diterima disepanjang trail hingga ke puncak.

Tapak Khemah
Tapak khemah di puncak gunung sebesar kira-kira sebuah gelanggang bola tampar. Pendaki masih boleh berkhemah disekitar tapak utama perkhemahan berdekatan batuan dan ada juga yang bermalam di gua. Punca air bersih boleh dicapai dengan turun ke lembah dengan perjalanan turun selama 20 ke 45 minit. Ada alur air mengalir di sini.



Tapak kaki
Puncak Gunung Datok
Dari kemsite ke puncak cuma beberapa minit. Pendaki perlu memanjat tangga besi yang disediakan. Keadaan puncak terdiri dari bongkah-bongkah batu besar. Pendaki boleh bersantai di puncak dengan panorama perkampungan serta landasan keretapi selain Selat Melaka saujana mata memandang. Di puncak gunung ini juga terdapat kesan tapak kaki diatas batuan yang dikatakan tapak kaki Hang Tuah.

Puncak Gunung Datuk
Perizinan
Balai Polis Kota
Bayaran Masuk RM3.00 seorang dibayar pada Koperasi JKKK di Balai Utama Hutan Lipur.

Apip Embi
Kemaskini 2008

0 comments:

Post a Comment