logo
Gambar-gambar kemeriahan XPDC Trans Titi Selatan

Logo OGKL

Logo OGKL

Wednesday, 13 November 2013

info Gunung Cantik - Gunung Centuk


Gunung Cantik (1802m) - Gunung Centuk (1806m) 

Gunung Cantik & Gunung Centuk merupakan satu lagi gunung kembar di Banjaran Titiwangsa. Kedudukan kedua gunung ini berada berdekatan Lembah Sg. Boh, Ringlet, Cameron Highland (CH), Pahang. Kaki gunung ini yang menghadap Lembah Boh telah dijadikan kawasan tanaman teh manakala bahagian puncak dan sisi yang lain masih lagi hutan belukar.

TrailBermula dari Pekan Ringlet, CH, 1KM menuju ke Pekan Tanah Rata terdapat simpang disebelah kiri dengan papan tanda Boh Plantation. 13KM dari sini laluan berturap diikuti laluan batu kerikil yang masih boleh dilalui kereta sendiri atau pun menyewa 4wd hingga ke bekas quaters BOH yang kini dijadikan dinamakan NMS-Boh Field Study Center..
Langkah pendakian dari sini akan menyusuri rabung di batas kebun teh hingga ke sempadan hutan. Laluan di tengah-tengah ladang teh ini cukup cantik untuk diabadikan dalam foto. Trek hutan ke puncak G. Cantik boleh dicapai antara 20 - 50 minit dengan kecerunan purata 30 darjah.
Puncak Gunung Cantik 
Puncak gunung ini ditandakan dengan berut. Malangnya berut telah pun rebah dan ditutupi semak semasa tinjauan pada 2008. Tapak asal berut tidak berpokok dan cuma berumput kemas. Pokok pokok dikeliling puncak setinggi 3 - 5 meter.

Puncak Gunung Centuk
Puncak gunung ini agak luas dan dipenuhi pokok-pokok berlumut yang suram (mossy forest). Cuma 5 - 10 minit berjalan ke arah Timur dari puncak G. Cantik.



Disediakan:
Apip Embi

Photo:
Apip Embi

2009

2 comments:

  1. salam...bolehkah laluan ni dilalui menggunakankan basikal gunung MTB..plz.tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mrs fung :: dari BOH study center ke atas ladang teh boleh dgn MTB tapi ke g. cantik-centuk trail/denai hutan, surface tak sesuai utk road mtb.

      Delete