logo
Gambar-gambar kemeriahan IFTAR OGKL 2017

Logo OGKL

Logo OGKL

Friday, 16 May 2014

XPDC Lagenda Rimba Gunung Ledang



Assalamualaikum, Salam Sejahtera...

Salam Rekreasi untuk semua penggiat aktiviti 'outdoor'

Satu lagi ekspedisi anjuran OGKL akan diadakan iaitu XPDC Lagenda Rimba Gunung Ledang yang terletak di daerah Ledang, Johor Darul Takzim. Gunung Ledang (1,276M) merupakan gunung yang tertinggi di selatan Semenanjung Malaysia. Lagenda dan keindahan flora dan faunanya senantiasa menjadi buah mulut dan keinginan hampir semua lapisan masyarakat untuk menjejakkan kaki disini. Selain itu, Air terjun dan Kolam Puteri juga merupakan antara tarikan yang pasti membuatkan Gunung Ledang ini antara koleksi pendakian yang wajib didaki.

Butiran adalah seperti di bawah:

GRED Mengikut Penilaian OGKL: B
Tarikh : 30hb Mei 2014(malam) - 1hb Jun 2014
Bayaran : RM 130 (ahli) RM 150 (bukan ahli)
Deposit : RM 70 - tidak akan dipulangkan sekiranya berlaku pembatalan atau menarik diri 3 hari sebelum tarikh xpdc.

Jumlah peserta: 30 orang - pengesahan tempat berdasarkan kepada deposit atau bayaran penuh yang diterima terlebih dahulu.

Tarikh tutup : 20hb Mei 2014 atau cukup 30 orang.(Mana yang terdahulu)

*Kos meliputi pendakian selama 2H1M, transport KL-Sagil-KL, insuran perjalanan, guide, permit, ration semasa xpdc, groups first aid kit, peralatan dapur & perkhemahan.

*Semua peserta diminta berkumpul di Heritage Cafe, Stesen Keretapi Kuala Lumpur pada jam 12:00pm.

*Semua peserta diminta untuk mengosongkan sedikit ruang dalam beg masing-masing utk ration yang diberi oleh Kelab.

*Semua peserta diminta untuk membawa sekurang-kurangnya 1.5 liter bekas air untuk kegunaan memasak.

*Semua peserta diminta membawa beg daypack untuk ke puncak.

*Sekiranya anda berminat sila berhubung dengan AJK kami dengan segera!Hanya AJK yang dibawah ini sahaja. Supaya senang untuk memantau pendaftaran.

Rosmawati : 012-964 4970 : FB Rosmawati Hamzah
Atikah : 017-297 0427 : FB Atikah Mahdzir

Bayaran deposit atau penuh boleh dibank-in kan ke dalam akaun

ROSMAWATI BINTI HAMZAH 157139641644 (MAYBANK).

Sila buat pengesahan tempat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang bayaran. Selepas itu maklumkan kepada AJK selepas membuat bayaran.



TENTATIF

Sabtu 31 Mei

12:00PM Berkumpul di Heritage Café, Stesen Keretapi Kuala Lumpur
1.00PM Mula bergerak ke Sagil dengan ‘carpool’
4:00PM Dijangka tiba di Gunung Ledang Resort. Berehat dan mandi manda di air terjun, aktiviti bebas
7:30PM Solat maghrib/Isyak
8:30AM Makan malam
10:00PM Tidur

Ahad 1 Jun
5:30 AM Bangun Subuh, berkemas dan bersiap.
6:30 AM Sarapan pagi
7:00AM Mula trekking ke puncak (daypack)
1.00PM Dijangka tiba di puncak. Makan tengahari, bergambar
2.00PM Mula turun ke campsite
6.00PM Dijangka tiba di campsite, bersiap untuk pulang ke KL

~KHAZANAH ALAM WAWASAN REKREASI~