logo

Logo OGKL

Logo OGKL

Wednesday, 29 May 2013

L05: XPDC MENJELAJAH BANJARAN NAKAWAN

XPDC MENJELAJAH BANJARAN NAKAWAN

PERLIS INDERA KAYANGAN
Tarikh : 26 Ogos – 29 Ogos 2005
Anjuran : Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL)

AJK
1. Jusrizaldi Jamaluddin
2. Hadzrey Othman
3. Mohd Yassir Ishak
4. Salina Fuad
5. Zarida Hj. Mahmud

AJK Sokongan 
Ahmad Zamri A. Hamid

Ahli 
1. Azaruddin Md. Tarmizi
2. Mohd Faizal Mohd Nor
3. Maskamah Hj Hadri
4. Siti Rahmah Hanapiah
5. Wahidah Takinee
6. Rosmawati Ab. Khalid

Bukan Ahli 
Amir Abidin Md. Bashah
Ramli Abd Majid
Hazuatie Zulkiflee

Jumlah Peserta : 15 Orang

Guide : 4 Orang

“Sesungguhnya, tiadalah ertinya hidup jika persahabatan tidak membuahkan kerinduan di hati”

- Kami rindukan Perlis -

Day 1 Friday, 26 August 2005

2130 - 2245 
Tepat jam 9.30 malam, semua peserta XPDC berkumpul di KL Sentral. Ada yang tiba awal dan ada juga yang datang on time. Masalah untuk membawa ration ke KL Sentral dapat di atasi dengan kerjasama dari rakan-rakan OGKL yang lain. Alhamdudilah, kesempatan ini juga di ambil oleh para peserta untuk dinner sebelum menaiki keretapi. Kami bergambar sementara menantikan keretapi. Ada juga yang khusyuk melayan tv kerana acara Anugerah Skrin di tayangkan secara lansung di TV3. Lambaian dari rakan-rakan OGKL yang turut serta menghantar kami di KL Sentral sehingga kami turun untuk manaiki keretapi telah membuatkan kami terharu. Terima kasih kepada semua yang menghantar kami. Kami mengharapkan doa kalian semoga XPDC kami akan terhindar dari sebarang kesukaran dan kesulitan.

2245 
Keriuhan di dalam keretapi beransur menjadi sunyi bila masing-masing mengambil kesempatan untuk melelapkan mata. Kesihan Rambo, Wahidah, dan Azaruddin coz masing-masing tak berapa sihat. Ada juga yang terpaksa makan ubat disebabkan mabuk keretapi. Heee..heeee…dan ada juga yang dipaksa untuk makan ubat supaya diam dan tido agar tidak mengganggu penumpang lain. “wei!! Perjalanan jauh lagik.. Tido ler“ – ida.

Day 2 - Saturday, 27 August 2005

1015 - 1100 
Destinasi kami adalah Stesen keretapi Arau. Apabila turun dari keretapi, kami disambut dengan penuh kejutan kerana kemunculan Cikgu Noor yang tidak kami sangka telah sudi datang ke Perlis untuk berjumpa kami. Beliau adalah salah sorang ahli OGKL yang telah berpindah ke Sungai Petani. Cikgu Noor dating tidak dengan tangan kosong, beliau membawa karipap buatannya sendiri. Memang tepat pada masanya, coz perut masing-masing dah lapar, apa lagi serbu laaa… Sempat juga kami bergambar bersama-sama dengan Cikgu Noor sebagai kenangan yang akan kami bawa pulang nanti. Semoga talian persahabatan antara kita tak akan terputus. Itu lah doa kami.

Setelah beramah mesra dengan Cikgu Noor dan sambil menanti kehadiran guide, kami sempat bersarapan pagi di gerai stesen keretapi Arau. Best gak akak kedai nie masak tau. Lain kali kalau sampai stesen keretapi Arau jangan lupa makan kat situ tau. Guide kami tiba ketika kami sedang bersarapan dan mengenalkan dirinya sebayai “Chot”.


Duduk dari kiri : Kak Mas, Azaruddin, Ramli, Amri
Baris ke 2 : Rosma, Yassir
Berdiri : Ieda, Cikgu Noor, Ina, Wahidah, Kak Ct, Rambo, Faizal, Arey
1100 - 1340 
Selepas selesai semua bersarapan, kami terus ke Kangar dengan menaiki sebuah van dan kereta untuk singgah di rumah Chot bagi tujuan pembahagian ration serta memberi peluang kepada kami untuk mandi dan melepaskan hajat yang tersimpan. Untuk memenuhi hajat tersebut kami terpaksa ‘Q’ turn untuk mengunakkan bilik air dan toilet. Sambil itu, Chot dan Juice telah pergi ke Balai Polis untuk membuat laporan polis untuk XPDC ini dan membeli makanan tengahari untuk semua peserta. Dari Kangar kami bertolak ke Wang Mu yang mana tempat kami semua akan memulakan trekking. Seperti biasa, sebelum memulakan perjalanan senaman ringkas dan bacaan doa selamat dibaca oleh Yassir. Taklimat ringkas juga telah di lakukkan oleh guide yang di amanahkan iaitu Din.

1340 - 1530 
Kami memulakan perjalanan dari kawasan Taman Negeri Perlis iaitu terletak di sempadan Barat Negeri Perlis di mana Semenanjung Malaysia bertemu dengan Thailand. Tanpa melengahkan masa, kami memulakan perjalanan dengan penuh semangat dan keazaman. Panorama pada permulaan perjalanan cukup menarik, dimana kami melalui sebuah lorong di dalam gua batu kapur. Batu kapur disini di panggil Formasi batu Kapur Setul yang berusia lebih kurang 500 juta tahun. Setelah lima minit perjalanan, kami di hadiahkan dengan trek yang berbatu dan agak mendaki sedikit. Batu-batu yang licin menyukarkan perjalanan kami semua. Beberapa kali kami di ingatkan supaya lebih berhati-hati oleh guide kami. Berkat kesabaran dan ketelitian kami, alhamdudilah kami semua selamat melepasi halangan pertama. Perjalanan di teruskan dan kami masih lagi perlu memijak batu-batu yang rasanya inilah trek untuk ke camp site. Kami terpaksa melalui beberapa tebing berbatu dan kedudukan batu yang apabila di pijak bergerak-gerak. Bak kata Abang Ramli, “rasanya bawah nie ada gua kot”.

Kami selamat sampai ke last water point, iaitu sebuah kawasan bekas lombong tinggalan untuk menikmati juadah tengah hari yang di tapau. Selera Ieda, Ina dan Juice serta beberapa peserta lagi terbantut di sebabkan beberapa factor. Cukup sekali pengalaman ini ieda laluai.

1530 - 1730
Perjalanan di teruskan lagi untuk sampai ke camp site sebelum senja melabuhkan diri. Untuk sampai ke camp site kami terpaksa melalui trek berbatu dan melalui lereng-lereng bukit yang diselubungi hutan tebal dan tebing-tebing batu yang curam serta trek yang menaik, yang lainnya permatang sahaja. Alhamdulilah….Kami selamat sampai di camp site dengan di sambut oleh hujan yang mulanya renyai-renyai dan berasur lebat. Fly dan khemah terpaksa di pasang dalam keadaan hujan. Camp site kami telah di genangi air. Kedatangan kami juga merupakan rezeki besar kepada para-para pacat di sana. Banyak sungguh, dari kecik sampai ler yang besar semuanya bersorak kegembiraan agaknya.

1730 - 2100 
Bila semunya telah siap, kami mengambil peluang untuk mandi di tasik (bekas tinggalan lombong). Ada yang hanya menyalin pakaiaan sahaja dan ada juga yang menunjukkan aksi berenang. Seronok tapi dalam air pun pacat ada. Saper campak pacat dalam air ni ??? Iskkk gelinya.

Menu kami pada malam ini adalah :-

1. Nasi Puteh
2. Rendag ayam menjadi ayam goreng
3. Daging Black Peper
4. Papadom
5. Kobis masak lemak puteh
6. Tempoyak + cili

Alhamdudilah selesai makan malam, kami mengadakan majlis suai kenal. Pembuka bicara oleh si Juice dan bertukar dari sorang ke seorang yang lain. Kami semua berpeluang untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat lagi. Guide kami juga turut serta dalam sesi suai kenal ini. Rupanya guide kami adalah pelajar UiTM Arau dan malam suai kenal ini menjadi milik kepada peserta yang membuat ‘came back’ . Mereka adalah dua orang “puan” kami iaitu Wahidah dan Rosma. Turut mencuri perhatian adalah peserta kecil molek dari Perlis iaitu Atie.

Selesai majlis suai kenal, kami pun apa lagi melelapkan mata leee. Ieda yang dalam percubaan pertama untuk tido dalam hammock, terpaksa akur untuk tido di bawah fly. Kehadiran hujan yang renyai-renyai membuatkan kami tidak tunggu lama untuk melelapkan mata. Keriuhan akhirnya menjadi sunyi sepi.

Day 3 - Sunday, 28 August 2005

0630 - 1045
Kami di kejutkan dengan hujan yang turun dengan agak lebat. Rambo dan Yassir kelam kabut masuk bawah fly. Dalam keadaan hujan tu, saparan terpaksa juga di masak. Sambil di bantu oleh peserta, sarapan kami pagi tersebut ialah Bihun goreng dan air teh panas

Telur ayam pemberian daripada guide, menambah selera kami bila bau telur goreng menyusuk hidung. Heee…heee… Apa lagi di tunggu lepas sarapan, packing leeeee…kata ketua kami. Kami semua terpaksa packing barang-barang dalam keadaan ujan yang beransur renyai-renyai. Ada juga yang mengambil kesempatan untuk turun mandi di tasik. Sempat juga kami bergambar dengan berlatar belakangkan tasik.


1045 - 1330 
Hujan telah pun reda dan kami tanpa melengahkan masa bersiap dan terus turun ke kaki banjaran Nakawan. Keadaan trek untuk turun cukup licin dan berbecak, jadi kami perlu lebih berhati-hati dan diingatkan untuk berjalan dalam kumpulan. Ini adalah supaya dalam Bantu membantu sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini. Dalam keadaan jalan yang lembab, perjalanan kami sentiasa dinanti-nantikan oleh pacat-pacat. Tiba di last water point, masing-masing sibuk membuang pacat. Ada yang kena gigit pacat sehingga di tengkuk dan bahagian badan. Abg Ramli kena gigit dengan pacat 5 ekor di tempat yang sama. Selepas selesai berehat kami meneruskan perjalan sehingga ke kaki banjaran Nakawan. Tidak sabar rasanya untuk sampai di bawah. 

1330 - 1530 
Alhamdulilah kami semua selamat sampai ke tempat kami berkumpul sebelum trekking di hari pertama. Dari sini kami di bawa untuk mandi manda dan melawat Gua Kelam. Keindahan Gua Kelam memang tersendiri, ada aliran air yang mengalir dari atas. Memang menarik.

1530 - 1700 
Kami di beri kebebasan untuk membeli belah di Padang Besar. Ada juga di kalangan kami yang mengambil kesempatan untuk membeli peralatan perkhemahan, pakaian, cenderamata, buah-buahan dan macam-macam lagi yang agak murah. Sesungguhnya Padang Besar pasti menerima kunjungan kami yang tidak puas untuk membeli belah. Insyallah kami akan datang semula.

1700 - 1730 
Selesai makan dan mebeli belah di Padang Besar, kami terus bergerak menuju ke stesen keretapi yang terletak 5 minit dari pekan Padang Besar. Keretapi menuju ke Kuala Lumpur akan bertolak tepat jam 5.30 petang. Mujur kami tiba tepat pada waktunya. Salam perpisahan dari kami kepada rakan-rakan dari Perlis. Korang memang best walaupun baru sekejap kami kami.

1730 - 0630 
Dengan perlahan, keretapi bergerak menuju ke Kuala Lumpur. Seperti di KL Sentral kami dilambai oleh rakan OGKL, tapi pada kali ini kami dilambai pula oleh rakan-rakan baru kami dari Perlis. Chot , Atie dan rakan-rakan Uitm Arau yang sama-sama menghantar dan menunggu kami sehingga keretapi bergerak pulang menuju ke Kuala Lumpur. Permulaan perjalanan yang agak kecoh menjadi sunyi bilamana semua peserta merehatkan diri dan tido. Kami selamat sampai ke KL Sentral pada pukul 6.30 pagi isnin. Setelah Juice mengucapkan sepatah dua kata dan seterusnya menutup xpdc ini, semua peserta bersalam-salaman dan menuju ke destinasi masing-masing. Semoga berjumpa lagi di lain xpdc. Alhamdulilah Banjawan Nakawan berjaya kami takluki dan meninggalkan satu pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

0 comments:

Post a Comment