logo
Gambar-gambar kemeriahan XPDC Trans Titi Selatan

Logo OGKL

Logo OGKL

Sunday, 31 January 2016

Minda Environmentalist 3


Assalamualaikum & Salam sejahtera

97% drpd jumlah air di Bumi adalah air masin lautan dan 2% lagi adalah ais beku yg trperangkap di kutub dan glasier. Hanya 0.003% shj adalah air tawar semulajadi yg mnjadi sumber hidup utama manusia sejagat. Namun lebih separuh drpd 0.003% trsebut sudah pun tercemar.

- Minda Environmentalist -

Thursday, 21 January 2016

Santai Meneroka ke Trans Gandik OGKL

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,


Sebagai Warga Pendaki tegar kita tidak lari dari mencari sesuatu yang baru. Kami di OGKL ingin merealisasikan impian anda... Anda inginkan gunung yang 'rare', masih dara, tidak terlalu 'hardcore', TRANS?, DAYPACK? (kali ni bukan daypack trip 2H1M) :) ~ Julung2 kalinya kami bawakan Ekspedisi Trans Gandik...

Ekspedisi kali ini melibatkan 3 gunung yang terdapat di daerah Ringlet. Mengikut peta gunung-gunung ini adalah, Gunung Bunting - Gunung Tanggung - Gunung Gandik.

Laluan Trek berdenai... jelas dan mudah di daki bersambung antara tiap gunung. Jangan risau tiada tempat merbahaya untuk mengambil gambar merakam kenangan... apa yang lebih penting adalah anda merasai sendiri keindahan denai dan keunikan hutan ini.

*Kemungkinan akan ada aktiviti tambahan sekiranya berkesempatan

Santai Meneroka ke Trans Gandik

Tarikh: 26 Februari (mlm) - 28 Februari 2016
Lokasi: Ringlet, Cameron Highland

Bayaran:
Ahli OGKL: RM140.00
Bukan Ahli OGKL: RM160.00
Deposit: RM80.00

Peserta: 24 orang (sila sahkan tempat anda dengan pembayaran deposit)
Tarikh tutup: 19 Februari 2016 (JUMAAT)
Gred: C mengikut penilaian OGKL

Bayaran meliputi Guide, Peralatan perkhemahan, permit, insuran, Makanan semasa ekspedisi, Pengangkutan (KL-Cameron Highland - KL), Groups First Aid Kits & TSHIRT XPDC

pendek kata ALL IN ~

Sila hubungi AJK berikut:
Nizar(ad) - 017 318 3418: FB Muhammad Nizar
Ajib- 012 942 3732: FB - Arejib Kenya
Cikgu Ros - 012 964 4970: FB - Semut Merah

Pembayaran MBB 162151677725 MUHAMMAD NIZAR 

Sila maklumkan selepas pembayaran dibuat & simpan slip pembayaran untuk pengesahan.

*Semua peserta diminta untuk mengosongkan sedikit ruang dalam beg masing-masing utk ration yang diberi oleh Kelab.

*Semua peserta diminta untuk membawa sekurang-kurangnya 1.5 liter bekas air untuk kegunaan memasak.

Tentatif: TBC

-Khazanah Alam Warisan Rekreasi-

Wednesday, 20 January 2016

Ogkl Roadtrip ke Krabi & Hiking Naga Peak, Thailand.


Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Tahun baru 2016 bakal tiba tidak lama lagi...dengan ini Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) ingin menjemput untuk menyertai program Roadtrip Ke Krabi & Hiking Naga Peak, Thailand...

Berikut adalah butiran aktiviti :-

Tarikh : 04hb (mlm) - 08hb Feb 2016 (Chinese New Year)
Lokasi : Krabi, Thailand
Peserta : 16 orang minimum & 20 orang maximum.
(pengesahan tempat berdasarkan kepada deposit atau bayaran penuh yang diterima terlebih dahulu)

Tarikh tutup : 31 Januari 2016

Bayaran :
Rm 500 (ahli)
Rm 550 (bukan ahli)
Deposit : Rm250
BAYARAN MELIPUTI
- Pengangkutan kereta KL - KRABI - KL
- Insurans Perjalanan
- Insurans Daftar kereta
- Permit aktiviti
- Emerald pool
- Penginapan
- Island Hopping
- Snorkeling

BAYARAN TIDAK TERMASUK
- Makanan sepanjang trip
- Shopping

Sebarang perkara boleh berurusan dengan AJK :-

1. Ijam - 018-2023079 / FB Mohd Khairul Nizam
2. Man - 017-3149540 / FB Razman Arsad

Bayaran deposit atau penuh boleh dibuat ke dalam akaun:

MAYBANK
114478062715
MOHD KHAIRUL NIZAM
Sila sahkan pengesahan tempat terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran dan maklumkan kepada AJK yang bertugas sekiranya sudah membuat bayaran dan simpan resit untuk pengesahan.

**Tentatif program akan dimaklumkan kemudian

Sekian, Terima kasih


AGM OGKL ke-20 2016



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Khas buat AHLI-AHLI OGKL.

Seperti tahun-tahun sebelum ini kelab akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (Annual General Meeting - AGM). Ini bagi meneruskan kelangsungan Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur.

Dengan in dijemput tuan/puan/saudara/saudari hadir ke AGM 2016 dan meramaikan lagi acara tahunan kita ini.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 27 MAC 2016 (AHAD)
Tempat : Institut Sosial Malaysia, Lebuhraya KL-Seremban, 57100 Sg Besi, KL (landmark: Perabot Dunia ada kerusi besar atas bumbung)
Masa : 12.00pm – 5.30pm

Agenda:
- Pembentangan Laporan Aktiviti Kelab bagi tahun 2015
- Pembentangan Laporan Kewangan Kelab bagi tahun 2015
- Perlantikan Ahli Jawatankuasa & Pemeriksa Kira-Kira bagi penggal 2016/2017
- Pembentangan usul (sekiranya ada)
- Hal lain-lain

Semoga kedatangan tuan/puan/saudara/saudari dapat memeriahkan lagi majlis ini. Diharap ahli-ahli dapat mengesahkan kehadiran bagi memudahkan urusan perjalanan majlis. Sebarang pertanyaan boleh dilanjutkan melalui call/sms/PM/email/whatsapp ke nombor di bawah.

Razman –
Tel : 017-3149540
FB : Razman Arsad
Email: g_man2877@yahoo.com


Hadiah misteri menanti AHLI bertuah yang hadir!! Jangan lepaskan peluang ini!!


PickItUp Sungai Pisang oleh OGKL & #pickitup Initiative



Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Bersempena kempen yg diterajui oleh #pickitup Initiative, kelab Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) berbesar hati menyambut baik kempen tersebut dengan penganjuran program pembersihan #pickitupSelangor di Air Terjun Sungai Pisang, Gombak.
Berikut adalah butiran program;

Tarikh : Ahad, 21 Feb 2016
Masa : 8 AM
Tempat : Air Terjun Sungai Pisang
Butiran Program : TBA (Secara kasarnya, program pembersihan akan bermula dari Pusat Rekreasi Alang Sedayu, dan sepanjang trek hingga ke Air Terjun Sungai Pisang.)
Penyertaan : Terbuka
Kos : Tiada bayaran (Makan & Minum adalah tanggungan sendiri)
Peralatan : Tali, Plastik & Guni Sampah akan dibekalkan.

Sila berhubung dengan AJK bertugas untuk penyertaan.
AJK :
1. Zul (FB - Zulfadli Ahmad Husaini; 017 6162894)
2. Hadri (FB - Hadri Aswad Salim; 012 9183949)

Ini adalah satu langkah yang kecil, berpaksikan niat yang besar. Semoga usaha sekecil ini dapat membina kekuatan untuk diteruskan pada skala yang lebih besar nanti, demi memelihara dan memulihara warisan semulajadi dunia, serta menyampaikan mesej pendidikan alam sekitar kepada para penggiat rekreasi.

#pickitup #pickitupSelangor #ogkl

Minda Environmentalist 2


Assalamualaikum & salam sejahtera

Bayangkan anda menempuh perjalanan penuh ranjau ribuan kilometer selama berbulan2, dan sebaik shj tiba, sedang dlm kepenatan, anda dapati destinasi anda sebenarnya sudah musnah, dan anda kehilangan sumber makanan, tpt brteduh dn tpt mmbesarkn anak2. Musibah itulah yg sdg melanda lebih 300 spesis burung migrasi dunia hari ini.

- Minda Environmentalist -


Kembara Hari Kebangsaan OGKL ke Jirisan & Seoraksan


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Ayuh lebarkan sayap pendakian anda bersama OGKL ke Korea Selatan sempena Hari Kebangsaan 2016.

Kembara 7 hari 6 malam ini bakal menjelajah Taman Negara Gunung Jirisan & Gunung Seoraksan, gunung ke-2 dan ke-3 tertinggi Korea Selatan.

Perjalanan program secara kasar adalah seperti berikut :
Tarikh : 26 Ogos - 1 September 2016
Lokasi : Jirisan National Park, Gyeongsangnam Province & Seoraksan National Park, Gangwon Province
Penyertaan : Terbuka
Bayaran : RM840 (Ahli OGKL), RM880 (Bukan Ahli OGKL)

Maklumat Penerbangan
Pergi :
Jumaat 26 Ogos 2016
Flight Air Asia D7518 (Kuala Lumpur to Busan)
0115 (KUL) - 0830 (PUS)

Balik :
Khamis 1 September 2016
Flight Air Asia D7507 (Seoul to Kuala Lumpur)
0935 (ICN) - 1505 (KUL)

Kos meliputi pengangkutan darat sepanjang perjalanan program, penginapan sepanjang program, guide, group first aid kit, serta pengurusan (hanya ground arrangement).

*Kos TIDAK termasuk makan minum sepanjang program, tiket penerbangan, city site-seeing, shopping, serta perkara yang berada diluar jadual kumpulan
*Kos berdasarkan anggaran semasa, pertambahan kos semasa program adalah secara perkongsian bersama.

Kepada yang berminat, sila maklumkan urusetia program, tertakhluk kepada pertimbangan kelab.

Deposit : RM300 selewat-lewatnya 30 APRIL 2016
Bayaran Penuh : Perlu dijelaskan selewat-lewatnya 30 JULAI 2016

Sila hubungi AJK berikut untuk pendaftaran
Zul : 0176162894 : FB - Zulfadli A Husaini
Zahid : 0126203706 : FB - Fish Cake
Cikgu Ros : 0129644970 : FB Semut Merah

Bayaran Deposit/Penuh boleh dibuat ke akaun
Maybank 162085532923 - Ahmad Zulfadli Ahmad Husaini

Pastikan anda membuat pengesahan tempat dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran, dan simpan slip pembayaran untuk rujukan dan pengesahan.

*Tentatif akan dimaklumkan kemudian kepada peserta yang komited.

~Khazanah Alam Wawasan Rekreasi~

Tuesday, 12 January 2016

Minda Environmentalist

Assalamualaikum & Selamat Pagi

Secara purata, 2000 batang pokok ditebang setiap satu minit di hutan Amazon sahaja. Jumlah tersebut bersamaan dengan keluasan 7 padang bola setiap satu minit. Jumlah itu masih belum diambil kira penebangan hutan tropika di seluruh dunia.

- Minda Environmentalist -