logo

Gunung Rayu

Di Banjaran Titiwangsa

Gunung Rayu

Di Banjaran Titiwangsa

Gunung Rayu

Di Banjaran Titiwangsa

Gunung Rayu

Di Banjaran Titiwangsa

Logo OGKL

Logo OGKL

Tuesday, 16 May 2017

OGKL IFTAR 2017




Assalamualaikum dan salam sejahtera

OGKL dengan berbesar hati menjemput semua tidak kira ahli atau bukan, tua atau muda, bujang atau berkeluarga, ke Majlis Iftar OGKL pada Ramadhan 1438H.

Butiran majlis adalah seperti berikut:
Tarikh : 3 Jun 2017 (Sabtu)
Masa : 6:30 pm -11:55 pm
Tempat : TBC

Tema Pakaian: Tradisional

*Tiada bayaran dikenakan
**Juadah berbuka akan disediakan dan para tetamu tidak perlu membawa makanan.

Bersempena bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, marilah kita berkumpul untuk mengeratkan lagi ukhwah dan tali sillaturrahim sesama kita...Sambil kita beriftar, berterawih dpt juga kita berjumpa dan berkumpul dgn sahabat-sahabat lama dan baru sambil menghayati keindahan ramadhan dan syawal yg akan tiba nanti,inshaAllah...Semoga kita sentiasa mendapat rahmat dan segala amalan kita diterima Allah SWT. In Shaa Allah.

Sebarang pertanyaan bolehlah hubungi AJK2 kami:

*Jay@Jay hamid - (012-6863831)
*Cikgu Ros@Rosmawati Hamzah - (012-9644970)
*Parok@Mohd Suffian - (012-6410472)

Saturday, 6 May 2017

XPDC Gunung Rayu

Tarikh : 29 April – 1 Mei 2017
Tahap Kesukaran : A++ (Hardcore& Extreme)
Ketua Program : Cikgu Ros
AJK Bertugas
1. Cikgu Ros 
2. Khal (Guide)
3. Ijam
Peserta 
1.Apip
2 Uncle Tee
3 Thahar
4 Azam
5 Hisam
6 Faiz
7Farhana
8 Nasrul
9 Khairil
10 Rohaiza
11 Azizan
12 Faizal


Gunung terletak di laluan Gunung Batu Putih. Keadaan hutannya adalah jenis Ericaceous iaitu terdapat spesis pokok yang berskala kecil, bengkok dan rendah seperti pokok Kelat dan Periuk Kera serta rumput-rumput resam, paku pakis dan lumut.

Kaim berkumpul di Masjid Al-Mukmin di Batu 3, Tapah. Pukul 7.30 4wd datang untuk ke Empayang Pos Musoh.

Secara ringkas nya perjalanan ke puncak adalah melalui 3 kem iaitu  Bukit Kem Siam, Kem Permatang dan ke kemsite bermalam selama 12 jam di Kem Takung Air. Terdapat juga laluan sungai di sini yang perlu perserta tempohi.


Hari pertama kami bermula pukul 8.45 pagi selama 4 jam menuju ke Air Terjun Pos Musoh. Selepas rehat, solat jamak dan makan tengahari kami meneruskan perjalanan ke Puncak Bukit Kem Siam dan ke Kem Permatang Siam.


Kami bergerak ke puncak air terakhir dan mengambil air untuk kegunaan selama 2 hari. Selepas solat jamak perjalanan di teruskan selepas jam 8 selama 45 minit ke Kem Takung Air. Keadaan kemsite tidak rata dimana penuh lumut. 


Pada hari berikutnya sebelum bergerak kami dihidangkan pemandangan pagi yang menarik. Untuk hari ini kami harus berjalan selama 12 jam 35 minit lagi untuk pulang semula ke kemsite


Laluan hari ini banyak menebas serta banyak laluan sudah banyak tertutup. Antara halangan adalah banyak pokok resam,  pohon buluh kecil, pokok pakis dan pokok duri.

Kurang 2 jam kami tiba di Bukit Berapit 2. Selepas berkumpul kami meneruskan perjalanan selama 1 jam 10 minit. Dalam perjalanan, terdapat simpang ke Gunung Ara tapi tak sempat atas kekangan masa. Penebas-penebas di depan bekerja keras untuk menebas terutama di trek berhampiran puncak-puncak bukit tipu. Kami tiba di Bukit Berapit 1 pada pukul 10:40am dan rehat.


Kami meneruskan perjalanan selama 3 jam 30 minit dengan perjalanan turun dan turun naik. Perjalanan trek ini dengan jelas kelihatan Gunung Batu Puteh dan Gunung Batu Bujang di sebelah kanan semasa menuju ke puncak Gunung Rayu.


Setelah lama berjalan, barulah kami tiba di puncak sebenar iaitu puncak Gunung Rayu pada pukul 2.40 petang pada ketinggian 1903 meter. Memang tak larat nak kira puncak tipu sebab terlalu banyak. Di puncak ini tiada beirut.


Setelah lama berehat, makan tengahari dan solat jamak serta bergambar puas-puas sampai rasa berbaloi kerana susahnya nak sampai ke puncak ini. Kami tiba semula di kem Takung Air pada pukul 8.15 malam

Pada hari terakhir kami bergerak pukul 9 pagi. Kami tiba di air terjun Pos Musoh selepas 3 jam trekking. Air sungai yang mengalir sangat deras dan warna airnya keruh mungkin telah melalui kepala air. Selepas bergerak ke air terjun Pudina dan melepasi simpang dalam 200 meter kami rehat sebentar.

Kami tiba semula di Empangan Pos Musoh pada pukul 4.50 petang. Jarak peserta terakhir sampai tiba pun cuma 30 minit sahaja.


Malang bagi kami kerana jalan keluar terputus kerana terdapat tanah runtuh di pertengahan jalan dari pecan tapah ke Pos Musoh sehingga 4wd tidak dapat masuk. Kami mencari bantuan dari penduduk kampong berdekatan untuk dihantar ke lokasi tanah runtuh dan membawa peserta keluar. Pukul 8.20 malam kami berjaya mendapatkan 4wd milik salah seorang penduduk Pos Musoh iaitu  abang Kamal.

Sejam setengah perjalanan baru lah kami selamat tiba di Masjid Al-Mukmin. Kami mula bergerak pukang ke ke lokasi masing-masing dalam lewat tengahari malam. Sekian sahaja catatan dari saya.

Catatan asal oleh Ketua Program iaitu Cikgu Rosmawati dan semua gambar dari Kong Tiong Tee@Uncle T.

Wednesday, 3 May 2017

Info Gunung Rayu(1903 meter)

Gunung Rayu (1903m) di Banjaran Titiwangsa, hampir dengan G. Batu Puteh, Tapah.


Ekspedisi OGKL selama 3 hari bermula dari Masjid Al-Mukmin, Batu 3 Jalan Pahang (Tapah - Tanah Rata). Menyusur masuk ke arah Pos Musoh sejauh hampir 25KM dengan pacuan 4 roda di jalan berturap sehingga ke Intake Pos Musoh (intake ke-3) hampir dengan kampung Woh, perkampugan Asli Semai. Beberapa perkampungan Orang Asli kami lintas.

lakaran oleh Apip

Titik mula pendakian sebenarnya sama dengan pendakian Trans Batu (G.Batu Puteh - G.Batu Bujang). 10 minit dari intake ada jambatan buluh yang perlu dilintas. Dari sini trek ke G. Rayu berbeza dengan trek Trans Batu. Trek kebun dan trek melereng tepi bukit jadi cabaran.


2 1/2 jam ke 3 jam dari jambatan buluh perlu lintas sungai besar yang berjeram. Awas air deras bila hujan dihulu. Trek dari sungai besar pacak sedikit sehingga bertemu permatang putus. Permatang putus ke Bukit Siam mendaki lebih kurang sejam. Dari Bukit Siam turun dan mendaki semula ke Kem Permatang Siam juga lebih kuran 1 1/2 jam. Kem Permatang Siam ke sumber air (LWP) trail pendakian yang panjang, walau trek tak samapai lutut bertemu dagu tapi ambil masa 2 jam.



LWP adalah anak sungai, perlu turun dari permatang tapi taklah sampai macam nak terbunuh (ingat Air terjun nak terbunuh G. Batu Puteh). Deru Air boleh dengan jelas dari permatang. Perlu pikul air untuk 2 hari ke kemsite.




Kemsite 400 meter dari LWP, kami ambil masa 2 jam mendaki malam. Kemsite boleh muat 15 - 20 orang. Kemsite baru dibesarkan sebab kami 15 orang pendaki. Agas mengalukan kedatangan kami. Kemsite agak terlindung dari angin dan dikelilingi pokok berkayu. Ada satu tapak besar 1 khemah dikelilingi pokok buluh gunung. Kemsite ditengah permatang sebenarnya.


Kemsite ke rabung Bukit Berapit II, 1/2 jam mendaki jumpa simpang ke G.Ara. Rabung ke G. Rayu adalah sempadan Perak-Pahang. Terus mendaki ke Bukit Berapit 2. Puncak Bukit Berapit II jelas nampak G. Bujang dan G. Batu Puteh. G. Kak terlindung. Bukit Berapit II ke Bukit Berapit I trek turun lebih 100 meter dan mendaki semula.


Bukit Berapit II ke Puncak G. Rayu, hutan berlumut. Trek turun naik turun naik sampai 5 puncak tipu. 5 minit sebelum puncak G. Rayu ada satu kawasan belumut yang agak mengkagumkan kami. Sepanjang hutan belumut dah indah sebenarnya.



Puncak G. Rayu tertutup dengan pokok-pokok kayu yang berlumut.



Kawasan puncak agak besar dan seperti berada ditengah-tengah permatang rabung. 7 jam daypack dari kemsite ke puncak G. Rayu (temasuk menebas) dan kembali 3 jam (dah tak menebas)


Secara keseluruhannya, trip ni agak menarik bagi yang rindu cabaran trans dan belum extreme Tiada trek balak lama. Mungkin suatu hari dapat diwujudkan trans (K. Woh - Batu Puteh - G. Rayu - G. Ara - Bt 8)

puncak Gunung Rayu

Catatan oleh penulis Apip Che Embi serta gambar dari Faizal FBK

Friday, 21 April 2017

XPDC Gunung Irong



Assalamualaikum W.B.T. & Salam Sejahtera


Ekspedisi Gunung Irong (1190m asl), Jerantut, Pahang.



Nikmati pengalaman indah bersama kami dalam Ekspedisi Gunung Irong OGKL 2017. Pelbagai cabaran menanti anda sepanjang pendakian ini. Antaranya pengalaman offroad bersama 4wd selama berjam-jam perjalanan, serta cabaran teknikal kepada pendaki dengan sajian laluan trek berbatuan.



Maklumat program adalah seperti berikut ;-
Tarikh Mula : 19 Mei 2017 (bertolak dari KL)
Tarikh Tamat : 21 Mei 2017
Durasi : 2 Hari 1 Malam



Tarikh Tutup Penyertaan :
6 Mei 2017 atau cukup penyertaan maksimum 12 peserta (berdasarkan pembayar Deposit terawal)

Tarikh Bayaran Penuh :
10 Mei 2017

Bayaran:
Ahli OGKL : RM 200.00
Bukan Ahli OGKL : RM 220.00
Deposit : RM100
*deposit tidak akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri

Bayaran meliputi:
PERMIT, GUIDE, PERALATAN, INSURANS PERJALANAN, MAKANAN SEPANJANG XPDC, PENGANGKUTAN KL-JERANTUT-KL, 4WD & GROUP FIRST-AID KIT

Sila hubungi AJK berikut untuk maklumat dan tindakan lanjut:
1.Shahruizwan (FB Shahruizwan Ibnu Sharudin) - 012 4203541
2. Rosmawati Hamzah (FB Semut Merah) - 012 9644970
3. Farouk (FB Parok Palop) - 012 6410472

Deposit dan bayaran penuh boleh dibuat ke akaun:
ROSMAWATI BINTI HAMZAH
157139641644 (MAYBANK)

Jadi apa ditunggu lagi? Penyertaan terhad kepada 12 orang terawal sahaja. Pastikan penyertaan anda sebelum terlambat !

~ KHAZANAH ALAM WARISAN REKREASI ~

Tuesday, 18 April 2017

Pengumuman Khas OGKL pada 19 April 2017


Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Sehubungan dengan kelangsungan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur 2017 pada 2 April yang lalu, berikut adalah barisan AJK yang telah dilantik bagi menggalas tanggungjawab pengurusan dan agenda kelab bagi sesi 2017/2018.
Penasihat - Zainudin Lot
MAJLIS TERTINGGI
Pengerusi - Mohd Shukri Ghazali
Naib Pengerusi - Mohd Hadri Aswad Salim
Setiausaha - Razman Arsad
Bendahari : Mohd Khairul Nizam Ismail

AJK UTAMA 
Ahmad Zulfadli Ahmad Husaini
Muhammad Shafeeq Mohd Safian
Abdul Jalil AbdulHamid
Rosmawati Hamzah 
Mustafa Kamal Saedon

AJK SOKONGAN
Mazrizal Mohd Tajuddin 
Muhammad Nizar Shawal Hamid 
Mohd Shamil Samad 
Muhammad Haziq Yahya 
Mohd Khalili Zakaria 
Shahruizwan Sharudin 
Nur Aliani Che Sab 
Mohamad Sofian Abdul Wahab 
Ekha Ayob

Juriaudit 1 : Mohd Hafez Zulkefey
Juruaudit 2 : Ruslin Redwan 
Web Master 1 : Amir Abidin 
Web Master 2 : Zahid Hashim

Tahniah bagi semua yang terpilih. Semoga dipermudahkan urusan tugas sepanjang tahun ini.
Selamat menunaikan amanah sebagai satu pasukan, ke arah menjadi salah satu organisasi yang efektif dalam penyebaran dan perkongsian ilmu dan pengalaman dalam arena rekreasi pergunungan serta pengembaraan.

Khazanah Alam Warisan Rekreasi.

Wednesday, 12 April 2017

Kolaborasi OGKL dengan Gym Climber's Club di Bukit Kutu

Assalamualaikum W.B.T. & Salam Sejahtera,

Pada 8 April 2017 yang lalu Kelab Gym Climber's Group yang bertempat di Menara Maxis telah mempelawa Kelab OGKL untuk membawa mereka mendaki ke Bukit Kutu. Seramai 8 orang mereka akan bersama-sama dalam pendakian ini. Manakala antara yang turut serta di pihak OGKL adalah pengerusi sendiri Mohd Shukri Ghazali sambil di bantu oleh AJK lain Ijam, Jay dan Razman. Pendakian bermula pukul 9.30 pagi dan tamat pada pukul 6.30 petang. Berikut antara gambar-gambar pendakian.








Sekian terima kasih. Berjumpa lagi di lain trip.

Monday, 3 April 2017

XPDC Gunung Rayu


Assalamualaikum W.B.T. & Salam Sejahtera

"Pada canda angin, tawa ombak, sendu mendung, tangis hujan..
...untuk mewarna pelangi~"

XPDC Gunung Rayu, Tapah, Perak.

DISCLAIMER : Gred A+, Padu & Mancongkam~ (Pewai itu pasti 😁)

Tarikh Mula : 28 Apr 2017 (malam)
Tarikh Tamat : 1 Mei 2017
Durasi : 3 Hari 2 Malam

Tarikh Tutup Penyertaan : 10 Apr 2017 atau cukup kuota maksimum 16 peserta (berdasarkan pembayar Deposit terawal)
Tarikh Bayaran Penuh : 25 Apr 2017

Bayaran:
Ahli OGKL : RM 285.00
Bukan Ahli OGKL : RM 300.00
Deposit : RM120

Bayaran meliputi: PERMIT, GUIDE, PERALATAN, PERMIT, INSURANS PERJALANAN, MAKANAN SEPANJANG XPDC, PENGANGKUTAN KL-TAPAH-KL, 4WD & GROUP FIRST-AID KIT

Sila hubungi AJK berikut untuk maklumat dan tindakan lanjut:
Khalili Zakaria (FB Khal El) - 012 3025242
Rosmawati Hamzah (FB Semut Merah) - 012 9644970
Zulfadli Husaini (FB Zulfadli A Husaini) - 017 6162894

Deposit dan bayaran penuh boleh dibuat ke akaun
ROSMAWATI BINTI HAMZAH
157139641644 (MAYBANK)

KHAZANAH ALAM WARISAN REKREASI

#oranggunungkualalumpur #ogkl

AGM OGKL sessi 2017 - 2018




Assalammualaikum & Salam Sejahtera,

Mesyuarat Orang Gunung Kuala Lumpur sessi 2017 - 2018 di Camar Laut, Bagan Lalang pada 2 april 2017.

Penasihat     : Zainudin Lot
Pengerusi     : Mohd Shukri Ghazali
N.Pengerusi : Mohd Hadri Aswad Salim
Setiausaha   : Razman Arsad
Bendahari    : Mohd Khairul Nizam Ismail
Ajk              : Muhammad Shafeeq Mohd Safian
: Mustafa Kamal 
: Ahmad Zulfadli Ahmad Husaini
: Abd Jalil Abd Hamid
: Rosmawati Hamzah
Juriaudit 1    : Mohd Hafez Zulkefey
Web Master : Amir Abidin



Tahniah barisan OGKL untuk sessi 2017-2018.

Wednesday, 1 February 2017

Kembara OGKL ke Mt.Sumbing & Mt.Sindoro 2017




Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Ayuh lebarkan sayap pendakian anda bersama OGKL ke Indonesia pula kali ni..



Kembara 5 hari 4 malam ini bakal menjelajah Gunung Sumbing dan Gunung Sindoro.



Gunung Sumbing & Sindoro adalah gunung berapi aktif yang terdapat di Jawa Tengah, Indonesia. Sumbing berketinggian 3.371 mdpl dan Gunung Sindoro 3136 mdpl, gunung Sumbing merupakan gunung tertinggi ketiga di Pulau Jawa setelah Gunung Semeru dan Gunung Slamet. Gunung ini secara dasarnya terletak di tiga wilayah kabupaten, yaitu Kabupaten Magelang, Kabupaten Temanggung, dan Kabupaten Wonosobo. Bersama dengan Gunung Sindoro, Gunung Sumbing membentuk bentang alam gunung kembar, seperti Gunung Merapi dan Gunung Merbabu, apabiladilihat dari arah Temanggung. Celah antara gunung Sumbing dan Gunung Sindoro adalah jalan yang menghubungkan kota Temanggung dan kota Wonosobo. Jalan ini di panggil“”Kledung Pass”.

Tidak diketahui bila gunung ini akan meletus, tetapi di puncaknya terdapat kawah yang masih aktif.

Perjalanan program secara kasar adalah seperti berikut :
Tarikh : 20 September - 24 September 2017
Lokasi : Jawa Tengah,Indonesia
Penyertaan : Terbuka
Bayaran : RM750 (Ahli OGKL), RM780 (Bukan Ahli OGKL)

Maklumat Penerbangan
Pergi :
Rabu 20 September 2017
Flight Air Asia AK346 (Kuala Lumpur to Yogjakarta)
0945 (KUL) - 1120 (YOG)

Balik :
Ahad 24 September 2017
Flight Air Asia AK349 (Yogjakarta to Kuala Lumpur)
1715 (YOG) - 2045 (KUL)

Kos meliputi:-
-pengangkutan darat sepanjang perjalanan program(cuma Dari hotel@homestay ke Airport utk perjalanan balik dan jalan-jalan di Malioboro adalah di bawah tanggungan sendiri)
-penginapan sepanjang program
-makan sepanjang pendakian
-sewaan peralatan perkhemahan/dapur
-permit masuk
-guide dan porter group(khemah dan makanan)
- group first aid kit
-pengurusan 
-tshirt xpdc

*Kos TIDAK termasuk makan minum di luar pendakian, tiket penerbangan, city site-seeing, shopping,Pengangkutan untuk jalan-jalan di bandar Yogjakarta dan pengangkutan balik dr hotel@homestay ke Airport(banyak Public Tranport) serta perkara yang berada diluar jadual kumpulan.
*Kos berdasarkan anggaran semasa, pertambahan kos semasa program adalah secara perkongsian bersama.

Kepada yang berminat, sila maklumkan urusetia program, tertakhluk kepada pertimbangan kelab.

Deposit : RM300 selewat-lewatnya 30 APRIL 2017 (deposit tidak akan di kembalikan jika menarik diri cuma boleh membuat pertukaran nama perserta).
Bayaran Penuh : Perlu dijelaskan selewat-lewatnya 30 JULAI 2017

Sila hubungi AJK berikut untuk pendaftaran
Ijam : 0182023079 : FB - Mohd Khairul Nizam
Zul : 0176162894 : FB - Zulfadli A Husaini


Bayaran Deposit/Penuh boleh dibuat ke akaun
Maybank-114478062715 (Mohd Khairul Nizam Bin Ismail).

Pastikan anda membuat pengesahan tempat dahulu sebelum membuat sebarang pembayaran, dan simpan slip pembayaran untuk rujukan dan pengesahan.

*Tentatif akan dimaklumkan kemudian kepada peserta yang komited.

~Khazanah Alam Warisan Rekreasi~

Sunday, 1 January 2017

Kalendar Aktiviti OGKL 2017