logo
Gambar-gambar kemeriahan XPDC Trans Titi Selatan

Logo OGKL

Logo OGKL

Wednesday, 3 May 2017

Info Gunung Rayu(1903 meter)

Gunung Rayu (1903m) di Banjaran Titiwangsa, hampir dengan G. Batu Puteh, Tapah.


Ekspedisi OGKL selama 3 hari bermula dari Masjid Al-Mukmin, Batu 3 Jalan Pahang (Tapah - Tanah Rata). Menyusur masuk ke arah Pos Musoh sejauh hampir 25KM dengan pacuan 4 roda di jalan berturap sehingga ke Intake Pos Musoh (intake ke-3) hampir dengan kampung Woh, perkampugan Asli Semai. Beberapa perkampungan Orang Asli kami lintas.

lakaran oleh Apip

Titik mula pendakian sebenarnya sama dengan pendakian Trans Batu (G.Batu Puteh - G.Batu Bujang). 10 minit dari intake ada jambatan buluh yang perlu dilintas. Dari sini trek ke G. Rayu berbeza dengan trek Trans Batu. Trek kebun dan trek melereng tepi bukit jadi cabaran.


2 1/2 jam ke 3 jam dari jambatan buluh perlu lintas sungai besar yang berjeram. Awas air deras bila hujan dihulu. Trek dari sungai besar pacak sedikit sehingga bertemu permatang putus. Permatang putus ke Bukit Siam mendaki lebih kurang sejam. Dari Bukit Siam turun dan mendaki semula ke Kem Permatang Siam juga lebih kuran 1 1/2 jam. Kem Permatang Siam ke sumber air (LWP) trail pendakian yang panjang, walau trek tak samapai lutut bertemu dagu tapi ambil masa 2 jam.



LWP adalah anak sungai, perlu turun dari permatang tapi taklah sampai macam nak terbunuh (ingat Air terjun nak terbunuh G. Batu Puteh). Deru Air boleh dengan jelas dari permatang. Perlu pikul air untuk 2 hari ke kemsite.




Kemsite 400 meter dari LWP, kami ambil masa 2 jam mendaki malam. Kemsite boleh muat 15 - 20 orang. Kemsite baru dibesarkan sebab kami 15 orang pendaki. Agas mengalukan kedatangan kami. Kemsite agak terlindung dari angin dan dikelilingi pokok berkayu. Ada satu tapak besar 1 khemah dikelilingi pokok buluh gunung. Kemsite ditengah permatang sebenarnya.


Kemsite ke rabung Bukit Berapit II, 1/2 jam mendaki jumpa simpang ke G.Ara. Rabung ke G. Rayu adalah sempadan Perak-Pahang. Terus mendaki ke Bukit Berapit 2. Puncak Bukit Berapit II jelas nampak G. Bujang dan G. Batu Puteh. G. Kak terlindung. Bukit Berapit II ke Bukit Berapit I trek turun lebih 100 meter dan mendaki semula.


Bukit Berapit II ke Puncak G. Rayu, hutan berlumut. Trek turun naik turun naik sampai 5 puncak tipu. 5 minit sebelum puncak G. Rayu ada satu kawasan belumut yang agak mengkagumkan kami. Sepanjang hutan belumut dah indah sebenarnya.



Puncak G. Rayu tertutup dengan pokok-pokok kayu yang berlumut.



Kawasan puncak agak besar dan seperti berada ditengah-tengah permatang rabung. 7 jam daypack dari kemsite ke puncak G. Rayu (temasuk menebas) dan kembali 3 jam (dah tak menebas)


Secara keseluruhannya, trip ni agak menarik bagi yang rindu cabaran trans dan belum extreme Tiada trek balak lama. Mungkin suatu hari dapat diwujudkan trans (K. Woh - Batu Puteh - G. Rayu - G. Ara - Bt 8)

puncak Gunung Rayu

Catatan oleh penulis Apip Che Embi serta gambar dari Faizal FBK