logo

Logo OGKL

Logo OGKL

Saturday, 6 May 2017

XPDC Gunung Rayu

Tarikh : 29 April – 1 Mei 2017
Tahap Kesukaran : A++ (Hardcore& Extreme)
Ketua Program : Cikgu Ros
AJK Bertugas
1. Cikgu Ros 
2. Khal (Guide)
3. Ijam
Peserta 
1.Apip
2 Uncle Tee
3 Thahar
4 Azam
5 Hisam
6 Faiz
7Farhana
8 Nasrul
9 Khairil
10 Rohaiza
11 Azizan
12 Faizal


Gunung terletak di laluan Gunung Batu Putih. Keadaan hutannya adalah jenis Ericaceous iaitu terdapat spesis pokok yang berskala kecil, bengkok dan rendah seperti pokok Kelat dan Periuk Kera serta rumput-rumput resam, paku pakis dan lumut.

Kaim berkumpul di Masjid Al-Mukmin di Batu 3, Tapah. Pukul 7.30 4wd datang untuk ke Empayang Pos Musoh.

Secara ringkas nya perjalanan ke puncak adalah melalui 3 kem iaitu  Bukit Kem Siam, Kem Permatang dan ke kemsite bermalam selama 12 jam di Kem Takung Air. Terdapat juga laluan sungai di sini yang perlu perserta tempohi.


Hari pertama kami bermula pukul 8.45 pagi selama 4 jam menuju ke Air Terjun Pos Musoh. Selepas rehat, solat jamak dan makan tengahari kami meneruskan perjalanan ke Puncak Bukit Kem Siam dan ke Kem Permatang Siam.


Kami bergerak ke puncak air terakhir dan mengambil air untuk kegunaan selama 2 hari. Selepas solat jamak perjalanan di teruskan selepas jam 8 selama 45 minit ke Kem Takung Air. Keadaan kemsite tidak rata dimana penuh lumut. 


Pada hari berikutnya sebelum bergerak kami dihidangkan pemandangan pagi yang menarik. Untuk hari ini kami harus berjalan selama 12 jam 35 minit lagi untuk pulang semula ke kemsite


Laluan hari ini banyak menebas serta banyak laluan sudah banyak tertutup. Antara halangan adalah banyak pokok resam,  pohon buluh kecil, pokok pakis dan pokok duri.

Kurang 2 jam kami tiba di Bukit Berapit 2. Selepas berkumpul kami meneruskan perjalanan selama 1 jam 10 minit. Dalam perjalanan, terdapat simpang ke Gunung Ara tapi tak sempat atas kekangan masa. Penebas-penebas di depan bekerja keras untuk menebas terutama di trek berhampiran puncak-puncak bukit tipu. Kami tiba di Bukit Berapit 1 pada pukul 10:40am dan rehat.


Kami meneruskan perjalanan selama 3 jam 30 minit dengan perjalanan turun dan turun naik. Perjalanan trek ini dengan jelas kelihatan Gunung Batu Puteh dan Gunung Batu Bujang di sebelah kanan semasa menuju ke puncak Gunung Rayu.


Setelah lama berjalan, barulah kami tiba di puncak sebenar iaitu puncak Gunung Rayu pada pukul 2.40 petang pada ketinggian 1903 meter. Memang tak larat nak kira puncak tipu sebab terlalu banyak. Di puncak ini tiada beirut.


Setelah lama berehat, makan tengahari dan solat jamak serta bergambar puas-puas sampai rasa berbaloi kerana susahnya nak sampai ke puncak ini. Kami tiba semula di kem Takung Air pada pukul 8.15 malam

Pada hari terakhir kami bergerak pukul 9 pagi. Kami tiba di air terjun Pos Musoh selepas 3 jam trekking. Air sungai yang mengalir sangat deras dan warna airnya keruh mungkin telah melalui kepala air. Selepas bergerak ke air terjun Pudina dan melepasi simpang dalam 200 meter kami rehat sebentar.

Kami tiba semula di Empangan Pos Musoh pada pukul 4.50 petang. Jarak peserta terakhir sampai tiba pun cuma 30 minit sahaja.


Malang bagi kami kerana jalan keluar terputus kerana terdapat tanah runtuh di pertengahan jalan dari pecan tapah ke Pos Musoh sehingga 4wd tidak dapat masuk. Kami mencari bantuan dari penduduk kampong berdekatan untuk dihantar ke lokasi tanah runtuh dan membawa peserta keluar. Pukul 8.20 malam kami berjaya mendapatkan 4wd milik salah seorang penduduk Pos Musoh iaitu  abang Kamal.

Sejam setengah perjalanan baru lah kami selamat tiba di Masjid Al-Mukmin. Kami mula bergerak pukang ke ke lokasi masing-masing dalam lewat tengahari malam. Sekian sahaja catatan dari saya.

Catatan asal oleh Ketua Program iaitu Cikgu Rosmawati dan semua gambar dari Kong Tiong Tee@Uncle T.

0 comments:

Post a Comment