logo
Gambar-gambar Kayak

Logo OGKL

Logo OGKL

Monday, 23 April 2018

Lapan Cara Sementara Menahan Bisa Patukkan Ular (PETUA)

Malang tidak berbau, dan kecelakaan memang tidak dapat diduga. Salah satu kemalagan yang dihadapi oleh peminat rekreasi ialah dipatuk ular. Walaupun kes ini kecil, tetapi boleh membawa kematian jika lambat untuk diubatinya. Berikut adalah lapan langkah sementara iaitu petua-petua untuk mengurangkan@melawan bisa jika dipatuk ular dan anda pula jauh di dalam hutan sebelum mendapat rawatan hospital.

Cara Petua dari alam:
Pokok Ekor Ular 
(Makan pangkal@akar pokok)

Ekor Naga (Epipremnum pinnatum)
(Sapu getah pada tempat yang kena patuk)

Pokok Bisa Ular (Barleria lupulina)
(Daun diramas ditampal ditempat Kena patuk)

Tanah
   (Caranya tanah dibancuh dengan air di dalam ekas dan minum)- petua org Asli

     
Ekor Ular 
 (Makan ekor ular yang mematuk mangsa- kebiasaan ular itu akan berada disekitar Kawasan Selepas ia mematuk mangsa, ular Kena ditamatkan hayatnya untuk mendapatkan ekor tersebut)

Rebung Buluh 
(Ambil rebung muda, kunyah Rebung tersebut, airnya ditelan dan sisanyadi tampal pada tempat pastikan ular) Petua orang asli

Daun Dewa (Gynura Segetum)
(Ambil rizom atau ubinya, tumbuk hancur (lumat), Dan tampal di Kawasan kena patukan ular tersebut)

Cara perubatan islam:
Bacalah empar surah dari Al-Quran iaitu "Surah Al-Kafirun, Surah Al-Fatihah, Al-Falaq, dan An-Nash" pada bekas air, kemudian diminumkan kepada mangsa yang terkena patukan ular, In Sha Allah dengan izin-Nya dia akan tawar bisa ular tersebut.

Doa menghindar haiwan berbisa

Akhir sekali, apabila anda memulakan "hiking", berdoalah kepada Allah agar dihindarkan daripada gangguan binatang buas dan yang haiwan@serangga yang berbisa dan selamat pergi dan balik.

Note:
Ingat yer, ini hanya petua, jangan tanya bukti saintifik untuk membukti keberkesanan atau tidak,Ia hanya alternative dari perubatan moden orang-orang dahulu.

>Sumber gambar "Google Search",gambar bertujuan pendidikan bukan untuk membuat sebarang keuntungan<


Ditulis dan disusun:
Sam Lusuh
(22042018)

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan program ikhtiar hidup atau barangan rekreasi hubungi kami atau email kepada : mysurvival2u@gmail.com atau hubungi kami 011-1220 7394(sam), 019-213 3044 (fadzlee)

lusuh adventure@My_Survival

(outdoor gear camping shop & conducting survival and recreation activity)
No2A, Jalan H-3, Fasa 5, Taman Melawati
53100 Kuala Lumpur
T:011-1220 7394
w:www.lusuh.com.my
w:www.mysurvival2u.blogspot.com
w:www.lusuhadventure.blogspot.com


(bahan penulisan/gambar adalah hak cipta lusuh adventure/my_survival dilarang 'copy' atau menerbit tampa kebenaran)

0 comments:

Post a Comment