logo
Gambar-gambar Trip ABC

Logo OGKL

Logo OGKL

Friday, 27 April 2018

Majlis Iftar OGKL 2018



MAJLIS IFTAR OGKL 2018
Tarikh : 26 Mei 2018 /10 Ramadhan 1429H (Sabtu)
Lokasi : Chalet Warisan Hati Rimba, Kemensah, KL.
Masa : 6.00 pm – 11.00 pm

Assalamualikum wbt dan Salam Ramadhan Almubarak!🌙🌙🌙
Segala puji bagiNya di atas kurniaan dan kesempatan untuk kita bersua kembali dengan bulan yang penuh kemuliaan iaitu Ramadhan Almubarak yang bakal berkunjung tiba.

Di sini, kami dari pihak Kelab OGKL dengan rasa merendah diri ingin menjemput semua rakan dan sahabat taulan, tidak kira berbeza latar belakang agama dan bangsa, untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Iftar OGKL 2018 yang bertetapan seperti di atas.

Ringkasan perjalanan majlis:
6.00 pm - Ketibaan tetamu
6.50 pm - Tetamu mula bersedia dengan hidangan
7.20 pm - Bacaan doa hajat & doa berbuka puasa
7.21 pm - Berbuka
7.45 pm - Solat Maghrib (berjemaah)
8.36 pm - Solat Isyak dan tarawikh (berjemaah)
9.30 pm - Santai dan usai

Sila ambil ambil maklum dengan perkara berikut:

1) Tetamu disyorkan untuk memakai baju yang bertemakan Baju Melayu/Kurtha/Jubah/seangkatannya (Lelaki) & Baju Kurung/Jubah/seangkatannya (Wanita)
2) Juadah berbuka akan disediakan oleh pihak OGKL. Namun, jika terdapat sebarang sumbangan berbentuk portluck dari peserta, pihak kami amat mengalu-alukan niat murni tuan/puan. Semoga Allah dapat membalas segalanya.
3) Sekiranya terdapat tetamu yang ingin bermalam, sila maklumkan segera kepada AJK OGKL agar bantuan berkenaan tempahan dapat dilakukan. Cas sewaan adalah ditanggung sendiri oleh pihak yang menempah.

Jika terdapat sebarang soalan, sila berhubung dengan AJK seperti berikut :-

Cikgu Ros : bit.ly/CikguRosOGKL
Jay hamid : bit.ly/JayOGKL
Arejib : bit.ly/AjibOGKL

Atau boleh berhubung dengan mana-mana AJK OGKL.

Kami berharap dengan kehadiran pihak anda dapat memeriahkan lagi majlis disamping dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang terjalin sesama kita di masa akan datang.

Sekian terima kasih.
Salam Ramadhan Almubarak

0 comments:

Post a Comment