logo
Gambar-gambar Kayak

Logo OGKL

Logo OGKL

Wednesday, 11 April 2018

XPDC Bukit Lentang



*NOTIS PENUKARAN LOKASI PENDAKIAN*
Salam jumaat dan salam rekreasi.

Dukacita dimaklumkan bahawa permohonan permit pendakian OGKL Bukit Chenuang, Hulu Langat tidak medapat kelulusan dari pihak Pejabat Hutan Selangor Tengah disebabkan ‘keadaan kerosakan trek dan cuaca tidak menentu yang membahayakan’ - (rujuk Lampiran)

Sehubungan itu, pihak OGKL telah membuat keputusan untuk menukar lokasi pendakian ke sebuah lokasi yang baru iaitu BUKIT LENTANG, BENTONG, PAHANG. Manakala TARIKH dan YURAN PENYERTAAN tetap tiada perubahan!

Jika anda masih ingin meneruskan penyertaan, sila reply ‘MASIH ON’.
Manakala jika sebaliknya, sila maklumkan kepada kami dengan kadar segera agar pemulangan bayaran dapat dibuat kepada yang telah bayar.

Kami percaya dan akur dengan keputusan pihak Jabatan Hutan yang tidak membenarkan pendakian dibuat di lokasi asal. Dengan itu, kami mengharapkan penyertaan anda masih dikekalkan dengan lokasi baru yang telah diganti.

info:
Jika bilangan penyertaan mencapai jumlah maksima iaitu 25 orang, maka pihak OGKL akan sediakan transportation KL-Bentong-KL tanpa perlu tambahan wang!


Sekian terima kasih
Muhammad Haziq Yahya
Ketua Program

Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur

0 comments:

Post a Comment