logo
Gambar-gambar Kayak

Logo OGKL

Logo OGKL

Monday, 10 September 2018

LAPORAN GUNUNG BESAR HANTU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sempena Hari Kemerdekaan yang ke-61, kelab OGKL telah mengadakan satu ekspedisi ke Gunung Besar Hantu (1462m), Gunung Hantu (1241m) dan juga ke Lata Damar. Ekspedisi selama 3 hari 2 malam ini disertai seramai 23 orang termasuk malim iaitu saudara Ainul bersama-sama menjayakan ekspedisi ini dari awal hingga akhir. Permulaan ekspedisi berkumpul di LRT Gombak pada malam ambang merdeka, dan menuju terus ke daerah Jelebu bagi merehatkan diri sebelum pendakian esok paginya.


Terima kasih kepada saudara Alep Muadz, kerana sudi menumpangkan kami semua berehat di terataknya di Kuala Klawang. Sarapan dan lunchpack telah ditempah ke keluarganya kerana dikhuatiri kedai berhampiran akan tutup disebabkan cuti hari kemerdekaan. Seusai sarapan, semua pendaki bersiap menaiki powil dan menuju ke Balai Polis Kampung Chennah untuk membuat report tentang ekspedisi pendakian, seterusnya ke starting point.


Tanpa sebarang halangan, perjalanan dari Kampung Chennah ke starting point mengambil masa dalam 40minit. Selepas sesi taklimat dari KP dan guide, sedikit regangan dan bacaan doa dilakukan. Semua peserta mula bergerak ke Kem Sungai Kering pada pukul 9:30am. Pendakian ke Sungai Kering melalui trek balak lama sejauh 1.7km dan kami regroup disini sehingga sweeper dan semua pendaki tiba. Perjalanan diteruskan ke Kem Orkid iaitu tempat bermalam kami pada hari yang pertama di mana peserta terakhir yang sampai adalah pada jam 2:30pm. Setelah semua fly untuk bermalam dan peserta pula selesai menjamu akan tengahari (ada yang dah makan awal masa on trek #yttl), KP dan guide telah membuat keputusan bahawa perancangan untuk ke GBH dan GH akan dilakukan serentak pada keesokan harinya. Mengikut tentatif awal, pendakian ke GBH akan dibuat pada hari pertama dan GH pada hari kedua. Keputusan penukaran tentatif adalah berdasarkan kepada kata sepakat oleh kesemua peserta.




Semasa bermalam di Kem Orkid, peserta disajikan dengan daging masak asam pedas, sambal belacan dan juga telur masin. Hasil gabungan menu ini dan ditambah pula sinaran bulan mengambang membuatkan peserta terlena awal. Tak lupa juga kepada cikgu yang sempat menunjukkan ilmu tilik bintangnya (sambil kepala dah terkeluar dari fly.hahah).




Awal pagi pukul 2:30am, peserta telah bangun untuk bersiap awal, bersiap sedia dengan daypack untuk mendaki dua puncak pada hari kedua. Jam menunjuk 4:25am, semua peserta mula bergerak menuju ke simpang GBH-GH. Semua tiba di simpang pada pukul 5:35am. Malim dan KP memutuskan agar perjalanan akan diteruskan setelah waktu subuh menjelma. Saat waktu subuh telah tiba, laungan azan dimerdukan oleh saudara Muhaimin Apek seterusnya solat subuh diimankan oleh syeikh Mad.


Perjalanan diteruskan ke gunung pertama iaitu Gunung Besar Hantu (1462m) dan peserta terakhir selamat tiba jam 6.55 am. Pemandangan sunrise memang jarang mengecewakan kerana kabus belum lagi tiba dan kelihatan banjaran gunung terbentang luas. Gunung Hantu dan juga Gunung Nuang juga kelihatan dari puncak ini. Kerana tidak mahu kelewatan ke GH dan juga keadan angin mula bertiup kencang, kami mula bergerak turun pada pukul 7:40am setelah selesai sahaja ambil gambar.



Tepat jam pukul 9:00am, kami tiba di titian kayu. Di sini peserta dikehendaki melalui titi yang diperbuat dari longgokan kayu yang disokong pada kayu bonsai pada pangkalnya dan dihujungnya diletakkan pada batu gunung. Jarak untuk meniti lebih kurang dalam 3m, dan persediaan tali (lebih kurang 10m), tali sling, dan juga carabiner adalah sangat digalakkan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini. Selepas laluan titi, peserta perlu melalui laluan batuan menegak hampir 90 darjah sebelum sampai ke puncak view (Hantu Kecil). Disini perlu berhati-hati kerana kemungkinan loose rock boleh terjadi, jadi pastikan jarak antara peserta perlu dijaga dan sentiasa waspada pada persekitaraan. Dari puncak view kelihatan GBH yang ‘jarang-jarang’ menampakkan dirinya dari sini. Perjalanan diteruskan ke Gunung Hantu seteleh selesai ambil gambar kumpulan.


 
Masa diambil dari puncak view ke Gunung Hantu (1241m) dianggarkan dalam 30minit. Secara teorinya permatang dalam GPS nampak bersambung tetapi secara realitinya ia terputus pemisah antara tebing. Jadi ini mungkin menimbulkan kekeliruan pada pendaki yang menamakan ia “Gunung Hantu Kecil” walhal tiada nama direkodkan dalam peta topografi dan ia adalah hanya sekadar puncak yang ada pemandangan. Di Gunung Hantu pula, terdapat batu penanda puncak dan masih boleh kelihatan sampai sekarang. Jika diteruskan perjalanan melalui sempadan, akan menuju ke Puncak Pengasih, Gunung Nuang melewati Bukit Enjin dan Bukit Serdang. Selesai bergambar kumpulan, kami mula bergerak turun terus ke Kem Orkid.



Barang pendakian telah dikemas awal pada pagi tadi sebelum bergerak, jadi ini telah menjimatkan masa untuk pergi Lata Damar. Setelah selesai makan tengah hari, pada pukul 2:00pm, kami bergerak turun ke Kem Sungai Kering untuk regroup. Jarak dari Kem Sungai Kering ke Lata Damar sejauh 2.7km dan mengambil masa hampir 2 jam untuk tiba disana. Perjalanan ke sana melalui trek balak yang tidak terlalu lama, dan sedikit menaik dan turun. Tiba di Lata Damar, kami mencari tempat bermalam yang baru kerana di kawasan lata itu telah diduduki oleh kumpulan lain. Menu makan malam pada hari kedua, ialah daging masak lemak dengan bendi goreng telur untuk menggantikan tenaga yang digunakan seharian. Malam tak selalu indah walaupun bulan bersinar terang pada malam sebelumnya, namun hujan turun dengan lebat pada malam di Lata Damar.




Pagi terakhir sebelum keluar, peserta dijamukan dengan menu nasi lemak win, telur rebus separuh, sambal ikan bilis leleh dan paru goreng oven. Kemudian sedikit taaruf dan jugak sharing session sebelum peserta bersiap kemas dan mandi ke Lata Damar. Tepat pukul 2:00pm, mula berjalan keluar ke Sungai Kering dan terus menuju ke starting point. Pukul 5:00pm tiba di starting point, sambil menunggu powil sampai post mortem dilakukan untuk manfaatkan masa yang ada. Seperti yang dijanjikan dengan Alep, untuk mengambil kami pada pukul 6 petang dan terus ke sungai untuk mandi dan tukar pakaian bersih. Makan malam bersama di Kuala Klawang sebelum semuanya bersurai ke destinasi masaing-masing.


Jutaan terima kasih tidak terhingga kepada peserta yang menyertai kami tidak kira yang baru mahupun yang lama, dan yang pertama kali ataupun yang berkali-kali. Salam perkenalan kami ucapkan kepada rakan-rakan baru, dan JANGAN BILANG INI YANG TERAKHIR.  

Pihak OGKL juga ingin merakamkan salam takziah di atas berita pemergian Allayarham Mohd Amir Bin Maracar atau Amir Jambang pada 25 september 2018. Menurut sumber dari abang kandungya, hasil post-mortem mendapati Allahyarham meninggal dunia berpunca dari masalah jantung.

Allahyarham Amir di kanan

Special kredit ingin kamu tujukan kepada :
1. Malim Gunung PMGM : Saudara Ainul
2. Team 4WD : Alep Muadz & Pak Abu
3. Geng Masjid : Mad, Apek, Zul & Nan
4. Geng kaki dan mangsa bahan : Amir Jambang Selirat & Ali misai tricky
5. Geng otai masih berbisa : Abg Taha (mangsa fitnah putek) & Abg Harith
6. Geng tilljannah : No’ob & Mente
7. Geng buruan abg askar : Ina, Ayu (pembelot Tahan), Nnniesa, Aza, Putek, Ati
8. Kontraktor tender tangga : Fairuz
9. AJK OGKL : Kem KP, CIkgu Ros, Seha, Jijan, Shahru


~ KHAZANAH ALAM WARISAN REKREASI ~

0 comments:

Post a Comment