logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Wednesday, 22 May 2019

Minda Trivia 21 May 2019

#MINDATRIVIA PENCEMARAN ALAM 
Peliharalah alam sekitar, demi kesihatan anda 👥🌈

XPDC BERAYA OGKL DI GUNUNG PENINJAU


TARIKH : 29-30 JUN 2019
LOKASI : ULU CHEPOR, CHEMOR, PERAK
KOS : RM150 (Ahli), RM160 (Belum Ahli)

Assalamualaikum & Salam Rekreasi..

🎶 Suasana hari raya walau di mana pun jua
Memberikan ketenangan dan mententeramkan jiwa 🎶

Ramadhan saban hari ingin mengundur diri, sebulan beribadah dengan penuh dedikasi. Ingin dijemput saudara saudari, sahabat sekalian untuk sama sama meluangkan sedikit masa untuk tadabbur alam dan menikmati keindahan semula jadi di bulan Syawal yg akan menjelang tak lama lagi. Buat yang merindui bau manis masam pahit masin ketika di hutan, janganlah lepaskan peluang anda untuk mendaki bersama OGKL di tanah Perak ini. Moh le Yop dan Yong sekalian!

Ekspedisi kali ini melibatkan pendakian secara daypack ke Gunung Peninjau yang akan melibatkan juga peluang celup kaki di dalam air sungai yang cukup menyegarkan. Sesudah selesai ekspedisi bermulalah sesi beraya di Perak style kampung bersama OGKL!

Hubungi AJK OGKL berikut bagi sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan tempat :
📞 Amir https://wa.me/60132465388
📞 Syahmi https://wa.me/60142299884
📞 Aliani https://wa.me/60167940203

Deposit penyertaan bernilai RM50 (mohon simpan resit) hendaklah dilakukan sebelum 31.05.2019 dan bayaran penuh sebelum 22.06.2019 ke akaun berikut

Nama: Nur Aliani binti Che Sab
No akaun : 760 5967 248
Nama bank : CIMB

Sila ambil maklum bahawa kos penyertaan meliputi bayaran
🔮 Jurupandu Arah
🔮 Permit
🔮 Ration XPDC - 1x Bfast, 1x Lunch
🔮 Insurans perjalanan
🔮 Pengurusan
🔮 First aid kit (asas)
🔮 Penginapan - Homestay
🔮 Pengangkutan (KL-Chemor- KL)

*bertolak dari KL 28 Jun 2019 (malam).

Ayuh hubungi no tertera untuk mengesahkan tempat anda!

Sunday, 12 May 2019

Sekitar majlis IFTAR Ogkl di Puncak Alam

Alhamdulillahh~ IFTAR OGKL 2019 / 1440H berlangsung dengan jayanya.
🔹Terima kasih cik @zaida_255 & keluarga sudi menjadi tuan rumah IFTAR
🔹Terima kasih barisan AJK OGKL dan rakan2 volunteer yg turun merewang sejak jam 9 pagi
🔹Terima kasih kengkawan & family tak kira baru lama, tua muda, penggiat2 rekreasi, yg sanggup hadir dari jauh dekat memenuhi jemputan
Semoga ukhwah kita berterusan, n diberkati sepanjang Ramadhan ni~ 😘💖

Gambar-gambar sekitar suasana persediaan sehingga ke berbuka dan malam sebelum masing-masing pulang



























Thursday, 9 May 2019

Minda Trivia 9 May 2019

#MINDATRIVIA PARROTFISH/IKAN BAYAN 
kepada penggemar sukan air seperti scuba diving atau snorkelling.. peliharalah kehidupan laut supaya spesis ini tidak pupus.. memang indah dipandang, tapi jangan disentuh sebarangan 🐟🐟

Minda Trivia 7 may 2019

#MINDATRIVIA MESIN PENGERING VS TISU KERTAS 
pilihan segalanya di tangan anda.. fikir dan buatlah apa yang terbaik untuk memelihara kesejahteraan bumi kita 😃👍


Monday, 6 May 2019

Salam Ramadhan

Salam Ramadhan Al-Mubaraq diucapkan kepada semua warga OGKL 🙂🕌

Perjalanan ke Gunung Talamau di Sumatera

Peserta

1. Khairul Nizam(ijam selaku KP), 
2. Amir Abidin Bin Md Bashah
3. Gazali Safri@Pak Teh, 
4. Roslan Bin Che Mei@Che Lan
5. Roslee Bin Musa
6. Besek Sarina Binti Bachok
7. Suraya Binti Wan Mohamed Yusof
8. Mohd Azhari Bin Ahmad 
9. Azlen Binti Anuar
10.Syairah Diyana Binti Malek(tidak meneruskan perjalanan kerana masalah penerbangan)

Salam,

Gunung Talamau hanya lah tertinggi di Kabupaten Pasaman Barat, tidak nama besar seperti  gunung-gunung berstatus 7 submit tapi tentangan nya tetap ada. 

Kami tiba awal seawal 11.10 pagi di Bandara Minangkabau. Sekitar 30 minit menunggu Yogi iaitu guide kami pun sampai lalu membawa kami keluar dari bandara. Ada 3 mobil  di mana 1 darinya hanya mengisi beg@tas. Sekitar 1.40 tengahari kami berhenti dan makan nasi padang di tepi laut melalui jalan pintas. Dalam masa yang sama mobil akan berhenti membeli barang keperluan dan singgah solat juga serta membeli pulsa. Selanjutnya mobil berhenti rehat lagi pada pukul 7.15 malam untuk makan malam nasi padang lagi tapi exclusif sedikit. Jam 10 malam baru kami sampai di basecamp Talamau, Desa Pinaga.

Kata Yogi kami perlu berjalan lagi 2 jam untuk ke starting point tapi sebenarnya biar esok sahaja kerana sudah penat mengharungi 8 jam dalam mobil. Kami kemudian masuk ke basecamp Talamau dan bertemu dengn ayah Andri yang merupakan orang perantara naik Gunung Talamau.

Hari ke 2 seawal 6 pagi kami sudah solat subuh dan bersiap untuk memulakan perjalanan. Agak menariknya di sini bilik air atau kamar kecil nya di bawah adalah kolam air tapi untuk membuang air besar harus turun ke longkang atau tempat terbuka jadi disarankan untuk membuat bagi yang tidak biasa adalah waktu malam takut kena intai.

Jam 8 pagi kami bersarapan lontong yang dibeil oleh Yogi da kru-krunya. Antara nama-nama kru Yogi adalah Rizki, Nget. Antri dan Rahmat@mamat. Mereka semua muda-muda dan kurus-kurus.

Jam 8.20 pagi kami bergerak naik lori kebun selama 3 kilometer di ketinggian bawah lagi iaitu 230 mdpl. Kami dapat melihat tanaman-tanaman seperti jagung di kiri serta pemandangan puncak Talamau di kiri.

Tiba di starting point pada pukul 8.45 pagi kami mula berjalan. Perjalanan tanah merah menyusuri sungai kecil dan trek memacak terus. Sebelum sampai ke Pos1 Harimau Campo, ada 2 laluan bertali harus naik. Jam 9.20 pagi kami sampai di Pos 1 Harimau Campo berketinggian 710 mdpl. Bulat dan Lin tidak dapat meneruskan perjalanan kerana masalah kesihatan lalu turun.

Perjalanan ke Pos 2 Rindu Alam atas kertas adalah 3 jam. Kami meneruskan perjalanan dan berhenti beberapa kali. Yogi awalnya ada bersama kami manakala krunya kadang-kadang ada. Hanya Antri yang meneman kami di depan. Ada satu ketika kami hamper sampai di Pos 2 Rindu Alam tanpa kru Yogi. Jadi kami yang awal menunggu pun terlena ke dunia lain. Rasa lama tertidur sehingga Antri sampai dan memberitahu kam tidur sebelah Pos2 Rindu Alam sambal menunjukkan signboard Rindu Alam dalam 40 meter sahaja.

Jadi pukul 2.15 petang kami sampai di  Pos 2 Rindu Alam bertinggian 1100 mdpl dan menunggu kru-kru Yogi sampai. Kata Ijam kami harus tidur di Pos 3 Bumi Sarasah supaya esok dapat sampai awal di puncak. Selepas menunggu tidak juga sampai kerana kami mahu makan tengahari takut lambat dan dengarnya mahu dimasak dahulu nasi dan lauknya. Hanya Antri yang turun dan naik mengambil tas-tas besar mereka al maklum kami sekarang pendaki pelancong.

Untuk ke Pos 3 Bumi Sarasah dengan beg besar kami perlu 3 jam lagi jadi dijangkakan akan gelap untuk sampai ke sana jadi bila kru-kru Yogi masih belum kelihatan maka kami buat keputusan untuk bermalam di Pos 2 Rindu lam sahaja. Sebelum gelap, kami sudah siap makan beberapa kali.

Untuk malam ni, kemah di bentang dan tak perlu buka pagi esok kerana kami ada satu malam lagi di sini. Jadi esok kami dijangka bekerja keras untuk sampai ke puncak dan tiba sebaik gelap.

Hari ke 3 ini ramai bangun pagi sebab sudah tidur awal. Yogi tidak naik dan hanya menyediakan makanan sahaja.

Seawal jam 7.08 pagi selepas sarapan sikit indomie goreng dan sup, kami bergerak daypack menuju ke puncak. Katanya 3 jam dari sini tapi kami sampai awal 9.40 pagi di Pos 3 Bumi Sarasah pada ketinggian 1800 mdpl.

Setelah rehat 20 minit dan bergambar, kami meneruskan perjalanan dan pada 1.20 tengahari kami sampai di Pos 4 Paninjauan pada ketinggian 2500 mdpl. Dalam perjalanan ke sini ada pokok-pokok besar sebagai tanda aras untuk sampai. Che Lan di belakang sudah nampak kepenatan tapi dapat sampai juga.

Setelah puas melayan batu-batu dan menaik memacak tinggi, baru lah kami tiba di padang Sirinjano pukul 3 petang. Di padang ini ada 13 telaga atau tasik iaitu telaga Putri Sangka Bulan, Telaga Tapian Sutan Bagindo, Telaga Putri Mambang Surau, Telaga Siuntuang Sudah, Telaga Puti Bungsu, Telaga Rajo Dewa, Telaga Satwa, Telaga Lumuik, Telaga Biru ,Telaga Mandeh Rubiah, Telaga Mambang Langik, Telaga Cindua Mato dan Telaga Bulan Perindu. Tapi dari bawah nampak 2 telaga dan dari atas ada 3. Tidak jauh dari padang ini di kiri nya dan dari jauh atas nya ada kubah dan itulah puncak Gunung Talamau.

Sebaik tiba di telaga pertama, kami bergambar dan berjalan sebelum rehat sebentar di pinggir Pos 5 Rajawali Putih di ketinggian 2750 mdpl. Selepas solat dan  makan sikit lagi indomie dan masak air kopi, kami bergerak ke atas pukul 5 petang melalui signboard Pos 5 Rajawali Putih

Pukul 5.30 petang baru lah kami sampai di puncak Trimartha(yang berketinggian 2982 mdpl. kelihatan  puncak Beirut kubah masjid tegak berdiri di puncak ini tanpa bendera Indonesia.

Setelah bergambar dan ucapan kami turun ke bawah semula selepas sejam. Kadang-kadang ada kabus menutup pemandangan telaga serta kelihatan Gunung Sago, Marapi, Singgalang serta Tandikat di disana. Kata Ijam Yogi akan tunggu kami di Pos 3 Bumi Sarasah dengan nasi dan lauk terhidang sama.

Semasa sampai di Pos 4 Paninjauan, kaim rehat semula. Apapun 8.34 malam kami  sampai di Pos 3 Bumi Sarasah tapi kelibat Yogi tidak kelihatan. Che Lan kelihatan mengantuk dan asyik bertanya kemah sebelum tiba di Pos 3 lagi. Apa pun kami perlu lagi 3 jam untuk tiba di Pos 2 Rindu Alam. Rakan-rakan di depan terpaksa berhenti dan menunggu sejam atau 2 jam untuk semua berkumpul.

Kami sampai di Pos 2 Rindu Alam pada pukul 1 pagi. Ada yang mengantuk lalu tidur tanpa menjamah makanan. Ada yang termenung kepenatan dan ada yang lapar terus makan nasi yang hanya berlaukkan sardin. Untuk esok kata Ijam kami boleh mula lewat dari biasa kerana ramai yang penat.  

Hari ke  4, kami bangun lewat dari biasa. Sekitar 8 pagi kami bersarapan pecal@mee sanggul kuah kacang cair. Jam 10.40 pagi baru kami turun ke Pos 1 Harimau Campo. Apa pun perjalanan turun agak lantai dan 2.10 petang kami sudah sampai.Sambil menunggu Yogi sampai, kami meneruskan perjalanan turun. Hujan sudah turun lebat selepas kami menyusuri sungai. Sehingga jam 3.45 petang barulah kami sampai di tempat naik lori. Hanya setengah jam sampai di basecamp, kami bersiap dan solat. Kami dapat bergambar di pintu gerbang dan singgah makan Bakso Yanto 25 minit selepas basecamp.

Malam nya kami lalu di laluan kelok 44 dan tiba di Bukittinggi untuk bermalam dan bertemu Bulat dan Lin di sana. Oleh kerana da yang lapar kami keluar menuju ke jam gadang dan makan pagi di jambatan pah peh sebelum pulang ke Hotel Kartini iaitu hotel 3 bintang.

Hari ke 5, selepas sarapan lontong, kami  meronda pekan bukittinggi. Hari ini adalah hari cuti iaitu 1 mei jadi di Bukittinggi atau mungkinseluruh Indonesia meraikan hari buruh dnegan berjalan-jalan di luar. Kami menuju ke Jam Gadang untuk bergambar dan ke pasar untuk membeli cenderahati. Tidak lama kemudian semua pulang ke hotel untuk bersiap menuju ke padang. Tapi kami ada singgah di satu kawasan untuk membeli jajan. Pukul 2.20 petang mobil tiba di Bandara Minangkabau. Sekian sahaja trip OGKL ke Gunung Talamau. Jumpa lagi di trip lain.









Saturday, 4 May 2019

Minda Gunung 30 April 2019

#MINDATRIVIA PENGGUNAAN AIR - 
Jimat air demi kegunaan bersama 💧

Wednesday, 24 April 2019

XPDC OGKL @ TASIK KENYIR (SANTAI HOUSEBOAT + GUNUNG TEMBAT)

Assalamualaikum kepada tuan&puan.. Khas buat kepada pendaki yang ingin bersantai dengan BERMALAM DI ATAS HOUSEBOAT sambil MEMANCING IKAN. Terdapat juga pilihan untuk mendaki GUNUNG TEMBAT yang terletak di TASIK KENYIR, TERENGGANU DARUL IMAN.
Kami dari pihak OGKL ingin menjemput anda semua untuk menikmati keindahan alam dan sungai...
Seperti berikut:
Tarikh penyertaan: 31.08.2019 - 2.09.2019 (3H2M) 
Lokasi: TASIK KENYIR, TERENGGANU
Peserta: 30 orang MAX
(Pengesahan tempat berdasarkan deposit @ bayaran penuh yang akan didahulukan)

Tarikh tutup penyertaan: 10.8.2019

Kepada yg berminat untuk menyertai XPDC tersebut boleh berhubung dengan AJK OGKL yang berikut:

Qois( 019-4492990)
Azim (+60137565451) 
Azizan (+60172852958)

Bayaran deposit (beserta resit) sebanyak RM150 sebelum 1.5.2019 dan TIDAK akan dikembalikan.
Bayaran penuh hendaklah dilakukan sebelum 10.8.2019.
* *Boleh dibayar secara ansuran@bulanan (min RM50/setiap bulan)
ke atas:
Nama: Ahmad Qois b Zawawi
No akaun : 163037118536 
Nama bank : Maybank Berhad

Sila ambil maklum bahawa kos penyertaan meliputi bayaran Seperti berikut:- 
⛰️ Pemandu arah
⛰️ Rumah Bot
⛰️ Makanan sepanjang XPDC 
(3xBF, 3xL & 2xD)
⛰️ Permit pendakian (bagi yang memilih untuk mendaki G. Tembat) 
⛰️ 1st aid kit
⛰️ Pengangkutan carpool/bas* ( LRT Gombak - Tasik Kenyir- LRT Gombak)
*30 org peserta
⛰️ Insurans Perjalanan 
⛰️ Pengurusan

*Bertolak dari LRT Gombak pada 30.08.2019 (Jam 10.00pm)
Jangan lepaskan peluang yang RARE ini. Hubungi AJK bertugas dengan kadar segera.

Ekspedisi Gunung Berantai 2019

Salam hujung minggu dan salam rekreasi.

Alhamdulillah. Tarikh 20 April 2019 semalam, Kelab OGKL telah berjaya menamatkan Ekspedisi Gunung Berantai yang terletak di Maran, Pahang. Trip daypack yang disertai oleh seramai 15 orang ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berjaya ditamatkan pada jam 5.00 petang.
Jutaan terima kasih kepada semua peserta yang menyertai kami. Salam perkenalan kepada kenalan baru dan salam ukhuwah kepada kenalan lama. Semoga silaturrahim yang terjalin kekal selamanya.
Info:
1. Gunung Berantai (770 mdpl) yang terletak di Maran Pahang ini memerlukan permit mendaki yang boleh dimohon di Pejabat Hutan Daerah Temerloh. Bayaran RM10 dikenakan untuk setiap peserta.
2. Bagi peserta yang ingin bermalam sebelum pagi pendakian, anda boleh bermalam di Masjid Sultan Ahmad Shah (Bandar Jengka), Masjid Kg Jara, (Maran) atau Masjid Kuala Sentul (Maran).

Sedikit ringkasan aktiviti:
Aktiviti pendakian kali ini telah diketuai oleh jurupandu arah daripada PMGM iaitu saudara Fendi. Perjalanan dimulakan pada jam 9.00 pagi melalui sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Jara. Di sepanjang trail ke puncak, kami disajikan dengan keunikan formasi batuan yang membentuk bukit, keindahan pokok-pokok yang tumbuh serta burung-burung yang terdapat di hutan ini. Antara yang sering kelihatan ke sana ke mari adalah spesis enggang.
Laluan untuk ke puncak pula ada yang boleh dikira mudah kerana sedikit landai dan ada juga yang dikategorikan sebagai sukar kerana memerlukan peserta mendaki tebing batuan menggunakan tali. Terdapat juga pemandangan menarik di sepanjang trail yang boleh peserta rakamkan sebagai kenangan.
Tepat jam 1.15 tengahari, semua peserta tiba di puncak Gunung Berantai. Kesemua peserta kemudiannya menikmati makan tengahari sertai bergambar kenangan sebelum bergerak turun pada jam 2.15 petang. Tepat jam 5.00 petang, ke semua peserta telah selamat tiba di starting point. Alhamdulillah, tiada sebarang rekod kecederaan dialami oleh mana-mana peserta.
Kesemua peserta kemudiannya bergerak ke Masjid Kuala Sentul bagi tujuan membersihkan diri sebelum ke RNR Temerloh bagi misi #patintempoyak untuk makan malam. Selesai makan malam, kesemua peserta bergerak pulang ke rumah masing-masing. Semoga berjumpa di lain aktiviti.
Special kredit kami tujukan kepada :
1. Pejabat Hutan Daerah Temerloh
2. Jurupandu arah , Saudara Fendi Muhamad Afandi Mat Lias daripada PMGM
3. Peserta-peserta ekspedisi
- Abg Mizi, Abg Othman Naim, Zulfa, Pakteh, K. Rohaiza, K Eija, Kak Sue & Amra
4. Sahabat AJK OGKL 2019 yang membantu sebelum, semasa dan selepas aktiviti berlangsung
- Azizan (KP), Khal, Kem, Cikgu Ros, Shahru & Nanu




MAJLIS IFTAR OGKL 2019


Tarikh : 11 Mei 2019 /6 Ramadhan 1430H (Sabtu)
Lokasi : Teratak Bonda, No52, Jalan Alam Suria 16/55, Bandar Puncak Alam, Selangor.
(bit.ly/WazeTeratakBonda / bit.ly/TeratakBonda)
Masa : 6 pm – 11 pm (rewang bermula 12pm)

Assalamualikum wbt dan Salam Ramadhan Almubarak!🌙🌙🌙
Segala puji bagiNya di atas kurniaan dan kesempatan untuk kita bersua kembali dengan bulan yang penuh kemuliaan iaitu Ramadhan Almubarak yang bakal berkunjung tiba.

Di sini, kami dari pihak Kelab OGKL dengan rasa merendah diri ingin menjemput semua rakan dan sahabat taulan, tidak kira berbeza latar belakang agama dan bangsa, untuk bersama-sama memeriahkan Majlis Iftar OGKL 2019 yang bertetapan seperti di atas.

Ringkasan perjalanan majlis:
6.00 pm - Ketibaan tetamu
6.50 pm - Tetamu mula bersedia dengan hidangan
7.20 pm - Bacaan doa hajat & doa berbuka puasa
7.21 pm - Berbuka
7.45 pm - Solat Maghrib (berjemaah)
8.36 pm - Solat Isyak dan tarawikh (berjemaah)
9.30 pm - Santai dan usai

Sila ambil ambil maklum dengan perkara berikut:

1) Tema :Rewang Kampung

2) Juadah berbuka akan disediakan oleh pihak OGKL. Namun, jika terdapat sebarang sumbangan berbentuk portluck dari peserta, pihak kami amat mengalu-alukan niat murni tuan/puan. Semoga Allah dapat membalas segalanya.

3) Bagi yang berkelapangan untuk bersama-sama bergotong royong menyediakan juadah untuk berbuka puasa, amatlah berbesar hati kami menyambutnya.

Jika terdapat sebarang soalan, sila berhubung dengan AJK seperti berikut :-

Zulfadli : 017 616 2894
Mustafa (Kem) : 017 304 4325
Alif : 013 200 4820

Atau boleh berhubung dengan mana-mana AJK OGKL.

Kami berharap dengan kehadiran pihak anda dapat memeriahkan lagi majlis disamping dapat mengeratkan lagi ukhuwah yang terjalin sesama kita di masa akan datang.

Sekian terima kasih.
Salam Ramadhan Almubarak.

Minda Trivia 25 April 2019

Minda Gunung 24 April 2019

#MINDAGUNUNG EPISOD 4: GUNUNG DAN KEROHANIAN 🤲

Minda Trivia 23 April 2019