logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Sunday, 27 January 2019

XPDC Gunung Biong di Sauk


TARIKH : 16-17 MAC 2019
LOKASI : Kg Ngor Jenalik, Perak Darul Ridzuan
KOS : RM160 (Ahli), RM170 (Belum Ahli)

Assalamualaikum & Salam Rekreasi..

Kali terakhir kami ke Gunung Biong adalah 5 tahun lepas. Tapi kali ini cabarannya lebih menarik dan lebih menaik guna gear rendah sepanjang masa(A++) untuk sampai ke puncak setinggi 3997 kaki/1218 meter. Apa lagi 24 org diperlukan untuk misi tak mustahil ini. Jika inginkan kelainan serta mahu abadikan kenangan indah dalam sejarah pendakian dan mahu gambar terpampang di surat khabar, ayuh JANGAN TUNGGU!!! sahut cabaran bersama kami.

Hubungi AJK OGKL berikut bagi sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan tempat :
๐Ÿ“ž Amir (013 246 5388)
๐Ÿ“ž Khal (012-302 5242)
๐Ÿ“ž Shahru (012-4203541)

Deposit penyertaan bernilai RM50 (besertakan resit) hendaklah dilakukan sebelum 28.2.2019 dan bayaran penuh sebelum 07.03.2019 ke akaun berikut

Nama: Amir Abidin Bin Md Bashah
No akaun : 114011482707
Nama bank : MAYBANK

Sila ambil maklum bahawa kos penyertaan meliputi bayaran
๐Ÿ”ฎ Jurupandu Arah
๐Ÿ”ฎ Permit
๐Ÿ”ฎ Sarapan, Makan Tengahari
๐Ÿ”ฎ Insurans perjalanan
๐Ÿ”ฎ Pengurusan
๐Ÿ”ฎ First aid kit (asas)
๐Ÿ”ฎ Pengangkutan (KL - Sauk- KL)

*bertolak dari KL 15 Mac 2019 (11 malam)
.
Ayuh hubungi no tertera untuk mengesahkan tempat anda!

Thursday, 24 January 2019

XPDC Air Terjun Jerangkang



Assalamualaikum. Salam sejahtera dan Salam Rekreasi kepada semua sahabat. Kami dari pihak OGKL ingin menjemput anda semua untuk bersama kami dalam XPDC AIR TERJUN JERANGKANG yang berketetatapn seperti berikut :

Tarikh : 23/2/2019 - 24/2/2019 (2H1M)
Lokasi : Maran, Pahang
Kos : RM 120

Deposit penyertaan bernilai RM80 (besertakan resit) hendaklah dilakukan sebelum 10/2/2019 ke akaun berikut:-
Nama pemilik : Mohamad Sofian bin Abdul Wahab
No akaun : 158202153485
Nama bank : Maybank

Tarikh tutup penyertaan : 9/2/2019 atau penyertaan mencapai bilangan maksimum (yang mana terlebih dahulu).

Kepada yg berminat untuk menyertai xpdc tersebut boleh berhubung dengan AJK OGKL seperti berikut :-
๐Ÿ“ž Izwan (011-23502973)
๐Ÿ“ž Sofian (012-6410472)
๐Ÿ“ž Azim (013-7565451)

PERHATIAN ‼
Seat terhad kepada 24 orang sahaja.Boleh contact no diatas untuk book seat dengan kadar segera... ☎๐Ÿ“ž

Ayuh sahabat-sahabat semua kita bersama-sama di Air Terjun Jerangkang. Dalam kita bersantai dan menikmati keindahan alam semulajadi, akan diadakan juga selingan ILMU ASAS PERKHEMAHAN & REKREASI oleh AJK OGKL yang terlatih.

Sila ambil maklum bahawa kos penyertaan meliputi bayaran :-
๐Ÿ”ฎ Jurupandu Arah
๐Ÿ”ฎ Insurans Perjalanan
๐Ÿ”ฎ 1st aid kit
๐Ÿ”ฎ Ration
๐Ÿ”ฎ Pengurusan
๐Ÿ”ฎPengangkutan (KL-Maran-KL)

Tunggu apa lagi? Daftarkan penyertan anda sebelum terlambat !

~ Khazanah Alam Warisan Rekreasi ~
#ogkl #jerangkangOGKL2019 #airterjunjerangkang #jerangkang

Monday, 7 January 2019

Koleksi Video OGKL 2019





  Video dari KP Ijam Trip Gunung Talamau

Air Terjun Jerangkang 
Video dari Anizan dari Trip Gunung Pasir
Ucapan Najib mempromosikan produk artis di puncak Gunung Pasir

Sunday, 6 January 2019

XPDC Gunung Pasir Suksess

Salam ,


Sebaik bermulanya awal tahun baru, Orang Gunung Kuala Lumpur tanpa berlengah terus memulakan kayuhan pertama di hujung minggu dengan langkahan ke Gunung Pasir.

Gunung Pasir yang terletak di Seri Menanti, Negeri Sembilan berkongsi satu banjaran dengan Gunung Jono dan Bukit Sangkar Puyoh. Gunung Pasir terletak di Hutan Simpan Senaling Inas dan  sebarang urusan permit boleh singgah di pejabat Kuala Pilah. Ia juga terletak di kampung yang mempunyai nama yang sama.

Seramai 29 orang peserta termasuk beberapa AJK atau ahli jawatan kuasa bergerak dari LRT Gombak menuju ke Masjid Tuanku Muawir sebagai transit bermalam. Pekan kecil bandar diraja ini terang benderang di waktu malam termasuk masjid ini. 

singgah di masjid sambil sarapan dan bahagi makan tengahari 

Selepas solat subuh, program yang diketuai oleh Nuraliani atau Kuak dan jurupandu Muhammad Afandi Mat Lias bermula dengan kami bergerak ke  starting point dalam 15 minit perjalanan.  

Laluan kami menyusuri beberapa kolam ternak udang sebelum meletakkan kereta. Tepat jam 9.30 pagi selepas taklimat serta doa selamat, kami bergerak masuk ke hutan.

bermula di kolam udang 

Laluan awal menaik sedikit sebelum di beri terus memacak. Ada masa ada kawasan rata tapi tidak lama. Kami berehat menunggu rakan-rakan belakang sebelum laluan menurun di separuh perjalanan.

ahli baru Barath kepenatan 
geng tengah-tengah 

Agak di luar jangkaan gunung yang rendah ini memberi tentang yang agak sengit. Ada beberapa peserta yang sudah keletihan dan terkrem seketika namun kami memberi semangat untuk meneruskan perjalanan.













video dari najib

Penat lelah menaik akhirnya kami sampai di puncak Gunung Pasir yang setinggi 892 meter pada pukul 2 petang. Puncak nya tidak besar dan tiada pemandangan indah cuma di tutup sedikit dan cuaca panas seperti biasa.


Tanpa berlengah kami menjamah makan tengahari seperti yang ditetapkan dan bagi yang membawa dapur dan air, kami menghirup kopi panas. Syukur peserta terakhir selamat tiba di puncak walaupun rasa sakit-sakit krem datang.

Selepas solat kami pun bergambar beramai-ramai sebelum turun. Sepanjang turun ini ada yang jatuh dan sedikit perlahan sebelum tiba di tempat letak kereta sebelum pukul 6 petang. 

sampai awal tunggu yang lain 

Gunung Pasir ada menyimpan kisah menarik nya di sini. Kata sahabat kami , untuk pertabalan di raja perlu melalui satu laluan khas dan bersidang di sana. Apa pun bukan kisah ini sahaja tapi ada lagi kisah-kisah mistik yang disimpan apabila memasuki hutan ini. Yang tahu hanya mereka yang terpilih sahaja. Wallahualam.

Sebelum pulang kami singgah makan malam di satu kedai tomyam di simpang ke lebuhraya Lekas dan terletak tidak jauh dari Ijan Roti John.

Semoga kami bertemu di lain trip dan sentiasa sehat untuk beriadah dan beribadah.

Wasalam.