logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Sunday, 17 February 2019

Laporan Gerah - Bilah - Bieh



 Barisan Peserta       

1.Mohd Shukri Bin Ghazali
2.Mohamad Sofian Bin Adul Wahab
3.Rohaiza Binti Zakaria
4.Habsah Binti Harun
5.Tee Kong Tiong
6.Othman Bin Abu Naim
7.Juliana Binti Mohamad
8.Barath A/L Munasamy
9.Zahid Bi Abdul Aziz                                                                                                                                                                         
AJK
1.Rosmawati Binti Hamzah
2.Ahmad Qois Bin Zawawi
3.Azizan Bin Azman

Jurupandu Arah
1.Mohd Khalili Bin Zakaria
2.Muhamad Nizar Bin Shawal Hamid

Laporan Gerah Bieh  Bilah

Kami berkumpul di LRT Gombak seperti biasa dan bergerak pada pukul 10.30 malam dan tiba di rumah parok di Perluk 3 pada awal pagi bersamaan 1 hb februari 2019. Keadaan jalan yang jem seperti biasa pada hari perayaan terutama raya cina sudah dijangkakan.

Selepas menyusun ration pada pukul 3 pagi,  kenderaan powil pun sampai pukul 4 pagi dan bergerak masuk ke kampung orang asli Pos Kemar. Kami tiba pada pukul 8.15 pagi. Walaupun terdapat sedikit masalah makanan, tapi kami dapat mengatasi masalah tersebut. Tanpa membuang masa, AJK terus menerangkan aturcara serta bacaan doa selamat. Pukul 9.15 pagi pun kami mula bergerak. Kami tiba di Kem simpang Y pada pukul 11 pagi . Di hampir setiap sejam sekali kami berhenti di check point tertentu menunggu rakan di belakang maklumlah kurang tidur dan ada beberapa peserta baru pertama kali berhadapan trip yang panjang ini. Sekitar pukul  12.15 tengahari, kami tiba di Kem Kulim untuk rehat sebelum menyambung perjalanan sehingga ke Kem Agek dan tiba pukul 5.30 petang. Penat seharian lalu kami memasang khemah di sini utk makan malam dan tidur. Dengar cita kem ini ada kena sondol oleh dan hujan sebelum ini tapi alhamdullillah kem tiada masalah.

Hari ke2

Hari ini kami bangun seawal 3 pagi untuk memulakan trekking. Hampir 2 jam barulah kami berjalan secara daypack lalu berhenti seketika untuk solat subuh. Sepatutnya kami ke Kem Kunyit tapi laluan sudah ditutup. Tidak lama kemudian kami tiba di Kem Perodua , Selepas sarapan pagi kami menyambung semula pukul  8.10 pagi sehingga ke Kem Sarsi pada tengahari. Khal cuba mencari waterpoint yang tidak jauh cuma 100 meter turun tapi tak perlu ambil air kerana sudah ambil di Kem Perodua.

Kami tiba di puncak Gunung Gerah pada pukul 4.30 petang. Selepas sessi bergambar, kami ke puncak Gunung Bieh pada pukul 6.45 petang. Kami meneruskan perjalanan ke puncak Gunung bilah pada pukul  10.30 malam. Selepas bergambar, kami ke Kem Sarsi sekitar pukul 4.00 pagi. Hari ini seharian selama 24 jam kami berjalan untuk 3 gunung.

Hari ke 3

Setelah bekerja keras dari Kem Sarsi kami bergerak lewat pada pukul 11 pagi sehingga ke Kem Perodua pada pukul 3.20 pagi. Selepas solat dan rehat,  kami berjalan sehingga ke Kem Agek pada pukul  6.45 petang lalu rehat.

Hari ke 4

Hari ini dari Kem Agek seawal pukul 10 pagi kami tiba ke Kem Y pada pukul 2 petang. Selepas makan tengahari dan solat, kami menyambung perjalanan lalu tiba di tempat menunggu powil pada pukul  5.45 petang.. Selepas menaik powil, kami tiba di rumah parok pada pukul 9.00 malam. Bagi peserta wanita ditempatkan di rumah Parok mana lelaki di homestay berdekatan.

Hari ke5

Pukul 11.00 pagi barulah kami bergerak pulang ke haluan masing-masing. Alhamdulillah.. Semua line up GBB dan AJK lain selamat smpai di rumah sebelum kul 8 malam. 

Sekian

Saturday, 16 February 2019

Annual General Meeting - AGM kali ke 23


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Khas buat AHLI-AHLI OGKL.

Seperti tahun-tahun sebelum ini kelab akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (Annual General Meeting - AGM kali ke 23). Ini bagi meneruskan kelangsungan Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur.

Dengan in dijemput tuan/puan/saudara/saudari hadir ke AGM 2019 dan meramaikan lagi acara tahunan kita ini.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 3 MAC 2019 (AHAD)
Tempat : Institut Sosial Malaysia, Lebuhraya KL-Seremban, 57100 Sg Besi, KL (landmark: Perabot Dunia ada kerusi besar atas bumbung)
Masa : 9.30am – 3.00pm

MAKANAN TENGAHARI DISEDIAKAN

Agenda:
- Pembentangan Laporan Aktiviti Kelab bagi tahun 2018
- Pembentangan Laporan Kewangan Kelab bagi tahun 2018
- Perlantikan Ahli Jawatankuasa & Pemeriksa Kira-Kira bagi penggal 2019/2020
- Pembentangan usul (sekiranya ada)
- Hal lain-lain

Semoga kedatangan tuan/puan/saudara/saudari dapat memeriahkan lagi majlis ini. Diharap ahli-ahli dapat mengesahkan kehadiran bagi memudahkan urusan perjalanan majlis. Sebarang pertanyaan boleh dilanjutkan melalui call/sms/PM/whatsapp ke nombor di bawah.

Rosmawati Hamzah
Tel : 012-9644970
FB : Rose Hamzah

Abdul Jalil Abdul Hamid
Tel : 012-6863831
FB : Jay Hamid

Sekian, terima kasih

Rosmawati Hamzah
Setiausaha,
Kelab Orang Gunung Kuala Lumpur

#khazanahalamwarisanrekreasi
#oranggunungkualalumpur

Friday, 1 February 2019

XPDC Air Terjun Jerangkang


Assalamualaikum. Salam sejahtera dan Salam Rekreasi kepada semua sahabat. Kami dari pihak OGKL ingin menjemput anda semua untuk bersama kami dalam XPDC AIR TERJUN JERANGKANG yang berketetatapn seperti berikut :

Tarikh : 23/2/2019 - 24/2/2019 (2H1M)
Lokasi : Maran, Pahang
Kos : RM 120

Deposit penyertaan bernilai RM80 (besertakan resit) hendaklah dilakukan sebelum 10/2/2019 ke akaun berikut:-
Nama pemilik : Mohamad Sofian bin Abdul Wahab
No akaun : 158202153485
Nama bank : Maybank

Tarikh tutup penyertaan : 9/2/2019 atau penyertaan mencapai bilangan maksimum (yang mana terlebih dahulu).

Kepada yg berminat untuk menyertai xpdc tersebut boleh berhubung dengan AJK OGKL seperti berikut :-
๐Ÿ“ž Izwan (011-23502973)
๐Ÿ“ž Sofian (012-6410472)
๐Ÿ“ž Azim (013-7565451)

PERHATIAN ‼
Seat terhad kepada 24 orang sahaja.Boleh contact no diatas untuk book seat dengan kadar segera... ☎๐Ÿ“ž

Ayuh sahabat-sahabat semua kita bersama-sama di Air Terjun Jerangkang. Dalam kita bersantai dan menikmati keindahan alam semulajadi, akan diadakan juga selingan ILMU ASAS PERKHEMAHAN & REKREASI oleh AJK OGKL yang terlatih.

Sila ambil maklum bahawa kos penyertaan meliputi bayaran :-
๐Ÿ”ฎ Jurupandu Arah
๐Ÿ”ฎ Insurans Perjalanan
๐Ÿ”ฎ 1st aid kit
๐Ÿ”ฎ Ration
๐Ÿ”ฎ Pengurusan
๐Ÿ”ฎPengangkutan (KL-Maran-KL)

Tunggu apa lagi? Daftarkan penyertan anda sebelum terlambat !

~ Khazanah Alam Warisan Rekreasi ~
#ogkl #jerangkangOGKL2019 #airterjunjerangkang #jerangkang