logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Sunday, 17 March 2019

Laporan Gunung Biong

Salam ,

puncak biong

Setelah 14 tahun bersama OGKL, kali ini saya dipilih oleh tuan presiden untuk menjadi ketua ekspedisi ke Gunung Biong di Sauk jajahan Kuala Kangsar, Perak. Cabaran nya adalah menyediakan costing, serta mencari peserta yang sedikit tegar kerana Gunung Biong bukan biasa-biasa.

Ada peserta yang menarik diri 2 minggu dan sehari sebelum, serta ada yang tanya boleh daypack ke.

Ada juga yg terpaksa ditolak kerana fizikal tidak mengizinkan kerana trek kami ini adalah menaik sahaja.

Kami berkumpul di LRT Gombak mcm biasa. Selepas jam 11 kami bergerak menuju ke Petron Kuala Kangsar. Sekitar pukul 4 pagi peserta berikut nya dari Machang Kelantan Northahar Nawi tiba dengan menaiki bas melalui laluan grik ini. 

Selepas solat subuh, barang ration diatur untuk dipikul oleh semua peserta seramai 15 orang termasuk pengerusi Saudara Zulfadli Husni dan setiausaha Muhammad Alif Mu'adz Amrus.

Kami bergerak ke Kampung Ngor yang terletak di kiri selepas simpang di Sauk. Pukul 8.40 pagi kami bergerak dalam 15 minit menuju ke pintu rimba selepas untuk perjalanan terus menaik setinggi 600 meter. 

Menuju ke check point pertama pada pukul 10.30 pagi, seperti kata guide Muhamad Nizar@Ferhad, akan ada yang krem dan tekaan beliau tepat.

Seorang lagi guide Muhamad Ainol Azlif Azman menyatakan gunung ini hanya berjiwa kental sahaja yang mampu menyerap tekanan menaik. Kami tiba di check point 2 pukul 12.30 untuk makan tengahari 

Selepas makan kami meneruskan perjalanan ke puncak Mandi Angin sekitar pukul 2.45 petang. Perjalanan ke Last water point dalam 3 jam lagi perjalanan menurun sehingga ke paras 950 meter. Di sini air banyak di ambil untuk masak dan diri sendiri.

Selesai semua selesai kami bergerak ke atas dalam 170 meter untuk ke kemsite Ramli pada pukul 6.15 petang.

Makan malam disediakan oleh AJK masakan. Apapun saya kurang sihat kerana masalah kesihatan.

Menurut kata Ainul, kami perlu bergerak seawal 6 pagi dan solat selepas sungai besar.

Esok nya kami bergerak ke atas lagi dan berhenti rehat untuk solat subuh, Selepas berkumpul kami bergerak lagi menuju ke puncak dan tiba di ketinggian 1218 meter pada pukul 9 pagi. Alhamdullillah semua sampai. 

Selepas sarapan pagi dan bergambar kami turun ke kemsite Ramli pukul 11.30 pagi. Selepas makan tengahari sejam kemudian baru kami bergerak ke puncak Bukit Mandi Angin pukul 2.45 tengahari.

Syukur kami tiba di check point satu dan sungai sebelum gelap. Kami tiba di tempat letak kereta pukul 7.45 malam. Selepas berbincang kami menuju ke tol Kuala Kangsar untuk bersiap dan menghantar Northahar yang menaiki bas di laluan grik ini.

Selepas makan malam di simpang Kuala Kangsar, kami bergerak menuju ke haluan masing-masing.
Sekian xpdc untuk kali ini.











dah lama yag sampai sejak tahun 1985 lagi




puncak mandi angin
kemsite ramli

Disediakan oleh Ketua Program

0 comments:

Post a Comment