logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Tuesday, 30 July 2019

Minda Trivia 30 Julai 2019


Bersempena International Tiger Day pada 29 Julai semalam, kami ingin berkongsi sedikit trivia mengenai harimau. Malaysia sendiri tidak asing dari simbolik haiwan iaitu harimau sebagai identiti negara πŸ―

Sunday, 28 July 2019

XPDC Gunung Rajah via Chamang - Cancel


Assalamualaikum
Salam siang pagi petang dan malam
Come n join us!
πŸ• GUNUNG RAJAH VIA CHAMANG
Tarikh: 24/8/19 - 25/8/19
🚘carpool (tong2 mnyk n tol)
Nilai sebuah KEINDAHAN:
πŸ“Έ full payment RM80-ahli,RM100-bkn ahli(sebelum 20hb)
πŸ’ΈπŸ’° Deposit Rm50(sebelum 10hb)
(Tidak akan dikembalikan jika peserta menarik diri kecuali hal kematian).
No. akaun:
162094163355
MAYBANK : ZAIDATUL FARHANA
🀸🏽‍♂🀸🏽‍♀ TERHAD UNTUK 30 PESERTA SAHAJA.
(first come first serve basis)
🌸Termasuk:🌸
🌲 Guide
🌲 Permit
🌲 Handy
🌲 Basic First Aid
🌲 Ration
🌲 Fly & Ground
jika berminat....
Sila hubungi:πŸ“ž
ida - 0193672443
kem - 0173044325

Thursday, 18 July 2019

Laporan Gunung Rabong


Alhamdulillah segala puji dan syukur ke hadrat Ilahi atas izinNya untuk kali ke-3 OGKL menjejak kaki ke Gunung Rabong pada 13-14 Julai 2019. Ekspedisi kali ini seramai 13 orang termasuk guide, Saudara Ahmad Hafizudin Zulkifli.

Perjalanan bermula dari LRT Gombak pada 12.7.19 pada jam 11 malam. Singgah di Balai Polis Gua Musang pada pagi esoknya untuk menghantar senarai nama dan permit. Setelah tiba di R&R Gua Musang, kami bersiap sedia packing dan rehat sebentar sebelum menunggu pacuan 4 roda datang. Selepas sarapan, jam 8:15am, kami terus menaiki 4x4 ke lokasi mula. Ada sedikit masalah teknikal dan kami tiba sedikit lewat di laluan balak yang paling jauh 4x4 boleh hantar.

Kami memulakan pendakian pada jam 10:40am selepas sedikit taklimat dari pemandu arah dan sesi memanaskan badan. Perjalanan selama 30 minit dari tempat 'drop point'4x4 ke Kem Sg Milo. Laluan berbatu dan sangat licin lebih mencabar dengan cuaca panas terik dan hampir tiada angin. Kami makan tengahari di satu kawasan lapang sebelum checkpoint Lorong Tikus. Bermula dari checkpoint tersebut, cabaran seterusnya adalah laluan pacak yang dicari pandaki. Kalau pacak, cepat sikit sampai puncak. Tiada tipu-tipu untuk ke Kem Taman. Untunglah, jimat tenaga kami. Lagipun dapat banyak rehat dan santai.

Kami semua tiba di Kem Taman pada jam 6petang. Barisan awal yang sampai telah terdahulu memasang khemah dan bersiap untuk memasak. Selepas selesai makan malam, sebelum jam 10 pm semua peserta berehat dan tidur secukupnya kerana esok kami perlu memulakan pendakian sebelum subuh.

Jam 3:30pagi semua bersiap untuk ke puncak dan menikmati sarapan pagi. Perjalanan pagi bermula seawal 4:30pagi dengan berbumbungkan bintang-bintang yang bertebaran di angkasa. Laluan ke puncak sangat nyaman dan hidung dapat menghidu molekul wangian dari pokok-pokok hutan. Ahh, terasa ingin bawa pulang.

Setelah lebih kurang 1jam 30minit dengan sedikit menebas, kami semua tiba di puncak Gunung Rabong berketinggian 1538M pada jam tepat 6pagi. Alhamdulillah, hasrat menikmati saat matahari terbit direstui tuhan. Menunaikan solat subuh di puncak dan berehat sambil melayan pemandangan yang indah dan jelas terlihat Gunung Tahan dari jauh. Selepas 90minit di sini, guide mengajak kami turun semula ke Kem Taman.

Setiba di kemsite, kami mengemas peralatan dan menikmati makanan tengahari sebelum turun pada jam 10:30pagi. Kami tiba semula di Kem Sungai Milo pada pukul 3petang. Mandi manda dan makan baki bekalan yang ada, guide menghubungi pihak 4x4 untuk datang membawa kami keluar dari hutan ini. Lebih kurang jam 4:40petang, kami tiba di R&R Gua Musang dan bersiap untuk pulang.

Sebelum pulang, kami menjamu selera dan berkongsi pendapat dalam sesi post mortem yang ringkas. Selepas maghrib, kami semua pulang menuju ke destinasi masing masing.

Tahniah dan terima kasih kepada AJK yang membantu trip ini dari mula hingga selesai, guide dari PMGM dan sahabat beliau, para peserta, pengurusan 4x4, pengurusan van gunung dan semua yang terlibat.

Semoga kita berjumpa lagi

Ikhlas
-KP RABONG OGKL 2019-

Gambar-gambar rawak di bawah dari para peserta





























 












































Sekian