logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Tuesday, 12 November 2019

XPDC Lawit Batil

EKSPEDISI LAWIT BATIL Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) dengan kerjasama Kelab Gagau Kemaman (KGK)
25-28 Oktober 2019
Assalamualaikum.. Alhamdulillah, setelah sekian lama merancang akhirnya diizinkanNya untuk melihat dan menjejak kaki ke Gunung Lawit dan Gunung Batil. Biarpun bukan puncak tertinggi, tetapi Gunung Lawit merupakan gunung yang bernama tertinggi di Terengganu. Ia merupakan impian bagi beberapa insan yang berjiwa halus dan yang mencari kelainan. Ianya tidak mudah dijejaki dan perjalanan yang agak sukar memberi cabaran kepada Orang Gunung Kuala Lumpur (OGKL) dan Kelab Gagau Kemaman (KGK) untuk menganjurkan misi ini bersama pada tarikh 25-28 Oktober 2019.

4 hari bersama-sama di dalam belantara ditempuhi dengan sabar dan tabah. Bersabar dengan diri sendiri dan juga trek yang kadang-kadang menguji ketahanan fizikal diri. Semua peserta sangat komited dan proaktif. Masing-masing ada kelebihan tersendiri. Yang berilmu tak lokek berkongsi sesama rakan-rakan. Yang sentiasa riang gembira tak kira masa tanpa jemu menjadi penghibur di kala penat lelah berjalan, mendaki dan kadang-kadang berguling. Semuanya tunggak kejayaan trip kali ini.
Saya mewakili kelab OGKL ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat terutama teraju utama KGK Encik Hamdan Azmi serta penunjuk arah iaitu Encik Effendi, Ropi, Roy, Ijat serta Hazim. Terima kasih juga kepada semua AJK; yang bertugas Jant, Ajib, Ijam dan Parok, juga AJK yang membantu pengurusan sebelum trip. Trip ini membawa seribu makna serta pengalaman baru pada kami selaku AJK. Banyak ilmu yang dapat dipelajari, banyak kawan yang dapat dikenali. Semoga jalinan ukhwah diteruskan dengan restu Ilahi.
Terima Kasih Daun Keladi,
Semoga Kita Berjumpa Lagi

TEAM LAWIT BATIL OGKL-KGK 2019
1. Hamdan
2. Bakhtiar
3. Nik Fakhri
4. El Jed
5. Husamuddin
6. Hafiz
7. Sani
8. Farhana
9. Fahmi
10. Hasnain
11. Azman
12. Nazri
13. Hairul
14. Intan
15. Fairuz
16. Asyikin
17. Syafiq
18. Jimmy
19. Hazan
20. Habsah
21. Amy
22. Yuen
23. Khoo
24. Jason
25. Alan
26. Wani
27. Simon
28. Julie
29. Amra
30. Parok
31. Ijam
32. Haziq
33. Jant
34. Rose
35. Hazim
36. Izzat
37. Roy
38. Ropi
39. Effendi



























Monday, 4 November 2019

FINAL COUNTDOWNNNNN Family Day OGKL 2019 .... ayuhhhhhh