logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Wednesday, 15 April 2020

OGKL Throwback Series: Trans Payung & Gunung Banang ⛰

Alhamdulillah, OGKL telah membuka tirai tahun 2020 dengan mengadakan pendakian di selatan tanah air iaitu Negeri Johor atau dikenali dalam kalangan netizen sebagai JDT.
Trip kali ini dikategorikan santai tetapi padu! Mana tidaknya, selepas pendakian seawal pagi ke Bukit Payung di Parit Raja, pendakian yang disertai 3 orang ajk kelab dan 13 orang peserta meneruskan cabaran pendakian ke Gunung Banang yang terletak berdekatan bandar Batu Pahat. Dengan mengunakan khidmat saudara Sem'z Juon sebagai jurupandu, peserta terakhir berjaya tiba di kaki Gunung Banang lebih kurang pada pukul 4 petang.
Keadaan trail untuk kedua-dua lokasi boleh dikira sebagai santai dan sangat sesuai untuk pemula. Ambil mood tahun baru orang kata. Tiada punca air di kedua-dua jalur pendakian dan mengambil masa selama 3-4 jam untuk diselesaikan.
Selain dari aktiviti pendakian ini, peserta juga telah mengambil peluang ini untuk turut mencuba juadah istimewa di Batu Pahat. Antara kedai makan yang sempat disinggahi termasuklah Asam Pedas Ibu dan Mee Racun Tulang. Namun agak kecewa, kerana niat untuk bersantai melihat matahari terbenam di Pantai Minyak Beku seusai ekspedisi tidak dapat diteruskan kerana kedai telah pun tutup.
Secara keseluruhannya, para peserta amat gembira dengan ekspedisi kali ini. Masakan tidak, trip santai dan makan sedap adalah impian setiap pendaki. 😂








0 comments:

Post a comment