logo
Gambar-gambar Trip 2018

Logo OGKL

Logo OGKL

Wednesday, 22 April 2020

Tempatan Jualan Amal Covid-19

Assalammualaikum & Salam Pergunungan. 

Penularan wabak pandemik COVID-19 telah merebak kesuluruh dunia termasuk negara Malaysia, ramai yang terjejas dari segi ekonomi akibat limitasi Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) yang bermula dari 18 Mac lalu.
Sejajar dengan itu pihak Kelab telah mengambil inisiatif untuk melaksanakan satu jualan amal baju sublimation bercorak batik dan tulisan jawi. Untuk makluman, SEMUA keuntungan jualan tersebut akan disumbangkan kepada individu-individu yang terkesan sepanjang (PKP).

Semoga usaha ini mendapat kerahmatan dariNya serta didoakan  segala urusan anda dipermudahkan serta murah rezeki.

Tidur siang beralas bantal,
Tidak berbaju berkain pelekat,
Jika kita hidup saling beramal,
Nescaya hidup mendapat berkat.

Untuk tempahan sila click borang online dibawah. 

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada mana-mana AJK.

KHAZANAH ALAM WARISAN REKREASI



0 comments:

Post a comment