|
Teknik membuat harness
Slot pengisian ini sebenarnya bukan dirancang dalam tentatif aktiviti. Kebetulan semasa kami di Kolam Besar Air Terjun Berkelah, air mula bah. Laluan pulang untuk merentas sungai agak kurang selamat. Peningkatan aras air selain arus yang deras membuatkan kami mengambil keputusan tunggu seketika, 3 jam juga.
Selain makan dan menghayati deruan deras air. penantian selama 3 jam tidak sepatutnya disia-siakan. Sedikit teknik ikhtiar hidup didedahkan kepada ahli ekspedisi.

Duduk beramai-ramai di atas batu hampar, Apip umpama Tok Selampit membuka bicara. Bak kata bidalan, tiada rotan akar pun berguna. Begitulah teknik ini. Walaupun kekuatan beg mungkin kurang dari harness sebenar namun dari tiada langkah keselamatan biar ada.

Mula-mula terbalikkan beg, sarung pada kaki. Kebiasaan disarung pada bahu.

Tarik beg hingga ke kelengkang sama seperti pakai harness.
Klip kebiasaannya kurang kuat, abaikan klip beg anda.

Satukan kedua-dua pad bahu (shoulder pad) beg anda dengan karabener.
Ketat dan kemaskan sisi beg anda supaya rapat ke tubuh anda.
Beginilah jika sudah sedia.
Selit atau lalukan tali (safety rope) di karabener tadi.

Pastikan dikunci.
Semua nampak, teknik ini lebih baik dari kita menyeberang sungai hanya dengan memegang tali. 'err terasa macam pakai pempers pula ye'
Ingat mungkin suatu ketika nanti, ia berguna kepada anda.
- apip -
|