Arthritis & Kasut
"Doktor nasihatkan aku, jangan guna lagi kasut menoreh (kasut getah) untuk mendaki sejak aku kena arthritis"
Ini antara kenyataan yang Apip terima dari seorang sahabat pendaki. Nasihat yang patut semua pendaki ambil berat. Berkenaan sakit lutut atau arthritis dan kaitan dengan kasut yang dipakai. Bagi pendaki yang belum lagi kena artritis elok juga ikut nasihat ini. apatah lagi buat mereka yang sudah ada symptom-symptom arthritis. Almaklumlah boleh dikatakan semua pendaki terdedah pada risiko ini.
Secara amnya kasut getah bukan dibuat untuk aktiviti lasak seperti mendaki gunung. Ada pro & con bagi kasut ini.
Pro
- ringkas
- tidak telap air
- mudah sarung
- ringan
- murah
Contra
- tapak nipis (tiada kusyen, penyerap hentakan)
- tidak protect buku lali.
- mudah masuk selut (dari mulut kasut)
- air bertakung dalam kasut
Boleh dikatakan penggunaan kasut getah menyumbang pada risiko sakit lutut atau arthritis. Lebih besar impak keburukan dari kebaikan kasut menoreh getah yang diguna untuk mendaki.
Bab beli kasut baik tu cuma langkah mengurangkan / melambatkan risiko arthritis. Ada lagi faktor seperti pikul beban yang melampau dsbg.
Apa salah melabur sedikt untuk menjaga kaki, dari melebur kaki dek mendaki. Gunalah kasut mendaki untuk mendaki gunung. Bukan kasut biasa untuk aktiviti mendaki. Dengan kata lain guna produk outdoor atau produk performance atau produk luarbiasa( lawan bagi produk biasa). 'barangan luarbiasa bukan dicipta untuk orang biasa-biasa'
Apip Embi
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Buat kawan-kawan yang tengah pertimbangkan nak beli kasut yang baik atau kasut getah aja. Cuba pula baca info di bawah. Mungkin boleh membantu membuat keputusan.
Question: What causes arthritis?
Determining the cause of arthritis can be difficult, because often several factors contribute to an individual developing this common problem.
Answer: Some of the risk factors that can cause arthritis include:
- Genetics
Exactly how much heredity or genetics contributes to the cause of arthritis is not well understood. However, there are likely genetic variations that can contribute to the cause of arthritis.
- Age
Cartilage becomes more brittle with age and has less of a capacity to repair itself. As people grow older they are more likely to develop arthritis.
- Weight
Because joint damage is partly dependent on the load the joint has to support, excess body weight can lead to arthritis. This is especially true of the hips and knees that can be worn quickly in heavier patients.
- Previous Injury
Joint damage can cause irregularities in the normal smooth joint surface. Previous major injuries can be part of the cause of arthritis. An example of an injury leading to arthritis is a tibial plateau fracture, where the broken area of bone enters the cartilage of the knee joint.
- Occupational Hazards
Workers in some specific occupations seem to have a higher risk of developing arthritis than other jobs. These are primarily high demand jobs such as assembly line workers and heavy construction.
- Some High-Level Sports
It is difficult to determine how much sports participation contributes to development of arthritis. Certainly, sports participation can lead to joint injury and subsequent arthritis. However, the benefits of activity likely outweigh any risk of arthritis.
- Illness or Infection
People who experience a joint infection (septic joint), multiple episodes of gout, or other medical conditions, can develop arthritis of the joint.
Sender Jumat Majid
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Saya terpanggil juga nak berkongsi tentang kasut yang sehsuwei (sesuai ikut ejaan abg mie) untuk aktiviti yang
kita selalu buat ni. ;)
Setuju dengan Apip... kes kasut dengan pemakai ni ibarat Michael Schumacher dengan kereta Fferrari... kalau kereta saja bagus, tapi si pemandu tak bagus, memang payah nak jadi champion
7 kali. Begitulah sebaliknya. ;) Sebelum beli kasut ada beberapa perkara yang perlu diambil kira, antaranya; (saya cerita ni
berdasarkan keperluan untuk pendaki gunung).
Jenis / kegunaan kasut
Samada untuk aktiviti yang betul-betul hardcore atau santai, sekiranya sekadar aktiviti perkhemahan serta
light outdoor cukup sekadar kasut-kasut yang biasa aja. Tapi kalau untuk aktiviti pendakian perlukan
kasut yang bagus cengkaman tapaknya (grip), tak terlalu keras (ada sikit flexibility),
selesa (good cushioning), serta pengudaraan yang baik (good ventilation). Itupun bergantung
pada destinasi gunung yang kita hendak daki. cth: kasut mendaki gunung ais, pastinya berbeza dengan kasut untuk mendaki gunung berapi.
Kesusaian kasut dengan kaki
Ada setengah kasut nampak cantik & menarik, tapi malangnya tak sesuai dengan kaki kita. Ini
kerana kaki setiap individu berbeza & unik. Ada yang normal, high arch serta yang flat
feet..ada pula yang A shape, dan ada pula yang B shape (wider feet)..jadi sebelum beli kena periksa juga faktor ni. Tiadalah bila sudah pakai 2-3 trip, bukan kasut yang koyak, tapi kaki yang
koyak. hehehe. Paling bagus dapatkan recommendation dari penjual. (jgn kena tipu dah laaa..:))..& jangan salah pilih.
Harga & fungsi
Tang sini ramai yang selalu tersilap. Kasut mahal tak semestinya baik untuk kaki kita &
kasut murah tak semestinya tak elok untuk kita. Ini kena rujuk semula ke 2-2 perkara
diatas. Setengah orang beli sebab Brand, setengahnya pula sebab dengar word of mouth
comm. Setengahnya lagi pula, pantang tengok sale kasut!! ;))
Untuk ringkaskan; kasut mendaki gunung di Malaysia yang bagus perlu ada ciri-ciri dibawah;
- perlindungan terhadap kaki (protection)
- keselesaan (comfort)
- agility
- utk kelajuan (speed)
- cengkaman (grip)
- ventilation
- quick dry (semua kasut kalau masuk air basahlah geng..cuma cepat @ lambat kering jer..:))
Saya dari dulu lagi menentang penggunaan kasut getah dalam mendaki ni. Sebabnya memberi kesan
yang tak baik untuk jangka panjang. Tak percaya boleh rujuk gambar-gambar zaman muda-muda (zaman tight
ranggi) sampai pertengahan usia ni, memang tak ada langsung pakai kasut getah. hahaha.. Mungkin ramai yang tak setuju dengan saya. Alasannya kasut getah ni bagus, grip, ringan, kalis
air, murah, tapi percayalah, keburukan untuk jangka panjangnya lebih banyak dari kebaikan yang
anda nampak sekarang ni. Biar berbelanja lebih sikit untuk kaki kita. Kaki nak pakai lama
woo..:))
Setuju juga dengan pandangan rakan-rakan tentang faktor-faktor lain yang menyebabkan penyakit tu seperti lebih
bebanan, teknik trekking dsbg.
Jangan disebabkan kesilapan penggunaan kasut pada masakini membantutkan impian kita semua untuk
mendaki & terus mendaki pada masa-masa yang akan datang! (sampai tua daaaa..:)) g7 entah kemana,
big5 entah kemana..;)
Hendak tau lebih lanjut tentang jenis kaki anda & kasut yg sesuai untuk anda, kunjungi booth Adidas
footscan system semasa larian adidas King of The Road (promote sikit beb! hehehe)
p/s when u dream big, impossible is nothing!!!
Salam,
deeno
Info :
Artikel ini disusun dari topik perbincangan di OGKL mailing list.
Glosary:
g7 - 7 gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian melebihi 7000 kaki.
big5 - 5 gunung utama / tertinggi di Malaysia.
|