|
Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera...
Syukur alhamdulillah, kelab OGKL telahpun selesai melaksanakan AGM bagi sessi pemilihan pucuk pimpinan OGKL bagi tahun 2009 bertempat di Bilik Seminar Buyong Adil, Wisma Sejarah dengan dirasmikan oleh tokoh pendaki negara, YBhg.Dato' Hj Khalid B Mohd Yunus. Berlaku beberapa kejutan juga dari segi pemilihan ahli MT serta AJK yang dilantik. Buat yang dipilih tahniah diucapkan, manakala yang tidak terpilih teruskan menyokong barisan kepimpinan baru.Moga berkat sokongan serta tolak ansur semua, kelab OGKL
akan bertambah teguh dari masa kesemasa.
Tak lupa buat semua ahli yang menghadiri agm OGKL, berbanyak terimakasih diucapkan.Tanpa kehadiran anda semua pastinya agm tidak dapat berjalan dengan lancar. Selain itu juga tu pelancaran Trans Aceh-Medan turut dijalankan dengan YBhg.Dato Hj Khalid B Mohd Yunus telah menandatangani serta menulis di atas banner 'Diluluskan' untuk trip ke Indonesia ini.
Berikut merupakan senarai majlis tertinggi OGKL serta ajk-ajk yang dilantik bagi sessi pemilihan semalam;
Penasihat : Hjh Zaleha Bt Abu Samah
Presiden: Zainudin B Lot
Naib Presiden: Afif B Che Embi
Setiausaha: Amirul Ajra B Ajisat
Bendahari: Mohd Adzmin Shahfeezan B Mohd Amin
AJK: Zulhilmi
Ahad
Besek Sarina
Azizan Zolkipli
Shukri
Juruaudit Dalaman : Khairuddin Mohd Noor & Fazidah Ahmad
Webmaster: Khairinah Chumari
Moderator: Jumat Majid & Mohd Hafez Zulkefey
Dalam AGM semalam juga telah diusulkan beberapa perkara bagi tujuan
penambahbaikan kelab OGKL. Antaranya;
1. Mewujudkan kelompok Ahli Kehormat (menurut definisi OGKL sendiri) berdasarkan kriteria yang akan dibincangkan lebih lanjut oleh AJK OGKL. Disokong sebulat suara untuk dimasukkan kedalam perlembagaan kelab.
2. Keahlian
i)berdasarkan program yang diikuti/persetujuan AJK kelab
ii)keahlian seumur hidup
Perkara berkaitan keahlian juga telah dipersetujui sebulat suara menerusi AGM untuk ditambah kedalam perlembagaan kelab.
p/s Turut disertakan foto barisan ajk ogkl bagi sessi 2009/2010



|