|
Route Pendakian G. Semeru
Rajah route pendakian serta butir-butir setiap checkpoint boleh dilihat dan dibaca di Balai Pameran Ranupane. Untuk pengetahuan
semua, trek yang bakal kita lalui nanti adalah terdiri
daripada (angaran peribadi saya) padang sauna @
kawasan terbuka (70%), hutan hidup (10%), pacak (15%),
padang pasir (5%).
Susur checkpoint sepanjang route.
Ranu Pani
Kantor Taman National Bromo-Tenger-Semeru untuk pendaki membuat laporan pendakian. Sekitar sini adalah perkampungan suku Tengger. Kepercayaan suku Tengger adalah amenisme. Makanan ruji adalah nasi dimakan bersama mee (seperti maggi mee) dan sayur kubis goreng air. Rumah suku Tengger mempunyai dapur di ruang utama. Kawasan yang dianggap pedalaman ini masih menggunakan kayu sebagai bahan bakar. Sumber ekonomi utama adalah bercucuk tanam sayur kobis, cili dan epal.
Watu Rejeng
Lerengan bukit.
Ranu Kumbolo
Danau yang berada di tengah-tangah padang savana. Pondok persinggahan dibina, namun saat ramai pendaki, khemah boleh didirikan sekitar danau. Terdapat beberapa pusara disini. Untuk maju dari sini, pendaki perlu mendaki satu cerun bukit yang dipanggil tanjakan cinta.
Oro-oro Ombo
Kawasan padang rumput yang luas, tumbuhan seperti savana. Dilereng bukit ada pokok cemara dan pokok pine.
Jambangan
Kawasan tepian bukit ada pokok cemara dan pokok pine. Boleh dijumpai pokok andalewis putih.
Kalimati
Checkpoint betul-betul kaki puncak Mahameru. Hujan debu boleh dirasai hingga disini. Terdapat kawasan hutan hidup dengan pokok pine dan kawasan padang rumput.
Arcopodo
Tapak perkhemahan terakhir sebelum puncak Mahameru. Tiada sumber air disini. Hutan disini dipenuhi debu.
Kawasan pengakhiran hutan. Terdapat deretan pusara dari tapak perkhemahan menuju ke zon pasir. Langkahlah pusara dengan aman.
Puncak Mahameru
Puncak yang datar dengan sisi selatan adalah kawah gunung semeru. Batuan dan debu dari letusan akan menimbun di puncak ini. AWAS jangan terlalu dekat dengan sisi kawah.
Tips dan penjelasan lanjut ada dibincangkan di mailing list.
-Oleh Paei & Apip-
|