|
Gunung Banang
Ketinggian : 1401
kaki
Gunung setinggi
1401 kaki ini terletak di Daerah Batu Pahat,
Johor. Gunung ini boleh di kategorikan sebagai
bukit sahaja, tetapi oleh kerana ia merupakan
mercutanda tertinggi di Bandar Batu Pahat,
ia dipanggil dengan nama Gunung Banang.
Pendakian ke puncak boleh dilakukan dalam
masa sehari sahaja. Penulis telah membula
trail ke puncak pada tahun 2007 lalu. Treknya
sejauh lebih kurang 2.5 km sahaja. Pendakian
boleh dimulakan dari di penghujung jalan
Kg. Petani, Jalan Minyak Beku. Dari hujung
jalan pendaki akan melalui kebun kelapa
sawit, seterusnya pendaki akan melalui dusun
durian yang penuh semak samun.
Trek terletak di sebelah
kiri Sungai Petani Besar. Dari dusun durian
trek akan masuk ke hutan. Keadaan trek agak
landai dan setangah jam berjalan pendaki
akan berjumpa dengan kawasan yang dipenuhi
batu-batu besar. Pendaki akan menemui sebuah
batu yang begitu besar berbentuk seperti
muncung kapal, batu itu dipanggil sebagai
Batu Kapal oleh orang kampung. Seterusnya
dari kawasan Batu Kapal pendaki akan mendaki
trek yang tidak terlalu curam sehingga tiba
di atas permatang di ketinggian 750 kaki.
Dari situ pendaki akan mendaki arah barat
melalui susuh bukit yang sederhana curam
hingga tiba ke puncak gunung.
Di atas puncak gunung terdapat
Menara Pemancar Gelombang Mikro yang dikawal
oleh tentera. Pendaki terpaksa melalui tepi
pagar untuk pergi ke kawasan viewpoint lebih
kurang 50 kaki di bawah puncak yang paling
tinggi. Terdapat beberapa buah batu besar
di kawasan viewpoint dan dari sini pendaki
boleh melihat dengan jelas Bandar Batu Pahat,
Sungai Batu Pahat dan Selat Melaka. Perjalanan
turun hingga ke kebun kelapa sawit hanya
memakan masa 1 jam. Di kebun kelapa sawit
ini terdapat sebuah air terjun kecil, dimana
pendaki boleh membersihkan badan sebelum
keluar.

Puncak
Gunung Banang
|

Puncak
Gunung Banang
|
Disediakan / Photo:
Noh B Hj Ismail
Pembantu Hidupan Liar
Taman Negara Johor Pulau Kukup
Kukup, Pontian, Johor
2008
|