|
Gunung Bah Gading / Bar Gading, Bidor.
Gunung Bar Gading juga
disebut Gunung Bah Gading dan lebih kerap
disebut Ba Gading berada di kawasan Hutan
Simpan Bukit Tapah, Bidor, Perak. Gunung ini
agak jarang didaki pendaki dan kurang
diketahui umum walaupun jelas kelihatan dari
Bidor dan Sungkai.
Gunung ini dimanakan sempena nama seorang
Orang Asli, Bagading. Diceritakan suatu masa
dahulu si Bargading ini telah bertelingkah
dengan keluarganya lalu lari bawa diri ke
gunung tersebut. lalu orang kampung
memanggil gunung itu Gunung Bagading. Satu
lagi cerita bekenaan gunung ini ialah,
dilihatan 2 puncak yang agak setara
tingginya. Satu puncak dikatakan jantan dan
satu lagi betina kerana suatu masa dulu
terdapat sepasang suami isteri yang
bertelingkah, masing-masing lari membawa
diri di puncak berasingan. Puncak
betina/emak adalah puncak yang berbeirut
manakala puncak yang satu lagi tidak didaki
oleh orang asli setempat.
Laluan Pendakian
Bermula dari Pekan Bidor pendaki perlu menaiki
pacuan 4 roda melalui jalan ladang sawit, offroad menuju
ke Pos Gedong, iaitu satu penempatan orang
Asli. Sebelum itu perjalanan melintasi satu
lagi penempatan orang Asli, Pos Senta, 10
atau 15 minit dari Bidor. Masa
perjalanan ke Pos Gedong dari Bidor akan mengambil masa kira-kira
1 jam dan 3 kali melintasi sungai.
 |
|
Sek. Keb. Pos Gedong
|
Pos Gedong dikelilingi beberapa kampung
Orang Asli kaum Semai. Kebanyakan orang asli
di Pos Gedong datang dari Pahang, dan
menggunakan bahasa Melayu Pahang selain
bahasa Orang Asli Semai Pahang. Pos Gedong
mudah dikenali memandangkan terdapat sebuah
sekolah bangunan batu yang jelas nama Sek.
Keb. Pos Gedong. Disisi sekolah ada kawasan
padang luas boleh dijadikan kawasan rehat
pendaki.
10 minit pertama pendaki perlu menyusuri penempatan Orang
Asli di Pos Gedong hingga ke tepi Sungai
Bidor di sebelah kanan. ini sungai pertama yang
perlu dilintas. Seterusnya perjalanan
menyusuri sungai ini. Ada masa melintas
sungai, river trekking, melalui tebing
sungai. Kira-kira 11 kali lintas sungai yang agak
berjeram dengan ketinggian air paras lutut. Kira-kira
1 jam 45 minit tamatlah perjalanan di
sungai.
Seterusnya pendakian bermula dengan mendaki
tebing sungai hingga ke trek balak tinggal.
1 jam trekking pendaki akan tiba di
checkpoint sungai terakhir dan sumber air
terakhir pendaki.
 |
|
berbelas kali lintas Sg. Bidor
|
 |
|
lintas
air terjun
|
Pilihan bagi pendaki yang tidak mahu basah,
bolehlah terus menggunakan jalan balak dari
Pos Gedong. Cuma cabaran trek yang terdedah
dengan panahan mentari dan mendaki trek
balak yang panjang. 3 jam trekking pendaki
akan tiba di checkpoint sungai terakhir dan
sumber air terakhir pendaki.
 |
|
Sungai terakhir
|
Dari sungai terakhir, laluan masih trek
balak lama. Banyak laluan balak telah
terhakis dek aliran air hingga membentuk
gaung yang dalam hingga 5 - 7 meter dalam.
Tambahan pula beberapa tanah runtuh hingga
ada laluan begitu genting cukup-cukup lebar
tapak kaki, kiri-kanan gaung. 1 jam
pendakian pendaki akan tiba di satu Kem
Balak, tanah lapang dan datar, kelihatan
bekas tinggalan kongsi balak. 100 biji
khemah boleh didirikan disini. Terdapat satu
view point menghadap banjaran gunung.
 |
|
Kem Balak
|
15 minit dari Kem Balak menyusuri lagi trek
balak hingga mula trek hutan. Trek tidak
berapa jelas, memandang lama tidak
digunakan. Keadaan masih lagi mendaki dengan
kecerunan melebihi 45 darjah. 20 minit - 1
jam treking dalam trek hutan pendaki akan
tiba di atas permatang.
 |
|
sebahagian kemsite
|
Ada kemsite di atas permatang ini.
Kawasan perkhemahan cukup besar dikelilingi
pokok besar dan boleh menampung sekitar
40 orang. 160 langkah menyusuri permatang
dari kemsite ini ada satu lagi kawasan yang
boleh dijadikan tempat berkhemah memuatkan
10 - 15 orang. 20 minit pendakian seterusnya
ada sumber air berhampiran trek. Pendaki
perlu turun ke lurah yang cerun kira-kira 20
minit lagi. Sumber air disini datang dari
alur air dan mungkin kering jika tidak
hujan. Pendakian permatang ini tamat hingga
puncak anak bukit 45 minit dari kemsite.
Trek turun 10 minit kemudian mendaki daki
kaki anak Bar Gading selama 30 minit hingga
ke puncak anak Bar Gading. Pendaki akan
melalui hutan buluh, Ada juga beberapa kesan
peninggalan hutan terbakar dipanah petir.
Sebelum tiba di puncak anak Bar Gading ada
satu persimpangan, bebepa langkah ke sebelah
kanan ada trek ke puncak anak Bar Gading
manakala trek ke puncak disebelah kiri.
Pokok-pokok resam tumbuh disekeliling puncak
ini. Jika tidak berkabus pendaki boleh lihat
pemandangan 360 darjah.
Perjalanan seterusnya ke puncak cuma 15
minit. Puncak ditanda dengan beirut.
Pokok-pokok resam tumbuh memnuhi puncak
begitu juga di bawah beirut. Dikatakan
kawasan puncak pernah terbakar dipanah
petir. Sama seperti puncak anak Bar Gading,
pendaki dijanjikan 360 darjah panorama. Pendaki boleh melihat G.
Batu Puteh dengan jelas dari puncak gunung
ini selain banjaran gunung yan berbalam-balam.
Pekan Bidor dan Sungkai juga boleh dilihat
dengan jelas. Begitu juga dengan Pos Gedong.
Oleh:
eRyn
apip embi; kemaskini
dari ekspedisi OGKL 13-15 Julai 2007
Photo:
apip embi
|