|
Gunung Batu
Lawi
Ketinggian : 2046 meter = 6710 kaki
Gunung
Batu Lawi
|
Gunung Batu Lawi adalah
antara gugusan gunung yang terletak di Banjaran
Tama Abu,Bahagian Limbang, Sarawak dan mempunyai
ketinggian 2046 meter dari paras laut.Gunung
ini terletak di pedalaman Lawas ( hampir
100km dari pekan Lawas )."Twin Peak"
yang tersergam ditengah-tengah belantara
ini menampakkan lagi betapa "eksotik"nya
bentuk Gunung Batu Lawi.
Ia mempunyai dua puncak berkembar "Male
Peak" dan "Sister's Peak".Biasanya
penduduk tempatan akan mendaki ke Sister's
Peak ( kurang lebih 1900 meter dari paras
laut ) untuk mengadakan upacara tradisi.Gunung
ini lebih dikenali sebagai Gunung Batu "Laweh"
dikalangan penduduk tempatan.Pendakian ke
"Male Peak" memerlukan kamahiran
"rock climbing" dan mengambil
masa kurang lebih empat hari lagi untuk
sampai ke puncak.
Sayangnya,Gunung Batu Lawi masih lagi belum
mendapat title Taman Negara walaupon telah
bertahun usaha dijalankan untuk memastikan
kawasan Gunung Batu Lawi dipelihara dan
diberi title "Reserved Area".
Ini kerana industri pembalakan terlalu pesat
di kawasan tersebut.Harap-harap usaha pihak
berkenaan untuk mendapatkan title Taman
Negara untuk kawasan Gunung Batu Lawi diluluskan
agar kita sempat merasai keindahan Gunung
Batu Lawi dan treknya yang masih "virgin".
Log
Lawas - Ravens Cott Camp
Perjalanan dari Lawas Airport menuju
ke Ravens Cott Camp ( Kem balak ) sejauh
100km melalui jalan balak memakan masa selama
5 jam dengan menaiki pacuan empat roda.Perjalan
ini akan melalui beberapa kawasan perkampungan
orang asli dan juga "Merarap Hot Spring".Sekiranya
pendaki berminat,bolehlah singgah sekejap
di Merarap Hot Spring kerana disini terdapat
kolam air panas dan disediakan tempat penginapan
dan juga restoran (walaupon makanannya nampak
sedap,tapi sayang semuanya non-halal).Pendaki
dinasihatkan bermalam di Ravens Cott Camp.
Ravens Cott Camp - Batu Lawi Base Camp
Disini,pendaki boleh mendapatkan nasihat
dari pejabat balak untuk mengenalpasti laluan
4WD untuk ke kaki Gunung Batu Lawi.Ini kerana
kawasan sekitar masih lagi aktif dengan
aktiviti pembalakan,jadi kemungkinan perubahan
laluan ke kaki gunung adalah tinggi.Perjalanan
mengambil masa selama 2 jam untuk sampai
ke rumah kongsi.Dari sini pendaki mula mendaki
jalan balak selama 1 1/2 jam dan akan memasuki
trek.3-4jam trekking pendaki akan tiba di
Base Camp.Di sini terdapat sebuah camp site
yang besar,boleh menampung kira-kira 15-20
orang.Tiada punca air di Base Camp.
Ravens
Cott Camp
|
Base Camp - Saddle Camp / Sister's Peak
5-6 jam trekking dari Base Camp pendaki
akan tiba di Sadde Camp.Pendakian dari Base
Camp akan melalui beberapa anak sungai.Tiada
sungai besar berdekatan dengan trek,jadi
sumber air hanya boleh didapati dari anak
sungai.Selepas 4 jam trekking,pendaki akan
tiba di satu puncak bukit.Di sini,pendaki
boleh melihat dengan jelas wajah Gunung
Batu Lawi.Dari sini,pendaki hanya akan mendaki
melalui permatang menuju ke Saddle Camp.Sejam
dari puncak bukit ini,pendaki akan memasuki
hutan kerengas.Di sini,pendaki dapat melihat
dengan jelas pemandangan Gunung Murud dan
juga sedikit tinggalan "North Face
Climbing Expedition" diketuai Sam Lightner.
Pemandangan
menakjubkan Sister Peak dari Male
Peak
|

Tawi Sultan (guide)
dipuncak Sister Peak dengan berlatar
belakang Male
Peak.
|
Saddle Camp - Sister's Peak
Kem ini diberi nama Saddle Camp kerana
ia terletak antara dua puncak iaitu Male
Peak dan Sister's Peak .Dari jauh ianya
kelihatan seperti "horse saddle".Ketinggian
kem ini adalah 1830 meter dari paras laut.Pendaki
dinasihatkan bermalam di Saddle Camp kerana
laluan ke puncak agak curam,sempit dan berbahaya.Untuk
pengertahuan pendaki,Saddle Camp ini merupakan
laluan angin,jadi khemah dan fly sheet haruslah
dipasang sekukuh mungkin.Perjalanan day
pack ke Sister's Peak hanya memakan masa
selama kurang lebih 45minit ke 1jam.Pendaki
akan menjumpai "plat besi" yang
ditinggalkan oleh British Army sebelum tiba
di puncak.Berhati-hati dengan tangga kayu
yang menuju ke puncak kerana gunung ini
jarang-jarang sekali dilawat pendaki.
Sister's Peak
Puncak kembar Gunung Batu Lawi ini mempunyai
ketinggian 1900 meter dari paras laut.Pendaki
boleh melihat Male Peak dengan lebih dekat
dari sini.Pemandangan Gunung Murud juga
kelihatan jelas dari Sister's Peak.Panorama
banjaran gunung Tama Abu boleh dilihat dari
Sister's Peak.Pendaki bagaikan berada di
lautan hijau sejauh mata memandang.
Terima Kasih
Disediakan / Photo:
Razis Rahim
Lagi gambar Puncak Merdeka Batu Lawi Expedition
2007
http://www.flickr.com/photos/razisrahim/
|