|
Gunung
Batu Puteh (Bt. Putih), Tapah, Perak (6993')
Gunung ini dikatakan antara gunung 6000
kaki yang mencabar serta mempunyai trek
yang 'hampir membunuh'. Gunung ini pernah
ditutup untuk pendaki pada tahun 1995 selepas
seorang pendaki dilaporkan hilang dan tidak
dijumpai hingga kini. Kini gunung ini menjadi
antara gunung yang mesti didaki oleh pendaki
tempatan.
Hutan Lipur Kuala Woh
Pendaki boleh ke sini dengan menaiki bas
Tapah-Cameron Hingland dan berhenti di simpang
ke Kuala Woh atau terus menaiki bas ke TNB
Kuala Woh dari Tapah. Hutan Lipur Kuala
Woh berada berdekatan simpang ke Kuala Woh.
Terdapat jeram besar dan tapak perkhemahan
disediakan.
 |
|
Menyeberang
sungai - Simpang Y
|
Empangan Dalam
7KM perjalanan dari Empangan Kuala Woh.
Bagi pendaki yang berkenderaan boleh terus
ke sini hingga tamat jalan berturap setelah
melalui beberapa perkampungan orang asli.
Simpang Y
5-10minit trekking pendaki akan menjumpai
sungai bercabang seperti simpang Y. Memandangkan
banyak trek hutan disini, Simpang Y menjadi
petunjuk untuk pendaki. Disini pendaki perlu
merentas sungai berjeram yang berarus dan
agak dalam. Pendaki akan merentas sungai
beberapa kali pada permulaan trekking.
Sungai Akhir
1-2 jam trekking pendaki akan tiba disebatang
sungai yang tenang dan berjeram sedikit.
Pendaki boleh mengambil air disini sebagai
bekalan untuk pendakian seterusnya yang
lebih mencanak.
 |
|
Gua
|
Gua
3-5 jam trekking dari sungai akhir ada simpang
ke gua. Ada pendaki menggelar gua ini dengan
nama Gua Azan. Gua yang umpama batu besar
mengangga ini biasa dijadikan tempat bermalam
tanpa perlu mendirikan khemah. Bagi pendaki
yang ingin mendirikan khemah masih boleh
didirikan dihadapan gua ini. Terdapat sumber
air dari celah batu tidak jauh dari gua
ini yang membentuk anak sungai.
 |
|
Air
terjun Nak Terbunuh
|
G. Kak
1-2jam trekking dari Gua. Pendaki akan melalui
lereng cerun berbatu yang curam dan berjuram
dalam. Trek mencanak 70-80 darjah. Tangga
buluh ada dibuat bagi memudahkan pendaki
memanjat tebing untuk sampai ke sini, tapi
adakalanya tangga buluh ini uzur dan pendaki
perlu lebih berhati-hati. Puncak gunung
ini terbentuk dari beberapa bongkah batu
kapur putih hingga orang asli tempatan memanggil
gunung ini G. Batu Puteh.
 |
|
Campsite
G.Kak dari puncak G. Kak
|
Trail ke G. Batu Puteh tidak merentasi
puncak gunung ini tetapi pendaki boleh melencong
seketika ke puncak ini yang begitu dekat
dengan tapak perkhemahan. Ada kumpulan pendaki
yang ingin ke G. Batu Puteh menggunakan
khidmat jurupandu arah dari kalangan orang
Asli tempatan hanya dibawa sehingga gunung
ini.
 |
|
G.
Batu Puteh dari G.Kak
|
Terdapat satu kem site tidak jauh dari
puncak ini. Jelas kelihatan G. Batu Puteh(beirut)
yang besar dan bertebing batu setentang
dengan gunung ini. G. Batu Puteh yang nampak
melintang dari sini dipanggil G. Batu Lintang
oleh orang asli tempatan. G. Kak pula dipanggil
G. Batu Lintang oleh pendaki bagi menukar
nama G. Batu Puteh yang diberi oleh orang
Asli.
Last water point
Dari G. Batu Lintang ke sini hanya melalui
permatang hanya mengambil masa 1-2 jam trekking.
Terdapat satu kawasan beristirehat diatas
permatang dan punca air terakhir dibawah
cerun yang bergitu curam hingga digelar
'air terjun nak terbunuh'.
 |
|
Beirut
puncak G. Batu Puteh
|
G. Batu Puteh
Puncak gunung ini ditandakan dengan beirut
dan yang tinggal kini hanya beirut tanpa
zink. Jarak pendakian 2-3jam trekking dari
Last Water Point. Kawasan khemah di puncak
gunung ini boleh menampung 20-30 orang dalam
satu-satu masa. Panorama gunung berbalam-balam
boleh dilihat dari puncak gunung ini yang
jauh ketengah belantara. Pokok-pokok yang
renek dipuncak gunung ini serta menjadi
laluan angin menjadikan suhu dipuncak agak
dingin.
Hasil:
Apip Embi
Sumber:
Apip Embi
Photo:
Jusrizal &
Koleksi OGKL
|