|
Gunung
Belumut, Kluang, Johor.
Hutan Lipur Gunung
Belumut
G. Belumut terletak di Hutan Lipur Gunung
Belumut, di Kluang. Hutan rekreasi ini menjadi
tempat orang ramai berkelah dan bermandi-manda
dijeram selain aktiviti mendaki gunung.
Hutan Lipur ini turut menyediakan kemudahan
untuk berkhemah dan beristirehat. Jeram
di sini menjadi daya tarikan utama pengunjung.
Pendakian ke puncak G. Belumut mengambil
masa 3-6jam perjalanan.
 |
|
Batu Gigi (bawah)
|
Batu Gigi (Crown
Stone)
Formasi batu yang agak menakjubkan berbentuk
seperti beberapa batang gigi yang tersusun
juga dipanggil 'crown stone' berada ditepi
trek.Batu-batu yang kelihatan indah ini
dikatakan batu gigi bawah manakala batu
gigi atas yang seperti barisan gigi yang
tidak lengkap atau rongak terletak tidak
berapa jauh dan agak terlindung disebalik
pokok. Keadaan
rongak menyebabkan batu tersebut malu untuk
menonjolkan diri sebaliknya melindungi dari
pandangan mata pendaki.
Punca Air Terakhir
Punca air terakhir boleh didapati setengah
jam sebelum tiba ke puncak. Terdapat lopak-lopak
air yang adakalanya dipenuhi berudu. Air
juga agak kekuningan sedikit.
 |
|
Puncak batu tertinggi
|
Puncak
Puncak gunung bertanah rata namun terdapat
sebongkah batu besar dan sebongkah lagi
batu seperti pisau. Bongkah batu pisau inilah
tempat yang paling tinggi di puncak G. Belumut.
Pendaki boleh naik ke hujung Batu Pisau
ini tanpa kelengkapan wall climbing tetapi
perlulah berhati-hati. Kawasan puncak gunung
ini boleh memuatkan kira-kira 15- 20 orang
dalam satu-satu masa. Kawasan puncak dikelilingi
pokok-pokok tinggi yang menghalang tiupan
angin.
Hasil & Sumber:
Apip Embi
Photo:
Jailani (Pactrex)
|