|
Gunung Benom [Benum], Raub,
Pahang
 |
|
Hardcore 4wd
|
G. Benom merupakan salah satu
gunung yang mesti didaki oleh
pendaki-pendaki tempatan. Cabaran mendaki
gunung ini agak hebat dan dikategorikan
hardcore trail serta panorama yang menarik
ditambah pula terdapat jeram / lata dikaki
gunung ini.
Lata Berembun
 |
|
Lata Berembun
|
Pendaki boleh masuk ke Lata Berembun
dengan 4WD dari Pekan Sg. Klau, Raub.
Perjalanan lebih kurang sejam. Kem site
sekitar air terjun Lata Berembun yang juga
tempat perkelahan. Sungai deras dan lebar di
sini perlu direntas untuk mendaki ke G.
Benom. Trek seterusnya tidak jauh dari
kawasan jeram, adakalanya terpaksa
lalu di tepi tebing sungai yang curam.
Mula-mula lagi dah mencanak.
Pacat
juga banyak terutama kawasan lembab tak jauh
dari sungai. trek banyak yang mencanak. Trek
binatang pun banyak. 3-4 jam trekking
pendaki boleh jumpa last water point.
Kedudukan water point agak kebawah dari
trek.
 |
|
River
crossing
|
Kem Bulat
Dari last water point ke Kem Bulat 2-3 jam
treking, trek main permatang, ada beberapa
puncak bonsai, View atas permatang pun
cantik-cantik dengan bonsai-bonsainya lagi.
Kem bulat agak sempit sedikit untuk 20 orang
bermalam.
Kem ini dinamakan Kem Bulat kerana Bulat
OGKL beriya-iya hendak bermalam dan buka kem
disini semasa ekspedisi recce OGKL. Kebetulan
pula kem sitenya memang bulat . Begitulah
al-kisah KEM BULAT diberi nama . Kem Site
ini kalau terus kedepan akan menurun sedikit
, kalau ke kanan akan jumpa satu taman lumut
hijau yang sangat cantik. Tempat ini macam
ada orang yang menjaga pulak.
Puncak Benom
Kem Bulat ke puncak mengambil masa
kira-kira 2-3 jam. Pendaki perlu mendaki dan
adakalanya trek menurun ikut gua-gua batu
yang agak berbahaya. Ada juga melalui tepi
tebing yang curam. Puncak ditanda dengan
beirut. Awas, ada lebah bersarang dikawasan
beirut ini. Kalau turun di bawah sikit belah
kiri nampak campsite yang agak lapang sesuai
untuk lepak-lepak.
 |
|
Bergambar di papan tanda kemuncak
gunung
|
Photo:
Koleksi OGKL
|