|
Gunung
Berembun, Cameron Highland.
Hutan Lipur Sg.
Pauh
G. Berembun ini terletak di Hutan Lipur
Sg. Pauh, Brinchang, Cameron Hingland. Hutan
rekreasi ini menjadi tempat orang perkelahan
tanah tinggi dengan air jeram yang begitu
dingin. Hutan Lipur ini turut menyediakan
kemudahan untuk tapak khemah, surau, bilik
mandi serta wakaf. Pejabat Hutan berada
disini menjaga Hutan Lipur ini dan hutan
sekitarnya. Tarikan utama gunung ini menjanjikan
satu aktiviti jungle trail buat pelancong
ke CH serta satu gunung yang memudahkan
pendaki menambah koleksi pendakian gunung.
 |
|
Fauna
|
Pokok-pokok di tapak perkhemahan tinggi-tinggi
dan agak unik. Pendaki boleh mendaki samada
dari tapak perkhemahan atau pergi ke kebun
sayur bersebelahan Mardi dan Muzium Teh
CH. Papan tunjuk arah dan jarak dipasang
sepanjang trail.
 |
|
Kak
Leha di Beirut dan papan tanda
|
Puncak
Puncak gunung bertanah rata dan lapang.
Pokok-pokok agak tinggi tetapi terdapat
view point untuk pendaki melihat panorama
Pekan Brinchang. Keadaan beirut agak uzur
serta telah pun condong akibat patah beberapa
tiang kaki manakala papan tanda penuh dengan
kesan vandalisme.
Hasil & Sumber:
Apip Embi
Photo:
Amir@Tedbundijr
|