|
Gunung
Bintang, Kulim, Kedah
 |
|
White
Water Rafting di jeram deras Sg. Sedim
|
Gunung yang terletak di Banjaran Bintang
didaerah Kulim dan berdekatan Baling, Kedah
ini semakin popular sebagai tempat kegiatan
rekreasi selain jeram deras Sg. Sedim yang
popular untuk White Water Rafting (WWR).
Jarak keseluruhan trail pendakian adalah
sejauh 14.3 KM.
Basecamp I - Kg. Sg. Sedim
Basecamp I yang terletak bersebelahan tempat
WWR Sg. Sedim disediakan kemudahan tapak
perkhemahan bukan sahaja untuk pengiat rekreasi
WWR malah pendaki G. Bintang ramai berkhemah
disini. Tapak khemah yang boleh menampung
ratusan orang turut menyediakan tandas dan
surau selain jeram deras Sg. Sedim yang
seronok dijadikan tempat mandi-manda. Dari
basecamp I pendaki akan melalui trek balak.
Tapak Lombong
Pendaki boleh tiba di sini dengan menyewa
4WD atau berjalan dari basecamp I. Hanya
10 minit dari basecamp I. Peninggalan tapak
lombong bijih menjadi sejarah pernah ada
kegiatan perlombongan bijih disini. Dari
sini pendaki akan mendaki melalui trek downhill
mtb. Masa dekat dengan acara trek ini cerah
sebaliknya trek ini akan dipenuhi resam
hingga ada trek hutan sebelahnya bagi mengelakkan
resam yang begitu tebal.
 |
|
Air
Terjun di Basecamp II
|
Bukit Senyum
Bukit dangan trek balak yang begitu mencanak
diselangi hutan belukar dan tanah gersang
tanpa pokok yang melindungi dari panahan
mentari. 'Senyum tak senyum' para pendaki
mendaki bukit ini.
Basecamp II - Air Terjun
Terletak ditengah-tengah trail ke G. Bintang.
Air Terjun yang merentangi laluan ini menjadi
sumber air bekalan dan untuk kegunaan semasa
berkhemah disini. Walaupun kolam air terjun
ini agak kecil, kedinginan air terjun ini
tetap menyegarkan.
Panorama Kiri - Panorama Kanan
Pendaki masih lagi melalui trek balak tinggal
yang agak panjang dan bersimpang siur. Ada
dua viewpoint yang menjadi antara petunjuk,
mula dari viewpoint disebelah kiri dan kemudian
viewpoint disebelah kanan dengan jarak 5
minit berjalan antaranya. Kemudian pendaki
akan mula memasuki trek hutan.
 |
|
Bonsai
Garden,
|
Taman Bonsai
Satu kawasan berpokok bonsai umpama sebuah
taman, kawasan ini agak datar dan lapang.
 |
|
Puncak
G. Bintang Kecil
|
G. Bintang Kecil
Anak G. Bintang dinamakan G. Bintang Kecil
berada tidak berapa jauh dari Taman Bonsai.
Kedudukannya bertentangan dengan G. Bintang
hingga dapat dilihat beirut G.Bintang dengan
binokular. Ada petunjuk arah palsu yang
mengelarkan kawasan ini sebagai puncak G.
Bintang. Kini papantanda yang disediakan
disini dapat memberi info lokasi kepada
pendaki. Trek dari sini ke Puncak G. Bintang
pendaki akan melalui pokok-pokok buluh dan
beberapa kubang Gajah.
 |
|
Puncak
G. Bintang
|
Puncak G. Bintang
Puncak ini ditanda dengan beirut, tapi tiang
beirutnya telah runtuh dikatakan ditolak
oleh gajah. Tapak khemah di sini boleh menampung
15-25orang. Suhu puncak boleh mencecah 15darjah
celcius.
Hasil & Sumber:
Apip Embi
Photo:
Apip Embi & Roland
|