|
Gunung
Bunga Buah, Genting Highland, Pahang
Gunung Bunga
Buah adalah antara tempat latihan pendaki-pendaki
gunung di Lembah Klang. Kebiasaannya gunung
ini didaki ketika cuti hujung minggu. Gunung
ini boleh didaki dalam masa sehari atau
pendaki boleh juga bermalam dipuncak gunung
ini. Faktor berdekatan Lembah Kelang, memudahkan
pendaki menuju ke Genting Highland dalam
masa yang singkat dan faktor tempat mula
pendakian yang bersebelahan Jalan KL - Genting
Highland.
 |
|
Rock
Garden & View Point
|
Tapak Mula
Gunung Bunga Buah didaki dari kawasan Genting
Highland. Terdapat dua pintu masuk ke gunung
ini. Satu dari simpang belakang Hotel Sri
Malaysia dan satu lagi dari bulatan besar
selepas Pondok Polis di jalan ke Genting
Highland. Kedua-dua tapak mula ini adalah
tanah persendirian dan pendaki perlu mendapat
izin sebelum melalui tanah persendirian
bagi mengelakkan dari dikatakan menceroboh.
Kedua-dua tapak mula ini merupakan laluan
berbatu bekas jalan kuari dan bertemu antara
keduanya. Sumber air boleh diambil di alur
air di tepi jalan kuari bagi yang mendaki
dari Bulatan manakala bagi pendaki yang
mendaki dari Sri Malaysia boleh mengambil
air paip di pondok pengawal apartment di
belakang Sri Malaysia.
Simpang Trail
Tepi laluan kuari ada satu trek hutan. Pendaki
hanya perlu menyusur sepanjang trek untuk
sampai ke puncak gunung. Trek gunung ini
mengikut permatang dan ada satu tempat berbatu
yang agak menarik sebelum tiba puncak dipanggil
Rock Garden. Panorama pusat peranginan Genting
Hingland jelas dari sini.
Puncak G. Bunga
Buah
Puncak gunung ini ditanda dengan beirut.
Tapak khemah di puncak selesa untuk 20 -
30 orang. Pokok-pokok yang tinggi menghalang
pemandangan sekitar.
 |
|
G.
Bunga Buah dilihat dari Genting Highland
serta trail dari Hotel Seri Malaysia.
|
 |
|
Beirut
ditengah-tengah kawasan lapang.
|
Hasil:
Apip Embi
Sumber:
Apip Embi
Photo:
Koleksi OGKL dan
Apip Embi.
|