|
Gunung
Gagau, Tasik Kenyir.
Gunung Gagau merupakan satu gunung yang
jarang kita dengar pendakiannya. Gunung yang
berada di Hutan Tasik Kenyir terletak
dibawah kawasan Taman Negara Pahang yang
telah di wartakan sebagai kawasan lindungan
menjanjikan panorama yang indah dan cabaran
yang hebat.
Pengkalan
Gawi / Pengkalan Jenagor
Pengkalan ini merupakan pintu masuk ke
Tasik Kenyir. Terdapat jeti di kedua-dua
pengkalan ini. Urusan kemasukan ke Tasik
Kenyir perlu dilaporkan disini dan
kebiasaannya jurupandu arah akan menanti
disini.
Tanjung Metong
Tanjung Metong merupakan check point
selepas bertolak dari Pengkalan Jenagor.
Chalet-chalet yang menarik dibina disini.
Pendaki boleh melepaskan hajat di kemudahan
tandas yang disediakan di Jeti Tanjung
Metong.
Sg. Cicir
Sg. Cicir adalah starting point
pendaki mula treking. Kem site ada
disediakan disini. Terpulang pada pendaki
mahu berkhemah disini atau sekadar singgah
sahaja.
Kem Pak Chow
Trek dari Sg Cicir ke sini masih
samar-samar kerana amat jarang dilalui.
Jarak perjalanan 5 - 8 jam treking, itu pun
sekiranya tak mengagau mencari trek. Banyak
bukit yang perlu didaki dan dituruni. Paling
mencabar pendaki terpaksa menurun bukit yang
begitu curam dengan berpandukan tali yang di
ikat antara pokok dan pokok yang lain.
Keadaan tanah yang licin juga menyukarkan
lagi perjalanan. Sebatang sungai yang
mengalir dengan air yang sejuk dan dipenuhi
ikan-ikan cukup menenangkan diri. Kem site
selesa dihuni bagi 25 orang.
Kem Site B
3-4 jam dari Kem Pak Chow.
Perjalanan ke Kem site B agak landai cuma
cabaran melepasi pokok-pokok tumbang serta
pokok-pokok berduri ditepi-tepi trek. Dari
Kem Site B ke puncak pendaki terpaksa
melalui permatang yang agak panjang.
Kemudian pendaki akan bertemu batu sempadan
3 negeri iaitu Pahang-Kelantan-Terengganu.
Puncak G. Gagau
3-5 jam dari Kem Site B. Kawasan puncak
gunung tak berapa besar. Semasa kabus tebal
view tak ada sebaliknya Panorama Tasik
Kenyir dari puncak gunung dapat dilihat
indah.
Hasil & Sumber:
Ieda @
Zarida
Photo
Ieda @
Zarida
|