|
Gunung
Gajah Terom (3,958 kaki ), Kuala Berang,
Terengganu
Gunung Gajah Terom berada diantara Air
Terjun Sekayu, Kuala Berang dan Air Terjun
Lansir, Tasik Kenyir. Rekod pendakian ke
gunung ini sehingga tahun 2007, dikatakan
selang dua tahun 1 kumpulan sahaja yang
mendaki.
Gunung ini dinamakan Gunung Gajah Terom
kerana terdapat gajah-gajah yang
tinggal/duduk(terom) di kawasan gunung ini.
Ada versi lain dikatakan seekor gajah yang
tersepit diantara dua batu (berdekatan
puncak), menerong (memekik), peristiwa gajah
terong ini diambil untuk menamakan gunung
ini. Perubahan prosakata akhirnya jadi gajah
terom.
Air Terjun Sekayu
Pendakian bermula dari Padang bola sepak,
berhadapan Hutan Lipur Air Terjun Sekayu
menyusuri laluan kebun-kebun penduduk
setempat. 30 minit kemudian pendaki akan
mula memasuki kawasan hutan dari kawasan
lembah yang berpacat. Seterusnya mula
mendaki sedikit sepanjang trek balak lama.
 |
|
Kemsite
|
Sg. Pertama
3 jam treking melalui trek balak lama,
adakalanya trek tertutup dengan pokok-pokok
tumbang. Jeram pada sungai ini, dipenuhi
ikan-ikan tengas, airnya pula dingin dan
jernih. Pendaki perlu melintas sungai ini
untuk meneruskan pendakian.
Batu Pak Kadir
45 minit dari checkpoint sungai tadi,
pendaki akan melintasi sebongkah batu besar
di sebelah kiri trek. Batu ini disebut Batu
Pak Kadir oleh jurupandu kami. Trek mendaki
dengan kecerunan 35 - 45 darjah.
|
 |
|
Beirut Gajah Terom
|
Kemsite
40 minit dari Batu Pak Kadir. Keluasan
kemsite boleh menampung 45 - 55 orang.
Memandangkan jarang pendakian dilalukan.
Kemsite ditumbuhi pokok-pokok renek dan
perlu ditebas semula. Punca air iaitu alur
air, berada 5 minit berjalan dengan
kecerunan 35 darjah.
Puncak G. Gajah Terom
1 jam ke 1 jam setengah mendaki
dari kemsite baru sampai puncak G. Gajah
Terom. Itu pun jika tidak tersasar,
memandangkan ada beberapa trail, termasuk
trail gajah dan trail pemburu gading gajah.
Puncak ditanda dengan beirut dan batu tanda.
Pendakian OGKL pada 2007, kaki beirut telah
pun patah dan beirut rebah menyembah bumi,
dikatakan ditolak sang gajah.
Panorama puncak menyajikan pekan Kuala
Berang, Lembangan Sg. Terengganu dan
sebahagian Tasik Kenyir. Keadaan puncak yang
tirus dan sempit hanya boleh menampung 2-4
orang untuk bermalam. Itupun pada bahagian
cerun.
Log & Photo
Apip Embi
ekspedisi 16 -17 Jun 2007
|