|
Gunung
Gerah (6,898 kaki ) - Gunung Bieh (6,800
kaki), Ulu Sepat, Perak
Starting Point
Perjalanan bermula dari lokasi Pekan Lasah,
bertukar pengangkutan ke 4WD untuk masuk ke
perkampungan orang asli Kampung Lerlar
melalui jaln tanah merah bekas trek balak
selama 4 jam. Selama itulah pendaki perlu
melayan laluan berbukit, merentas sungai
diatas 4WD dengan terhinjut-hinjut.
Jurupandu arah
Jurupandu arah boleh diupah dari
penduduk Kg. Lelar. Sekiranya tiada
jurupandu arah disini, pendaki boleh
mendapatkan khidmat penduduk Kg. Agik.
 |
|
Matahari terbit lihat dari Gerah
|
Kg. Lelar - Kg. Agik
Trail ke Kg. Agik adalah trail hutan. Kg
Agik sendiri sebenarnya terletak didalam
hutan. Prejalanan kira-kira seharian.
Pendaki perlu merentas bukit-bukit dan
menyeberangi sungai yang agak besar dan
deras. Waktu tengahari pendaki boleh tiba di
Kem Lebah
sebelum tiba di simpang Kg. Agik. Perjalanan
ke simpang ini agak santai kerana treknya
tidak begitu susah.
Pendaki akan bertemu satu simpang merupakan
laluan bagi pendaki keluar dari Gunung Ulu
Sepat. Seterusnya pendaki perlu melayan
laluan mendaki ke Bukit Panorama
Laluan disini pendaki akan ditemani oleh
nyamuk hutan dan agas yang mendiami kawasan
hutan ini. Bkt Panorama berada 4040 kaki
dari paras laut serta pendaki pendaki boleh
lihat Gunung Ulu Sepat sekiranya tiba
sebelum gelap.
Bkt Panorama
Sajian pertama perjalanan pendaki ialah
Bukit Good Morning. Langkah berikutnya
berjalan ke kawasan berlumut (pematang)
tanpa henti. 1 jam lebih perjalanan, pendaki
boleh tiba di permatang. Melalui permatang
adalah satu perjalanan menyusuri laluan yang
memukau pandangan mata. Laluan seterusnya
sungguh menakjubkan, kelihatan deretan
pelbagai spesis Periuk Kera yang tersidai di
dahan-dahan pokok. Makin lama perjalanan,
pendaki memasuki kawasan pohon renek(bonsai).
Sebiji periuk kera berukuran saiz betis
manusia ditemui disini.
|
 |
|
Beirut Gerah
|
Puncak G. Gerah
Selewat jam 5 petang pendaki akan sampai
ke puncak Gerah. Terdapat beirut dan batu
sempadan yang memisahkan 3 buah negeri iaitu
Perak, Kelantan dan Pahang. Terpukau mata
memandang. Kelihatan Gunung yang sering di
daki oleh pendaki iaitu gunung disekitar
banjaran Titiwangsa, Gunung Chamah & Ulu
Sepat. Malam yang agak sejuk dan suhu 14.5
darjah direkod pada awal malam.
Puncak G. Bieh
Setengah jam perjalanan dari puncak Gerah
pendaki boleh tinggalkan haversack dan
meneruskan hanya dengan daypack atau lebih
ringkas lagi dengan botol air sahaja. 4 jam
dalam trek termasuk menebas trek, pendaki
OGKL tiba di Gunung Bieh. Rekod
sahabat OGKL yang mendaki tahun 1998 lalu, 3
jam masa perjalanan diperlukan untuk ke
Gunung Bieh. Puncak tidak ada Beirut, cuma
batu sempadan sahaja. Kawasan puncak Gunung
Bieh ini seakan-akan sama dengan Puncak
Gunung Liang Timur di Tanjung Malim, Perak.
 |
|
Puncak G.Bieh, G.Belatok & G.Sepat
|
Kem Ubat Nyamuk
Sebaik kembali dari puncak Bieh ke lokasi
tinggalan haversack, destinasi berikutnya
ialah Kem Ubat Nyamuk. Jam 5 petang pendaki
sudah boleh tiba disini. Spesis nyamuk hutan
yang banyak menyambut kehadiran pendaki di
kem ini. Deruan air Sungai Gerah yang
berdekatan kem membolehkan pendaki mengambil
peluang membersihkan badan walaupun air
sungai Gerah ini sejuk di tahap beku kerana
kem ini terletak pada ketinggian 5050 kaki
dari paras laut.
Kem Ubat Nyamuk -Kg. Agik
8 Jam perjalanan termasuk berhenti rehat
tengahari pendaki boleh tiba kembali ke Kg.
Agik. 3 jam pertama trek yang dilalui
tidak begitu susah. Pelbagai jenis kulat,
cendawan, tumbuhan yang boleh temui.
Perjalanan seteruskan melalui kawasan
berbukit bukau serta merentasi sungai.
Perjalanan kali ini agak membosankan kerana
pendaki terpaksa melayani bukit-bukit untuk
sampai semula ke Kampung Agik. Pendaki boleh
menumpang bermalam di Kg. Agik mengikut
ihsan penduduk. Dari Kg. Agik ke Kg. Lelar
adalah melalui trek yang telah dilalui
semasa mula. Jam 2 -3 petang pendaki boleh
tiba di Kg. Lelar seterusnya menaiki 4WD ke
Pekan Lasah.
Log:
Mohd Khairulhazri b. Ramli - 2 Feb 2006.
Photo:
Arey
|