|
Gunung
Irau - Gunung Brinchang, Cameron Highland, Pahang
Starting Point
Starting Point G. Irau terletak berhampiran
Puncak G. Berinchang. Pilihan pendaki samaada
datang/mendaki dari kaki G. Berinchang atau melalui
jalan separa tar ke pencawang G. Berinchang
bermula dari Ladang Teh Sg. Palas.
Trail
Trek G. Irau melalui sempadan Pahang - Perak.
Batu tanda sempadan ada sepanjang trek.
Trek cukup jelas dan begitu lembab dan sentiasa
becak. Ada beberapa puncak tipu sebelum
sampai ke puncak sebenar G. Irau.
 |
|
Puncak
G. Irau
|
Anak Irau
Puncak pertama dari starting point dan agak
luas dan ada kawasan khemah yang boleh memuatkan
15 - 25 orang.
Puncak G. Irau
3 jam trekking dari starting point. Puncak
gunung ini ditanda dengan batu tanda. Tahun
2002 Papan tanda Puncak didirikan. hanya
ada tumbuhan renek sekeliling puncak. Keadaan
ini membuatkan puncak Irau terdedah pada
tiupan angin dingin di Cameron Highland.
Sekiranya tidak berkabus, pendaki boleh
melihat Banjaran Titiwangsa, Blue Valley,
G. Swettenham, G.Berincang dan sekitar Cameron
Hingland.
Puncak G. Brinchang
Puncak gunung ini mempunyai beberapa
pencawang telekomunikasi. Pencawang ini
menjadi tanda untuk pendaki kenal gunung
Brinchang ketika berada di gunung-gunung
lain di banjaran Titiwangsa. Satu menara
tinjau didirikan disini membolehkan
pengunjung melihat panorama sekitar serta
Banjaran Titiwangsa.
Kemaskini:
Gunung Irau merupakan salah satu gunung
yang mempunyai ketinggian melebihi 2000
meter di Semenanjung Malaysia. Terletak
di utara pekan Brinchang di Cameron Highland,
Gunung Irau merupakan salah satu gunung
yang popular dikunjungi oleh pendaki pada
hujung minggu. Ia juga merupakan salah satu
lokasi pemfileman wayang box-office Puteri
Gunung Ledang (scene hutan dimana puteri
menetap tu) kerana keindahan hutan semula
jadinya.
 |
|
Nyaman
suasana dikelilingi pokok-pokok berlumut.
|
Hutan
di Gunung Irau merupakan salah satu yang
paling unik. Ia penuh berlumut (mossy forest)
dari lantai trek ke puncak pokok. Keadaan
ini menyebabkan suhu di dalam hutan di antara
13-17 darjah celcius. Sekiranya anda berhenti
berehat seketika, besar kemungkinan boleh
terlihat haba (dalam bentuk wap) badan keluar
dari paras bahu hingga ke kepala. Keadaan
hutan berlumut juga merupakan permandangan
yang cantik dan agak unik. Berdiri di dalam
hutan berlumut di Gunung Irau umpama sedang
serdiri di dalam Fangorn Forest dalam wayang
Lord of The Rings.
Trek mendaki Gunung Irau bermula dari tempat
parking kereta di puncak Gunung Brinchang.
Gunung Brinchang mempunyai jalan bertar
yang paling tinggi di Malaysia. Trek Gunung
Irau agak tersembunyi, ia berada di atas
sebuah dinding tanah betul betul di belakang
tempat parling kereta Gunung Brinchang.
Keadaan trek amat berlumpur disebabkan ia
kerap digunakan pendaki. Trek adalah jelas
kelihatan dan ditanda dengan ikatan tali
serta papan tanda dan batu pembahagi sempadan
negeri. Walau bagaimanapun, adalah dinasihati
untuk melaporkan diri/kumpulan pendaki anda
kepada Balai Polis Brinchang sebelum mula
mendaki, supaya sekiranya berlaku apa apa
kemalangan, bantuan dapat disegerakan.
 |
|
Trek
berlumpur
|
Keadaan
pendakian trek Gunung Irau boleh dikatakan
sederhana kesusahannya. Tidak terdapat banyak
pendakian dan penurunan yang curam. Ini
disebabkan tempat permulaan pendakian (Gunung
Brinchang) terletak di paras yang tinggi
iaitu kira kira 1600 meter. Trek Gunung
Irau agak licin dan lazimnya anda akan melintas
diatas akar akar pokok atau merangkak dibawahnya.
Kira kira 2/3 jarak perjalanan, anda akan
sampai ke satu tempat yang rata. Tempat
ini dinamakan Anak Irau dan merupakan camp
site sekiranya ahli kumpulan anda besar
(melebihi 20 orang). Dari Anak Irau, anda
boleh melihat menara komunikasi di Gunung
Brinchang dan juga puncak Gunung Irau. Perjalanan
dari sini ke puncak Gunung Irau adalah kira
kira 2 jam.
Puncak Gunung Irau tidaklah amat besar dan
hanya boleh memuatkan kira kira 5 khemah.
3/4 kawasan puncak diliputi pokok yang ketinggian
kira kira 2 meter. Permandangan di puncak
amat menarik dimana anda boleh melihat gunung
ganang yang terletak di Banjaran Titiwangsa.
Jalan raya merentasi banjaran, yang menyambungkan
Blue Valley (Cameron Highland) dengan Simpang
Pulai (Ipoh) jelas kelihatan. Suhu dipuncak
boleh mencapai bawah 10 darjah celcius pada
waktu malam.
Akhir kata, Gunung Irau sesuai dijadikan
destinasi pendakian kepada mereka yang gian
mendaki tetapi tidak mempunyai banyak masa
lapang. Ia juga sesuai dijadikan "day
trek" pada hujung minggu kepada sesiapa
yang melancong ke Cameron Highland. Kepada
yang gemar berkhemah, anda bolehlah menetap
semalaman di puncak Gunung Irau dan merasai
cuaca yang sejuk dan permandangan yang menarik.
ps: Satu tips yang berguna. Untuk
sepanjang trip ini, gunakanlah stoking yang
murah murah (yang jenis jual kat pasar malam
cukup, tak yah pakai Adidas atau Nike yang
ori) je. Lepas trip, guarantee stoking tu
penuh dengan lumpur. Tak yah susah susah
nak bawa balik cuci, terus buang saja.
Kemaskini:
Siew Kum Weng - Shell Malaysia
Hasil:
Apip Embi
Photo:
Eryn,
Siew Kum Weng dan Mohamad Faisal
Zainuddin
|