|
Gunung Janing Barat
Ketinggian : 1780
kaki

Pemandangan dari puncak Gunung Janing
Barat
|
GUNUNG JANING BARAT ( 1780
kaki) Gunung ini agak unik kerana mempunyai
puncak yang rata seakan Table Mountain atau
Dataran Tinggi. Di keliling gunung ini terdapat
batu dinding dengan kecuraman sehingga 90
darjah dan setinggi antara 50 hingga 250
kaki.
Satu lagi keunikan gunung
ini terdapat sejenis tumbuhan yang boleh
ditemui di Taman Negara Endau Rompin (TNER)
iaitu Pokok Kipas atau Livistona endauensis.
Pokok ini tumbuh hampir keseluruhan puncak.
Untuk mendaki gunung ini sperti Gunung Janing
, pendaki perlu masuk ke TNER dapatkan permit
dan sebagainya di Pejabat TNER, Kahang.
Seterusnya pergi ke Komplek Pelawat Kg.
Peta untuk mendaftar dan untuk mendapatkan
khidmat guide dan bot untuk ke Kuala Jasin
yang merupakan pintu masuk ke gunung ini.
Perkhidmatan bot panjang
disediakan oleh Orang Asli dari Kampung
Peta melalui Sungai Endau hingga ke Kuala
Jasin sejauh 7 km. Ketika melalui Sungai
Endau mendaki dapat melihat Gunung Janing
Barat yang bersambung terus dengan Banjaran
Gunung Janing yang menjadi latar belakang
Sungai Endau. Sampai Di jeti Kuala Jasin,
pendaki perlu berjalan kaki hampir 15 minit
untuk ke tapak perkhemahan.
Pendakian boleh dilakukan
pada keesokan harinya. Dari Kuala Jasin
jarak ke puncak gunung adalah 2 km yang
mengambil masa 1 setengah jam hingga 2 jam.
Trek ke puncak agak terang dan lebar. Terdapat
bangku untuk berehat di sediakan oleh pihak
TNER di satu dua tempat. Ketika hampir dengan
puncak trek menjadi semakin curam kerana
terdapat kawasan batu dinding, Bagaimanapun
terdapat tali yang telah diikat pada pokok
sebagai kemudahan pada pendaki. Pada paras
ketinggian 1000 kaki, pokok daun kipas tumbuh
dimerata kawasan gunung dan beransur-ansur
banyak hingga ke puncak.
Terdapat satu tempat untuk
melihat pemandangan telah dibina pihak TNER.
Ia terletak di atas sebuah tebing tinggi
dan pelantar tersebut dibina dari kayu.
Dari situ pendaki dapat melihat Air Terjun
Upih Guling, Bukit Sengongong ( 2307 kaki),
Gunung Pertawai (2756 kaki) dan hutan rimba
yang menghijau.
Disediakan / Photo:
Noh B Hj Ismail
Pembantu Hidupan Liar
Taman Negara Johor Pulau Kukup
Kukup, Pontian, Johor
2008
|