Gunung Kenderong
 

 

Gunung Kenderong, Grik, Perak

Gunung ini jelas kelihatan dari Pekan Grik dan nampak tunggal tanpa banjaran gunung. Tegak berdiri gunung ini menjadi tarikan buat pendaki.

Dari pekan Grik pendaki boleh mendapatkan 4x4 ke kaki gunung ini. Laluan tanah merah masih baru ditolak dan masih licin. Perjalanan mengambil masa 2-3 jam bergantung pada keadaan jalan, pokok tumbang dan kekuatan 4x4.

Starting point
Ada water point berdekatan trek balak. Ini jugalah last waterpoint untuk pendaki. Jarak dari sini ke puncak kira-kira 2 1/2 jam. Trek mencanak hampir sepanjang 2 jam perjalanan.

Puncak Gunung Kenderong
Puncak gunung ini agak luas boleh 35-45 orang bermalam dipuncaknya. Beirut ditandakan dipuncaknya. Jelas kelihatan pekan Grik dan kampung-kampung sekitarnya. Gunung paling dekat dapat dilihat adalah G. Kerunai.

Nota: Hampir 90 peratus hutan di gunung ini terbakar sebulan selepas ekspedisi OGKL yang lalu.

 



- Apip Embi

     © Hakcipta Terpelihara OGKL : Ver 3.0
eRyn Design