|
Gunung
Kinabalu, Sabah. (13,455')
Gunung tertinggi di Malaysia ini menjadi
kebanggaan rakyat Sabah khususnya. Gunung
ini diwartakan Taman Negara dan juga diiktiraf
sebagai Warisan Dunia (World Heritage) mempunyai
keunikan tersendiri.
 |
|
Gunung
Kinabalu
|
Pendaki dikehendaki mendaftar dan mendapat
permit mendaki di HQ Kinabalu Park. Waktu
mula mendaki dibuka jam 8:30pagi - 12:30tgh.
Kebiasaannya pendaki akan mendaki melalui
Timpohon Gate. Pendaki juga boleh membuat
pilihan melalui Mersilau trail, di Kundasang.
Bagaimanapun sejarah pendakian Gunting Lagadan
dan Sir Hugh Low bukanlah melalui kedua-dua
trail ini. Setiap Checkpoint dibina pondok
untuk berehat serta ada kemudahan tandas
dan air.
Timpohon Gate
Pintu masuk ini hanya 4KM dari HQ Kinabalu
Park. Pendaki boleh berkenderaan sendiri
atau menggunakan kenderaan Kinabalu Park
dengan sedikit kos dikenakan. Sebuah pondok
dan pelantar dibina di pintu masuk ini.
Carson Waterfall
5 minit berjalan dari Timpohon Gate pendaki
akan melintas air terjun ini. Air terjun
ini tidak begitu gah tapi tetap mendamaikan
hati.
 |
|
Periuk
Kera
|
Pondok Kandis/ Kandis Shelter
Hampir 1KM dari Timpohon Gate. Laluan adakalanya
mendatar, adakalanya mendaki. Lereng-lereng
bukit telah ditarah menjadi tangga dan disokong
dengan papan.
Pondok Ubah/ Ubah Shelter
Didirikan 1.5KM dari Timpohon Gate.
Pondok Lowi
Jarak 2KM dari Timpohon Gate.
Pondok Mempening
Trail ke sini dari pondok sebelumnya penuh
berbatu.
RTM Stesen - Helipad
Pendaki hanya akan lalu berdekatan RTM Stesen,
bunyi generator stesen ini jelas kedengaran
dari trail pendaki. Pendaki boleh melencong
sebentar ke Helipad dan dapat melihat puncak
kinabalu dengan jelas sekirannya cuaca baik
dan tidak berawan.
Layang-layang / Layang-layang Hut
Disini didirikan pondok dan juga asrama
untuk pekerja Kinabalu Park. Berada di ketinggian
2702.3m d.p.l dan hampir 4KM dari Timpohon
Gate.
Simpang Mersilau
Ada papan tanda arah Mersilau. Kini sedang
didirikan satu bangunan dipersimpangan trail
ini dijangka siap menjelang tahun 2006.
Pondok Villosa
Menghampiri pondok ini, pokok-pokok bonsai
banyak dan semakin rendah disekitar trail.
Kawasan pondok ini berada dipuncak bukit
dan terdedah dengan angin.
Pondok Paka
Pondok ini agak tersembunyi dibalik pokok-pokok
yang tinggi menjanjikan satu suasana redup
buat pendaki. Trail ke sini cukup menarik,
tangga-tangga berbatu dan pokok-pokok bonsai
menghiasi laluan pendaki disamping puncak
Kinabalu tersergam diatas. Terdapat Gua
Paka berdekatan pondok ini yang dikatakan
menjadi tempat perteduhan pendaki terdahulu.
Hut (Waras, Panar Laban, Laban Rata,
Gunting Lagadan, Burlington)
Hut-hut diatas adalah antara asrama untuk
pendaki bermalam. Setiap satu hut terletak
berdekatan walaupun di ketinggian berbeza.
Paling rendah Waras Hut (3243.7m), Burlington
Hut (3270.9m), Laban Rata (3272.7m), Panar
Laban (3314.3m) dan paling tinggi Gunting
Lagadan Hut (3323.5m). Beberapa kemudahan
asas telah disediakan seperti katil, gebah/sleeping
beg, bantal, dapur memasak, periuk-miuk,
pinggan mangkuk, tandas dan bilik mandi.
Satu Restoren ada ditempatkan di Laban Rata.
Sayat-Sayat Hut
Disini diletakkan petugas merekodkan pendaki
yang mendaki ke Puncak Kinabalu dan pendaki
kena melaporkan kembali apabila turun dari
puncak. Bagi pendaki yang tidak mampu meneruskan
pendakian boleh berehat di sini sebelum
berpatah balik. Kejayaan pendaki menjejak
ke puncak tertinggi juga dilaporkan disini
oleh jurupandu arah masing-masing.
 |
|
South
Peak
|
Puncak-puncak Kinabalu
Gunung Kinabalu berdiri megah dengan
beberapa puncak. Puncak tertinggi, Low's
Peak (4095m) diambil sempena nama Hugh Low.
Puncak-puncak lain antaranya, Alexandra
Peak (4003m), St. John's Peak (4092m), Victoria
Peak (4088m), Ugly Sister Peak (4032m),
Donkey Ears (4054m) yang umpama telinga
keldai dan South Peak (3933m) dengan keadaan
struktur batu yang unik.
Mersilau Trail
Trail ini hanya lebih 1.5KM dari Timpohon
Trail. Trail ini lebih mencabar kerana pendaki
kena mendaki dan menuruni cerun samaada
pendaki mendaki ke Puncak mahupun sebaliknya.
Sebahagian trail ini menyusuri permatang
dan berlatarkan air terjun.
Jambatan Gantung (Kipuyut)
Ini antara checkpoint yang menarik di Mersilau
Trail selain dari beberapa pondok antaranya
Pondok Lompoyou. Jambatan sejauh kira-kira
40m ini terletak ditengah-tengah hutan merintangi
jeram berbatu.
Mersilau Nature Resort
Disinilah permulaan/tamat trail Mersilau.
Pejabat tempat pendaki yang melalui trail
ini melaporkan diri. Hampir sama seperti
HQ Kinabalu Park, Kemudahan asas seperti
surau, kafeteria, bilik mandi, telefon awam
turut disediakan disini. Pengunjung juga
boleh melawat mini Muzium Kinabalu yang
disini. Sukarnya disini, Mersilau Nature
Resort jauh dari jalan utama Kinabalu-Ranau
dan pekan Kundasang.
Hugh Low Trail
Trail ini juga dikenali Jejak Lagadan merupakan
trail yang digunakan Hugh Low dan Gunting
Lagadan semasa mula-mula menawan puncak
Kinabalu. Trail ini bermula dari ketinggian
902m d.p.l. dan berkecerunan 60 darjah dan
banyak melalui cerun-cerun berbatu licin
serta berjuram yang dalam. Trail ini akan
bertemu dengan trail Timpohon di Pondok
Paka
Kg. Kiau Nuluh
Trail ini bermula dari Kg. Kiau Nuluh berdekatan
sempadan Taman Kinabalu. Banyak pacat di
lantai hutan ini. Pendaki boleh bermalam
di Kem site pertama setelah melintasi sempadan
Taman Negara. Pendaki perlu membawa khemah
sendiri kerana tiada kemudahan asrama/pondok
disediakan dan tiada sumber air di kem site
ini. Suhu malam boleh mencecah 15darjah
celcius.
Tiong-Tiong
Berada di sebelah barat gunung Kinabalu
dan laluan kesini penuh dengan pokok resam
kipas. Pendaki boleh bermalam di checkpoint
ini. suhu malam boleh mencecah 5 darjah
celsius. Tiong-tiong sebenarnya tidak begitu
jauh dari stesen Komborongoh (KM2 Timpohon
trail). Antara perkara menarik, pendaki
boleh melihat puncak G. Kinabalu dari sudut
yang berlainan sekali dan jarang dirakamkan
oleh media. Terdapat sebuah kolam kecil
yang dikatakan tidak pernah kering walaupun
musim kemarau. Kedinginan air kolam ini
menjadi sumber air pendaki. Pemandangan
matahari terbenam disini juga menarik sekali.
Snow Field
Tempat ini dinamakan sempena nama lumut
dari jenis Snow Fern yang banyak terdapat
disekitarnya. Lumut yang bewarna putih ini
seolah-olah salji yang menutupi permukaan
batu.
Gua Paka
Pendakian ke sini dikategorikan laluan berbahaya
dan perlu lebih berhati-hati. Laluan merentasi
tebing batu yang licin dan bertumbuhan aneh.
Pendaki boleh bermalam dan berteduh di gua
ini. Terdapat sungai berdekatan gua dan
paras air sungai berubah mengikut keadaan
hujan.
Hasil:
Apip Embi
Sumber:
Apip Embi &
Kinabalu Park
Photo:
Apip Embi, Eryn,
Paei & Kinabalu Park
|